Thursday, April 23, 2015

Ideologi Zalim (9)


Dalam banyak hal, faktor-faktor di atas memainkan peranan penting dalam menpengaruhi tindak tanduk seseorang yang melakukan perbuatan-perbuatan yang berunsurkan kezaliman, baik dalam keadaan sedar atau tidak, atau disebabkan oleh agenda-agenda tertentu, sehingga tindakan yang dilakukan mereka lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan, walaupun sesuatu tindakan itu dilakukan dengan berpandukan akal fikiran, tetapi kadang kala ia bertentangan dengan nilai-nilai murni kehidupan seorang insan kerana terdapat dorongan hawa nafsu dalam tindakan tersebut. Ini bersesuaian dengan peringatan yang difirmankan oleh Allah swt kepada manusia di surah Ar Rum ayat 41 yang berbunyi:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Yang bermaksud: “Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka, sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.

 

Jika dikaji dan diamati kerosakan yang berlaku di laut dan di darat, hatta di angkasa bumi[1], banyak sekali sebab musabab belakunya kerosakan dan kemusnahan ini berpunca dari perbuatan-perbuatan manusia itu sendiri[2], iaitu berpunca dari tindak tanduk manusia yang hanya berlandaskan akal fikiran atau hawa nafsu tanpa berpandukan wahyu, sehingga mengakibatkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan untuk diri mereka.

 

Firman Allah swt ini juga adalah sebagai amaran dan iktibar buat manusia, supaya mereka sedar dan insaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah mereka lakukan selama ini.Agar mereka kembali ke pangkal jalan dan bertaubat dari kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan, dan seterusnya kembali memakmurkan bumi Allah swt dengan berpandukan nasihat dan ajaran Allah swt yang murni.

 

Menghukum Perbuatan Zalim

 

Setelah kejadian  911[3], sering pula terdengar gelaran teroris, radikal, pelampau, fundementalis atau dengan berbagai nama dan gelaran[4] yang dikaitkan dengan Islam, segala fitnah dan sifat-sifat berunsur kezaliman dilemparkan ke atas umat Islam atau golongan-golongan tertentu yang dituduh terlibat melakukan tindakan tersebut, atau lebel ini diberikan keatas golongan yang ingin memperjuangkan Islam atau mempertahankan hak-hak mereka dikeranakan mereka teraniaya atau tertindas, atau apajua tindakan yang mungkin dilakukan, ini semua tidak bermakna agama Islam membenarkan sebarang tindakan yang bersifat zalim, hakikatnya tiada ulama’ Islam yang mengatakan peristiwa yang berlaku (911) adalah wajar disisi agama Islam, malahan ramai ulama[5] dan pemimpin Islam yang kehadapan untuk mengutuk perbuatan tersebut, Islam tidak pernah meredai sesuatu perbuatan zalim walaupun sebesar zarrah[6] .

Terdengar pula kalimah “Crusade[7] sebagai slogan yang dilaungkan[8] dalam memerang golongan yang dikatakan terroris, yang secara tidak langsung memalitkan semua umat Islam di dalam permasalahan yang sedang berlaku, kalimah ini menimbulkan banyak salah tanggap dikalangan pemimpin-pemimpin dunia sehingga slogan ini ditukar kepada “War on Terrorism[9](Perang Melawan Terroris) atau “War on Terror[10]. Dan begitu juga kalimah 'You are either with us or against us'[11] yang membawa maksud: “(Apakah) kamu bersama kami atau menentang kami”, kalimah seumpama ini membuat masyarakat dunia berbelah bagi dalam menanggani unsur-unsur kezaliman yang berlaku[12].


 

Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk menuduh seseorang itu telah melakukan suatu kezaliman atau memberikan gelaran yang serupa[13] keatas sesuatu golongan, jika perbuatan (yang bersifat zalim) itu tidak nampak siapa perlakunya, melainkan jika perlaku tersebut yang membuat pengakuan di atas perbuatannya itu, atau pihak yang dituduh telah dihadapkan ke muka pengadilan dan telah sabit segala kesalahannya.

