“Ayah Tercinta,
Anugerah & Tunggak Kekuatanku”.
Amanah
adalah sifat yang mulia bagi diri seorang Insan, dan tiada sifat yang lebih
mulia yang dapat mengatasi sifat amanah bagi seseorang yang telah dapat
melaksanakan tanggong jawab dan amanah nya dengan sempurna. Begitu lah juga
kedudukan seorang yang bergelar “Ayah”, beliau memegang amanah dan tanggong
jawab yang paling berat didalam kehidupannya, beliau memegang watak yang
berbagaian, kerana beliau adalah seorang bapa kepada anak-anaknya, seorang
suami kepada pasangan hidupnya, dan seorang anak kepada kedua orang tuanya,
beliau juga adalah seorang pemimpin, yang perlu melaksanakan segala amanah dan
tanggung jawabnya dengan adil, kerana amanah dan tanggung jawab ini, akan
dipikulnya bukan hanya di dunia tetapi juga di akherat nanti. Ini sebagaimana
yang di riwayatkan oleh Abdullah Bin Umar r.a bahwa Nabi saw telah bersabda
yang bermaksud:
“Setiap kamu adalah pemimpin
dan setiap kamu akan dipertanggung jawabkan diatas kepemimpinan nya, seorang
Imam (ketua Negara) adalah pemimpin dan akan dipertanggung jawabkan keatas
rakyatnya, seorang suami dalam keluarganya adalah pemimpin dan akan
dipertanggung jawabkan atas keluarganya….…..” (Riwayat Imam Al Bukhari)
Gelaran dan martabat seorang Ayah
itu begitu mulia sekali dalam pandangan Islam, kerana gelaran ini mewajibkan
seseorang itu memikul amanah dan tanggung jawab yang berat dipundaknya, baik
buruk sesebuah keluarga itu, banyak bergantung sejauhmana seorang yang bergelar
“Ayah” memainkan peranannya sebagai seorang
pemimpin dan ketua keluarga, dan sejauhmana pula beliau melaksanakan amanah dan
tanggong jawabnya dengan penuh keadilan.
Jika seorang Ayah itu dapat
melaksanakan amanah dan tanggung jawabnya dengan baik dan adil keatas
keluarganya, maka diakherat kelak, sudah pasti beliau akan mendapat keredaan
Allah swt, dan seterusnya dianugerahkan dengan ganjaran yang setimpal disisi
Allah swt, kerana beliau telah berjaya melaksanakan amanah dan tanggung
jawabnya dengan baik dan telah dapat memimpin keluarganya ke jalan kebaikan,
tetapi sebaliknya, jika beliau mengabaikan amanah dan tanggung jawabnya, dan
mensia-siakan gelaran dan martabat yang beliau sandang, maka sudah pasti beliau
akan mendapat kemurkaan Allah swt di akherat nanti.
Pencalonan Qudwah Hasanah tahun
ini banyak memberikan tumpuan kepada seorang “Ayah” yang telah dapat memikul
amanah dan tanggong jawabnya dengan adil, memimpin keluarganya dengan penuh
dedikasi, berkorban dengan jiwa dan raganya dalam memimpin dan membesarkan
anak-anak mereka, tetapi dalam masa yang sama, tetap dapat melaksanakan
tanggung jawabnya kepada masyarakat dan Negara, inilah contoh Qudwah Hasanah
yang bersifat holistik yang ingin ditunjolkan bagi mereka yang dicalonkan pada
tahun ini .
Semoga pada tahun-tahun mendatang
lebih ramai lagi para Ayah, khususnya kepada Ayah-ayah muda yang masih lagi
mempunyai tanggungan kepada anak-anak mereka yang masih bersekolah, dapat
tampil dan mengongsi pengalaman dan pengorbanan mereka dalam mendidik,
membimbing, memimpin dan membesarkan anak-anak mereka dalam kontek kehidupan
yang semakin canggih dan mencabar ini, akhir sekali semoga Allah swt senantiasa
memberikan kita pertunjuk, taufik dan hidayahNya, memberikankan kita kesabaran
dan ketabahan dalam membimbing keluarga kita ke jalan yang diredai Allah swt,
baik di dunia mahupun di akherat…amin
Wassalam
Ustaz Abdul Jalil Bin Abdul Razak
9th Mei 2016