Thursday, April 23, 2015

ideologi Zalim (7)


beriman.Apa jua bentuk gelaran, lebel atau nama yang diberikan, jika ia mengandungi unsur-unsur kezaliman yang ditegah oleh Islam, maka sifat tersebut dilarang oleh Islam dan menjadi tanggong jawab penganutnya untuk mencegah, menghindari dan menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan tersebut.

 

Larangan Bertindak Zalim Dan Kewajipan Mencegahnya

 

Telah jelas dari firman-firman Allah swt dan sabda Nabi saw sebelumnya, yang melarang umat Islam dari melakukan apajua bentuk kezaliman di muka bumi ini, tetapi sayangnya terdapat sebagian umat Islam yang bertindak melakukan perbuatan-perbuatan yang bersifat zalim atas alasan agama Islam membenarkan perbuatan tersebut, atau disebabkan mereka dizalimi atau telah dianiayai lebih dahulu oleh golongan-golongan yang tertentu.

 

Disebabkan mereka dizalimi, mereka pun melakukan tindakan yang serupa mengikuti cara golongan-golongan yang telah menzalimi diri mereka, jika mereka diperlakukan dengan kekerasan maka mereka pun akan bertindak melakukan kekerasan yang serupa, atau apabila mereka diperlakukan dengan kekejaman, kerosakan dan kemusnahan, maka mereka juga akan melakukan tindakan yang serupa malah lebih kejam lagi dari apa yang telah mereka rasai, demi untuk membalas dendam dan melepaskan kebencian mereka terhadap golongan yang menzalimi diri mereka.

 

Alasan membenarkan perbuatan-perbuatan yang bersifat zalim ini menjadi semakin rumit, apabila ada pihak tertentu menjustifikasikan tindakan mereka dengan menyandarkan hujah-hujah mereka dengan mengunakan dalil-dalil yang mereka datangkan dari Al Quran dan Sunnah, dengan dalil-dalil ini mereka membenarkan perbuatan mereka di sisi agama, sehingga timbul lah pandangan-pandangan yang berbeza, dimana disatu sudut terdapat dikalangan mereka yang memperbolehkan tindakan tersebut, sepertimana pengeboman bali[1] dan di sudut yang lain para alim ulama’[2] yang mengharamkan perbuatan-perbuatan mereka.

 

Islam melarang perbuatan zalim dibalas dengan kezaliman yang serupa, tetapi ini tidak bermakna agama Islam melarang seseorang yang dizalimi itu daripada mempertahankan hak-hak yang diizinkan di dalam syariat Islam[3], atau bertindak mengikuti lunas-lunas hukum[4] yang telah ditetapkan untuk membela dirinya[5], begitu juga dalam situasi dimana seseorang itu telah dizalimi atau di aniayai oleh satu pihak yang tertentu, ini tidak bermakna dia boleh bertindak dengan niat melakukan kezaliman serupa terhadap orang yang menzalimi dirinya atau terhadap masyarakat awam yang tidak berdosa..

 

Islam memberikan hak untuk seseorang mempertahankan dirinya (nyawa), agama, akal, maruah atau hartanya apabila merasakan salah satu dari lima perkara tersebut terancam, tetapi tindakannya hanya lah untuk mempertahankan haknya daripada dicerobohi oleh penzalim tersebut, tetapi dia tidak boleh melakukan tindak balas lebih daripada batas-batas yang telah ditetapkan, iaitu dengan melakukan perbuatan zalim keatas orang awam yang ditujukan kepada mereka yang menzaliminya, inilah keindahan agama Islam iaitu kezaliman tidak dibalas dengan kezaliman.

