Friday, December 4, 2015

Hukum Melantik Hakim Wanita


Hukum Melantik Hakim Wanita

Pendahuluan

Tujuan dan matlamat kertas kerja ini disiapkan adalah untuk mengetahui dan mengumpulkan pendapat-pendapat di kalangan para alim ulama’ berhubung perlantikan wanita sebagai hakim atau melaksanakan tanggong jawab sebagai seorang hakim, apakah hukumnya di kalangan para mazahib dalam masalah ini?, apakah sebab atau punca permasalahannya, dan apakah hujjah-hujjah mereka dalam perbezaan pendapat ini?.

Dalam pembahasan ini juga akan diterangkan segala pandangan setiap pendapat ulama’ dengan berpandukan dalil dan hujjah-hujjah mereka, begitu juga segala pendapat, dalil dan hujjah-hujjah mereka ini akan dibahaskan dengan pandangan dan pendapat yang berbeza, ini bertujuan agar segala perbezaan pendapat ini dapat dilihat dari segenap sudut dan dapat difahami sebab musabab perbezaan ini terjadi.

Pandangan Ulama’:

Jumhur fuqaha dari kalangan Mazhab Malikiyah, Syafiiyah, Hambaliyah dan kebanyakan Hanafiyah , Syiah Imamiyah dan Syiah Zaidiyah berpendapat tidak di bolehkan wanita dilantik sebagai Qadhi (Hakim), tidak kira apakah perlantikannya dalam urusan harta atau Qisas, hudud dan sebagainya. Jika wanita tersebut dilantik juga maka orang yang melantik adalah berdosa, dan tidak diterima hukuman yang ditetapkan olehnya walaupun bersesuaian dengan kebenaran, begitu juga pada perkara-perkara yang dapat diterima kesaksiannya.

Perlu diperjelaskan disini, bahawa Mazhab Hanafiyah juga bersependapat dengan jumhur ulama’ di dalam menentukan bahawa wanita tidak selayaknya dilantik sebagai hakim, tetapi terdapat sebagian dari pengarang fiqh Islam yang condong kepada Mazhab Hanafiyah, mereka berpendapat bahawa boleh dilantik wanita menjadi hakim di dalam urusan yang membolehkan mereka memberikan kesaksian di dalamnya, selain masalah hudud dan qisas.

Pada hakikatnya Mazhab Hanafiyah sependapat dengan pendapat jumhur ulama’ yang tidak membenarkan perlantikan wanita sebagai hakim (qahdi), tetapi mereka menambah dengan perkataan :

“Jika wanita dilantik menjadi hakim maka hukumnya adalah karahatul Tahrimiyah (perbuatan yang dibenci hampir keperingkat haram kerana dalil pengharamannya bersifat hadis ahad  sepertimana hadis yang berbunyi : “Lan yaflaha qaumu walluu amruhum amraat”*- yang bermaksud- “ tidak akan beruntung(berjaya) sesuatu kaum yang melantik wanita untuk menghakimi urusan mereka”) atau qiyas bukan Qathei), dan berdosa bagi mereka yang melantiknya, maka hukumnya sah pada perkara-perkara yang dibenarkan mereka melakukan kesaksian, iaitu selain masalah hudud dan penumpahan darah.Hukuman yang telah diputuskan dikira sah kerana bersesuaian dengan nas Al Quran dan Sunah Nabi saw.” Ini merupakan perkara yang telah disyarahkan oleh fuqaha Hanafiyah sendiri sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Al Ghazi di dalam Tanwirul Absar, beliau berkata: “Dan wanita itu boleh menjadi hakim dalam perkara-perkara tertentu melainkan masalah hudud dan qisas walaupun yang melantik telah melakukan perbuatan berdosa”

Begitu juga sebagaimana yang telah dikatakan oleh pengarang Majmuk Anhar, beliau berkata:
“Dan diperbolehkan wanita menghakimi dalam perkara-perkara yang membolehkan mereka termasuk dalam golongan yang boleh memberi kesaksian, tetapi berdosa bagi mereka yang melantiknya sebagaimana hadis* di atas, dalam perkara selain hukuman had dan hukuman yang berat, ketahuilah tidak berlaku pada kedua-duanya (had dan hukuman yang berat) kesaksian dari mereka (wanita-wanita)”

Dan sebagaimana juga yang telah dikatakan oleh Al Kamal ibnu Al Himam di dalam penolakkannya daripada pendapat dan dalil-dalil yang telah diketengahkan oleh Jumhur ulama’diatas penafian keputusan yang dibuat oleh hakim wanita walaupun setelah dilantik, dengan berkata :
“Persoalannya kembali kepada tujuannya apakah manfaat larangan agar tidak diterima perlantikan mereka dan tidak diperbolehkannya, dan apakah sebab atau alasan jika dilantik, dan berdosakah bagi yang mengikutinya (melantik), atau hakim wanita itu menghakimi dua pihak yang bermusuhan dan membuat keputusan yang bersesuaian dengan hukum Allah, apakah diterima atau tidak keputusan tersebut? Kerana tidak terdapat dalil yang dapat menolak keputusan yang telah dibuat jika bersesuaian dengan hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt, kecuali jika sabit hukum syara’ yang menolak keahliannya, dan tidak terdapat didalam syara’ yang  membezakan kelebihan akal lelaki dan wanita, dan sebagaimana yang dimaklumi perkara ini tidak sampai kepada penolakan (dilantik sebagai hakim) secara keseluruhannya., sebagaimana yang dimaklumi kaum wanita dibenarkan kesaksiannya, dan boleh menjadi saksi dalam upacara perwakafan dan wasiat terhadap anak yatim, dan masalah ini merupakan perbezaan dalam bentuk penisbahan dan sudut zahiriyah, kemudian ia dinisbahkan kepada bentuk jenis , maka dalam hal ini dibolehkan kepada seseorang berbeza pendapat dengannya., perlulah dilihat pandangan mereka yang membenarkan perkataan kami ini : “Seorang lelaki lebih baik dari seorang wanita, dengan menerima bahawa sebagian dari para wanita ada yang lebih baik dari sebagian lelaki, oleh sebab itulah perbezaan yang besar ini telah dinisbahkan oleh Nabi saw kepada orang yang melantik mereka (para wanita) akan kehilangan kemenangan, maka hadis  ini bertentangan dengan perkara perlantikan lelaki dan wanita sebagai hakim dan memang wanita mempunyai kekurangan dalm hal-hal yang tertentu, ini adalah benar, tetapi perkataan yang menyatakan jika dilantik juga dan membuat keputusan yang hak, mengapa perlu di batalkan hak atau kebenaran itu?

Mudah-mudahan sebab di dalam kesilapan (perbezaan) yang berlaku di kalangan para fuqaha mazhab Hanafi dari kalangan para penulis dan muhaddisin (ahli hadis) adalah kerana rujukan sebahagian besar daripada nas-nas yang dahulu yang bersumber dari kitab-kitab Hanafi itu sendiri dan kitab-kitab yang lain, jika difahami dari zahir ibaratnya, bahawa  seorang wanita dibolehkan untuk dilantik sebagai hakim selain menghakimi masalah hudud, penumpahan darah, sepertimana yang telah dikatakan oleh Al Kaasaani salah seorang ulama’ besar Hanafi di dalam kitabnya yang masyhur : “Bidaa ie’ Ash Shanaa ie’” Perkara-perkara baru yang dibuat-buat, beliau berkata :

“Dan adapun jantina itu bukanlah syarat yang membolehkan perlantikan secara jumlah (keseluruhannya/umum), ini dikeranakan seorang wanita adalah dari kalangan ahli yang boleh memberikan kesaksian secara keseluruhannya, kecuali mereka tidak dapat menghukum di dalam hal hudud dan qisas, ini dikeranakan mereka tidak tergolong dalam kesaksian di dalamnya, dan keahlian hakim tergantung kepada keahlian syahadah (kesaksian)”

Dan mudah-mudahan maksud dari perkataan Al Kaasaani ini: “Dan adapun jantina itu bukanlah syarat yang membolehkan perlantikan secara jumlah (keseluruhannya),” bermaksud : Sesungguhnya jantina itu bukanlah syarat di dalam setiap perkara yang berhubung dengan masalah keputusan hukum dari seorang wanita, ketahuilah sesungguhnya kewanitaan itu tidak disyaratkan di dalam menentukan kebenaran hukumannya di dalam perkara-perkara yang membolehkannya untuk menjadi saksi, dan ini merupakan pendapat Hanafi dan Jumhur ulama’selain Qisas dan Hudud, maka jika seorang wanita itu membuat hukum pada perkara yang membolehkannya untuk bersyahadah, maka hukumannya dibenarkan oleh Mazhab Hanafi, dengan berdosa kepada siapa yang melantik mereka.

Dilihat dari ibara’ (contoh/sebab) permasalahan ini dikalangan pendapat-pendapat Ulama’, ia termasuk dalam ibara’ permasalahan secara umum, sebagaimana yang telah dikatakan oleh para ulama’ di dalam menbincangkan masalah perbuatan yang dilakukan oleh anak yang kecil (mumaiyiz) tetapi telah dapat membezakan baik buruk perbuatan nya itu. Para ulama’ telah berpendapat perbuatannya itu dibolehkan secara umum, yang dimaksudkan adalah diperbolehkan dalam hal-hal atau waktu-waktu yang tertentu sahaja, oleh kerana itu perbuatan anak kecil yang telah dapat membezakan baik dan buruk ini dapat dibahagi kepada 3 bahagian:

Pertama: Bahawa perbuatannya itu bermanfaat secara keseluruhannya (umumnya) bagi anak tersebut, perkara ini dibolehkan walaupun jika bertentangan dengan pendapat bapanya seperti belajar memburu, menerima hadiah, menerima wasiat, kerana semuanya ini bermanfaat kepada anak itu secara keseluruhannya.

Kedua: Bahawa perbuatannya itu memudaratkan dan mudaratnya tertimpa terhadap anak tersebut, dalam hal ini tidak dibenarkan walaupun dizinkan oleh walinya, seperti Talak, atau dia memberikan hadiah wang kepada seseorang, atau bersedekah atau meminjamkan sesuatu kepada seseorang, atau mewakilkan orang yang berhutang kepada yang lain, maka perbuatan-perbuatan ini dan contoh-contohnya tidak diperbolehkan walaupun ia dibenarkan oleh walinya, kerana ini merupakan  perbuatan yang menyampaikan kemudaratan kepada anak itu.

Ketiga: Bahawa perbuatannya itu di antara manfaat dan mudarat, yaitu setiap perbuatan yang membawa kepada kemanfaatan kepada anak itu dan pada waktu yang sama membawa kepada kerugiannya, maka perkara ini dibenarkan dengan syarat ia mendapat persetujuan dari walinya ketika melakukan perbuatan tersebut, seperti jual beli, menyewa, berkahwin, bercucuk tanam, dan memberi-beri air dan segala bentuk musyarakah dan sepertinya.

Jika para ulama’ berpendapat perbuatan seorang budak kecil dibenarkan pada suatu jumlah (perkara), maka sesungguhnya mereka bermaksud kepada bahagian yang halal yang diperbolehkan, itulah yang diharapkan maksud yang ingin dikatakan oleh Al Kasaani diawal tadi dan inilah pandangan kami.

Tetapi pandangan Al Kaasaani dalam bentuk ungkapannya memberikan pengertian secara zahirnya bahawa seorang wanita dibolehkan untuk dilantik sebagai qahdi (hakim) selain perkara yang berhubung dengan hudud dan penumpahan darah, khusus sekali apabila Al Kaasaani berkata: “Maka jantina itu bukan syarat diperbolehkan perlantikan”. Tetapi jikalau dia berkata: “Maka jantina itu bukan syarat perlantikan seorang wanita sebagai hakim secara jumlah (keseluruhan)”, maka akan lebih dekatlah pandangan ini kepada Mazhab Hanafi, dan jika dikembalikan pembacaannya ini dalam kitab-kitab mazhab Hanafi, kita akan dapati sebahagian daripada ibarat atau hujjah-hujjah mereka membawa kepada pengertian secara zahirnya, iaitu diperbolehkan perlantikan seorang wanita sebagai hakim dalam segala hal kecuali dalam perkara  hudud dan qisas

Al Murghinaani pula telah berkata : “ Dan diterima keputusan seorang wanita di dalam segala hal kecuali Hudud dan Qisas” , perkataan ini membawa maksud seolah-olah Al Murghinaani berkata : “Dan diterima keputusan seorang wanita….” Tetapi tidak menjelaskan maksud perkataannya, seperti contoh : “Dan diterima perlantikan seorang wanita sebagai hakim, atau dibolehkan perlantikan wanita sebagai hakim” ini dikernakan perkataannya seumpama ini bersesuaian dengan keadaan semasa dan juga pandangan dari Mazhab Hanafi yang tidak mengizinkan perlantikan wanita sebagai hakim tetapi jika dilantik juga maka keputusan hukumnya itu diterima, iaitu hukuman yang telah diputuskannya selain  perkara qisas dan hudud, dan berdosa bagi orang yang melantiknya, kami (penulis) berpendapat:  apa yang ingin diertikan oleh Al Murghinaani dalam hal ini adalah pengertiannya secara zahir yang memberikan pandangan bahawa Mazhab Hanafi membolehkan perlantikan wanita sebagai hakim selain perkara hudud dan qisas, dan tidak dapat dinafikan sesuatu pengertian dengan contoh yang tiada terkandung di dalamnya pendapat yang kurang jelas adalah lebih baik daripada suatu pengertian dengan contoh pandangan yang kurang jelas yang memerlukan keperincian dan penyelidikan kepada maksud pendapat tersebut.

Telah berkata Kamal Ibnu Al Hamaam di dalam syarah Fathu Qadir:

“Dan jantina itu bukanlah satu syarat kecuali dalam menghukum perkara dalam urusan Hudud dan Qisas, maka dibolehkan seorang wanita membuat keputusan dalam setiap urusan kecuali dua perkara tersebut”.

Apa yang ingin dikatakan oleh Kamal Ibnu Al Hamaam dalam  hal ini adalah bahawasanya kejantinaan itu bukan lah satu syarat dalam mengesahkan keputusan hukum kecuali dalam ketetapan hukum Hudud dan penumpahan darah, dan Ibnu Hamaam tidak bermaksud mengatakan bahawa kejantinaan itu bukan satu syarat dalam perlantikan (seorang wanita) sebagai hakim kecuali dalam hal Hudud dan penumpahan darah, dan beliau sendiri telah mensyarahkan dalam hal ini semasa membincangkan pendapat dalil yang mengatakan tidak diterima keputusan hakim wanita walaupun beliau telah dilantik, walaupun keputusan hukum yang dibuat selain hukuman hudud dan qisas, sepertimana yang telah dikatakannya disini dan sepertimana yang telah kami nukilkan sebelumnya: “Dan jawapannya adalah tujuan dan maksud larangan perlantikannya dan sebab tidak dibenarkannya, dan perkataan yang mengatakan jika dilantik juga maka berdosalah orang yang melantiknya itu, begitu juga, atau wanita tersebut membuat keputusan hukum diantara dua pihak yang bertelagah, lalu dia membuat keputusan yang mana keputusan hukum yang dibuatnya bersesuaian dengan agama Allah, apakah diteriam hukumannya atau tidak? Tiada terdapat dalil yang menidakkan jika keputusannya itu bersesuaian dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah……(sehingga akhir syarahnya dalam kitab fathul Qadir).