 

Jika ada pihak yang menuduh mengambil tindakan serupa atas alasan mereka telah dizalimi, iaitu melakukan tindakan zalim terhadap golongan tertentu atau ke atas sebuah Negara yang berdaulat, sehingga mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda, kematian dan kehilangan jiwa, kesengsaraan hidup dan keadaan huru hara, maka perbuatan seumpama inilah yang dilarang dan dibenci oleh Allah swt, sebagaimana firmanNya di surah Ali Imran ayat 57 yang berbunyi:

و أما الذين ء امنوا و عملوا الصالحات فيوفيهم أجورهم و الله لا يحب الظالمين

Yang bermaksud: “Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang sholeh, maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim

 

Begitu juga sebagaimana Sabda Nabi saw yang bermaksud:

وجعلته بينكم محرما فلا تظالموا

Yang bermaksud: “Dan Aku (Allah) telah menjadikan sifat zalim (aniaya) ini haram buat diri kamu dan janganlah kami saling zalim menzalimi (diantara satu dengan lain)”.[14]

 

Islam melarang bertindak dan menjatuhkan hukum mengikut pendapat pribadi sahaja, mengikut emosi atau bertindak sebagai hakim dalam menentukan sesuatu kesalahan dan hukuman ke atas sesuatu pihak, peringatan ini disabdakan oleh Nabi saw sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah yang bermaksud:

 

“Di akhirat kelak hakim-hakim akan dibahagikan dalam tiga bahagian, yang pertama akan dimasukkan ke syurga dan yang dua lagi dimasukkan ke dalam neraka, Hakim yang masuk syurga itu mengetahui akan kebenaran dan menjatuhkan hukuman dengan adil, Bagi hakim yang mengerti kebenaran tetapi zalim maka ia akan dimasukkan ke neraka. Demikian juga hakim yang menjatuhkan ke atas manusia berdasarkan kejahilannya (ignorance) berada di dalam neraka”[15]

 

Jika seorang hakim yang bertauliah dan diamanahkan memikul tugas ini telah diberikan peringatan oleh Nabi saw dengan begitu keras sekali, bayangkan jika seseorang yang tidak berkelayakkan ingin bertindak sebagai seorang hakim lalu membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman mengikut pendapat dan pandangan pribadinya, sudah pasti ancaman dan balasan di sisi Allah swt lebih berat lagi ke atas dirinya. Peringatan ini yang telah difirmankan oleh Allah swt kepada RasulNya di surah An Nisa’ ayat 105 yang berbunyi:

إناأنزلنا إليك الكتاب بالحق لتحكم بين الناس بمآأراك الله و لا تكن للخائنين خصيما

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Al Quran dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu melalui wahyuNya, dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat”

 

Larangan mengambil tindakan atau menjatuhkan sesuatu hukum tanpa berdasarkan perundangan yang adil bukan hanya suatu kesalahan disisi perundangan Islam, tetapi juga di dalam setiap agama dan perundangan hukum di dunia ini, sehingga terdapat satu perkataan yang masyhur dalam hukum perundangan yang mengatakan:  “Seseorang itu di anggap tidak bersalah kecuali setelah sabit kesalahannya” atau di dalam bahasa Inggeris berbunyi: innocent until proved guilty”[16], dapat dibayangkan jika tuduhan ini (melakukan perbuatan zalim) ditujukan bukan hanya kepada sesuatu puak atau golongan tertentu saja, tetapi terhadap sebuah agama, sudah pasti kesan dan implikasinya tidak ada penghujungnya.

 

Tiada pihak berhak menjatuhkan hukuman dan melaksanakan hukuman tersebut tanpa melalui proses perundangan yang adil, jika proses keadilan diabaikan dan tidak dilaksanakan sebagaimana yang telah ditetapkan, sudah pasti akan mengakibatkan keadaan yang lebih huru hara, manusia akan bertindak berpandukan hukum rimba, dimana kekuasaan hanya berdasarkan kekuatan, tiada lagi slogan keadilan, hilang pula perasaan ihsan dan keamanan dalam kehidupan manusia. Timbul pula perasaan sangsi, permusuhan, kebencian dan saling jatuh menjatuhkan diantara satu dengan lain, sifat ini wujud demi untuk mendapatkan kekuasaan dan pengaruh, ia bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai-nilai murni fitrah manusia, kerana di dalam Islam tiada jalan pintas untuk manusia mencapai kemakmuran hidup kerana matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