 

Ketegasan dan larangan ini dapat dilihat di dalam firman Allah swt di surah Al Baqarah ayat 190 yang berbunyi:

"و قاتلوا فى سبيل الله الذين يقاتلونكم و لا تعتدوا إن الله لا يحب المعتدين"

"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”

 

Ayat di atas ini menegaskan bahawa perintah berjihad atau berperang diizinkan oleh Allah swt kepada hambaNya apabila musuh telah terlebih dahulu memulakan peperangan atau yang lebih dahulu melakukan penganiayaan, perintah berperang terhadap musuh hanya lah tindakan untuk mempertahankan diri daripada dizalimi atau dianiayai dan Allah swt melarang hamba-hambaNya dari bertindak melampaui batas. Ini juga tidak bererti umat Islam hanya membuat persiapan untuk berjihad pada saat-saat terakhir apabila musuh telah menyerang mereka, persiapan untuk bersiap siaga senantiasa dituntut ke atas umat Islam, sebagaiman firman Allah swt di surah Al Anfal ayat 60 yang berbunyi:

"و أعدوا لهم مااستطعتم من قوة و من رباط الخيل ترهبون به عدو الله و عدوكم و ءاخرين من دونهم لا تعلمونهم الله يعلمهم و ما تنفقوا من شيء فى سبيل الله يوف إليكم و أنتم لا تظلمون"

Yang bermaksud: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya, apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)”

 

Begitu juga di dalam hadis qudsi yang telah di sabdakan oleh junjungan Nabi Muhammad saw, yang melarang umat Islam daripada melakukan sebarang bentuk kezaliman di antara manusia sebagaimana sabdanya:

وعن أبي ذر الغفاري -رضي الله عنه- قال عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فيما يرويه عن ربه -عز وجل-: يا عبادي، إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرما فلا تظالموا
Yang bermaksud:  “Wahai hambaKu, sungguhnya Aku (Allah) telah mengharamkan sifat zalim (aniaya) keatas diri Ku (zat Allah) dan Aku (Allah) juga telah mengharamkan sifat


[1] Aku melawan teroris!, Abdul Aziz alias Imam Samudra alias Qudama, Beliau mendatangkan hujah membenarkan perbuatan-perbuatan zalim.
[2] Unlicensed To Kill: Countering Imam Samudera’s Justification For The Bali Bombing".Ustaz Haniff Hassan, dan kandungannya  fatwa para ulama’ seluruh dunia mengharamkan perbuatan zalim
[3] Maqaasid Syariah: Tujuan Syariah adalah untuk memelihara 5 perkara iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta.
[4] Asy Syuura ayat 39 : “Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri”
[5] Asy Syuura ayat 41 : “Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya (dizalimi), tidak ada suatu dosapun atas mereka”

Ideologi Zalim (6)


Yang bermaksud: “Katakanlah: Hai kaumku, berbuatlah sepenuh kemampuanmu, sesungguhnya akupun berbuat (pula), kelak kamu akan mengetahui, siapakah (di antara kita) yang akan memperoleh hasil yang baik dari dunia ini, Sesungguhnya, orang-orang yang zalim itu tidak akan mendapat keberuntungan

 

(6).       Allah swt Melaknati Dan Tidak Mengampuni Mereka Di Akherat

 

Firman Allah swt di surah Al Mu’min ayat 52 yang berbunyi:

يوم لا ينفع الظالمين معذرتهم و لهم اللعنة و لهم سوء الدار

Yang bermaksud: “(Yaitu) hari yang tidak berguna bagi orang-orang zalim permintaan maafnya dan bagi merekalah laknat dan bagi mereka tempat tinggal yang buruk”

 

Begitu juga dengan firman Allh swt di surah Al A’raaf ayat 44 yang berbunyi:

فأذن مؤذن بينهم أن لعنة الله على الظالمين

Yang bermaksud: “Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu: “Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim

 

(7).       Allah swt Tidak Memberi Pertunjuk Kepada Mereka

 

Firman Allah swt di surah Al An Aam ayat 144 berbunyi:

إن الله لا يهدى القوم الظالمين

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim

 

Ayat-ayat Allah swt di atas ini semuanya menunjukkan sikap Allah swt terhadap golongan-golongan yang melakukan kezaliman, mereka tidak mendapat tempat di sisi Allah swt baik di dunia mahupun di akherat nanti, Allah swt tidak reda dengan cara kehidupan mereka sehingga Allah swt bersikap keras dengan menunjukkan sifat benci, murka, laknat keatas mereka, dan bagi mereka ancaman dan azab yang pedih disediakan di akherat nanti di atas sifat dan tingkah laku zalim mereka sewaktu di dunia.