Tetapi pandangan Ibnu Hamaam tidak jelas, kerana Mazhab Hanafi membenarkan perlantikan seorang hakim wanita selain perkara hudud dan qisas sepertimana pandangan Al Murghinaani, walaupun pada hakikatnya Ibnu Hamaam ingin mengertikannya dengan ketentuan hukum dan bukan perlantikan.

Jika kita berpindah kepada sandaran-sandaran yang lain selain  sandaran Mazhab Hanafi, kita akan dapati contoh yang lain seperti Marwaadi salah seorang ahli fiqh yang termasyhur dalam Mazhab Syafie, berkata dalam kitabnya; Al Ahkamul Sultaaniyah : “Dan telah berkata Abu Hanifa: Dibolehkan bagi seorang wanita membuat hukum dalam perkara yang membolehkannya membuat syahadah, dan tidak dibolehkannya membuat hukum dalam perkara yang tidak dibolehkannya bersyahadah”. Pandangan kami (pengarang) dalam contoh yang dikatakan ini samalah dengan pandangan kami dalam hal yang sebelumnya, iaitu pendapat yang telah diberikan oleh Al Murghinaani, dan Kamal Ibnu Al Hamaam dan apa yang telah dikatakan oleh Marwaadi – dengan pandangan yang kuat- kalimat ini “seorang wanita membuat hukum” (wanita itu menghukumkan) membawa maksud kepada “Hukuman yang dibuat oleh wanita tersebut” dan bukan “Perlantikan wanita itu sebagai hakim”.

Dan kami (Pengarang) mendapati juga Al Hafiz ibnu Hajar Al Asqalani telah berkata di dalam bukunya yang luas “Fathul Baari” : “Para ulama’ telah bersepakat bahawa jantina itu sebagai syarat perlantikan Hakim, kecuali Mazhab Hanafi, dan mengecualikan hudud, dan menyamakannya juga Ibnu Jarir”. Sepertimana pendapat kami yang sebelumnya boleh dilihat perkataan Ibnu Jarir ini, dengan pertambahan bahawasanya Mazhab Hanafi tidak mengecualikan hudud sahaja, tetapi juga mengecualikan hudud dan qisas, kecuali jika memang ingin dimaksudkan hanya perkara hudud sahaja tanpa qisas dalam bahagian yang dibenarkan.

Kami dapati Ibnu Rusyd yang jujur dalam kitabnya : Bidayatul Mujtahid, telah berkata : “Dan begitu juga para ulama telah berselisih pendapat dalam mensyaratkan jantina, maka telah berkata Jumhur ulama’: Ia adalah syarat dalam mengesahkan hukum, dan telah berkata Abu Hanifa : Dibenarkan wanita menjadi hakim dalam urusan harta”. Tidak diterima pendapat Ibnu Rusyh ini sepertimana yang telah kami tegaskan bersama pendapat-pendapat yang terdahulu kecuali jika maksud Ibu Rusyh ini adalah: “Dan ia adalah syarat dalam mengesahi hukum”, ia adalah syarat dalam mengesahkan apa yang telah wanita itu putuskan dan bukan bermaksud perlantikan wanita sebagai hakim, tetapi mungkin boleh diambil pendapatnya Ibnu Rusyh  ini dengan membawa maksud: “Ia adalah syarat dalam mengesahkan hukum, iaitu dengan membawa maksud hukum keputusan dan bukan perlantikan dirinya sebagai hakim, tetapi dengan cara ini pendapatnya menjadi tidak jelas kerana Mazhab Hanafi membenarkan perlantikan wanita dalam menbuat keputusan di dalam perkara berhubung harta.

Dan jika dilihat juga akan pendapat Ibnu Rusyh ini, bahawa ia telah tersilap dalam menyampaikan pendapat dari Mazhab Hanafi dalam hal mengurangkan kebenaran wanita membuat hukum hanya di dalam harta sahaja, padahal mereka (Mazhab Hanafi) berkata dibenarkan keputusan hukumnya bersamaan dengan berdosa orang yang melantiknya kecuali dalam perkara yang berhubung Hudud dan Qisas, maka tidak disahkan keputusannya jika dilantik, bersamaan dengan berdosa yang mengurangi dalam perkara harta..

Yang lebih jelas apa yang telah disyarahkan disini, bahawasanya Abu Hanifah berpendapat boleh dilantik wanita sebagai hakim, perkataan Baajii pengarang kitab Al Muntaqii, syarah kita Muwatha’ Imam Malik: “Dan telah berkata Abu Hanifah dibolehkan wanita dilantik menjadi hakim dalam urusan harta kecuali qisas"

Begitu juga Ash Shun’eani telah berkata di dalam kitabnya “Subulus Salam” beliau berkata : “Dan telah berpendapat Abu Hanifa untuk membolehkan perlantikan wanita sebagai hakim kecuali masalah hudud”, contoh yang diberikan oleh Ash Shun’eani ini begitu jelas dan terang menyatakan bahawa jantina itu bukanlah satu syarat bagi Mahzab Hanafi dalam perlantikan seorang wanita sebagai hakim, dan pendapat ini adalah salah, ini dikernakan Maazhab Hanafi tidak mengatakan sedemikian, iaitu dengan menbenarkan wanita dilantik sebagai hakim, bukan dalam perkara hudud dan yang selainnya, dan Ibnu Hazmi telah berkata di dalam kitabnya “Al Mahalli” beliau berkata : “Dan dibolehkan perlantikan seorang wanita sebagai penegak hukum, ini adalah perkataan Hanifah” ini juga adalah pendapat yang salah dari Ibnu Hazmi dalam meriwayatkan pendapat Mazhab Abu Hanifa.

Maka pendapat-pendapat ini dan contoh-contohnya membawa kepada kesimpulan bahawa Mazhab Hanafi berpendapat diperbolehkan seorang wanita dilantik sebagai hakim dalam perkara-perkara yang dibenarkannya untuk mereka bersaksi dalam perkara tersebut, tetapi kami mendapati Al Ghazi dan Kamal Ibnu Hamaami – sepertimana yang telah kami terangkan- mereka telah menjelaskan pandangan Mazhab Hanafi sama seperti pandangan kami.

Dan boleh juga dikatakan bahawa sebagian dari kalangan ulama Mazhab Hanafi memberikan tumpuan pada sebagian perkara dalam menerangkan pendapat Mazhab mereka, ini dkernakan mereka memberikan pandangan dan contoh (dalil) dari kitab-kitab mereka dengan contoh-contoh yang jelas mengikut pandangan Mazhab mereka, tiada kesamaran dalam maknanya tetapi ia mempunyai kesamaran bagi Mazhab yang lain.

Begitu juga kemungkinan apa yang dikatakan oleh Al Ghazi dan Ibnu Al Hamaam dan yang lain dari kalangan Mazhab Hanafi yang menerangkan bahawa tidak dibenarkan perlantikan wanita sebagai Hakim itu bertentangan dengan pandangan mazhab Hanafi sepertimana yang dikatakan oleh sebagian Ulama’ yang menperbolehkan perlantikan seorang wanita sebagai hakim dalam perkara-perkara yang mana dibolehkannya menjadi saksi, iaitu selain perkara Qisas dan Hudud, dengan ini pendapat yang diketengahkan oleh Ibnu Hamaam dan Al Ghazi dan sahabat penulis kitab Mujma’e An Har dan yang lain mempunyai pandangan yang khusus dari kalangan Mazhab Fiqh dari kalangan Imam Mazhab atau Imam-imam besar dari kalangan Mazhab dari generasi yang pertama, kami rasakan kemungkinan perkara ini boleh berlaku tetapi menolaknya, kerana sepertimana yang diketahui jika berlaku khilaf dikalangan ulama Mazhab Fiqh yang tertentu berhubung perkataan Imam Mazhab nya, mereka akan menerangkan perkataan Iman nya dahulu, kemudian menerangkan bahawa mereka mempunyai pandangan yang berbeza dengan pandangan Imam mereka, maka jika tidak diterangkan dengan cara yang seumpama ini maka sahibul Mujma’eu Anhar dan Al Kamal Ibnu Hamaam sahibu Syarhu Fathul Qadir dan Al Ghazi sahibu Tanwir Al Absar telah melakukan kesilapan, dan pandangan ini terkeluar dari pandangan Mazhab Fiqh dari ulama-ulama dahulu dalam mazhab Hanafi, kami berpendapat mereka hanya menyangka bahawa pendapat yang mereka gunakan benar-benar datang dari Mazhab Hanafi sahaja.

 Qadar persamaan pandangan Ulama’ Mazhab Hanafi dalam perlantikan seorang wanita sebagai hakim dan pandangan mereka dalam akibat menolaknya

Larangan-larangan yang telah ditetapkan di dalam nas-nas hukum syara’ dalam Kitab Al Quran, atau dari lisan Rasulullah saw menunjukkan di atas pengharaman perbuatan tersebut sebagaimana pendapat Jumhur Ulama’, kecuali jika terdapat qarinah (alasan/sebab) yang menunjukkan larangan dari perbuatan haram itu hanya bersifat dibenci saja perbuatannya itu, dengan ini jika seseorang melakukan perbuatan yang dilarang oleh syara’ maka dia berdosa, dan dia wajib dihukum di akherat nanti.

Dan bukanlah kesan di akherat menjadi sebab larangan ini dan ia bukan hanya satu-satunya penyebab sahaja, kerana terdapat banyak akibat keduniaan juga dalam hal perbuatan yang dilarang darinya baik dalam hal ibadat mahupun muamalat.

Maka apakah pendapat Mazhab Hanafi dalam hal ini? Dan apakah pendapat mereka dalam akibat larangan ini dalam perbuatan yang dilarang darinya bersamaan dengan pendapat perlantikan seorang wanita sebagai Hakim?

Kami berpendapat – sepertimana pendapat sebahagian pembahas yang lain – bahawa pendapat Mazhab Hanafi dalam perlantikan seorang wanita sebagai hakim tidak sama dengan kedudukan mereka dalam qaidah Usul dalam hal larangan dan perlantikan.

Agar dapat memahami Mazhad Hanafi dalam masalah ini, adalah lebih baik jika diterangkan bahawa para Ulama’ telah menbahagikan perbuatan yang dilarang syara’ kepada dua bahagian:

Bahagian pertama : Perintah-perintah, yang dimaksudkannya disini adalah: Apa yang telah diperintahkan oleh syara’ disebabkan hikmahnya, seperti Solat , puasa dan perniagaan.

Bahagian kedua: Larangan-larangan, iaitu apa yang berlawanan dengannya (syariah), seperti perbuatan zina, dan membunuh, dan meminum arak.

Adapun sifat larangan ini, Mazhab Hanafi dan Syafie mempunyai pendapat yang sama iaitu jika larangan ini membawa natijahnya kepada kerosakan dan jika larangannya tersebut adalah larangan yang secara mutlak, atau terdapat dalil bahawa larangan itu membawa pada perbuatan yang dilarang, seperti perbuatan zalim, maka jika seseorang melakukan kezaliman pada orang lain dengan kekuasaan yang dimilikinya, maka tidak sabit baginya kekuasaan bagi perlantikan orang yang zalim, atau terdapat dalil tehadap larangan tersebut yang bersifat kebiasaan pada larangan tersebut, seperti perbuatan zina, maka sesungguhnya ia tidak dapat mensabitkan baginya nasab. Dan jika dilihat dalam bahagian ini pergertian rosak dan batal adalah sama. Berhubung dengan perintah pula maka Mazhab Syafie seperti juga Mazhab mereka dalam perkara larangan, iaitu larangan ini membawa maksud sesuatu kerosakan yang membawa kepada larangannya.

Bagi Mazhab Hanafi pula mereka mempunyai pendapat yang membezakan diantara bathil dan rosak, sepertimana contoh di bawah ini:

Pertama: Jika terdapat dalil yang melarang akan sesuatu perbuatan, maka akan hilanglah salah satu dari syarat-syarat atau rukun-rukun nya, iaitu sesuatu larangan itu pada asalnya  bersifat larangan terhadap zatnya dan hakikatnya, ini dikernakan syara’ pada asalnya mengandungi syarat-syarat dan rukun-rukun, maka larangan dalam hal ini membawa kepada pengertian bathil, dengan maksud tiada ketertiban iaitu akibat dari perbuatan yang dilarang tersebut, dan dalam hal ini dikatakan perbuatan yang dilarang itu tidak disyara’kan keasliannya dan sifatnya, contoh dari perkara ini: Larangan terhadap solat tanpa berwudu’, atau tanpa takbiratul Ihram, dan larangan menjual benih di dalam kandungan disebabkan tidak terdapat di dalam rukun-rukun jual beli iaitu barang yang ingin dibeli, kemungkinan pula perut yang kembung itu disebabkan masuk angin, dan penjualan arak dan khinzir.

Kedua: Jika terdapat dalil yang menunjukkan larangan sesuatu perbuatan itu disebabkan oleh sifat kebiasaan terhadap larangan tersebut bukan kerana keasliannya, maka larangan seumpama ini tidak tergolong dalam kategori bathil, yang membawa maksud tiada ketertiban dari akibatnya, tetapi tersusun dalam kategori yang mempunyai akibatnya kerana asalnya adalah sah, dan pengertian larangan disini membawa pengharaman secara mutlak, dan membawa kepada kerosakkan, yang bererti pembatalan di dalam perkara muamalah kerana rosaknya sifat, maka ia bermaksud ketika itu: Larangan syara’ dalam hal ini adalah larangan yang bersifat Aslinya bukan Sifatnya. Contoh dari perkara ini seperti berpuasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa, seperti pada dua hari raya dan hari-hari tasyriq yang tiga, maka larangan dari puasa pada hari-hari itu bukanlah larangan pada zat puasa itu sendiri, ini dikernakan puasa itu merupakan ibadat, maka tidak boleh ditetapkan suatu larangan pada zat perkara tersebut, tetapi yang dilarang adalah berpuasa pada hari-hari tersebut, ini dikernakan berpuasa pada hari-hari tersebut seolah-olah menolak Allah swt sebagai tertamu. Setiap insan menyedari sepertimana yang telah dikatakan oleh para alim ulama’- hari-hari tersebut adalah hari-hari tetamu bagi Allah swt, maka tidak dibenarkan bagi mereka berpuasa. Maka ibadat tersebut diterima dengan menanggong dosa dalam sesuatu perkara, dan juga melakukan perbuatan riba fadli, seperti jual beli dinar dengan dinar, larangannya ini bukan kerana zat jual beli tersebut, tetapi kerana terdapat pertambahan, dan pertambahan ini bukan kerana aqad jual beli dan bukan sebagian darinya seperti sifatnya yang biasa, maka ditetapkan pemiliknya dan dibatalkan jual beli tersebut.

