Thursday, April 23, 2015

Ideologi Zalim (1)


Idealogi[1] Zalim

(Ustaz Abdul Jalil Abdul Razak)

 

Allah swt mempunyai bebagai nama dan sifat-sifatNya yang Agong, bagi orang yang beriman menyebut dan mengucapkanNya berulang-ulang kali, akan menjadi suatu zikir dan ibadat disisi Allah swt, galakkan ini dapat dilihat di dalam firman Allah swt di surah Al A’raf ayat 180 yang berbunyi:

و لله الأسماء الحسنى فادعوه بها

Yang bermaksud: “Bagi Allah adalah nama-nama yang baik, maka serulah dengan menggunakan nama-nama itu”

 

Begitu juga sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi saw hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahwasanya Rasulullah saw bersabda:

إن لله تسعة و تسعين اسما، من حفظها دخل الجنة، و إن الله وتر يحب الوتر

Yang bermaksud: “Allah itu mempunyai sembilan puluh sembilan nama, barangsiapa menghafalnya[2] , ia masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu Maha Ganjil (tidak genap) dan cinta sekali pada hal yang ganjil (tidak genap)” Riwayat Ibnu Majah

 

Daripada bebagai nama-nama dan sifat-sifat Allah swt yang Mulia lagi Agong ini, ada satu nama yang Allah swt tidak mahu dikaitkan sama sekali nama tersebut terhadap zatNya yang Mulia, malahan Allah swt mengharamkan sifat ini menjadi salah satu dari sifat-sifat Allah swt, begitu juga Allah swt tidak mahu sifat ini terpalit denganNya walaupun sebesar zarrah, sifat ini juga telah Allah swt haramkan terhadap sekalian manusia dan melarang mereka dari memiliknya, sifat yang dimaksudkan di sini adalah sifat zalim.

 

Kekata Zalim merupakan kalimah bahasa arab yang boleh diertikan juga sebagai sifat kejam, bengis, tidak berperikemanusiaan, suka melihat orang dalam kesakitan dan kesengsaraan[3], melakukan kemungkaran, penganiayaan, kemusnahan harta benda, ketidak adilan  dan banyak lagi pengertian yang dapat kita ambil dari sifat zalim ini, yang mana pada dasarnya sifat ini merupakan sifat yang keji lagi hina dan bertentangan dengan ahklak dan fitrah manusia yang mulia[4], yang sepatutnya mengunakan akal yang dianugerahkan kepadanya untuk melakukan kebaikan dan memakmurkan bumi ini.

 

Fahaman atau Idealogi zalim adalah suatu bentuk pemikiran, baik secara tersusun (terorganisir) atau tidak, yang mencernakan perbuatan atau tindakan yang bersifat zalim, dan ia boleh wujud dalam diri setiap manusia tidak kira apajua latar belakang bangsa, budaya dan agama mereka, dan ia juga boleh wujud dalam setiap individu, kumpulan atau dalam sesebuah pemerintahan negara, ini dapat dilihat dari lembaran sejarah[5] manusia yang penuh dengan sifat-sifat kekejaman. Perkara ini telah dinyatakan oleh para Malaikat kepada Allah swt di dalam firmanNya di surah Al Baqarah ayat 30 yang bermaksud:

"قالوآ أتجعل فيها من يفسد فيها و يسفك الدمآء و نحن نسبح بحمدك و نقدس لك"

“Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”

 

 Jika diamati pengertian sifat-sifat zalim ini, semuanya bercanggah dengan ajaran agama suci Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya supaya melakukan apajua bentuk kezaliman, dan melarang keras fahaman atau perbuatan-perbuatan tersebut, pengharaman ini bukan hanya dikhususkan keatas diri setiap individu[6], tetapi juga keatas sesama manusia, haiwan dan mahkluk-mahkluk Allah swt yang lain. Larangan ini jelas termaktub di dalam firman-firman Allah swt  di bawah ini:

           

Di surah Ali Imran ayat 182:

" و أن الله ليس بظلام للعبيد"

Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.”