 

Walaupun pada hakikatnya Allah swt mempunyai sikap yang keras terhadap orang-orang yang zalim, tetapi itu tidak bermakna Allah swt tidak menerima taubat dan pengampunan mereka jika mereka benar-benar ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, kerana Allah swt Maha luas pengampunanNya, ini sebagaimana firman Allah swt di surah Ar Ra’d ayat 6 yang berbunyi :

و إن ربك لذو مغفرة للناس على ظلمهم و إن ربك لشديد العقاب

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai ampunan (yang luas) bagi manusia sekalipun mereka zalim, dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar sangat keras siksaNya

 

Di ayat ini Allah swt ingin menerangkan kepada hamba-hambaNya, walaupun jika seseorang itu mempunyai sifat zalim dan melakukan perbuatan-perbuatan yang zalim, tetapi jika mereka insaf dan bertaubat kepada Allah swt diatas segala perbuatan-perbuatan mereka itu, nescaya Allah swt akan tetap mengampuni dan menerima taubat mereka, kerana Allah swt Maha Luas PengampunanNya.

 

Sifat Zalim, Radikal Dan Ekstremis

 

Semenjak peristiwa 11 September  2001 (911)[1] banyak sekali pengunaan kalimah Radikal, Ekstremis, Terroris, Pelampau dan sebagainya dikaitkan keatas golongan-golongan yang tertentu, sehingga ada pihak yang menyelitkan ciri-ciri atau sifat-sifat radikal dan ekstremis yang mengandung unsur zalim ini sebagai sebagian dari fahaman dan ajaran Islam, iaitu pada hikmah mereka Islam memang mengajar penganutnya sifat-sifat seumpama ini di dalam ajarannya, tuduhan ini hanya menambahkan lagi salah faham yang sedia ada dan permasalahan yang sedang berlaku[2].

 

Sifat ini (radikal) jika dialih bahasa boleh membawa maksud radikal keseluruhan, pesalah besar yang tidak disangka atau kesalahan utama[3], dan jika dirujuk di http://en.wikipedia.org/wiki/Radicalism, pengertian radikal ini sebagaimana dari asal katanya (bahasa Inggeris) boleh di erti kepada berbagai pengertian yang berbeza, baik dari sudut mathematics (Ilmu Hisab), chemistry (Ilmu Kimia), linguistics (Ilmu Bahasa), politics (Siasah Politik), commerce (Perdagangan), slang(Bahasa basahan)[4].

 

Dalam banyak hal gelaran radikal atau ekstremis[5] (pelampau) diberikan oleh satu pihak keatas golongan yang tertentu, khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan idealogi atau siasah politik, yang mana pihak yang melebelkan gelaran ini tidak dapat menerima fahaman, pendapat atau perbuatan perbuatan golongan tertentu yang bertentangan dengan fahaman atau pendapat mereka, atau kedua belah pihak mempunyai idealogi atau fahaman yang jauh berbeza diantara satu sama lain, sehingga timbul tuduhan di antara mereka dengan memberikan gelaran seumpama ini, dan ini juga tidak bermakna pihak yang menuduh atau memberi gelaran sesuatu kelompok dengan gelaran radikal, ektremis, terroris atau pelampau terkecuali dari sifat seumpama ini.

 

Perkataan radikal, ekstremis, terroris atau pelampau yang digunakan untuk mengelarkan sesuatu kumpulan merupakan perkataan sinonim[6], bagi mengambarkan sikap dan perbuatan ganas yang lakukan oleh kumpulan tersebut, dan ia banyak bersangkut paut dengan masalah hal ehwal siasah politik atau idealogi yang mengalakkan keganasan dan kemusnahan, yang mana jika dilihat dan dikaji akan sifat dan perbuatan ini tiada bezanya dengan sifat-sifat kezaliman yang diharamkan oleh Allah swt di dalam firman-firmanNya sebelum ini.