 

Dalam abad dan tamadun dunia sekarang ini, setiap Negara sudah mempunyai undang-undang tersendiri dalam melaksanakan keadilan dan perundangannya, sudah dibentuk Mahkamah Keadilan Antarabangsa[17] atau ICJ ( International Court of Justice ), dan sudah wujud PBB atau Badan Bangsa-bangsa Bersatu[18] (United Nation) yang mana tujuan dan matlamat Pertubuhan ini adalah untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan Dunia[19], dan memastikan tiada Negara atau individu terkecuali daripada mendapat keadilan, charter ini telah berkuat kuasa semenjak 24th Oktober 1945[20] ke atas setiap Negara yang berdaulat.

 

Setiap Negara perlu akur dengan ketentuan dasar-dasar ini, jika tujuan dan matlamat dasar terdirinya Badan ini atau dasar sesuatu hukum tidak dilaksanakan dengan adil dan saksama, maka tidak hairanlah jika sifat dan fahaman ini (sifat kezaliman) akan terus berkembang dan tumbuh subur dengan tertanamnya bibit-bibit fahaman zalim, bukan hanya dalam diri individu, golongan, bangsa, agama malahan juga dalam sesebuah Negara, sehingga mengakibatkan keadaan bertambah huru hara, manusia akan senantiasa hidup dalam ketakutan dan punah segala kedamaian  dan kemakmuran yang diimpikan.

 

Ancaman Dan Balasan Allah Keatas Orang Yang Zalim

 

Bebagai ancaman telah Allah swt nyatakan di dalam Al Quran terhadap mereka-mereka yang melakukan kezaliman, sebagian daripada ancaman ini terdapat di dalam firman Allah swt di surah Ibrahim ayat 42 hingga 47 yang berbunyi :

"و لا تحسبن الله غافلا عما يعمل الظالمون إنما يؤخرهم ليوم تشخص فيه الأبصار مهطعين مقنعى رؤسهم لا يرتد إليهم طرفهم و أفئدتهم هواء و أنذر الناس يوم يأتيهم العذاب فيقول الذين ظلموا ربنا أخرنا إلى أجل قريب نجب دعوتك و نتبع الرسل أو لم تكونوا أقسمتم من قبل مالكم من زوال و سكنتم فى مساكن الذين ظلموا أنفسهم و تبين لكم كيف فعلنا بهم و ضربنا لكم الأمثال و قد مكروا مكرهم و عند الله مكرهم و إن كان مكرهم لتزول منه الجبال فلا تحسبن الله مخلف وعده رسله إن الله عزيز ذوا نتقام"
Yang bermaksud: “Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka)


[2] http://news.bbc.co.uk/2/hi/in_depth/7010522.stm : Man causing climate change - poll
[3] abid
[5] http://www.islamonline.net/English/News/2001-09/12/article25.shtml : Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Condemns Attacks Against Civilians: Forbidden in Islam dan fatwa-fatwa yang dikumpulkan oleh Ust Haniff dalam bukunya Unlicensed to kill.
 
[6] surah An Nisaa ayat 40
[7] Crusade : perang salib, mengambil bahagian dalam perang salib : kamus Terjemahan Inggeris-Melayu
[8] http://www.csmonitor.com/2001/0919/p12s2-woeu.html : Europe cringes at Bush 'crusade' against terrorists, http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/1547561.stm
[9] http://en.wikipedia.org/wiki/War_on_Terrorism
[10] http://en.wikipedia.org/wiki/War_on_Terror
[11] http://archives.cnn.com/2001/US/11/06/gen.attack.on.terror/
[13] Gelaran radikal, ektremis, pelampau, terrorism, fundementalis dan sebagainya
[14] abid
[15] Sunan Abu Daud dan Ibn Majah rujukan buku Etika Hakim dan Peguam : Penyunting Abdul Monir Yaacob
http://en.wikipedia.org/wiki/Innocent_until_proven_guilty
[17] http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Keadilan_Antarabangsa
[18] http://www.un.org/aboutun/charter/index.html
[19] http://www.un.org/aboutun/charter/index.html , Purposes and Principles , Article 1 and 2
[20] Rujuk, Charter of the United Nation Introductory Note