Ketiga: Jika terdapat dalil yang menunjukkan larangan terhadap perbuatan itu kerana terdapat sifat qarinahnya (punca/sebab larangan tersebut), sehingga membuatnya tidak menjadi sebagai kelaziman, maka larangan ini tidak membawa kepada bathil atau rosak, ini dikernakan hakikat yang menjadikan perbuatan itu terlarang adalah disebabkan oleh sesuatu perkara yang lain (perkara luaran), iaitu sifat qarinah yang terdapat padanya, maka ini yang membawa perbuatan tersebut sebagai perbuatan Karahatul Tahrim (perbuatan yang dibenci yang diharamkan ). Contoh dari perkara ini seperti melarang solat di tanah yang dirampas, larangan disini adalah tempat solat tersebut adalah milik orang lain yang digunakan tanpa kebenaran (hak), maka perkara ini adalah suatu muqaranah (perbandingan) yang bukan suatu perkara biasa., dan begitu juga dengan larangan daripada jual beli pada waktu azan dikumandangkan pada hari jumaat, kerana Allah swt telah berfirman di surah Jumaat ayat 9 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman jika dikumandangkan azan untuk solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah engkau untuk mengingati Allah swt dan tinggalkanlah jual beli”
Maka larangan daripada jualbeli pada waktu azan berkumandang untuk solat jumaat tidak kembali kepada larangan zat (perbuatan) jual beli tersebut dan tidak kepada sifat dari sifat-sifat jual beli, tetapi ia kembali kepada perkara yang diluar perbuatan jual beli, iaitu menyibukkan diri dengan urusan jualbeli daripada melaksanakan kewajipan yang sepatutnya iaitu solat jumaat.

Begitu juga larangan mendatangi isteri semasa datang bulan sepertimana firman Allah swt surah Al Baqarah ayat 222 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepada kamu berkenaan dengan haid, katakanlah kepada mereka, ia adalah penyakit maka hendaklah mereka tinggalkan isteri mereka sewaktu haid dan janganlah kamu dekati mereka sehinggalah mereka suci”

Maka larangan disini bukanlah disebabkan hubungan jenis, kerana hubungan jenis dengan isteri adalah halal, tetapi larangan disini disebabkan oleh apa yang dapat menghampirkan dirinya dengan penyakit, maka jika berlaku hubungan jenis dengan isterinya ketika haid maka dia telah berdosa, kerana dia telah melakukan sesuatu perkara yang diharamkan, tetapi perkara ini tidak melarang ketertiban hubungan jenis pada hukum-hukum hubungan jenis yang telah disyara’kan., dari mensabitkan nasab, dan menghalalkan kepada suaminya yang pertama yang telah menceraikannya dengan talak tiga, dan penyempurnaan mahar kerana beliau (isteri) telah disatu olehnya, dan tetap pada pengharaman keluarga (perkahwinan) dan iddah dan sebagainya.

Maka dengan ini teranglah pendapat Mazhab Hanafi dalam masalah larangan dan perlantikan, persoalannya sekarang ini : Larangan daripada perlantikan seorang wanita sebagai hakim dari sudut manakah diterimanya?

Yang jelas perlantikan sebagai hakim memang dituntut oleh syara’, maka jika terdapat nas daripada syara’ yang melarang perlantikan seorang wanita sebagai hakim sebagaimana hadis yang digunakan para alim ulama’ : “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum  yang menjadikan seorang wanita dalam urusan mereka” – sepertimana akan kami terangkan setelah ini – maka masalah ini termasok dalam bentuk larangan yang secara perintah dan bukan larangan , oleh itu tidak sah menyamakannya dengan hubungan jenis dengan isteri sewaktu datang bulan, kerana larangan dalam perlantikan seorang wanita sebagai hakim dalam perkara ini adalah disebabkan dari sifat wanita tersebut yang tidak dapat dipisahkan darinya, seperti sifat kurangnya pemikiran dan agamanya dan  yang seumpamanya, tetapi jika ia disebabkan oleh perkara yang lain atau terdapat perkara yang bertentangan dengannya seperti contoh sifat lemah lembut dan kasih sayang yang terdapat pada diri seorang wanita atau kelemahan tubuh badannya dibandingkan dengan seorang lelaki disebabkan oleh perkara yang berlaku terhadap diri wanita itu dalam hal perjalanan bulan dan tahun menghadapi haid, kandungan, kelahiran, nifas dan penyusuan.

Perlantikan wanita sebagai seorang hakim adalah satu perjanjian, maka dapatlah terlintas dalam pemikiran kita contoh seperti jual beli dengan cara Riba Fadl seperti jual beli wang dengan wang dan seperempat, jual beli seumpama ini jika telah berlaku, maka dikira diterima dengan mengharamkan perbuatannya dan wajib bagi kedua belah pihak menbatalkan perjanjian tersebut, maka inilah pendapat Mazhab Hanafi dengan perpandukan qaidah usuliyah mereka, mereka berpendapat hukum ini (jual beli Riba Fadl) sama seperti perlantikan seorang wanita sebagai hakim selain masalah Hudud dan Qisas, tetapi mereka tidak pernah melakukan dan belum pernah mewajibkan pengasingan seorang wanita jika dilantik sebagai hakim selain perkara Hudud dan Qisas, dan mereka memendekkan perkataan perlantikan ini dengan menambah, berdosa bagi orang yang melantiknya dan mengesahkan perlantikan tersebut. Maka dengan ini Mazhab Hanafi bersependapat melarang perlantikan wanita sebagai Hakim dengan menerima larangan sesuatu perkara itu disebabkan oleh sifat qarinah yang memisahkannya dari sifatnya yang biasa(lazim), iaitu mereka berpendapat perkara tersebut tidak menjadikan ia batal ataupun rosak, sepertimana yang telah dihuraikan diawal tadi.

Masalah ini serupalah dengan perkara kehakiman, yang dikehendaki adalah dosa ditimpakan keatas orang yang melantik seorang wanita sebagai hakim yang menjadikan perbuatan itu Karahatul Tahrim (paling dibenci) dan bukan pengharaman pada perbuatan tersebut.

Ahli-ahli pemikir sekarang ini berpendapat sebahagian dari para ulama’ yang bukan dari mazhab Hanafi telah tersilap dalam memahami hujjah-hujjah dari Mazhab hanafi, ini dikernakan jika Al Murghinaani berkata : “ Dan dibolehkan keputusan yang dibuat oleh seorang wanita dalam setiap perkara kecuali dalam masalah Hudu dan Qisas, atau yang telah dikatakan oleh Al Kamal Ibnu Hamaam: “Dan adapun Jantina itu maka ia bukanlah suatu syarat kecuali dalam menentukan hukum Hudud dan Penumpahan darah, maka dibolehkan seorang wanita membuat keputusan dalam setiap perkara kecuali dua perkara tersebut”. Maka perkataan-perkataan ini bukan lah bermaksud perlantikan dan kepimpinan, ini dikernakan perlantikan adalah perbuatan peminpin, dan menghukum adalah perbuatan seorang hakim, perkataan mereka ini tidak menunjukkan maksud diantara satu dengan yang lain kerana terdapat perbezaannya, begitu juga tidak semestinya membenarkan seorang wanita membuat hukum dan menerima hukuman yang dibuatnya membawa maksud membolehkan perlantikan seorang wanita kerana perlantikan seorang wanita sebagai hakim memang tidak dibenarkan keatasnya maka dilihat dari sudut ini maka perlantikannya dalam membuat keputusan hukum dibenarkan.

Inilah dasar usul Mazhab Hanafi dan kedudukan mereka di dalam masalah larangan dan keputusan hukum, maka mereka berpendapat bahawa larangan terhadap sesuatu perkara jika bukan disebabkan pada zatnya (benda yang dilarang) tetapi disebabkan oleh sifat yang menghampiri (terlekat) padanya maka ia menjadi perkara yang berfaedah yang di syariatkan dengan perbuatannya menjadi Karahatul Tahrim, iaitu jika seorang Mukallaf (yang mempunyai tanggong jawab) melakukan sesuatu perkara yang dilarang olehnya, maka perbuatannya itu dianggap benar mengikut susunan hukum-hukum syara’ tetapi dia telah berdosa, seperti contoh terdapat nas yang melarang seorang suami mengadakan hubungan jenis dengan isterinya semasa haid, larangan disini bukanlah larangan hubungan jenis, kerana hubungan jenis diantara suami dan isteri adalah halal, tetapi yang dilarang disini adalah sebab yang membawanya(mendekatkannya) kepada perkara yang berpenyakit, dari itu jika berlaku hubungan jenis dengan isterinya yang sedang haid maka perbuatan suami itu adalah berdosa kerana dia telah melakukan perbuatan yang diharamkan, tetapi ini tidak menghalang susunan hubungan jenis ini dalam setiap hukum-hukum hubungan jenis yang telah ditetapkan syara’ dari perkara nasab, menghalalkan nya bernikah dengan suaminya yang pertama (jika dia telah bercerai dengan suami yang kedua) yang telah menceraikannya dengan talak tiga, dan dalam hal menyempurnakan mahr, dan ketetapan pengharaman yang ada pertalian perkahwinan, perkara iddah dan yang sebagai dengannya.

Pembahas ini berpandangan bahawa nas larangan perlantikan seorang wanita sebagai hakim diambil dari sabda nabi saw : “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum  yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka” bagaimanakah hadis ini diterima, kerana larangan perlantikan seorang wanita dalam membuat hukum bukanlah larangan kepada membuat hukuman tersebut, kerana membuat hukuman memang disyariatkan dan dituntut, dan ia merupakan sifat luar yang menghampirinya dan larangan ini bersifat sangkaan yang memutuskannya (memendekkan jangkauannya) kepada hukum, disebabkan kekurangannya dalam hal tabie berbanding lelaki, dan menyamakannya dengan sifat lemah lembut dan keadaannya yang tabie (biasa) yang perlu dihadapinya setiap bulan dan tahun seperti haid, kelahiran, penyusuan, semuanya ini memberikan kesan keatasnya dalam membuat keputusan hukum dan mendapatkan kebenaran.

Maka jika disamakan kaedah yang diketengahkan ini dengan mazhab Hanafi maka sesungguhnya ia bermaksud, kalau seorang hakim atau naibnya melantik seorang wanita membuat hukum, maka berdosalah dia kerana melakukan perbuatan yang tidak diperbolehkannya, tetapi keputusan hukumnya dibolehkan dan dibenarkan pada semua perkara yang membolehkannya membuat kesaksian, iaitu selain Hudud dan Qisas, kerana keputusan hukum yang dibuatnya bersesuaian dengan kebenaran, oleh sebab itu tidak diperlukan pengesahan keputusan hukumnya dan kebenaran untuk membolehkan dia dilantik dan perlantikannya ini berdiri (diterima).

Ini merupakan pandangan daripada sebagian para pembahas (pemikir), tetapi kami berpendapat ia tidak dapat diterima oleh sebab-sebab berikut, iaitu:

Pertama : Jika kami mengambil contoh yang dibawa oleh Al Murghinani iaitu : “Dan dibolehkan keputusan hukum seorang wanita dalam segala hal kecuali perkara Hudud dan Qisas” dan contoh yang dikatakan oleh Kamal Ibnu Al Hamaam, iaitu: “Dan adapun Jantina itu maka ia bukanlah suatu syarat, kecuali dalam membuat keputusan hukum berhubung masalah Hudud dan penumpahan darah, maka dibolehkan seorang wanita membuat hukum kecuali dua perkara ini saja”, maka tidak dibolehkan mengunakan pendapat dari Al Kasaani kerana beliau adalah salah seorang pembesar ulama’ fiqh Mazhab Hanafi, pendapat beliau adalah: “Dan adapun sifat Jantina ini, maka bukanlah suatu syarat yang membenarkan perlantikan secara keseluruhannya, ini dikernakan seorang wanita adalah dari kalangan ahli syahadah pada keseluruhannya, kecuali beliau tidak boleh membuat keputusan berhubung Hudud dan Qisas, kerana tiada kesaksian baginya dalam perkara ini, keahlian membuat keputusan hukum bergantung pada keahliannya dalam kesaksian”.

Pendapat Al Kaasaani ini tidak begitu mendalam, tetapi jika beliau berkata: “ Adapun jantina itu maka ia bukanlah suatu syarat membuat hukum secara keseluruhannya” maka besar kemungkinan ia boleh membawa maksud kepada, sesungguhnya jantina itu bukanlah suatu syarat dalam menerima sesuatu hukum, kerana wanita dalam Mazhab hanafi diterima hukuman yang diputuskannya beserta berdosa orang yang melantiknya, jika beliau(wanita) menghukum sesuatu perkara selain Qisas dan Hudud maka maksud “secara keseluruhannya” dalam pendapat ini akan bertukar maksudnya kepada: “Dan adapun Jantina itu maka ia bukanlah suatu syarat dalam membuat keputusan pada keseluruhannya” maka  maksudnya membawa erti bahawa jantina itu bukan suatu syarat bagi setiap bagian dari permasalahan ini, tetapi hanya sebagiannya sahaja yang tidak disyaratkan iaitu jika beliau dilantik dan berdosa bagi orang yang melantiknya dan jika beliau membuat keputusan dalam menjatuhkan hukum, hukumannya itu dibenarkan jika beliau boleh membuat kesaksian selain keputusan qisas dan hudud, adapun apa yang dikatakan oleh Al Kaasaani : “Dan adapun jantina itu maka ia bukanlah suatu syarat yang membolehkan perlantikan secara keseluruhannya” maka pendapat ini tidaklah begitu mendalam(jelas) dari Mazhab Hanafi, kecuali jika pandangan Al Kaasaani ini berselisih (bertentangan) dengan pandangan yang diterangkan oleh Al Kamal Ibnu Hamaam dan yang lainnya, sebab Al Kamal Ibnu Hamaam dan yang lainya menerangkan bahawa Mazhab Hanafi berpendapat jantina itu adalah satu syarat bagi membenarkan perlantikan, maka mereka (Mazhab Hanafi) juga bersependapat dengan Jumhur Ulama’ yang tidak membenarkan kepada Hakim atau mereka yang mempunyai kuasa (Sultan) perlantikan untuk melantik seorang wanita sebagai hakim, cuma mereka (Mazhab Hanafi) berselisih pendapat dengan Jumhur Ulama’ dalam hal jika mereka (wanita) dilantik dengan berdosa mereka yang melantiknya, adakah diterima hukumannya jika dia (Wanita) menjatuhkan hukumannya atau tidak diterima?, Jumhur Ulama’ mengatakan tidak diterima hukuman tetapi Mazhab Hanafi berpendapat diterima selagi hukuman yang diputuskannya itu bersesuaian dengan hukum-hukum syara’ dan yang membolehkan beliau (wanita) itu bersyahadah (menjadi saksi) dengan perkara tersebut.