 

Pada hakikatnya apajua bentuk kezaliman yang dilakukan, apakah ia berupa kemusnahan, kerosakan, penganiayaan, kekerasan, kekejaman dan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia, baik terhadap sesama manusia, terhadap mahkluk Allah, yang berupa haiwan, tumbuh-tumbuhan atau apa jua yang terdapat di alam semesta ini merupakan perbuatan yang diharamkan oleh Allah swt keatas hamba dan makhlukNya.

 

Begitu juga dengan sifat atau sikap manusia yang engkar untuk mentaati dan menyakini kewujudan Allah swt yang Esa, merupakan suatu bentuk perbuatan yang zalim, sebagaimana firman Allah swt disurah Luqman ayat 13 yang berbunyi:

و إذ قال لقمان لإبنه و هو يعظه يا بني لا تشرك بالله إن الشرك لظلم عظيم

Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar

 

Jika diteliti dari firman Allah swt diatas ini, ayat ini dengan jelas menunjukkan bahwa segala bentuk keengkaran terhadap Zat Allah swt dan ayat-ayat suciNya merupakan suatu bentuk kezaliman seorang manusia terhadap Penciptanya, tiada bentuk kezaliman yang lebih besar yang telah dilakukan seseorang melainkan terhadap Khaliknya.

 

Sifat zalim yang telah difirmankan oleh Allah swt dari ayat-ayat di atas ini, membawa maksud dan pengertian yang lebih luas dari sifat radikal, ektremis atau terroris, bahkan ia juga merangkumi bukan saja sifat-sifat yang berbentuk idealogi, siasah politik atau perbuatan yang berbentuk kerosakan, kemusnahan, kekejaman dan sebagainya, tetapi merangkumi setiap aspek kehidupan manusia dalam muamalat mereka sesama manusia, makhluk atau alam semesta ini dan juga kepada sang Pencipta iaitu Khaliqnya.

 
Pengertian radikal, ekstremis atau pelampau yang digunakan oleh sebagian pihak dalam mengategorikan golongan-golongan tertentu ini merupakan sebagian dari sifat-sifat kezaliman yang telah dilarang oleh Allah swt keatas hamba-hambaNya yang


[1] Peristiwa 911: Pada 11th Sep 2001, dua buah kapal terbang merempuh bangunan WTC di New York, Amerika Syarikat.
[3] Kamus Terjemahan, Inggeris- Melayu. Susunan Ainon Mohd dan Abdullah Hassan
[4] Rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Radicalism
[5] Kamus Lengkap: ekstremis: pelampau, orang yang menuntut pendapat-pendapat yang terlalu sangat.
[6] Sinonim: Kata-kata seerti

Ideologi Zalim (5)


(10)      Sifat Tamak dan Memakan Harta Secara Bathil

 

Sebagaimana firman Allah swt di surah An Nissa ayat 10 yang berbunyi:

إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما إنما يأكلون فى بطونهم نارا و سيصلون سعيرا

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-yala (nereka)”

 

Selain dari firman-firman Allah swt yang disebutkan diatas ini, masih banyak lagi sifat-sifat, bentuk-bentuk perbuatan atau tingkah laku yang tergolong dalam kategori sifat-sifat yang zalim, begitu juga terdapat berbagai nama dan gelaran yang digunakan, yang boleh dikategorikan juga sebagai perbuatan dan tindakan yang zalim.

 

Sikap Allah Terhadap Orang-orang Yang Zalim

 

Sebagaimana yang telah Allah swt gambarkan ciri-ciri yang terdapat pada golongan orang-orang yang zalim dalam firmanNya sebelum ini, ciri-ciri sifat ini semuanya bertentangan dengan ajaran Islam dan tiada kaitan langsung dengan agama Islam, perkara ini dijelaskan lagi oleh Allah swt dengan menunjukkan akan sikapNya pula dalam menghadapi golongan orang-orang yang zalim ini, iaitu peringatan dan ancaman Allah swt terhadap golongan ini, sebagaimana dalam firman-firmanNya yang berikut:

 

(1). Allah swt Benci Kepada Mereka

 

Firman Allah swt di surah Ali Imran ayat 57 yang berbunyi:

و أما الذين ءامنوا و عملوا الصالحات فيوفيهم أجورهم و الله لا يحب الظالمين

Yang bermaksud: “Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang sholeh, maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim

 

Dan firman Allah swt lagi di surah As Syuura ayat 40 yang berbunyi:

و جزؤا سيئة سيئة مثلها فمن عفا و أصلح فأجره على الله إنه لا يحب الظالمين

Yang bermaksud: “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas (tanggungan) Allah, Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim

 

(2)  Allah swt Akan Mengazab Mereka Dengan Azab Yang Pedih

 

Firman Allah swt di surah Asy Syuura ayat 42 yang berbunyi:

إنما السبيل على الذين يظلمون الناس و يبغون فى الأرض بغير الحق أولئك لهم عذاب أليم

Yang bermaksud: “Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak, mereka itu mendapat azab yang pedih

 

(3).       Allah swt Menyediakan Buat Mereka Neraka Jahanam

 

Firman Allah swt di surah Al Kahfi ayat 29 yang berbunyi:

إنا أعتدنا للظالمين نارا أحاط بهم سرادقها و إن يستغيثوا يغاثوا بمآء كالمهل يشوى الوجوه بئس الشراب و سآءت مرتفقا

Yang bermaksud: “ Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka, dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka, itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek”

 

(4).       Allah swt Menyesatkan Mereka

 

Firman Allah swt di surah Ibrahim ayat 27 yang berbunyi:

يثبت الله الذين ء امنوا بالقول الثابت فى الحياة الدنيا و فى الأخرة و يضل الله الظالمين و يفعل الله ما يشآء

Yang bermaksud: “Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki”

 

(5).       Allah swt Tidak Memberi Keberuntungan Kepada Mereka

 

 Firman Allah swt di surah Al An’ Aam ayat 21 yang berbunyi:

و من أظلم ممن افترى على الله كذبا أو كذب بئاياته إنه لا يفلح الظالمون

Yang bermaksud: “Dan siapakah yang lebih aniaya (zalim) daripada orang yang membuat-buat suatu kedustaan terhadap Allah atau mendustakan ayat-ayatNya, Sesungguhnya orang-orang yang aniaya (zalim) itu tidak mendapat keberuntungan

 

Dan firmanNya lagi disurah yang sama pada ayat yang ke 135 berbunyi:
قل يا قوم اعملوا على مكانتكم إنى عامل فسوف تعلمون من تكون له عاقبة الدار إنه لا يفلح الظالمون

Ideologi Zalim (4)


من أجل ذلك كتبنا على بنى إسرائيل أنه من قتل نفسا بغير نفس أو فساد فى الأرض فكأنما قتل الناس جميعا و من أحياها فكأنما أحيا الناس جميعا و لقد جآءتهم رسلنا بالبينات ثم إن كثيرا منهم بعد ذلك فى الأرض لمسرفون

Yang bermaksud: “ Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa: barang siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain (dengan cara yang hak-qishash), atau bukan kerana membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya, Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu, sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerusakan di muka bumi”

 

Di ayat ini Allah swt ingin memberikan gambaran betapa besarnya dosa seseorang yang membunuh tanpa hak, diibaratkan oleh Allah swt seperti membunuh seluruh manusia yang ada di muka bumi ini, dan bagi mereka yang berusaha memelihara nyawa seseorang manusia diibaratkan telah memelihara manusia seluruhannya.

(6).       Sifat Orang yang Suka Menghina dan Tidak Mahu Bertaubat


 

Firman Allah SWT di surah Al Hujurat ayat 11 yang berbunyi:

يأيها الذين ءامنوا لا يسخر قوم من قوم عسى أن يكونوا خيرا منهم و لا نسآء من نسآء عسى أن يكن خيرا منهن, و لا تلمزوآ أنفسكم و لا تنابزوا بالألقاب، بئس الاسم الفسوق بعد الايمان، و من لم يتب فأولئك هم الظالمون

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita -wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita yang lain (karena) boleh Jadi wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk, seburuk-buruk pangggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

 

Firman Allah swt ini pula menunjukkan bahwa, sikap suka mengolok-olokkan atau suka menghina dan menjatuhkan maruah orang lain atau mengunakan kata-kata yang keji baik dengan bentuk percakapan, tulisan atau gambaran (lukisan)[1], semuanya ini merupakan perbuatan-perbuatan yang bersifat zalim yang ditegah oleh Allah swt, dan Allah swt memerintahkan kepada orang-orang seumpama ini supaya bertaubat dari segala perbuatannya itu, jika tidak mereka akan tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim.

