terbelalak, mereka
datang bergegas-bergegas memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya, sedang
mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong,, dan berikanlah
peringatan kepada manusia terhadap hari ( yang pada waktu itu) datang azab
kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim: “Ya Tuhan kami, beri
tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang
sedikit, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti
rasul-rasul”. (Kepada mereka dikatakan): “Bukankah kamu telah bersumpah dahulu
(di dunia) bahwa sekali kali kamu tidak akan binasa?, dan kamu telah berdiam di
tempat-tempat kediaman orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri, dan
telah nyata bagimu bagaimana Kami telah berbuat terhadap mereka dan telah Kami
berikan kepadamu beberapa perumpamaan” dan sesungguhnya mereka telah membuat
makar yang besar, padahal di sisi Allah lah (balasan) makar mereka itu, dan
sesungguhnya makar mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap
kerananya, kerana itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi
janji Nya kepada rasul-rasulNya, sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi
mempunyai pembalasan”
Firman Allah swt
di surah Al Kahfi ayat 29 yang berbunyi:
إنا
أعتدنا للظالمين نارا أحاط بهم سرادقها و إن يستغيثوا يغاثوا بمآء كالمهل يشوى
الوجوه بئس الشراب و سآءت مرتفقا
Yang bermaksud: “ Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi
orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka, dan jika
mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi
yang mendidih yang menghanguskan muka, itulah minuman yang paling buruk dan
tempat istirahat yang paling jelek”
Begitu juga hadis
yang telah diriwayatkan dari Qatadah dari Abul Mutawakkil An Naji dari Abu
Sa’id Khudri r.a dari Rasulullah saw bersabda[1] :
عن
قتادة عن أبى المتوكل الناجى عن أبى سعيد الخدرى رضى الله عنه عن رسول الله صلى
الله عليه و سلم قال : "إذا خلص المؤمنون من النار حبسوا بقنطرة بين الجنة و
النار فيتقاصون مظالم كانت بينهم فى الدنيا حتى إذا نقوا و هذبوا أذن لهم بدخول
الجنة فو الذى نفس محمد صلى الله عليه و سلم بيده لأحدهم بمسكنه فى الجنة أدل
بمنزله كان فى الدنيا"
Yang bermaksud: “
Dari Qatadah dari Abul Mutawakkil An Naji dari Abu Said Khudri r.a dari
Rasululah saw, beliau saw bersabda: “ Jikalau kaum mukminin yang zalim dapat
selamat di waktu menyeberangi shirath (jembatan) yang diletakkan di atas
neraka, lalu mereka itu di tahan di sebuah tempat pemberhentian yang letaknya
antara syurga dan neraka (yang dimaksudkan ialah shirath yang ada di dekat
neraka), Disitulah mereka itu diberikan balasan (qishash) dari
kezaliman-kezaliman yang mereka kerjakan sewaktu di dunia ini dan yang terjadi
antara mereka (yakni antara yang satu dengan yang lainnya), Hal itu terus
berlaku sehingga apabila telah dianggap bersih (yakni telah diberi balasan
qishash dengan sesempurna-sempurnanya serta dibersihkan segala macam dosanya,
barulah mereka diizinkan untuk masuk syurga. Maka dari itu demi Dzat yang jiwa
Muhammad saw ada di dalam kekuasaanNya, niscayalah seseorang dari mereka itu
sewaktu telah mendiami tempatnya di surga adalah lebih mengenal akan tempat
tinggalnya seaktu berada di dunia”
Dan sabda Nabi saw
lagi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdul Aziz Al Majisyun, dia berkata:
Kami diberitahu oleh Abdullah bin Dinar dari Abdullah bin Umar radiallahu anhuma
dari Nabi saw bersabda:
قال
:"الظلم ظلمات يوم القيامة"
Yang bermaksud: “Berbuat
zalim (penganiayaan) itu menyebabkan adanya berbagai macam kegelapan (di
akherat) pada hari kiamat”[2]
Begitu juga Nabi
saw memberikan peringatan agar berhati-hati dan takut dari doanya orang yang
dianiayai, kerana doa mereka pasti akan dikabulkan oleh Allah swt, ini
sebagaimana yang diriwayatkan dari Yahya bin Abdullah bin Shaifiy dari Abu
Ma’bad (namanya sendiri Nafidz) yaitu hamba sahayanya Abdullah bin Abbas dari
Ibnu Abbas radiallahu anhuma bahwa sesungguhnya Nabi saw mengutus Mu’adz ke
Yaman Idan diangkat sebagai gubernur di daerah wilayah Yaman itu, disamping itu
juga diperintah supaya mengajar penduduknya perihak syariat-syariat agama
Islam, juga mengambil zakat dan sedekah mereka), lalu beliau bersabda[3] :
"فقال اتق دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله
حجاب"
Yang bermaksud: “Berhati-hatilah
atau takutlah akan doanya orang yang dianiaya (di zalimi), sebab antara doanya
dan Allah tidak ada penghalangnya (yakni bahwa doanya itu pasti dikabulkan)”
Dari firman dan
sabda ini dapatlah diambil kesimpulan, betapa besarnya ancaman dan balasan azab
yang Allah swt sediakan kepada mereka-mereka yang melakukan kezaliman di
akherat nanti, walaupun mungkin orang yang melakukan kezaliman dapat hidup
dalam keadaan mewah dan berkuasa sewaktu di dunia, atau mereka tidak ditimpa dengan
apa-apa kesulitan dan kesengsaraan hidup ketika di dunia, tetapi diakherat
nanti Allah swt akan menimpakan ke atas diri mereka sebesar-besar azab sebagai
ganjaran perbuatan zalim mereka sewaktu hidup di dunia.