Ideologi Zalim (8)


ini di antara kamu sekalian, maka janganlah sekali-kali kamu berlaku zalim diantara satu sama lainnya….”[1]

 

Islam mengalakkan sifat Ihsan dalam apajua tindak tanduk atau perbuatan yang berkait rapat dalam hubungan muamalat sesama manusia, iaitu dengan menzahirkan sifat hormat menghormati, sifat belas dan kasih sayang sesama makluk Allah swt, dan jika sesuatu tindakan tegas perlu diambil, ia hanya dilakukan atas dasar-dasar yang diizinkan syara’ dan berlandaskan hukum-hukum Islam yang murni, bukan berdasarkan hawa nafsu atau tindak balas dengan sebab dendam dan kebencian, inilah perbezaan dasar yang menjadi ukur tara di antara perbuatan yang diizinkan dan perbuatan yang dilarang di dalam Islam.

 

Islam melarang penganutnya dari melakukan apajua bentuk kezaliman dan mengalakkan sifat ma’ruf dan ihsan, Ini bersesuai dengan firman Allah swt di surah Ali Imran ayat 110 yang di khususkan kepada hamba-hambaNya yang berbunyi:

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله  

Yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah”

Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad saw yang di riwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri yang berbunyi:

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده. فإن لم يستطع فبلسانه. فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

Yang bermaksud: Dari Abu Sa'id al-Khudri, ia berkata, "Saya mendengar Rasulullah bersabda, 'Barang siapa di antara kalian melihat yang mungkar (yang dilarang agama) hendaklah ia merubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak mampu, maka (hendaklah dia merubahnya) dengan lisannya. Jika ia tidak mampu, maka (hendaklah dia merubahnya dengan hatinya, dan itulah selemah-lemahnya iman." HR. Muslim.

 

Firman Allah dan hadis di atas ini dengan jelas menunjukkan bahawa agama Islam melarang umatnya daripada melakukan tindakan-tindakan yang berunsur kezaliman, kerana sifat ini bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan agama dan ajaran Islam, sebaliknya Islam memerintah kepada penganutnya agar mencegah perbuatan ini dengan apajua kekuatan yang ia miliki dan seterusnya mengalakkan perbuatan-perbuatan ma’ruf sesama manusia..

 

Faktor-Faktor Sifat Kezaliman

 

Terdapat bebagai sebab mengapa seseorang itu boleh terpengaruh dan terjebak dengan perbuatan-perbuatan yang bersifat zalim, banyak faktor boleh menpengaruhi seseorang untuk melakukan tindakan yang radikal atau ektremis yang membuahkan perbuatan zalim, walaupun pada awalnya mungkin seseorang itu merupakan seorang rakyat yang baik, taat kepada Negara dan undang-undangnya, tetapi boleh berubah sifat dan sikapnya secara aggresif dengan tiba-tiba, sehingga melakukan perbuatan yang bercanggah dengan sifat dan tabiat asalnya. Ini semua boleh berlaku disebabkan faktor-faktor berikuti:

 

            (1).       Pengaruh Media Massa dan Teknologi Internet

            (2).       Terpengaruh dengan fahaman-fahaman dan idealogi pemikiran tertentu, sehingga merasakan tindakannya itu adalah sah mengikut hukum.

(3).       Sifat simpati ke atas golongan yang dizalimi, sehingga bertindak dengan cara yang bertentangan dengan syara’.

            (4).       Kemarahan dan kebencian yang wujud keatas golongan yang bermaha rajalela melakukan bentuk-bentuk kezaliman.

(5).       Keraguan dan perasaan sangsi mereka terhadap pihak-pihak yang mempunyai agenda yang tertentu, yang bertindak berat sebelah dan tidak berlaku adil dalam tindakan mereka.

(6).       Kerana dalam situasi yang tertekan dan terpaksa, maka mereka bertindak mengikut arahan dan keadaan yang tertentu. 