 

(7).       Sifat Mengabaikan Amanah

 

Ini sebagaimana yang difirmankan Allah swt di surah Al Ahzab ayat 72 yang berbunyi:

إنا عرضنا الأمانة على السماوات و الأرض و الجبال فأبين أن يحملنها و أشفقن منها و حملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengemukakan amanah[2] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”

 

Ayat ini memberikan peringatan kepada manusia agar melaksanakan amanah dan janji mereka kepada Allah swt dan jangan mengkhianatinya, agar mereka melaksanakan segala perintah Allah swt yang telah diwajibkan ke atas diri mereka dan meninggalkan segala larangan-laranganNya, jika tidak maka mereka akan tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim.

 

(8).       Sifat Tidak Mahu Melaksanakan Hukum Allah

 

Sebagaimana firman Allh swt di surah Al Maidah ayat 45 yang berbunyi:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Yang bermaksud: “Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim

 

Firman Allah swt ini menegaskan orang-orang yang engkar dan tidak mahu mentaati dan melaksanakan hukum-hukum Allah swt sedangkan mereka mampu melaksanakannya, maka mereka juga termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim kepada Allah swt .

 

(9).       Sifat Suka Melanggar Hukum-hukum Allah swt

 

Firman Allah swt di surah Al Baqarah ayat 229 yang berbunyi:

" و من يتعد حدود الله فأولئك هم الظالمون"

Yang bermaksud: Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim

 

Di ayat ini Allah swt memberikan peringatan kepada hamba-hambaNya agar tidak melanggar hukum-hukum Allah swt yang telah ditetapkan, iaitu mengabaikan perkara-perkara yang berhubung halal dan haram yang telah ditentukan oleh Allah swt, barangsiapa tetap melanggar ketentuan-ketentuan tesebut, maka mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim.



[1] http://id.wikipedia.org/wiki/Karikatur_Nabi_Muhammad_Jyllands-Posten
[2] Yang bermaksud dengan amanah di sini ialah tugas-tugas keagamaan : Al Quran dan Terjemahan

Ideologi Zalim (3)


Sebagaimana firman Allah swt di surah Hud ayat 18 yang berbunyi:

و من أظلم ممن افترى على الله كذبا, أولئك يعرضون على ربهم و يقول الأشهد هؤلآء الذين كذبوا على ربهم ألا لعنة الله على الظالمين , الذين يصدون عن سبيل الله و يبغونها عوجا و هم بالأخرة هم كافرون

Yang bermaksud: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka dan para saksi (termasuk anggota tubuh badan mereka) akan berkata: “Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka”. Ingatlah, kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim”, (iaitu) orang-orang yang menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan menghendaki (supaya) jalan itu bengkok, dan mereka itulah orang-orang yang tidak percaya akan adanya hari akhirat”

Di ayat ini Allah swt menerangkan salah satu sifat orang-orang yang zalim adalah mereka-mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah swt, menginkari akan adanya akherat dan seterusnya menghalangi manusia dari mengikuti jalan yang lurus, mereka benci kepada ajaran Islam dan mereka berusaha sudaya upaya untuk menyesatkan manusia dari mengikuti jalan ini.