Atas alasan inilah yang membuat kami (pengarang) berpendapat bahawa terdapat sebahagian Mazhab Hanafi berkemungkinan meringkaskan keterangan Mazhab Hanafi dalam masalah ini dengan gambaran yang tidak memberikan pandangan yang sebenarnya iaitu keterangan yang tidak jelas dan terang.

Kedua:  Ketetapan larangan dalam perlantikan seorang wanita sebagai hakim yang dibahaskan oleh sebahagian Ulama’ bersumber dari hadis: “ Lan yaflah kaum wallu amruhum mar’at” yang bermaksud : “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum  yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka”. Dalam menerima sesuatu larangan yang mana sifatnya berdekatan (berhampiran), seperti contoh larangan mengadakan hubungan jenis dengan isteri yang sedang haid tidaklah begitu jelas, sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini, keperincian ini seperti yang telah diterangkan oleh sebagian pembahas sebelum ini hendaklah penerimaan dalam sesuatu perkara yang dilarang disebabkan oleh sifatnya yang lazim (kebiasaan) seperti contoh jual beli dengan cara riba fadl.

Dengan ini kami (pengarang) berpendapat bahawa Jumhur Ulama’ termasuk juga Mazhab Hanafi berpendapat tidak dibenarkan seorang wanita dilantik sebagai hakim, dengan ini Jumhur Ulama’ telah berselisih pendapat dengan Ibnu Qassim dari Mazhab Maliki dan Al Hassan Al Basri salah seorang pembesar fuqaha dari kalangan at taabie’ dan Ibnu Hazmi dari kalangan Zahiriyah, kerana mereka berpendapat tidak disyaratkan jantina dalam kehakiman, maka Ibnu Hazmi telah menbolehkan perlantikan wanita sebagai hakim dan diterima juga semua hukumannya termasuk hukuman Qisas dan Hudud, kerana kesaksian seorang wanita diterima pada kedua-duanya, dan Ibnu Qassim juga membenarkan perlantikan wanita sebagai hakim dan membenarkan hukum yang diputuskan olehnya yang mana dia (wanita) dibenarkan membuat kesaksian padanya iaitu masalah Mal (harta) dan perkara-perkara yang kebiasaannya tidak dikhususkan kepada lelaki seperti kelahiran, memuji-muji kelahiran, keaiban wanita di dalam pakaiannya (keaiban tubuh badannya), dan begitu juga apa yang telah dikatakan oleh Al Hassan Al Basri yang menbenarkan perlantikan seorang wanita sebagai hakim secara mutlak (Hasiyatul Dusuqii wa Nizamul Qadaa Fil islam).

Pendapat Ibnu Jarir At Thabari:

Kami (pengarang) mendapati sebahagian pendapat-pendapat yang digunakan sebagai dalil masalah ini disandarkan kepada Ibnu Jarir Al Thabari, Al Mu’rukhu Wa Musrifu, dan Fiqhiyatul Makzufu, yang mengatakan, : dibenarkan wanita sebagai Hakim secara mutlak dalam segala hal dan tidak terdapat baginya sebarang larangan yang menghadkannya untuk dilantik sebagai hakim, bahkan beliau  boleh dilantik sebagai hakim dalam semua perkara berhubung hukum.

Telah berkata salah seorang pembahas yang mulia (pendapat salah seorang ulama), bahawa pendapat ini datangnya dari Ibnu Jarir Al Thabari adalah salah, baik dari sudut tarikh mahupun dari sudut kedudukannya.

Adapun dalam sudut tarikh, maka tidak terdapat rujukan ini (perkataan ini) dari Ibnu Jarir At Thabari sepertimana yang telah disyarahkan oleh Ibnu Arabi seorang ahli tafsir yang terkenal (Bidayatul Mujtahid).

Kembali kepada masalah ini, apa yang telah dikatakan oleh pembahas yang mulia itu bahawa menyandarkan nas ini kepada Ibnu Jarir tidaklah benar, kerana memang tidak terdapat di dalam kitab dari kitab-kitab beliau (Ibnu Jarir) dan tidak juga terdapat sanadnya (riwayatnya) dari sanad-sanad yang ada berhubung nas tersebut, maka inilah penyebab tiadanya rasa ketenteraman dalam membenarkan nas ini dinisbahkannya kepada Ibnu jarir dari sudut tarikh.

Adapun dari sudut kedudukannya, maka sesungguhnya perkataannya ini bertentangan dengan hadis Rasulullah saw :  “ Lan yaflah kaum wallu amruhum mar’at” yang bermaksud : “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum  yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka”, begitu juga bertentangan dengan pendapat Jumhur Ulama’ yang ramai yang terdahulu di zaman Ibnu Jarir yang berpendapat tidak dibenarkan seorang wanita dilantik sebagai hakim, dan tidaklah boleh bagi Ibnu Jarir mendahului para ulama ahli fiqh dalam menbolehkan wanita dilantik sebagai hakim dalam hal ini, dan pendapat ini jika bertentangan dengan ijmak ulama’ yang ramai sekarang ini maka pendapat ini tertolak, ini dikernakan jika telah bersepakat para ulama’ pada sesuatu hukum syara’ pada satu zaman (masa) dari zaman-zaman (masa-masa) yang tertentu, maka tidaklah boleh bagi orang yang datang kemudian setelah zaman tersebut berselisih pendapat berhubung hukum yang telah ditetapkan oleh ijmak ulama’ terhadap hukum tersebut.

Maka dengan ini pendapat yang mengatakan dibolehkan perlantikan wanita sebagai hakim datangnya dari Ibnu Jarir tidak dapat diterima dari sudut riwayat mahupun dirayah. Maka inilah pendapat salah seorang pembahas yang mulia. Maka kami telah menjawabnya sebagai berikut:

Pertama : Daripada sudut mengambil perkataan ini tidak sabit kepada Ibnu Jarir dan tidak terdapat di dalam kitab daripada kitab-kitab beliau (Ibnu Jarir), maka jawapannya adalah, kitab-kitab Ibnu Jarir begitu banyak, dan di dalam kitab-kitabnya yang luas dan besar ini, kalaulah dinisbahkan kepadanya maka samalah seperti tidak menisbahkannya, ini dikernakan untuk merujuk kesemua kitab-kitabnya mengambil waktu yang begitu lama, dan kemungkinan terdapat nas dalam sesuatu mauduk (topik) yang mana tidak disangka terdapat masalah itu didalamnya, kerana sesuai dengan apa yang telah diputuskan olehnya, sepertimana yang beliau bincangkan dalam banyak masalah-masalah ilmiah dalam kitab-kitab yang lama, dan mencukupilah untuk difahami bahawa para Ulama’ yang menyandarkan pendapat mereka kepada Ibnu Jarir yang terdiri dari mereka yang berkedudukan tinggi seperti Al Maawardi, Ibnu Rusyd dan Al Haafiz Ibnu Hajar Al Asqalaani, mereka semua tidak mensabitkan pendapat ini dengan perkataan yang khusus, seperti contoh : Dan telah diriwayatkan dari Ibnu Jarir, beliau telah berkata dibenarkan perlantikan seorang wanita sebagai hakim,  tetapi apa yang kami (pengarang) dapati alim ulama’ ini menyandarkan pendapat Ibnu Jarir dengan perkataan yang terputus, dan ini bukanlah cara mereka menerima pendapat yang terkandung di dalamnya perkara yang meragukan.

Sepertimana terdapat kemungkinan bahawa Ibnu Jarir ada mengatakan pendapatnya dalam kitab dari kitab-kitabnya yang banyak dan kitab ini pula belum sampai ke pengetahuan kami (tidak kami miliki), ini mungkin disebabkan juga banyak sekali kitab-kitab besar (turrasul Islamiyah) telah hilang disebabkan oleh perbuatan yang bermacam-macam, maka barangsiapa yang beranggapan pendapat ini datang  dari At Thabari mereka menyatakan terdapat dalam kitabnya yang telah hilang bersama hilangnya kitab-kitab besar muslimin yang lain. Khusus sekali kami dapati Ibnu Jarir At Thabari telah memilih mazhab fiqh nya sendiri dalam banyak perkara yang beliau bincangkan, beliau telah memberikan pandangannya yang tersendiri dan memberikan dalilnya yang tersendiri dalam masalah-masalah yang dibincangkan sepertimana di dalam kitabnya “Lathiful Qauli Fi Ahkami Syaraaiet” – (Lembutnya Perkataan Didalam Hukum Syariat) dan beliau telah menjadikan kitab ini menjadi 83 bahagian kitab-kitab, tetapi kitab ini tidak terdapat pada kami sekarang ini, kemungkinan ia telah hilang sebagaimana hilangnya kitab-kitab besar yang lainnya dan kami mempunyai sangkaan yang kuat memang kitab ini sudah tiada lagi, maka dengan hilangnya kitab tersebut maka merujukkan pendapat yang penting ini kepada fiqh (pendapat) Imam At Thabari menjadi lebih sukar. Terdapat juga berbagai pendapat dan hukum-hukum yang terlalu banyak yang tidak dapat kami terima pendapat tersebut yang mengatakan pendapat itu datangnya dari Ibnu Jarir kecuali jika ulama’-ulama itu menukilkan dari kitab-kitabnya (kitab-kitab Ibnu Jarir), atau dengan jalan kehendaknya At Thabari sendiri di dalam Tafsirnya Al Quran yang dinamakan “ Jaameul Bayan An Takweel Qur’an” atau dari kitabnya “Tasheebul Aasari”. Maka dengan ini kami berpendapat sesungguhnya Ibnu Jarir At Thabari tidak pernah menulis kitab-kitab ini, dan pendapat ini juga begitu masyhur dikalangan ulama-ulama kita sekarang ini , tetapi apakah mencukupi disandarkan pendapat ini kepada beliau (Ibnu Jarir) begitu saja? Atau diperlukan lagi pandangan dengan menolak pendapat Ibnu Jarir At Thabari ini dengan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kitab yang dapat disandarkan pendapatnya dalam hal ini? Sesungguhnya masalah-masalah ini begitu banyak, lebih banyak lagi jika ingin dihitung ulama-ulama yang meriwayatkan pendapat ini di dalam kitab-kitab mereka dan tidak terdapat sebarang penolakkan dikalangan mereka dalam hal ini.

Jika disandarkan(diterima) pendapat ulama’-ulama’ ini, maka mencukupilah kebenarannya yang disampaikan oleh mereka-mereka yang ramai ini dalam menyandarkan pendapat mereka kepada Ibnu Jarir dan berbaik sangka terhadap mereka, dengan ini sudah mencukupi membenarkan hikayat (pendapat) ini datangnya dari Al Imam Ibnu Jarir At Thabari, begitu juga kesimpulan ini kami ambil disebabkan tiada seorang ulama’yang menyandarkan pendapat mereka kepada Ibnu Jarir dengan berkata : “tidak dibenarkan melantik seorang wanita sebagai hakim”*, dan tidak juga didapati pendapat ini* di dalam kitab dari kitab-kitabnya (Ibnu Jari) dan jika memang ada sudah pasti para ulama’ akan menyandarkan pendapat ini* kepada beliau, diatas alasan inilah yang menunjukkan qarinah (sebab) bahawa pendapat ini datangnya dari beliau.

Kedua :  Adapun pendapat yang menyatakan bahawa perkataan : “Dibolehkan perlantikan wanita sebagai hakim” datangnya dari Ibnu Jarir adalah tidak tepat dari sudut kedudukannya, dengan berhujah bahawa perkataan ini bertentangan dengan hadis : “ Lan yaflah kaum wallu amruhum mar’at” yang bermaksud : “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum  yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka”, dan bertentangan dengan ijmak ulama’ yang ramai (Jumhur), maka jawapannya adalah bahawa perkataan ini bukanlah pandangan yang bersifat hikayat, tetapi pandangan ini adalah pandangan yang dapat diterima hikayatnya selagi ia diriwayatkan dengan cara yang dapat dipercayai, dan ulama-ulama kami (pengarang) yang menyandarkan perkataannya kepada Ibnu Jarir di dalam keputusan hukum seorang wanita berada dalam kedudukan yang boleh dipercayai, dan jika Al Mawardi menyandarkan pendapatnya kepada Ibnu Jarir dengan membenarkan wanita membuat keputusan dalam setiap hukum dengan berkata : “ Dan tidak dapat diterima sesuatu pendapat yang bertentangan dengan Ijmak (pendapat kebanyak ulama’) dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah swt : “Lelaki  itu adalah lebih baik dari wanita dengan kelebihan yang telah Allah berikan di antara satu dengan yang lainnya” iaitu dalam hal akal dan pendapat, maka tidak dibolehkan wanita itu berkuasa keatas lelaki”,. Maka sesungguhnya perkataan Al Mawardi ini tidak boleh dibenarkan untuk menisbahkan perkataan tersebut kepada orang yang berkata, dan ini bukanlah satu sangkaan yang kuat berhubung perkataan yang dimaksudkan oleh Al Mawardi, sepertimana yang jelas daripada ibarat (hujah-hujahnya) dan kedudukannya menolak pendapat Ibnu Jarir dengan hujah Ijmak ulama dan aya Al Quran yang bermaksud : “Lelaki  itu adalah lebih baik dari wanita” tidak terdapat di dalam pendapat-pendapat ini masalah-masalah yang bertentangan diantara satu dengan yang lain, tetapi ia merupakan perbezaan yang bersifat ilmiah dengan mengutarakan pendapat dan pandangan yang berbagai-bagai.

Ketentuan Pendapat:

Dari apa yang telah dibincangkan bolehlah kita mengambil kesimpulan bahawa para alim ulama’ berselisih pendapat apakah jantina itu  merupakan satu syarat di dalam membuat keputusan hukum ataupun tidak? Terdapat tiga pendapat dalam masalah ini:

Pendapat yang Pertama : Pendapat Jumhur Ulama’, ini termasuklah jumhur Maliki, Hanabil, kebanyakan Hanafi, Syiah Imamiyah : Bahawa wanita tidak dibenarkan untuk menjadi hakim, jika pihak penguasa melantiknya maka berdosalah mereka (yang melantik), dan berdosa juga wanita yang dilantik kerana beliau reda dengan perlantikan yang tidak dibenarkan, walaupun beliau berhukum dalam apa jua bentuk keputusan, tidak kira apakah hukuman yang beliau buat itu membenarkan beliau (kaum wanita) bersaksi dengannya seperti perkara harta, atau penyusuan atau tidak, maka tidak diterima keputusannya itu, ini dikeranakan Jumhur Ulama’ berpendapat jantina (lelaki) adalah syarat untuk membolehkan dan mengesahkan perlantikan.