(7).       Terdapat tindakan-tindakan provokasi atau konfrontasi yang dilakukan untuk menimbulkan kemarahan sesuatu pihak.

(8).       Didorong oleh sifat emosi, disebab ketidak adilan yang berlaku pada pandangannya.

(9).       Kurang ilmu pengetahuan dalam bertindak, walaupun mempunyai niat yang baik.

(10).     Terpengaruh dengan keadaan yang berlaku ditempat atau negara yang tertentu dimana beliau berada ketika itu, sehingga merasakan tindakan tersebut boleh dilakukan ditempat beliau bermastuatin sekarang.

(11). Terpengaruh atau diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk melakukan perbuatan zalim.

(12). Difitnah atau dihukum sebelum menjalani sesuatu perbicaraan untuk membuktikan kesalahannya, atau divonis (dijatuhkan hukum) di atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

(13).     Di dorong oleh perasaan untuk membalas dendam, marah atau kebencian yang wujud disebabkan oleh tindakan zalim yang telah dilakukan ke atas dirinya atau ke atas orang yang ada kaitan dalam hidupnya.

(14).     Disebabkan oleh siasah politik atau idealogi yang menyimpang.

(15).     Saling melakukan tuduhan di antara satu dengan lain, bahwa pihak yang satu lagi yang melakukan kezaliman.

 

Faktor-faktor diatas ini merupakan sebagian daripada sebab musabbab mengapa terdapat sebagian masyarakat Islam bertindak melakukan tindakan-tindakan yang zalim dan menjustifikasikannya dengan ajaran Islam, mereka merasakan berhak mengambil tindakan tersebut, perkara ini berlaku apabila terdapat kekaburan dan kesamaran dalam menentukan sesuatu hukum atau tindakan yang ingin diambil, apakah tindakan yang ingin diambil bersesuai dengan hukum dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, khususnya dalam menghadapi sesuatu isu yang berlaku.

 



[1] abid

ideologi Zalim (7)


beriman.Apa jua bentuk gelaran, lebel atau nama yang diberikan, jika ia mengandungi unsur-unsur kezaliman yang ditegah oleh Islam, maka sifat tersebut dilarang oleh Islam dan menjadi tanggong jawab penganutnya untuk mencegah, menghindari dan menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan tersebut.

 

Larangan Bertindak Zalim Dan Kewajipan Mencegahnya

 

Telah jelas dari firman-firman Allah swt dan sabda Nabi saw sebelumnya, yang melarang umat Islam dari melakukan apajua bentuk kezaliman di muka bumi ini, tetapi sayangnya terdapat sebagian umat Islam yang bertindak melakukan perbuatan-perbuatan yang bersifat zalim atas alasan agama Islam membenarkan perbuatan tersebut, atau disebabkan mereka dizalimi atau telah dianiayai lebih dahulu oleh golongan-golongan yang tertentu.

 

Disebabkan mereka dizalimi, mereka pun melakukan tindakan yang serupa mengikuti cara golongan-golongan yang telah menzalimi diri mereka, jika mereka diperlakukan dengan kekerasan maka mereka pun akan bertindak melakukan kekerasan yang serupa, atau apabila mereka diperlakukan dengan kekejaman, kerosakan dan kemusnahan, maka mereka juga akan melakukan tindakan yang serupa malah lebih kejam lagi dari apa yang telah mereka rasai, demi untuk membalas dendam dan melepaskan kebencian mereka terhadap golongan yang menzalimi diri mereka.

 

Alasan membenarkan perbuatan-perbuatan yang bersifat zalim ini menjadi semakin rumit, apabila ada pihak tertentu menjustifikasikan tindakan mereka dengan menyandarkan hujah-hujah mereka dengan mengunakan dalil-dalil yang mereka datangkan dari Al Quran dan Sunnah, dengan dalil-dalil ini mereka membenarkan perbuatan mereka di sisi agama, sehingga timbul lah pandangan-pandangan yang berbeza, dimana disatu sudut terdapat dikalangan mereka yang memperbolehkan tindakan tersebut, sepertimana pengeboman bali[1] dan di sudut yang lain para alim ulama’[2] yang mengharamkan perbuatan-perbuatan mereka.