(3). Sifat Engkar Terhadap Kebenaran

Firman Allah swt di surah Al Kahfi ayat 57 yang berbunyi:

و من أظلم ممن ذكر بئايات ربه فأعرض عنها و نسى ما قدمت يداه إنا جعلنا على قلوبهم أكنة أن يفقهوه و فى ءاذانهم وقرا و إن تدعهم إلى الهدى فلن بهتدوا إذا أبدا

Yang bermaksud: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka, dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya”

Dan firman Allah swt di surah Ash Shaaf ayat 7 yang berbunyi:

و من أظلم ممن افترى على الله الكذب و هو يدعى إلى الإسلام و الله لا يهدى القوم الظالمين

Yang bermaksud: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengadakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada (melaksanakan) agama Islam, dan Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”

Keterangan dari dua ayat Allah swt di atas ini dapat diambil ikhtibar bahwa orang-orang yang mengengkari atau melekeh-lekehkan ajaran dan perintah-perintah Allah swt setelah dia mengetahui kebenaran tersebut, maka mereka-mereka ini juga termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim terhadap kebenaran, disebabkan sifat mereka yang meremehkan ajaran-ajaran Islam, Allah swt telah menutupi hati-hati mereka daripada kebenaran.

 

(4). Sifat Reda Terhadap Perbuatan Zalim

 

Firman Allah swt di surah Hud ayat 113 yang berbunyi:

و لا تركنوآ إلى الذين ظلموا فتمسكم النار و ما لكم من دون الله من أوليآء ثم لا تنصرون

Yang bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

Di ayat ini Allah swt menjelaskan agar hambaNya tidak meredai segala perbuatan orang-orang yang melakukan kezaliman, kerana sifat reda akan membuat seseorang itu turut serta dan berpartisipasi dengan perbuatan-perbuatan zalim, sehingga dia juga termasuk dalam golongan tersebut dan disentuh api neraka (dimasukkan dalam neraka).

(5). Sifat Membunuh Tanpa Hak

 

Firman Allah swt di surah Al Maidah ayat 28 dan 29:

 

لئن بسطت إلي يدك لتقتلنى مآ أنا بباسط يدى إليك لأقتلك إني أخاف الله رب العالمين, إني أريد أن تبوأ بإثمى و إثمك فتكون من أصحاب النار و ذلك جزاؤا الظالمين

Yang bermaksud: “ Sungguh kalau kamu mengerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan mengerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu, Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam, Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim”

 

Firman Allah swt di atas ini pula dengan jelas melarang manusia dari melakukan pembunuhan tanpa hak, kerana perbuatan ini merupakan satu kezaliman dan bertentangan dengan ajaran Islam, dan perbuatan ini merupakan salah satu dosa yang terbesar disisi Allah swt, perkara ini ditekankan lagi oleh Allah swt di dalam firmanNya di surah Al Maidah ayat 32   yang berbunyi:

Ideologi Zalim (2)


فاستطعموني أطعمكم، يا عبادي، كلكم عار إلا من كسوته فاستكسوني أكسكم، يا عبادي، إنكم تخطئون بالليل والنهار وأنا أغفر الذنوب جميعا فاستغفروني أغفر لكم، يا عبادي، إنكم لن تبلغوا ضري فتضروني، ولن تبلغوا نفعي فتنفعوني[1].

 

Yang bermaksud:  Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata: "Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku telah mengharamkan sifat zalim (penganiayaan) atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu zalim menzalimi aniaya-menganiayai,

Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu

Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.

Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.

Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa, Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.

Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.

Wahai hamba-hambaku! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. "

 

Firman Allah swt dan hadis qudsi di atas ini menegaskan bahwa Allah swt tidak pernah berlaku zalim keatas mahklukNya, dan Allah swt juga melarang setiap hamba-hambaNya daripada melakukan perbuatan yang zalim di antara sesama mahkluk, sehingga Allah swt mengharamkan sifat ini menjadi salah satu dari sifat-sifatNya yang mulia. Allah swt tidak akan melakukan kezaliman terhadap manusia, tidak kira apajua latar belakang manusia tersebut, apakah mereka beriman atau tidak kepadaNya, apakah mereka kufur atau syirik kepadaNya, hatta manusia yang bersifat zalim sekalipun tidak akan Allah swt balas dengan kezaliman keatas mereka, kerana sifat ini bertentangan dengan zat Allah swt yang Maha Agong.