Pendapat Kedua : Pendapat sebahagian kecil dari Mazhab Hanafi yang mengatakan tidak dibenarkan seorang wanita dilantik sebagai hakim, tetapi jika beliau menyandang jawatan ini maka beliau berdosa (kerana setuju dilantik) dan berdosa orang yang melantiknya dan jika beliau membuat keputusan hukum maka hukumannya diterima jika hukuman tersebut dalam perkara-perkara yang membolehkan beliau bersyahadah, iaitu selain masalah-masalah hudud dan qisas. Pendapat Mazhab Hanafi sama seperti pendapat Jumhur Ulama’ bahawa keputusan hukum yang dibuat oleh wanita dalam perkara hudud dan qisas tidak diterima, walaupun keputusan yang dibuat itu bersesuai dengan kebenaran, tetapi jika beliau (wanita) menghukum selain dari perkara hudud dan qisas maka keputusan hukumnya diterima, maka bagi sebahagian kecil Mazhab Hanafi ini syarat jantina (lelaki) adalah syarat membolehkan bukan syarat pengesahan.

Dalil yang menunjukkan pendapat Mazhab Hanafi berpendapat tidak dibenarkan wanita memegang jawatan sebagai hakim dengan contoh pendapat-pendapat mereka yang kami sandarkan dari kitab-kitab mereka, sesungguhnya dari dulu lagi perlantikan hakim dikalangan Mazhab Hanafi adalah suatu jawatan yang amat penting disetiap Negara-negara Islam, kalaulah perlantikan seorang wanita dibolehkan maka pasti tidak akan berdosa di dalam Mazhab Hanafi dan akan berlaku perkara ini (perlantikan seorang wanita) dari dulu lagi.

Pendapat Ketiga: Pendapat yang dikatakan oleh Muhammad Ibnu Jarir At Thabari, begitu juga Al Hassan Al Basri salah seorang ulama’ besar dikalangan Ta’bie, dan Ibnu Hazmi dari kalangan Zahiriyah, dan Ibnu Qaasim dari Mazhab Maliki, mengatakan bahawa dibolehkan seseorang wanita dilantik sebagai hakim, dan diterima keputusannya dalam setiap hal yang membolehkannya bersaksi, tetapi mereka berselisih pendapat dalam perkara-perkara  yang membolehkan seorang wanita bersaksi, maka Ibnu Jarir dan Ibnu Hazmi berpendapat bahawa wanita dibolehkan bersaksi dalam setiap perkara, tetapi Ibnu Qassim berpendapat kesaksian mereka tidak sah kecuali dalam keputusan harta dan perkara yang kebiasaannya tidak dibenarkan lelaki untuk melakukannya, seperti kelahiran anak, memuji-muji anak yang dilahirkan, melihat keaiban wanita di dalam pakaiannya, seperti daging atau tulang yang tubuh pada kemaluan wanita itu sehingga menghalang untuk berjimak.

Dan begitu juga apa yang telah disandarkan oleh Al Imam Al Baajii salah seorang ulama’ fiqh yang besar dikalangan Mazhab Maliki pada qurun ke lima hijrah kepada Muhammad Ibnu Al Hassan Assyaibani salah seorang anak murid Abi Hanifah beliau berkata: Dibolehkan wanita menjadi hakim dalam segala hal,. Tetapi saya (pengarang) tidak berjumpa pendapat ini yang dapat disandarkan kepada Muhammad Ibnu Al Hassan di dalam kitab-kitab Mazhab Hanafi berhubung dengan masalah ini.

Hujjah Setiap Pendapat :

Dalil dari Pihak Jumhur Ulama’:

Jumhur Ulama’ berpendapat bahawa jantina (lelaki) adalah syarat dalam membolehkan perlantikan sebagai hakim, dan juga untuk mengesahkan perlantikan ini, pihak Jumhur Ulama’ telah berhujah dengan dalil-alil dari Al Quran , Sunnah yang mulia, dan pengakuan Ijmak ulama’, dan mereka juga berhujah dengan mengunakan dalil qias dan rational. Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut:

Dalil pertama : Al Quran Al Karim

Firman Allah swt di surah An Nissa ayat 34 yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menta’atimu, maka janganlah kamu mencari cari jalan untuk menyusahkannya, Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”

Pengertian Dalil :

Pengertian dalil dari ayat-ayat Al Quran ini menerangkan bahawa kepimpinan adalah keatas lelaki, ini dikeranakan kepimpinan di dalam bahasa arab membawa maksud kepada Al Mubtada’ Al Mukraf (kalimah dihadapan yang dikenali) tanpa jenis dan ia memerlukan khabar (keterangan), seperti contoh : perkataan:, Orang Mulia Yang Bertaqwa, Al Imam Dari Quraisy,  Penyair Yang Di Rindu , dan sebagainya. Maka penerangan ini adalah penerangan yang disadarkan, iaitu sandarannya kepada wanita, maka maksudnya: Kepimpinan adalah untuk lelaki keatas wanita dan tidak sebaliknya, maka ini juga menunjukkan bahawa tidak dibenarkan dan tidak sah wanita dilantik sebagai hakim, jika dibolehkan wanita menjadi kepimpinan ke atas lelaki maka ini akan bertentangan dengan apa yang telah dikatakan didalam ayat Al Quran ini.

Membahas Dalil Ini :

Pembahasan dalil ini adalah seperti berikut:

Pertama: Ada pun makna “pimpinan” di dalam ayat Al Quran ini bukanlah bermaksud kepimpinan secara umum yang termasuk padanya kehakiman dan sebaginya, tetapi maksudnya di sini adalah pimpinan yang khusus iaitu kepimpinan suami di dalam rumah tangganya, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Nabi saw semasa bersabda : “ Dan lelaki itu adalah ketua keluarga dan dia (suami) bertanggong jawab terhadap keluarganya”.

Oleh itu ayat Al Quran ini bukanlah dalil yang sesuai dalam masalah ini, terdapat tiga perkara yang menunjukkan  ayat ini hanya membawa maksud kepimpinan di dalam keluarga sahaja.

Perkara Pertama: Sebab turunnya ayat ini, diriwayatkan bahawa telah nusyuz isteri Saad Ibnu Al Rabi’ae’ lalu beliau menceraikannya, maka isterinya pun datang berjumpa Nabi dan mengadu, maka Nabi saw bersabda kepadanya; “Kamu berdua hendaklah di Qisas”, maka turunlah firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al Quran sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah : “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”. (Thaahaa ayat 114), maka Nabi saw pun menahan sehingga turun ayat: “Kaum lelaki adalah peminpin bagi kaum wanita”, maka Nabi saw pun bersabda: “Aku ingin perkara ini supaya (begini), tetapi Allah swt menginginkan sebaliknya”, maka inilah dalil yang menunjukakan bahawa maksud pemimpin di sini adalah peminpin suami terhadap isteri dengan peraturannya (discipline).

Perkara Kedua: Susunan ayat dan pengertiannya, ayat ini memberikan maksud kepada Mahr, nafaqah yang perlu dipikul orang para suami, sebagaimana firman Allah swt di surah An Nissa ayat 34 : “…..dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka” dan ayat yang mengisyaratkan kewajipan seorang isteri kepada suaminya dalam hal ketaatan dan amanah, sebagaiman firman Allah swt di surah yang sama yang bermaksud: “Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)” dan ayat yang menunjukkan hak dan kuasa yang dimiliki oleh para suami terhadap isteri-isteri mereka di surah yang sama yang bermaksud: “Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka.” Dalil ini semua menunjukkan bahawa kalimah “pemimpin” di dalam ayat surah An Nissa 34 ini membawa maksud kepimpinan para lelaki (suami) terhadap isteri-isteri mereka, dan bukan bermaksud perlantikan mereka dalam wilayah (perkara) umum, seperti menjadi pemimpin Negara, kehakiman dan sebagainya.

Perkara Ketiga: Membolehkan wanita di dalam wilayah(kekuasaan/perkara) yang khusus, ayat di surah An Nissa 34 ini tidak membawa pengertiannya secara  umum maka ini menunjukkan bahawa wanita dibenarkan dalam wilayah yang bersifat khusus, seperti dibolehkan baginya berwasiat ke atas anak-anak yatim, dan dibolehkan melihat upacara harta yang di wakafkan, kerana dalam hal seumpama ini mereka berkuasa untuk melaksanakan perkara yang dikhususkan kepada mereka, maka dengan ini mereka juga dibolehkan untuk melaksanakan perkara yang umum selagi ia bersesuai dengan hukum iaitu kemampuan yang sebenarnya, dan hukum yang dibolehkan dan sesuai untuk dirinya, dan tidak ada implikasi dalam hal wilayah yang umum atau wilayah yang khusus setelah dipastikan kemampuan seorang wanita dalam mengendalikan kedudukannya,  jika tidak pastilah Ijmak Ulama’ akan memutuskan tidak dibenarkan perlantikan seorang wanita sebagai ketua Negara dan apa yang sesuai kepada mereka, seperti menteri perwakilan dan pemerintahan di Negara jajahan, dan terdapat nas berhubung kepimpinan ketua Negara yang melarang wanita dilantik kecuali perkara tersebut, maka dibenarkan juga perlantikan wanita dalam perkara-perkara yang bersifat umum juga dengan tidak membezakan di antara wilayah umum atau wilayah khusus.

Kedua : Jikalau kita menerima bahawa kalimah wilayah di sini bermaksud umum, maka dalil-dalilnya menjadi tidak sempurna, kerana dakwaan tidak dibenarkan wanita dilantik menjadi hakim adalah mutlak (muktamat), dan tidak mengesahkan perlantikannya juga adalah muktamat, samalah sepertimana perlantikannya ini ke atas kaum lelaki atau wanita atau ia menjadi perkara baru, atau kesemua mereka, maka dalil-dalil ayat ini membawa dakwaan kepada kesulitan yang pertama saja, iaitu hak perlantikan ini hanya untuk lelaki tidak kepada wanita dan yang baru (perkara baru), maka ulama-ulama sekarang ini berpendapat bahawa adalah lebih baik mengasingkan wanita dalam hal kehakiman jika ia boleh mengakibatkan permusuhan di antara mereka.

Jawapan Daripada Pembahas Ini:

Pertama: Adapun pembahasan dengan mengkhususkan perkara yang umum di dalam ayat ini dengan sebab nuzulnya (sebab turunnya ayat ini), maka kami menjawab kepadanya bahawa mengkhususkannya dengan sebab nuzul ayat ini tidak dapat diterima dengan pendapat yang lemah di dalam kaedah usulul Fiqh, dengan pendapat yang kuat iaitu; “Sesungguhnya pengibaratan (contoh) itu adalah dengan sifat umumnya perkataan bukan pengkhususan sebab”, sepertimana masalah ini sudah menjadi muktamat dikalangan para ahli usul, sepertimana  penghapusan itu bergantung kepada kekuatan pengizinan secara umumnya.

Kedua: Adapun pembahasan dengan mengkhususkan umum di dalam ayat ini sepertimana yang diriwayatkan bergantung hanya pada hukum hakam yang berhubung hanya diantara suami dan isterinya sahaja, maka jawapan kami padanya adalah di dalam bab mengasingkan sesuatu perkara daripada perkara-perkara yang umum maka tidaklah ia dapat dikhususkan kepada yang umum, makna mengasingkan sesuatu perkara daripada perkara-perkara ialah mengkhususkan yang umum dengan menyebutnya, atau dengan kata lain Nas ke atas sesuatu yang terkandung di dalamnya hukum sesuatu yang digunakan untuk menghukum kepada yang umum maka ia tidak dapat dijadikan pengkhususan kepada yang umum ini adalah pendapat Jumhur Ulama’, contoh darinya, sabda Rasul saw dalam kambing yang telah mati milik Maimunah : “Apakah kamu tidak mahu memanfaatkan kulitnya, jika kamu menyamaknya maka sucilah ia”.

Dan dalil bahawa sesuatu bagian itu adalah perkara-perkara yang bersifat umum, iaitu mengkhususkan sebahagian pendapat tidak menjadikan ia bersifat umum, kerana sesungguhnya sesuatu bagian hukum keatas sesuatu perkara tidak menafikan hukum keatas setiap sesuatu (seluruhnya), kerana ia tidak mendatangkan manfaat di antara sesuatu bahagian dan yang seluruhnya, kerana yang keseluruhannya membuntukan bahagiannya yang lain, dan jika tidak dapat diambil manfaatnya maka tidaklah dapat mengambil manfaat yang khusus (sebagian), kerana pengkhususan pasti memberikan manfaat kepada yang umum.

Ketiga:  Ada pun pembahasan ketiga yang diketengahkan, yang membahaskan bertentangannya dalil di antara qisas wilayah umum ke atas wilayah khusus, maka qisas seumpama ini adalah bathil (tidak dapat diterima), ini dikeranakan wilayah khusus sepertimana berurusan dalam kawasan yang diwakafkan, atau berbelanja dengan mengunakan wang anak yatim dan menguruskan keperluan mereka, maka mencukupilah pengurusan ini dengan kadar yang tertentu, adapun wilayah umum ia memerlukan kadar yang lebih tinggi bersesuaian dengan banyaknya persediaan , bahagian-bahagiannya  dalam wilayah tersebut dan begitu juga keluasan wilayah ini, yang pasti tidak semua yang mampu untuk berurusan dengan amalan yang khusus dapat melaksanakan urusan yang lebih luas, seperti Jabatan kementerian, kehakiman dan sebagainya. Dari itu sebab sesuatu hukum di dalam wilayah yang khusus adalah kadar yang tertentu yang tidak terdapat dalam wilayah umum yang membuntukan kadar yang lebih tinggi(luas) dan bukan kadar yang tertentu.

Perkara ini jika kita terima sebab hukum di dalam perlantikan adalah dikeranakan kemampuan (kadar).

Ini jika kita menerima sebab perlantikan adalah disebabkan oleh kadar atau kemampuan, tetapi kami tidak menerima sebab ini, kerana kemampuan adalah sifat yang tidak tetap, kerana ia tidak mempunyai persamaan atau timbangan yang tertentu, sebagaimana yang dimaklumi di dalam syara’ sebab sesuatu hukum itu hendaklah bersifat yang jelas dan tertentu, jika dilihat dalam hadis yang bermaksud: : “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum  yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka” kita akan melihat sifat hukumnya yang zahir dalam hadis ini adalah tiadanya kemenangan barangsiapa yang melantik wanita dalam sesuatu kedudukan, sebab hukumnya di dalam hadis ini adalah sifat kewanitaan tersebut, kerana kewanitaan ini adalah tempat kekurangan atau tiadanya kesempurnaan di dalam melaksanakan urusan-urusan wilayah (kekuasaan).