 

            Di surah An Nisaa ayat 40:

"إن الله لا يظلم مثقال ذرة , و إن تك حسنة يضاعفها و يؤت من لدنه أجرا عظيما"

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi Nya pahala yang besar”

 

            Di surah Yunus Ayat 44 firman Allah swt:

إن الله لا يظلم الناس شيئا و لكن الناس أنفسهم يظلمون

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri”

 

Larangan perbuatan zalim ini juga telah Allah swt nyatakan kepada junjungan Nya Nabi Muhammad swt di dalam sebuah Hadis Qudsi yang berbunyi:
وعن أبي ذر الغفاري -رضي الله عنه- قال عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فيما يرويه عن ربه -عز وجل-: يا عبادي، إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرما فلا تظالموا، يا عبادي، كلكم ضال إلا من هديته فاستهدوني أهدكم، يا عبادي، كلكم جائع إلا من أطعمته


[1] Kamus Lengkap, Penyunting Drs Awang Sudjai Hairul dan Yusoff Khan: Ideologi, cara berfikir dan buah fikiran yang terdapat pada seseorang, kumpulan dll terutamanya untuk menjadi dasar system ekonomi atau system politik.
[2] Menghafal nama-nama yang baik-baik itu maksudnya ialah mengingatNya, menghadirkan makna dan ertinya dalam qalbu (hati) serta merasakan bekasnya dalam jiwa : Akidah Islam : Sayid Sabiq
[3] Kamus Lengkap :   pengertian zalim muka surat 1238
[4] Surah Israa’ ayat 70 : Dan sesungguhnya Kami muliakan anak-anak Adam,
[6] Surah Al Baqarah ayat 195 : Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan

Sunday, April 12, 2015

Nostalgia 2009 - 2014

Sewaktu menerima Ijazah Master In Counselling dari Universiti Monash pada tahun 2009.

Bersiar-siar di New York, Amerika 2009.


Sewaktu mengadakan XPDC di Sichuan , China pada Tahun 2010-2011.

Sedang membuat persiapan untuk mendaki Gunong Gede di Jawa Barat, Indonesia pada 2014.

New York, USA 2009.

Uni Monash 2009.

Monday, November 21, 2011

Gunung Besar Hantu 2011



Sewaktu di puncak Gunung Besar Hantu (1400+), Jelebu Negri Sembilan pada tanggal 20th Nov 2011, satu pendakian yang amat mencabar kerena tidak begitu "fit" dan lebih-lebih lagi tidak mendapat istirahat yang cukup sebelum mendaki.


Keesokan harinya berjumpa dengan "Family Doktor" , beliau menasihati agar mendapatkan rawatan lengkap , ini agar kondisi dan fisikal badan mendapat pemeriksaan yang rapi sebelum berkeinginan mengadakan XPDC selanjutnya.

Cambrige England 2004




Wednesday, May 25, 2011

Mount Rinjani



Gunong Berapi Rinjani ini yang ketinggian nya 3700M+ terletak di Pulau Lombok bersebelahan dengan pulau Bali, Indonesia. XPDC pertama untuk menawan gunong ini dilakukan pada bulan April 2010, tetapi usaha menawan puncak Rinjani ini menemui kegagalan disebabkan keadaan cuaca yang agak buruk dan awan tebal yang menyelibungi pucak tersebut. Pada tahun 2011 tanggal 23-28 April, dilakukan XPDC kedua "Dendam Rinjani 2011" . Seramai 14 pendaki dari S'pura dan Malaysia menyertai XPDC ini, dari jumlah tersebut seramai 11 pendaki dapat menawan puncak gunong ini. Pendakian ini merupakan salah satu pendakian yang paling mencabar dari pengalaman yang sebelum ini, saya merupakan pendaki yang terakhir sampai ke puncak setelah lebih sepuluh jam mendaki.

Sunday, January 2, 2011

Sarjana (Master) Bidang Counseling Uni Monash

Sewaktu selesai menerima sijil "Master In Counselling" dari Universiti Monash (Australia) dengan kepujian, pada bulan April 2010.