 

Islam melarang perbuatan zalim dibalas dengan kezaliman yang serupa, tetapi ini tidak bermakna agama Islam melarang seseorang yang dizalimi itu daripada mempertahankan hak-hak yang diizinkan di dalam syariat Islam[3], atau bertindak mengikuti lunas-lunas hukum[4] yang telah ditetapkan untuk membela dirinya[5], begitu juga dalam situasi dimana seseorang itu telah dizalimi atau di aniayai oleh satu pihak yang tertentu, ini tidak bermakna dia boleh bertindak dengan niat melakukan kezaliman serupa terhadap orang yang menzalimi dirinya atau terhadap masyarakat awam yang tidak berdosa..

 

Islam memberikan hak untuk seseorang mempertahankan dirinya (nyawa), agama, akal, maruah atau hartanya apabila merasakan salah satu dari lima perkara tersebut terancam, tetapi tindakannya hanya lah untuk mempertahankan haknya daripada dicerobohi oleh penzalim tersebut, tetapi dia tidak boleh melakukan tindak balas lebih daripada batas-batas yang telah ditetapkan, iaitu dengan melakukan perbuatan zalim keatas orang awam yang ditujukan kepada mereka yang menzaliminya, inilah keindahan agama Islam iaitu kezaliman tidak dibalas dengan kezaliman.

 

Ketegasan dan larangan ini dapat dilihat di dalam firman Allah swt di surah Al Baqarah ayat 190 yang berbunyi:

"و قاتلوا فى سبيل الله الذين يقاتلونكم و لا تعتدوا إن الله لا يحب المعتدين"

"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”

 

Ayat di atas ini menegaskan bahawa perintah berjihad atau berperang diizinkan oleh Allah swt kepada hambaNya apabila musuh telah terlebih dahulu memulakan peperangan atau yang lebih dahulu melakukan penganiayaan, perintah berperang terhadap musuh hanya lah tindakan untuk mempertahankan diri daripada dizalimi atau dianiayai dan Allah swt melarang hamba-hambaNya dari bertindak melampaui batas. Ini juga tidak bererti umat Islam hanya membuat persiapan untuk berjihad pada saat-saat terakhir apabila musuh telah menyerang mereka, persiapan untuk bersiap siaga senantiasa dituntut ke atas umat Islam, sebagaiman firman Allah swt di surah Al Anfal ayat 60 yang berbunyi:

"و أعدوا لهم مااستطعتم من قوة و من رباط الخيل ترهبون به عدو الله و عدوكم و ءاخرين من دونهم لا تعلمونهم الله يعلمهم و ما تنفقوا من شيء فى سبيل الله يوف إليكم و أنتم لا تظلمون"

Yang bermaksud: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya, apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)”

 

Begitu juga di dalam hadis qudsi yang telah di sabdakan oleh junjungan Nabi Muhammad saw, yang melarang umat Islam daripada melakukan sebarang bentuk kezaliman di antara manusia sebagaimana sabdanya:

وعن أبي ذر الغفاري -رضي الله عنه- قال عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فيما يرويه عن ربه -عز وجل-: يا عبادي، إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرما فلا تظالموا
Yang bermaksud:  “Wahai hambaKu, sungguhnya Aku (Allah) telah mengharamkan sifat zalim (aniaya) keatas diri Ku (zat Allah) dan Aku (Allah) juga telah mengharamkan sifat


[1] Aku melawan teroris!, Abdul Aziz alias Imam Samudra alias Qudama, Beliau mendatangkan hujah membenarkan perbuatan-perbuatan zalim.
[2] Unlicensed To Kill: Countering Imam Samudera’s Justification For The Bali Bombing".Ustaz Haniff Hassan, dan kandungannya  fatwa para ulama’ seluruh dunia mengharamkan perbuatan zalim
[3] Maqaasid Syariah: Tujuan Syariah adalah untuk memelihara 5 perkara iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta.
[4] Asy Syuura ayat 39 : “Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri”
[5] Asy Syuura ayat 41 : “Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya (dizalimi), tidak ada suatu dosapun atas mereka”

Ideologi Zalim (6)