Oleh kerana itu jika terdapat kewanitaan ini maka akan terdapatlah larangan dalam perlantikan kedudukan secara umumnya, dan salah satu darinya adalah perlantikan hakim, jika tidak sudah pasti ijmak ulama’ akan membenarkan perlantikan wanita dalam kedudukan yang khusus, mencukupi dengan kadar yang terdapat padanya., kami juga berpandangan dengan tidak diboleh disandarkan kedudukan wilayah yang khusus ini kepada wanita, tetapi ijmak ulama’ berpendapat in dibolehkan.

Keempat : Adapun pembahasan bahawa pendekatan itu tidak sempurna, kerana dalil ini lebih mendatangkan (memerlukan) pengkhususan daripada pendakwaan, ini dikernakan ia mendatangkan natijah tidak dibolehkan seorang wanita dilantik menjadi hakim kerana ia dikhususkan kepada lelaki tidak kepada wanita, dan perkara-perkara baru (yang tidak baik) maka tidaklah dapat diterima, kerana dalilnya itu membawa kepada penyamaan dakwaan iaitu persamaan di antara lelaki , perempuan dan perkara yang baru dalam kehakiman, kerana tidak terdapat perbezaan diantara lelaki dan selain mereka dalam hal permusuhan dan kehakiman dan menjadikan mereka sebagai hakim dalam perkara-perkara yang berlaku diantara mereka.

Maka dengan memasukan wanita dan kanak-kanak dalam golongan lelaki merupakan perbuatan qias dalam maksudnya yang asal, atau sepertimana dikatakan oleh sebahagian ulama’ : Qias Jibiliyun (Qias secara Tabie), dari itu maka dalil ini membawa kepada persamaan dakwaan maka jadilah ia pendekatan yang sempurna.

Dalil Kedua : As Sunnah

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abi Bakra r.a bahawa beliau telah berkata  pada hari-hari Jamal : “Allah telah memanfaatkan diri ku dengan sepotong kalimah yang telah aku dengar dari Rasulullah saw, setelah hampir dekat dengan kebenaran dikalangan para sahabat maka aku pun berperang bersama mereka”,beliau berkata: “Maka takala Rasulullah saw mendapat berita bahawa Ahli Farsi di kuasai oleh anak perempuan Kasri, beliau pun bersabda : yang bermaksud “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum  yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka” dan At Tirmizi menambah : maka takala Aisyah r.h sampai di basra, beliau pun menyebutkan ucapan Nabi saw ini, semoga Allah swt memelihara diriku dari perkara ini.

Gambaran dalil dari sabda Nabi saw yang bermaksud: “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum  yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka” membawa maksud bahawa Nabi saw ingin menerangkan kepada kita semua bahawa tidak akan mencapai kemenangan barangsiapa yang melantik wanita sebagai pemimpin mereka, dan tidak dapat dinafikan bahawa tidak dapat mencapai kemenangan adalah sesuatu yang memudaratkan (bahaya), dan kemudaratan ini perlulah dijauhi sepertimana sabda Nabi saw yang bermaksud : “ Tidak boleh memudaratkan dan juga melakukan mudarat”, maka wajiblah menjauhi sesutu perkara yang dapat mengakibatkannya, iaitu melantik seorang wanita, kerana apajua yang tidak dapat menyempurnakan sesuatu yang wajib kecuali dengannya maka ia juga adalah wajib.

Ini samalah jika kami mengatakan : Sesungguhnya khabar yang disabdakan oleh Rasulullah saw ini membawa maksud larangan, maka jumlah khabar nya di sini adalah lafaz yang bersamaan maknanya.

Jika kami menerima dalil ini dalam sudut qias dalam bentuknya yang pertama kami akan menyatakan: Perlantikan seorang wanita dalam waliyah umum akan mengakibatkan tiadanya kemenangan, dan tiadanya kemenangan adalah sesuatu yang memudaratkan, maka natijahnya adalah melantik seorang wanita pada wilayah yang umum adalah memudaratkan, dan sesuatu yang memudaratkan adalah dilarang oleh syara’, dan tidak dapat dinafikan kehakiman itu termasuklah dalam kategori wilayah yang umum.

Dan samalah juga jika khabar yang disampaikan itu adalah jelas dan terang, yang mana maksud Sabda Nabi saw adalah untuk mengabarkan kepada kita semua bahawa tiada dapat mencapai kemenangan jika yang memimpin kita adalah seorang wanita, maka pada ketika itu menjadi kewajiban keatas kita semua untuk mejauhkan diri dari perkara-perkara yang dapat mencengah kita dari mencapai kemenangan, ataupun khabar yang lafaznya bersifat keterangan, iaitu kalimah ini dari sudut lafaznya ia bermaksud khabar (berita), tetapi dari sudut maknanya iaitu melarang diri kita dari perkara-perkara yang dapat mencengah diri kita dari mencapai kemenangan iaitu melantik seorang wanita dalam urusan kita yang umum, kerana larangan ini bersifat umum yang merangkumi setiap wilayah, sebab kalimah “Amru Hum” – “Urusan Mereka” adalah satu lafaz dari lafaz-lafaz yang umum, kerana lafaz ini bersifat mufrad (Satu) kalimah dihadapan (mudaffu ma’ruuf) yang dikenali, maka ia merangkumi semua perkara-perkara yang diperlukan oleh orang yang ingin melaksanakan kedudukan tersebut, ini termasuklah bidang kehakiman dan semua kedudukan-kedudukan yang lain, tidak kira apakah ia perkara-perkara yang bersifat umum ataupun khusus, Ijmak ulama’ telah berpendapat untuk mengecualikan perkara-perkara khusus maka dibenarkan untuk golongan wanita melaksanakannya dan menetapkan larangan keatas wanita dalam urusan-urusan yang umum.

Rahsia melarang wanita untuk memegang kedudukan yang bersifat umum adalah disebabkan kurangnya ilmu dan agamanya, iaitu sebab nas yang sahih dalam sunnah Nabi saw ( Qulna Yaa Rasulullah, wa ma Nuqshun diinana wa aqlana? Qaala: A’ laisa tamkusu ehdaakunna layaali laa tashumuu wa laa tusalli, wa syahadatu ehdaa kunna a’laa nisfi syahadah Al Rajul – yang bermaksud : Kami (para wanita) berkata, wahai Rasulullah, apakah yang dikatakan kekurangan pada agama dan akal kami? Sabda Nabi saw:  Setiap dari kamu (para wanita) kadang-kadang terpaksa menunggu pada sesuatu waktu dengan tidak dapat berpuasa dan bersolat, dan syahadah (kesaksian) salah seorang dari kamu hanyalah setengah kesaksian seorang lelaki), ini merupakan kelaziman seorang wanita yang tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan satu fitrah. Maka natijah dari dalil ini adalah, bahawa telah ditetapkan di dalam sunnah Nabi saw perlarangan daripada melantik seorang wanita dalam perkara-perkara yang umum, iaitu larangan dalam sifat atau bentuknya yang lazim, dan para alim ulama’ usuliyah mengatakan bahawa larangan ini membawa maksud pembatalan, oleh sebab itu tidak dibolehkan dan tidak sah perlantikan seorang wanita sebagai hakim.

Pembahasan Dalil ini:

Kami berpendapat dalil yang nyatakan ini tidaklah tepat, iaitu bukan pada masalah yang diperselisihkan, kerana hadis ini meriwayatkan pemimpin sebuah Negara, maka larangan ini bermaksud hanya pada kedudukan yang besar (tinggi) dan tidak termasuk dalam kehakiman, dan hadis ini juga menunjukkan bahawa kedudukan yang besar ini terbahagi kepada dua:

Pertama: Disebabkan riwayat hadis, iaitu nas hadis (sebab hadis ini diriwayatkan)  adalah disebabkan perlantikan “Nurrain” anak perempuan Kasri yang dilantik sebagai Penguasa dalam kerajaan Parsi setelah kematian bapanya.

Kami menjawab pembahasan ini iaitu, Dalil secara umum dari sesuatu lafaz itu tidak dikhususkan kepada sesuatu sebab, sepertimana jika dikembalikan dengan qaidah ilmu usulul fiqh.

Kedua: Bahawa kalimah “Urusan Mereka” sebagaimana yang diriwayat di dalam hadis ini, bermaksud setiap urusan yang sifatnya secara umum, maka sesuatu perintah yang bersifat secara umumnya ini termasuklah kepimpinan dalam sebuah Negara, kerana ia termasuk di dalamnya setiap wilayah-wilayah (kedudukan), maka larangan disini termasuklah kepimpinan dal sebuah Negara.

Kami menjawab pembahasa ini, bahawa kalimah “Urusan Mereka” adalah kalimah yang mufrad (yang tunggal/satu) Mudaff (kalimah yang pertama) yang memerlukan penerangan, dan kalimah mufrad yang mudaff memerlukan keterangan-keterangan yang bersifat umum, sepertimana yang telah diterima qaidah ini oleh ulama’ulama usul yang merupakan golongan terbesar dari para alim ulama’, oleh itu maka hadis ini seolah-oleh berkata: “Tidak sekali-kali sesuatu kaum itu mencapai kemenangan jikalau pemimpin mereka adalah seorang wanita”, atau “Tidak sekali-kali sesuatu kaum itu mencapai kemenangan jika menteri mereka seorang wanita” , atau “Tidak sekali-kali sesuatu kaum itu mencapai kemenangan jika yang menguruskan kehakiman mereka seorang wanita”, dan begitulah juga seluruh wilayah-wilayah (kedudukan) yang bersifat umum, seperti ketua Negara, ketua ketenteraan dan sebagainya.

Dalil Yang Ketiga : Al Ijmak

Golongan ini (Jumhur Ulama’) berpendapat dalil ketiga yang melarang wanita dilantik sebagai hakim adalah dalil Ijmak, mereka berkata: Sebelum diketahui punca khilaf (Perselisihan) permasalahan perlantikan seorang wanita, perlulah diketahui sesungguhnya Ijmak ulama’ telah bersepandapat dengan tidak membenarkan wanita dilantik dalam kedudukan ini dan tidak kira  barang siapa yang berselisih dengan mereka setelah pendapat mereka ini., sebagaimana  Firman Allah swt di surah An Nissa ayat 115 yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu, dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali”

Pembahasan Dalil Ini:

Kami membahas hadis ini seperti berikut:

Pertama: Sesungguhnya Ijmak Ulama’ itu tidak mungkin dapat dipastikan, dan menjadi kewajipan bahawa ia mungkin boleh dapat dipastikan, maka dengan ini tidak mungkin kami dapat pastikan kedudukannya, ini dikeranakan kemungkinan terdapat perselisihan berhubung masalah ini yang kami sendiri belum mengetahuinya, dan bagaimana pula  kami dapat mengetahui apakah Ibnu Jarir At Thabari, dan Ibnu Al Qaasim, dan Ibnu Hazmi dan Mazhab Hanafi bukanlah yang terdahulu yang membicarakan masalah ini?

Jawapan kami Dalam Pembahasan Ini:

Jawapan kami dalam pembahasan ini adalah, bahawa ulama-ulama usul telah menetapkan bahawa Ijmak Ulama’ boleh dipastikan, dan ia juga boleh dibuktikan, kaedah ini telah di ditetapkan di dalam ilmu usulul Fiqh.

Setelah berusaha sedaya upaya dalam kajian pembahasan dan penghuraian daripada masalah perselisihan ini dari kalangan pendapat Jumhur Ulama’, kami belum dapat pastikan kecuali yang kami ketahui bahawa pendapat yang mengatakan diperbolehkan perlantikan ini dinisbahkan kepada Ibnu Jarir At Thabari, dan telah disabitkan bahawa tidak dibenarkan menukilkan pendapat ini kepada Ibnu Jarir.

Pernolakkan Jawapan Ini:

Mungkin kami boleh menolak jawapan ini dengan menukilkan pendapat Ibnu As Salam dari kalangan ulama’ Mazhab Malikiyah , bahawa Al Hassan Al Basri berkata dibolehkan wanita memengang kedudukan Hakim secara mutlak, dan telah disabitkan juga dari kalangan ulama-ulama yang dapat diyakini (dipercayai kejujuran mereka) menisbahkan pendapat ini yang membolehkan wanita dilantik sebagai Hakim kepada Ibnu Jarir, dan tidak dapat dijangkakan bahawa Al Hassan dan Ibnu Jarir berselisih sesuatu perkara yang telah dipersetujui bersama secara ijmak, dan telah sabit juga bahawa Ibnu Al Qassim dan Ibnu Hazmi bahawa keduanya berkata dengan mengunakan pendapat Ibnu Jarir At Thabari dan Al Hassan Al Basri, kerana Ibnu Jarir At Thabari lebih dahulu daripada Ibnu Al Qassim, dan Ibnu Hazmi lebih dahulu daripada Al Hassan Al Basri yang mana telah dinisbahkan oleh Ibnu Abdus Salam dari kalangan Mazhab Malikiyah yang berpendapat dibolehkan wanita dilantik sebagai hakim.

Sepertimana telah disabit pernukilan ini datangnya daripada Ibnu Jarir bahawa beliau telah berkata diperbolehkan perlantikan wanita sebagai hakim, pernukilan ini (perkataan) yang dinisbahkan kepada Ibnu Jarir tidak dapat disabitkan tetapi yang dapat disabitkan adalah menisbahkan pendapat  ini kepada Ibnu Jarir.

Kedua: Kami bahaskan hujjah kami dengan mengunakan dalil-dalil Ijmak kerana ia merupakan dalil yang dapat diterima, ini dikernakan Ijmak Ulama’ adalah hujjah syariat, dan ia juga dapat dipastikan (kebenarannya), maka adapun pendapat bahawa dalil ijmak ini tidak sah dijadikan dalil, iaitu tidak sabit ijmak ulama’ dalam hal tidak membenarkan wanita dilantik dalam kedudukan-kedudukan (Wilayah-wilayah) yang umum, kerana sesungguhnya Syaidatina Aishah rah pernah menjadi ketua angkatan tentera dalam pembalahan dengan kelompok Ali Ibnu Abi Thalib, dan bersamanya (Siti Aishah) terdapat para sahabat (Rasulullah saw) seperti Al Zubair Ibnu Awwam dan Ibnu Abdullah, Thalhah ibnu Abidillah dan mereka semua tidak memungkiri (menolak) perlantikannya.

Maka ini merupakan dalil yang menunjukkan tidak sah dakwaan Ijmak (yang melarang wanita dilantik dalam kedudukan-kedudukan yang bersifat umum), dan dalam waktu yang sama ayat ini menunjukkan dibenarkannya wanita dilantik sebagai hakim, ini dikernakan perlantikan wanita sebagai hakim adalah sekecil-kecilnya kemudaratan dan serendah-rendahnya tanggong jawab yang dipegang oleh seorang wanita daripada menjadi ketua angkatan perang.