 

Jika Allah swt melarang manusia dari memiliki sifat zalim, sudah pasti Allah swt menginginkan agar manusia memiliki sifat yang berlawanan dengan sifat tersebut, sifat yang dimaksudkan ini adalah sifat ihsan, penyantun, penyayang, rahmat, mencintai, berkasih sayang, saling menghormati, berlaku adil, berbuat baik dan sebagainya, inilah sifat yang diajarkan oleh agama Islam dan inilah yang perlu disemai dan dipupuk oleh mereka yang beriman kepada Allah swt dan yang mengharapkan keredaanNya di akherat nanti.

 

Pengertian dan Sifat Kezaliman

 

Ajaran Islam juga menekankan  bahwa perbuatan zalim ini bukan hanya di kategorikan kepada perbuatan-perbuatan yang berbentuk zahiriah atau bersifat fisikal sahaja, sebagai contoh pembunuhan ke atas orang-orang awam yang tidak bersalah, melakukan kemusnahan dan kerosakan harta benda awam, melakukan tindakan kekerasan, kekejaman, paksaan, pengaiayaan ke atas seseorang, tetapi sifat zalim ini juga boleh berlaku jika seseorang mempunyai fahaman atau pemikiran ini didalam dirinya (hatinya), umpamanya fahaman-fahaman yang merosakkan, sifat hasad, dengki, khianat, sombong, takabbur, syirik dan sebagainya, ini semua termasuk dalam kategori zalim yang ditegah oleh agama Islam. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi saw yang berbunyi:

ألا وإن في الجسد مضغة: إذا صلحت صلح الجسد كله، وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب

Yang Bermaksud: "Ketahuilah, sesungguhnya di dalam diri ada segumpal daging, sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh, dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah segumpal daging itu adalah hati."[2]

 

Jika kita rujuk asal kata kalimah zalim di dalam bahasa Arab, kalimah ini berasal dari kata kerja[3] :

ظلم : يظلم : ظلما = ظلمه

Yang membawa erti: Dia yang melakukan aniaya atau dia yang melakukan perbuatan zalim.

 

Dari asal perkataan sifat zalim ini dapat juga diambil kesimpulan bahwa sifat zalim ini boleh berlaku dengan dua cara, yang pertama ia boleh berlaku ke atas diri seseorang itu sendiri, iaitu dia sendiri yang menzalimi dirinya dan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri, dan yang kedua pula dia melakukan sesuatu perbuatan yang bersifat zalim yang mana kemudaratan dan kemusnahannya ditimpakan keatas pihak lain, yang terpaksa menanggung segala akibat yang dilakukan oleh penzalim tersebut.

 

Ciri-ciri Kezaliman

 

Allah swt telah memberikan berbagai contoh dan perumpamaan yang dapat digolongkan dalam kategori sifat zalim, sifat ini secara tidak langsung mengambarkan pemikiran atau fahaman golongan tersebut, sebagian dari contoh dan perumpamaan ini dapat dilihat di dalam firman Allah swt di surah-surah berikut:

 

(1). Sifat Fasik dan Mungkar:

 

 Sebagaimana firman Allah swt disurah Al Baqarah ayat 59 yang berbunyi:

" فبدت الذين ظلموا قولا غير الذي قيل لهم فأنزلنا على الذين ظلموا رجزا من السمآء بما كانوا يفسقون"

Yang bermaksud: “Lalu orang-orang yang zalim menggantikan perintah dengan (menunaikan) yang tidak diperintahkan kepada mereka, sebab itu Kami timpakan atas orang-orang zalim itu siksa dari langit, kerana mereka berbuat fasik

 

Di ayat ini, Allah swt mengolongkan orang-orang yang melakukan kefasikan, iaitu perbuatan-perbuatan mungkar, kerosakan, kemusnahan atau perbuatan-perbuatan dosa yang bertentangan dengan suruhan dan perintah-perintah Allah swt sebagai orang-orang yang zalim

(2). Sifat Berdusta dan Melarang Dari Kebenaran



[1] Hadis Empat Puloh, Imam Nawawi : Hadis ke Dua puloh Empat
[2] Hadis Empat Puloh, Imam Nawawi : Hadis keenam
[3] Kamus Idris Al Marbawi,  Arab Melayu