Yang bermaksud: “Katakanlah: Hai kaumku, berbuatlah sepenuh kemampuanmu, sesungguhnya akupun berbuat (pula), kelak kamu akan mengetahui, siapakah (di antara kita) yang akan memperoleh hasil yang baik dari dunia ini, Sesungguhnya, orang-orang yang zalim itu tidak akan mendapat keberuntungan

 

(6).       Allah swt Melaknati Dan Tidak Mengampuni Mereka Di Akherat

 

Firman Allah swt di surah Al Mu’min ayat 52 yang berbunyi:

يوم لا ينفع الظالمين معذرتهم و لهم اللعنة و لهم سوء الدار

Yang bermaksud: “(Yaitu) hari yang tidak berguna bagi orang-orang zalim permintaan maafnya dan bagi merekalah laknat dan bagi mereka tempat tinggal yang buruk”

 

Begitu juga dengan firman Allh swt di surah Al A’raaf ayat 44 yang berbunyi:

فأذن مؤذن بينهم أن لعنة الله على الظالمين

Yang bermaksud: “Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu: “Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim

 

(7).       Allah swt Tidak Memberi Pertunjuk Kepada Mereka

 

Firman Allah swt di surah Al An Aam ayat 144 berbunyi:

إن الله لا يهدى القوم الظالمين

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim

 

Ayat-ayat Allah swt di atas ini semuanya menunjukkan sikap Allah swt terhadap golongan-golongan yang melakukan kezaliman, mereka tidak mendapat tempat di sisi Allah swt baik di dunia mahupun di akherat nanti, Allah swt tidak reda dengan cara kehidupan mereka sehingga Allah swt bersikap keras dengan menunjukkan sifat benci, murka, laknat keatas mereka, dan bagi mereka ancaman dan azab yang pedih disediakan di akherat nanti di atas sifat dan tingkah laku zalim mereka sewaktu di dunia.

 

Walaupun pada hakikatnya Allah swt mempunyai sikap yang keras terhadap orang-orang yang zalim, tetapi itu tidak bermakna Allah swt tidak menerima taubat dan pengampunan mereka jika mereka benar-benar ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, kerana Allah swt Maha luas pengampunanNya, ini sebagaimana firman Allah swt di surah Ar Ra’d ayat 6 yang berbunyi :

و إن ربك لذو مغفرة للناس على ظلمهم و إن ربك لشديد العقاب

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai ampunan (yang luas) bagi manusia sekalipun mereka zalim, dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar sangat keras siksaNya

 

Di ayat ini Allah swt ingin menerangkan kepada hamba-hambaNya, walaupun jika seseorang itu mempunyai sifat zalim dan melakukan perbuatan-perbuatan yang zalim, tetapi jika mereka insaf dan bertaubat kepada Allah swt diatas segala perbuatan-perbuatan mereka itu, nescaya Allah swt akan tetap mengampuni dan menerima taubat mereka, kerana Allah swt Maha Luas PengampunanNya.

 

Sifat Zalim, Radikal Dan Ekstremis

 

Semenjak peristiwa 11 September  2001 (911)[1] banyak sekali pengunaan kalimah Radikal, Ekstremis, Terroris, Pelampau dan sebagainya dikaitkan keatas golongan-golongan yang tertentu, sehingga ada pihak yang menyelitkan ciri-ciri atau sifat-sifat radikal dan ekstremis yang mengandung unsur zalim ini sebagai sebagian dari fahaman dan ajaran Islam, iaitu pada hikmah mereka Islam memang mengajar penganutnya sifat-sifat seumpama ini di dalam ajarannya, tuduhan ini hanya menambahkan lagi salah faham yang sedia ada dan permasalahan yang sedang berlaku[2].

 

Sifat ini (radikal) jika dialih bahasa boleh membawa maksud radikal keseluruhan, pesalah besar yang tidak disangka atau kesalahan utama[3], dan jika dirujuk di http://en.wikipedia.org/wiki/Radicalism, pengertian radikal ini sebagaimana dari asal katanya (bahasa Inggeris) boleh di erti kepada berbagai pengertian yang berbeza, baik dari sudut mathematics (Ilmu Hisab), chemistry (Ilmu Kimia), linguistics (Ilmu Bahasa), politics (Siasah Politik), commerce (Perdagangan), slang(Bahasa basahan)[4].