Menjawab Pembahasan Ini:

Saya  menjawab pembahas ini, dengan mengatakan bahawa sebenarnya Syadatina Aishah rah tidak pernah keluar memimpin bala tentera dalam peperangan, ini dikeranakan tidak terdapat satupun dari ahli sejarah yang menukilkan terdapat perselisihan di antara puak Aishah rah dan Ali ra dalam khilafah. Begitu juga beliau (Sita Aishah rah) tidak pernah menjadi ketua angkatan peperangan, kerana telah sabit di dalam kitab-kitab tarikh bahawa beliau telah keluar bersama para jamaah yang diketuai oleh Talhah dan Al Zubair, mereka semua ingin mencari kata sepakat dikalangan mereka, maka ada diantara mereka yang berselisih dalam masalah pembunuhan Syaidina Osman ra, lalu mereka menyangka dengan adanya Syaidina Aishah rah bersama mereka, dan beliau adalah Umum Mukminin, isteri kepada Rasulullah saw, mungkin ini yang membuat masyarakat memberikan keyakinan kepada mereka (kelompok Thalhah dan Zubair), lalu mereka menjadikan kehadiran beliau (Siti Aishah rah) adalah sebagai islah (mendamaikan) dan dengan sebab ini juga beliau keluar bersama mereka. Telah berkata Ibnu Al Arabi salah seorang Ahli tafsir yang dikenali di dalam kitabnya Ahkamul Quran: “Adapun keluarnya beliau (Siti Aishah rah) di dalam peperangan Jamal bukanlah bertujuan untuk berperang, tetapi kerana manusia semuanya bergantung kepadanya (memerlukan beliau) , dan mereka semua mengadu kepada beliau berhubung fitnah yang besar yang sedang berlaku dan keadaan manusia yang sedang kacau bilau, lalu mereka mengharapkan keberkahan beliau untuk memulihkan keadaan dan juga agar beliau tidak malu-malu memohon pertolongan dari Allah swt, dikeranakan sangkaan beliau juga sama, maka beliau pun keluar dengan berpandukan firman Allah swt di surah An Nisaa ayat yang ke 114 yang bermaksud: “ Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia” dan firman Allah swt lagi di surah Al Hujuraat ayat 9 yang bermaksud: “ Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mu’min berperang maka damaikanlah antara keduanya”, maka hampir tercapai kedamaian di antara dua puak yang bertelagah ini, tetapi disebabkan masalah-masalah yang berlaku yang tidak dapat dielakkan disebabkan dakwaan fitnah pembunuhan Osman ra, maka orang-orang yang terlibat (membunuh) merasa takut mereka akan di dakwa jika kedamaian telah pulih di antara dua golongan yang bertelagah.

Keluarnya Siti Aishah rah adalah Ijtihadnya sendiri, dan telah sabit bahawa beliau menarik kembali Ijtihadnya itu.

Dalil yang menunjukan keluarnya Syaidatina Aishah rah adalah ijtihahnya sendiri, adalah beliau telah menarik kembali ijtihadnya itu dan mengaku kesilapannya, maka tidaklah boleh dijadikan hujjah perbuatannya itu sehingga menjadikan perselisihan bahawa beliau telah dilantik sebagai ketua angkatan tentera, telah diriwayatkan oleh At Thabari dengan sanad yang shahih dari Abi Zaidi Al Madiini, belaiu berkata: Telah berkata Amaar ibnu Yaasir kepada Aishah setelah selesai peperangan Jamal: Alangkah jauhnya perjalanan (peperangan ini) daripada ketetapan yang telah ditetapkan kepada kamu – lalu disebutkan firman Allah swt yang bermaksud: “ Dan hendaklah kamu tetap di rumah mu” surah Ahzab ayat 33, beliau (Aishah) pun berkata: apakah ini Abu Al Yuqzan? Beliau menjawab: benar, lalu beliau (Aishah) berkata: Demi Allah sesungguhnya perkataan kamu ini adalah benar, beliau berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan ketentuan kepada ku melalui perkataan kamu”.

Dalil Yang Keempat: Al Qias :

Ijmak ulama’ telah bersependapat mengatakan tidak dibenarnya wanita dilantik sebagai ketua Negara dengan berpandukan hadis, yang bermaksud: “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum  yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka”, tabiat semulajadi seorang wanita membawa kepada masalah ini, iaitu ketentuan sifat mereka yang lemah lembut, sifat sensitive, mudah mengalah (tidak tegas) dan ketentuan-ketentuan yang lain yang khusus terdapat pada kaum perempuan seperti datang haid, mengandong, melahirkan anak yang mana perkara ini berlaku setiap bulan atau tahun, begitu juga sulit bagi mereka mendapatkan ketentuan yang lebih tepat yang memerlukan ijtihad dengan mengunakan fikiran dan pandangan yang bertentangan dengan pendapatnya, dan perlu juga dihadapi masalah-masalah yang berbagai-bagai yang mendatang dan hati yang senantiasa bersedia, maka diqiaskan perhakiman keatas pemimpin Negara kerana keduanya termasuk dalam wilayah-wilayah umum, maka dengan itu dilarang perlantikan wanita sebagai hakim, sepertimana beliau juga dilarang menjadi pemimpin Negara.

Pembahasan Dalil Ini:

Kami bahaskan dalil ini, bahawa sifat kewanitaan itu boleh disahkan sebagai sebab perlarangan wanita untuk dilantik sebagai ketua Negara, ini dikernakan kedudukan ini menbuatnya sibuk dengan pengurusan dan kemahuan yang berbagai-bagai, berani kehadapan menghadapi isu-isu yang berat, ini semua merupakan perkara-perkara yang kebanyakkan kaum wanita tidak dapat memikulnya, kami juga dapati sebahagian pemimpin dari kalangan kaum lelaki memperlihatkan urat-urat putih mereka apabila menghadapi masalah yang sulit berhubung masalah kenegaraan dan kementerian, maka bagaimana pula jika masalah ini dihadapi oleh kaum wanita.

Tetapi kewanitaan itu di sudut kehakiman tidak dapat diterima sebagai sebab untuk melarang wanita dari memegang kedudukan ini, bahkan kewanitaan itu adalah sifat yang tidak dapat diterima sebagai sebab perlarangan ini, sebagaimana yang telah diterangkan telah sabit secara ijmak ulama’ – tidak kurang mereka-mereka yang bersetuju dengan permasalahan ini – bahawa kewanitaan itu tidak memberikan kesan kepadanya dalam urusan-urusan yang khusus, seperti wasiat ke atas anak yatim, atau urusan ke atas perwakafan begitu juga dengan kehakiman, ini dikernakan kedudukan itu dibolehkan ke atasnya disebabkan oleh kemampuan ke atas kedudukan atau tugas tersebut dan tidak dilihat pada kedudukan umum ataupun khusus sesuatu kedudukan itu.

Jawapan Kami Pada Pembahasan ini:

Jawapan kami pada pembahasan ini dibahagi kepada dua perkara

Perkara Pertama: Sesungguhnya kewanitaan itu adalah tempat yang kurang sempurna, atau seorang wanita itu tidak dapat melaksanakan tugas-tugas ini dengan sempurna, kewanitaan itu terdapat pada sesuatu urusan dari urusan-urusan yang umum seperti contoh kehakiman – maka dari itu tidak dibolehkan perlantikan seorang wanita dalam sesuatu urusan dari urusan-urusan tersebut, jika tidak pasti Ijmak Ulama’ akan berpendapat untuk mengecualikan sebahagian urusan dan membolehkan agar wanita itu dilantik dalam urusan-urusan yang telah di Ijmakkan oleh ulama’ dalam membenarkannya disebabkan kemampuannya itu, maka kami juga berpendapat bahawa tidak dibenarkan ke atas wanita untuk memegang sesuatu kedudukan dari kedudukan-kedudukan yang ada, sebab ini dikhususkan kepada dalil dikalangan ulama’ ahli usul.

Perkara Kedua :  Adapun dikatakan terdapat perbezaan di antara kedudukan kehakiman dan ketua Negara disebabkan oleh kemampuan dalam urusan kehakiman dan tidak pada pemimpin Negara – walaupun keduanya termasok di dalam wilayah yang bersifat umum- hukum ini adalah jelas, dan juga persamaan di antara kehakiman dan wasiat ke atas anak yatim adalah dua masalah yang berbeza yang ketentuannya tidak berdasarkan kepada dalil, maka pendapat seumpama ini tidak diterima dalam pembahasan ilmiah.

Dalil Yang Kelima :

Kemungkinan keadaan wanita itu yang teramat chantek sehingga boleh mendatangkan fitnah, begitu juga percakapannya boleh menimbulkan fitnah maka syara’ melarangnya, kerana apa saja yang membawa kepada larangan adalah dilarang.

Dalil Yang Keenam:

Kehakiman itu lebih besar kedudukannya daripada menjadi imam di dalam solat, tidaklah dibolehkan sesorang wanita untuk mengimamkan kaum lelaki di dalam solat, dengan dibolehkan mengimami orang-orang yang fasiq, maka melarangnya daripada menjadi hakim yang tidak disahkan bagi orang fasiq adalah lebih utama.

Dalil Yang Ketujoh:

Hakim biasanya harus menghadiri perhimpunan-perhimpunan yang terdapat di dalamnya permusuhan di antara pihak-pihak yang bertelagah dan kaum lelaki, maka dalam hal ini jika beliau memegang kedudukan ini beliau perlu bergaul sesama mereka sedangkan kaum wanita diperintahkan agar tidak menghadirkan diri dalam himpunan yang ada kaum lelaki.

Dalil Yang Kelapan:

Kehakiman itu memerlukan pendapat yang sempurna, begitu juga kesempurnaan akal dan kebijaksanaan, sedangkan perkara ini (pendapat dan fikiran) kurang bagi kaum wanita, dan Allah swt juga telah mengingatkan kelemahan (pelupa)  kaum wanita dengan firman berhubung kedudukan kesaksian di surah Al Baqarah ayat 282 yang bermaksud:

 “Jika tidak ada dua orang saksi lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya”

Maka kaum wanita pada umumnya walaupun sebahagian mereka mungkin begitu bijak dan lebih baik dari kebanyakkan kaum lelaki, mereka biasanya lebih mudah terlupa, ini dikernakan kesulitan mereka untuk menguasai pemikiran dan akal mereka secara keseluruhannya disebabkan oleh keadaan yang perlu mereka alami seperti keuzuran setiap bulan, mengandong, melahirkan anak dan apajua yang serupa dengannya yang membuat kepada beban yang berat dan kesakitan, begitu juga tanggong jawab dalam hal mendidik dan menjaga anak-anak yang masih kecil baik siang mahupun malam, dan juga perasaan belas ikhsan seorang wanita yang begitu mendalam mungkin akan memberikan kesan yang negetif kepada kemampuannya berfikir apabila beliau terpaksa berhadapan dengan permasalahan dan tekanan yang berbagai, kepayahan dalam membuat keputusan hukum, maka sifat belas ikhsan dan emosi yang begitu kuat juga dapat menganggu pemikiran dalam membuat apajua keputusan yang baik walaupun dia seorang yang bijak pandai.

Dalil Yang Kesembilan:

Kalaulah wanita itu dibenarkan menjadi hakim sudah pasti perlantikan ini akan berlaku di zaman Rasulullah saw, atau di zaman para khulafa Ar Raashidiin, tetapi tidak pernah dinukilkan bahawa Nabi saw ada melantik mereka menduduki jawatan ini, atau sebagai ketua sebuah Negara, dan tidak juga mereka dilantik dikalangan khulafa Ar Raashidiin, dan tidak juga setelah zaman mereka, kalaulah dibolehkan sudah pasti terdapat mereka-mereka yang dilantik pada zaman-zaman tersebut.

Dalil Pendapat Mazhab Hanafi:

Adapun Mazhab Hanafi mereka berpendapat tidak dibolehkan seorang wanita dilantik sebagai hakim, tetapi jika beliau dilantik dan menjatuhkan hukum dalam perkara hukum-hukum yang tertentu, maka berdosalah orang yang melantiknya, dan keputusan hukumnya tidak diterima kecuali dalam perkara-perkara yang dibolehkan bagi dirinya menjadi saksi, seperti masalah-masalah penyusuan, kelahiran, harta dan yang serupa dengannya, iaitu selain daripada masalah hudud dan qisas, Mazhaf Hanafi telah berhujjah dengan dalil-dalil yang sama sebagaimana yang telah disampaikan oleh Jumhur Ulama’ dalam hal tidak dibenarkannya wanita dilantik sebagai hakim, kecuali mereka berhujjah dengan mengesahkan keputusan hukum yang dibuat olehnya selain masalah hudud dan qisas, iaitu diterima hukumannya dengan berdosa orang yang melantiknya, ini dikernakan kehakiman berhubung kait dengan kesaksian di dalam bab wilayah, dan wanita dibenarkan untuk bersaksi selain perkara hudud dan qisas, maka dengan itu dibenarkan mereka menduduki jawatan hakim dalam perkara-perkara tertentu selain masalah hudud dan qisas.

Pembahasan Dalil Mazhab Hanafi:

Menjawab dalil-dalil yang diketengahkan ini dengan dua perkara:

Pertama: Wilayah (kedudukan atau kekuasaan) di dalam syahadah (kesaksian) berbeza dengan wilayah di dalam kehakiman, ini merupakan satu perkara yang biasa dimana keahlian di dalam kesaksian berbeza dengan keahlian di dalam kehakiman. Walaupun kehakiman dan kesaksian itu termasuk dalam masalah wilayah, tetapi kekuasaan di dalam kehakiman adalah bersifat umum dan sempurna, dan kekuasaan di dalam kesaksian tidak terdapat di dalamnya sifat umum dan sempurna tetapi bersifat khusus dan terhad, dan tidak semestinya orang yang dibenarkan menguruskan perkara-perkara yang bersifat khusus dibolehkan mengurusi perkara-perkara yang bersifat umum.

Begitu juga kekuasaan di dalam kehakiman ini melaksanakan yang hak tanpa melalui apa-apa halangan, tetapi kekuasaan di dalam syahadah tidak dapat dilaksanakan kecuali hanya dengan perintah hakim, dengan ini terdapat perbezaan di antara kedua wilayah ini, maka jika tedapat perbezaan yang nyata maka tidaklah sah menyamakannya dengan yang lain.

Kedua:  Dalil yang diketengahkan oleh Jumhur Ulama’ membawa maksud tidak dibenarkan wanita dilantik sebagai hakim, ini samalah dengan tidak mengesahkan perlantikannya, jika Mazhab Hanafi ini benar-benar berpendapat sama dengan pendapat Jumhur Ulama’ iaitu tidak dibenarkannya perlantikan wanita sebagai hakim, maka dengan ini samalah juga berpendapat bahawa keputusan hukum yang dibuatnya tidak dapat diterima.