 

Dalam banyak hal gelaran radikal atau ekstremis[5] (pelampau) diberikan oleh satu pihak keatas golongan yang tertentu, khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan idealogi atau siasah politik, yang mana pihak yang melebelkan gelaran ini tidak dapat menerima fahaman, pendapat atau perbuatan perbuatan golongan tertentu yang bertentangan dengan fahaman atau pendapat mereka, atau kedua belah pihak mempunyai idealogi atau fahaman yang jauh berbeza diantara satu sama lain, sehingga timbul tuduhan di antara mereka dengan memberikan gelaran seumpama ini, dan ini juga tidak bermakna pihak yang menuduh atau memberi gelaran sesuatu kelompok dengan gelaran radikal, ektremis, terroris atau pelampau terkecuali dari sifat seumpama ini.

 

Perkataan radikal, ekstremis, terroris atau pelampau yang digunakan untuk mengelarkan sesuatu kumpulan merupakan perkataan sinonim[6], bagi mengambarkan sikap dan perbuatan ganas yang lakukan oleh kumpulan tersebut, dan ia banyak bersangkut paut dengan masalah hal ehwal siasah politik atau idealogi yang mengalakkan keganasan dan kemusnahan, yang mana jika dilihat dan dikaji akan sifat dan perbuatan ini tiada bezanya dengan sifat-sifat kezaliman yang diharamkan oleh Allah swt di dalam firman-firmanNya sebelum ini.

 

Pada hakikatnya apajua bentuk kezaliman yang dilakukan, apakah ia berupa kemusnahan, kerosakan, penganiayaan, kekerasan, kekejaman dan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia, baik terhadap sesama manusia, terhadap mahkluk Allah, yang berupa haiwan, tumbuh-tumbuhan atau apa jua yang terdapat di alam semesta ini merupakan perbuatan yang diharamkan oleh Allah swt keatas hamba dan makhlukNya.

 

Begitu juga dengan sifat atau sikap manusia yang engkar untuk mentaati dan menyakini kewujudan Allah swt yang Esa, merupakan suatu bentuk perbuatan yang zalim, sebagaimana firman Allah swt disurah Luqman ayat 13 yang berbunyi:

و إذ قال لقمان لإبنه و هو يعظه يا بني لا تشرك بالله إن الشرك لظلم عظيم

Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar

 

Jika diteliti dari firman Allah swt diatas ini, ayat ini dengan jelas menunjukkan bahwa segala bentuk keengkaran terhadap Zat Allah swt dan ayat-ayat suciNya merupakan suatu bentuk kezaliman seorang manusia terhadap Penciptanya, tiada bentuk kezaliman yang lebih besar yang telah dilakukan seseorang melainkan terhadap Khaliknya.

 

Sifat zalim yang telah difirmankan oleh Allah swt dari ayat-ayat di atas ini, membawa maksud dan pengertian yang lebih luas dari sifat radikal, ektremis atau terroris, bahkan ia juga merangkumi bukan saja sifat-sifat yang berbentuk idealogi, siasah politik atau perbuatan yang berbentuk kerosakan, kemusnahan, kekejaman dan sebagainya, tetapi merangkumi setiap aspek kehidupan manusia dalam muamalat mereka sesama manusia, makhluk atau alam semesta ini dan juga kepada sang Pencipta iaitu Khaliqnya.

 
Pengertian radikal, ekstremis atau pelampau yang digunakan oleh sebagian pihak dalam mengategorikan golongan-golongan tertentu ini merupakan sebagian dari sifat-sifat kezaliman yang telah dilarang oleh Allah swt keatas hamba-hambaNya yang


[1] Peristiwa 911: Pada 11th Sep 2001, dua buah kapal terbang merempuh bangunan WTC di New York, Amerika Syarikat.
[3] Kamus Terjemahan, Inggeris- Melayu. Susunan Ainon Mohd dan Abdullah Hassan
[4] Rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Radicalism
[5] Kamus Lengkap: ekstremis: pelampau, orang yang menuntut pendapat-pendapat yang terlalu sangat.
[6] Sinonim: Kata-kata seerti