Menolak Pembahasan Ini:

Menjawab pembahasan yang kedua di atas ini dengan dalil yang telah diketengahkan oleh Jumhur Ulama’ yang tidak mengizinkan perlantikan wanita sebagai hakim dan pendapat yang menyatakan jika dilantik maka berdosalah orang yang melantiknya, atau jika beliau menghakimi di antara dua puak yang bertelagah dan membuat keputusan yang bersesuai dengan hukum-hukum syara’ apakah hukumannya itu diterima atau tidak? Maka tidak terdapat sebarang dalil yang mengatakan tidak diterima hukuman yang telah dijatuhkan olehnya jika  bersesuaian dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt di dalam hukum syara’, kecuali jika sudah sabit sumber dari syara’ yang menengah keahliannya, tetapi hal ini tidak terdapat di dalam hukum syara’, sumber larangan keahliannya itu bukan lah datangnya dari hukum syara’ kecuali disebabkan oleh kekurangan pemikirannya (akalnya), dan sebagaimana yang telah dimaklumi perkara ini tidak sampai keperingkat larangan (penengahan) terhadap wilayahnya (kekuasaan/kemampuan) secara keseluruhannya, ini dikeranakan beliau dibenarkan untuk bersaksi, dan menghadiri upacara perwakafan dan wasiat kepada anak yatim, dan kekurangan kemampuannya itu hanyalah dari sudut kelupaan dan sifat semulajadinya saja, kemudian jika ia dinisbahkan kepada jenis perempuan, maka dibolehkan bagi seseorang berbeza dengan perbezaan ini, ini dikernakan para ulama’ telah bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa: Lelaki itu lebih baik dari wanita dengan menerima juga bahawa sebahagian wanita ada yang lebih baik dari sebagian lelaki, maka kekurangan yang semulajadi yang telah dinisbahkan oleh Nabi saw dalam hadis berhubung mereka yang melantiknya tidak akan mencapai kemenangan bertentangan dengan hal perlantikan, ini dikeranakan kekurangan yang terdapat pada diri mereka (wanita) adalah kekurangan yang semulajadi, ini sudah tidak dapat dinafikan tetapi pendapat yang mengatakan jika dilantik juga dan beliau (wanita) menjatuhkan hukuman sesuai dengan kebenaran mengapa perlu dibatalkan kebenaran itu?.

Dalil Bagi Golongan Yang Mengatakan Wanita Boleh Dilantik Sebagai Hakim:

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut:

Dalil Yang Pertama: Asal (asas), iaitu setiap seseorang yang berkemampuan mengadili manusia, maka hukumnya adalah dibenarkan, inilah yang dimaksudkan dengan asal yang umum, iaitu kaedah kuliyah (kaedah umum), ini dikeranakan ijmak ulama telah mengkhususkan kaedah Asal yang Umum ini, maka ijmak ulama’ telah berpendapat tidak dibolehkan wanita dilantik sebagai ketua Negara kerana terdapat hadis yang menghukum berhubung hal ini, maka dengan ini apa saja yang dikhususkan oleh Ijmak ulama’ menjadi terkecuali dari kaedah Asal yang Umum ini dan tinggallah selain dari hukum asal ini, oleh itu dibolehkan seorang wanita dilantik dalam jawatan kehakiman dan kejantinaan itu tidaklah menjadi penghalang dalam hal ini kerana ia tidak memberikan kesan dalam penyampaian hujjah dan kedudukannya dalam kehakiman.

Pembahasan Dalil Ini:

Pertama: Wanita itu tidak berkemampuan untuk melaksanakan tugas dalam kehakiman dalam bentuk yang menyeluruh disebabkan oleh kekurangan semulajadi wanita tersebut, dan dikeranakan juga mereka mempunyai urusan yang banyak dengan sifat semulajadi mereka, oleh itu jika mereka memegang jawatan ini maka akan bercanggahlah ia dengan sifat semulajadi mereka yang telah dikhususkan buat mereka, iaitu dalam hal haid, kehamilan dan kelahiran, penyusuan, ini semua dapat menjejas kemampuan mereka dalam melaksanakan tugas dalam kehakiman dan dalam membuat keputusan hukum yang lebih sempurna, dan keadaan mereka yang semulajadi inilah yang akan membuat mereka lupa, seperti membuatnya kehilangan atau tidak memerhatikan sesuatu dalil atau hujjah di dalam melaksanakan hukum.

Kedua:  Pendapat ini telah dibatalkan dengan pendapat dalil dalam hal perlantikan pemimpin Negara, ini dikerenakan seorang wanita mungkin berkemampuan dalam melaksanakan tugas yang berbagai dalam kedudukan ini, tetapi para alim ulama’ telah bersependapat agar tidak membenarkan mereka menyandang kedudukan ini.

Dan mungkin juga pendapat yang menbolehkan itu dengan pengecualian pemimpin Negara dikerenakan terdapat Ijmak ulama’ yang melarang perlantikannya, berdasarkan kepada hadis : “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum  yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka” perkara ini jika dikembalikan kepada pengecualiannya dalam firman Allah swt di surah   yang bermaksud: “ Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan penzinahan dan mereka tidak dapat mendatangkan empat orang sebagai saksi, maka hendaklah mereka itu disebat sebanyak 80 kali sebatan dan jangan lah diterima segala kesaksian mereka buat selama-lamanya, mereka inilah orang-orang yang fasiq, kecuali jika mereka kembali bertaubat dan berbuat baik setelah itu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”  
Sesungguhnya Jumhur Ulama’ yang berpendapat pengecualian itu harus dikembalikan kepada jumlah secara keseluruhan sebelum ini juga dalam waktu yang sama berpendapat tidak boleh digugurkan hukuman had (sebat) kerana hukuman had dalam masalah ini (menuduh orang berzina tanpa bukti) tidak boleh digugurkan dengan pendapat secara Ijmak, begitu jugalah perkara ini boleh ditolak dengan alasan pemimpin Negara adalah terkecuali dalam kaedah ini secara ijmak, berdasarkan kepada Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum  yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka”

Dalil Kedua :

Seorang wanita itu dibolehkan menjadi mufti, ini jika di qiaskan jawatan kehakiman dan jawatan mufti, kerana kedua jawatan ini menerangkan hukum syara’ maka dibolehkannya lah seorang wanita itu menjadi hakim.

Membahas Dalil Ini:

Dalil ini yang mengunakan kaedah qias dengan perbezaan , kaedah qias dengan adanya perbezaan seumpama ini adalah tidak sah, perbezaan yang dimaksudkan disini datangnya dari dua sudut:

Sudut Pertama : Bahawa bidang kehakiman adalah suatu wilayah (yang mempunyai kekuasaan), sedangkan bidang fatwa tidak sedemikian, ini dikeranakan bidang fatwa tidak ada ikatan (kewajipan untuk dituruti) berbeza dengan bidang kehakiman ia mempunyai ikatan dan kewajipan keatas dua pihak yang bertelagah.

Sudut Kedua: Orang yang meminta fatwa hukum tersebut adalah untuk dirinya saja berbeza dengan hukum kehakiman ia adalah suatu hukum yang diwajibkan.

Menjawab Pembahasan Ini:

Menjawab pembahasan diatas ini, bahawa fatwa juga boleh mengikat (wajib dituruti) hukumnya, ini berlaku jika tiada jalan lain kecuali dengan fatwa untuk memperbaiki keadaan, dan tidak dikecualikan masalah-masalah seumpama ini jika yang membuat fatwa itu adalah seorang wanita jika beliau mempunyai kedudukan dalam melaksanakannya, maka bidang fatwa adalah suatu bidang kekuasaan secara keseluruhannya, iaitu kekuasaaan dalam sebahagian masalah yang dibincangkan ini.

Menolak Jawapan Ini:

Sebahagian ulama’ menolak jawapan pembahasan ini kerana fatwa yang mengikat adalah disebabkan oleh suatu kemudaratan (darurat), ini sebagaimana yang dimaklumi darurat itu mempunyai hukum-hukum yang khusus yang berbeza dengan hukum-hukum dalam keadaan membuat pilihan, dan masalah khilaf di sini adalah memastikan keadaan membuat pilihan, oleh sebab itu jika terdapat sesuatu hal yang darurat yang dihukumkan oleh seorang wanita, yang telah dilantik oleh Sultan yang mempunyai kuasa, maka keputusan hukumnya itu boleh diterima, jika tidak sebagaimana yang dikatakan oleh para ulama’akan bertambahlah permasalahan yang dihadapi oleh manusia, maka dengan ini teranglah bahawa keadaan darurat dalam hal kehakiman seorang wanita adalah dalam keadaan hal yang dikecualikan.

Dalil Yang Ketiga:
Mengiaskan pegawai penghakiman (pegawai hukum) dengan pegawai keamanan (pegawai menjaga keadilan), ini sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Umar Ibnu Khattab r.a bahawa beliau telah melantik seorang wanita yang bernama Ummu Syafaah sebagai penguasaan menjaga keamanan dan ketertiban di pasar, maka ini menunjukkan wanita boleh dilantik sebagai hakim qias kepada pegawai keamanan kerana kedua-duanya termasuk dalam wilayah yang umum, ini dikeranakan asal qiasan masalah ini adalah pegawai keamanan, dan furu’ (cabang) masalahnya pula adalah pegawai kehakiman, dan sebab persamaan kedua-duanya adalah mereka termasuk dalam katogari wilayah yang umum, dan hukumnya adalah jika dibolehkan seorang wanita dilantik sebagai pegawai keamanan maka dibolehkan juga wanita dilantik sebagai pegawai kehakiman. Ibnu Hazmi juga telah berhujjah dengan pendapat serupa ini, tetapi perlu diterangkan disini bahawa perbezaannya adalah Ibnu Hazmi tidak menyandarkan qiasnya kepada perbuatan Umar r.a sebagaimana di atas ini, tetapi Ibnu Hazmi dan Mazhab Fiqhnya dan Usuliyah yang lain berpendapat bahawa sesuatu qias itu tidak boleh disandarkan dengan sandaran-sandaran syara’, inilah pandangan mazhab zahiriyah yang dipegang oleh Ibnu Hazmi, beliau berkata: “Dan tidak dibolehkan sesuatu hukum itu dibuat secara Qias, dan tidak juga dengan pendapat(pandangan), dan tidak juga dengan cara keikhsanan, dan tidak juga dari perkataan seseorang selain Nabi saw, yang tidak bersesuaian dengan Al Quran dan Sunnah yang shahih, kerana semuanya ini adalah hukum yang sampai ketahap sangkaan saja, sebagaimana firman Allah swt di surah An Najm ayat 28 yang bermaksud :
“Sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran”
dan firmanNya lagi di surah yang sama ayat 23 yang bermaksud:
“Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka, dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka”.
Dan Nabi saw telah bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu semua menjauhkan diri dari bersifat sangkaan, kerana sesungguhnya sangkaan itu adalah seburuk-buruk percakapan (pembohongan)”

Oleh itu Ibnu Hazmi tidak menyandarkan qiasnya dengan mengunakan qias perlantikan hakim dengan perlantikan pemerhati, ini dikeranakan jika tidak akan terdapat kesalahan mengunakan qias di dalam hukum, kerana bagi Mazhab Zahiri qias tidak dapat dijadikan sandaran kepada hukum, oleh sebab itu Ibnu Hazmi telah mengunakan pendapat dalam kitabnya Al Mahalli : “Dan dibolehkan melantik seorang wanita sebagai pegawai hukum dan ini adalah pendapat Abi Hanafiyah (Mazhab Hanafi), dan sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Umar Ibnu Khattab, bahawa beliau telah melantik As Syafaah seorang wanita dari kaumnya dalam urusan di pasar”

Kemungkinan apa yang berlaku di sini adalah Ibnu Hazmi berpendapat bahawa wanita yang dilantik oleh Umar Bin Khattab sebagai penguasa di pasar itu bertindak sebagai hakim dalam mengadili permasalahan-permasalahan yang berlaku diantara mereka di pasar. Dan Ibnu Hazmi tidak pula menyentuh sebab ini untuk diqiaskan kepada jawatan kehakiman yang dilaksanakan oleh wanita tersebut, sebagaimana yang telah di riwayatkan dari Umar yang melantiknya sebagai penguasa di pasar. Kemungkinan beliau (Ibnu Hazmi) berpendapat amalan ini adalah sebahagian dari jawatan kehakiman.

Membahas Dalil Ini:

Menjawab dalil ini sepertimana berikut:

Pertama : Perbuatan yang dilakukan oleh Umar bukanlah suatu hujjah, ini dikernakan tidak diterima perkataan atau perbuatan seseorang itu selain dari Nabi saw, sepertimana yang diterima dari kalangan ulama-ulama Usuliyah, dan tidak terdapat seseorang pun dikalangan ulama’ yang mengatakan bahawa perbuatan beliau (Umar ra) itu bertentangan dengan hukum, sehingga terdapat ijmak ulama yang mensabitkan dakwaan tersebut.

Terdapat sebahagian pembahas (Doktor Abdul A’li Atwah-Muhadarat Fi Ilmi Qadha)) yang mengunakan dalil Ibnu Hazmi berhubung riwayat dari Umar, beliau berkata: Yang amat menajubkan adalah dalil yang digunakan oleh Ibnu Hazmi ini dengan mengunakan perbuatan (tindakan) Umar dapat diterima sebagai hujjah kerana ia adalah pendapat sahabat, tetapi apa yang menghairankan adalah ia bertentangan dengan adat kebiasaan dengan mengunakan kaedah ini, kerana ia tidak menerangkan sanadnya, atau kedudukannya, dan yang lebih menghairankan lagi adalah menyandarkan pendapat ini kepada Abi Hanifah yang tidak tepat sama sekali baik dalam sudut kesesuaiannya mahupun ketetapannya.

Dan yang amat menghairankan adalah beliau berpendapat bahawa seorang wanita tidak boleh menikahi dirinya sendiri atau orang lain, tetapi dalam waktu yang sama berpendapat perlantikannya sebagai hakim membolehkannya menikahkan orang lain dengan berpandukan kekuasaan kehakiman.

Kemungkinan perlantikan seorang wali (wali hakim) keatas perempuan yang tidak mempunyai wali dari kalangan lelaki dalam hal ini, bermaksud bahawa tidak lah boleh wanita itu dilantik walaupun dia sebagai seorang hakim, kerana tiada masalah dalam hal seumpama ini.

Kedua : Boleh diterima perbuatan Umar sebagai hujjah, tetapi dalil perbuatan ini tidaklah sabit kepadanya (Umar), sebab itu Ibnu Arabi telah berkata : “Dan apa yang di riwayatkan bahawa Umar telah melantik seorang wanita sebagai penguasa di dalam pasar, maka pendapat ini tidaklah benar, maka janganlah mengambilnya (sebagai hujjah), kerana ia merupakan tipu daya orang-orang pembuat bid’ah di dalam hadis-hadis” (Ahkamul Quran Lil Ibnu Arabi)

Kesimpulan.....