Mencegah Dan
Membendung Kezaliman
Islam
memerintahkan umatnya agar sentiasa berusaha menbendung apajua bentuk kezaliman
yang berlaku, dan ini merupakan satu kewajipan ke atas orang-orang yang
beriman, kerana membiarkannya berlaku tanpa pencegahan merupakan
selemah-lemahnya iman seseorang hamba kepada Allah swt, Allah swt memberikan
gelaran Khaira Ummah[4] kepada
hambaNya yang beriman kerana mereka memiliki sifat untuk mencegah dan
membendung segala bentuk kemungkaran, dan agama Islam juga mengalakkan kepada
kita sekalian agar memberikan pertolongan kepada saudara kita, baik dia yang
melakukan kezaliman atau dia yang dizalimi, ini sebagaimana yang diriwayatkan
dari Ubaidullah bin Abu Bakar bin Anas dan Humaid Thawil bahwa ia mendengar
Anas bin Malik r.a berkata, Rasulullah saw bersabda:
عن
عبيد الله بن أبى بكر بن أنس و حميد الطويل سمع أنس بن مالك رضى الله عنه يقول قال
رسول الله صلى الله عليه و سلم : "انصر أخاك ظالما أو مظلوما"
Yang bermaksud: Dari
‘Ubaidullah bin Abu Bakar bin Anas dan Humaid Thawil bahwa dia mendengar Anas
bin Malik r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: “Berikanlah pertolongan kepada
saudaramu itu, baik ia sebagai orang yang berbuat penganiayaan (penzalim)
ataupun orang yang dianiaya (di zalimi)”[5]
Dalam hadis yang
lain pula yang diriwayatkan dari Mu’tamir dari Humaid dari Anas r.a dia
berkata, Rasulullah saw telah bersabda:
عن
معتمر عن حميد عن أنس رضى الله عنه قال ,قال رسول الله صلى الله عليه و سلم:
" انصر أخاك ظالما أو مظلوما" قالوا يا رسول الله هذا ننصره مظلوما فكيف
ننصره ظالما, قال : "تأخذ فوق يديه"
Yang bermaksud: “Dari
Mu’tamir dari Humaid dari Anas r.a, ia berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Berikanlah pertolongan saudaramu itu, baik ia sebagai orang yang melakukan
kezaliman atau sebagai orang yang zalim”, Para sahabat sama bertanya: Apabila
ia tergolong orang yang dianiaya, kita lalu menolongnya, maka hal itu telah kita
maklumi, tetapi bagaimanakah kita akan memberikan pertolongan kepada saudara
yang justeru sebagai orang yang menganiaya? Beliau saw lalu bersabda: “Kita
ambil di atas kedua tangannya”[6]
Hadis di atas ini
memberikan kita panduan agar kita senantiasa berusaha membantu bukan hanya
kepada saudara kita yang dizalimi
tetapi juga kepada saudara kita yang melakukan kezaliman, kita wajib melarang
dia dari terus menerus melakukan kezaliman, iaitu dengan berusaha mencegah dengan
tenaga (kemampuan) kita, atau dengan ucapan kita atau kita melaporkan perbuatan
mereka kepada pihak yang bertanggung jawab yang dapat menghentikan perbuatan zalim
yang dilakukan mereka.
Implikasi
Kezaliman Dan Pengaruh Internet
Sifat dan fahaman
zalim jika dibiarkan berleluasa dan tidak dibendung sudah pasti menimbulkan
kemudaratan dalam kehidupan manusia, sebagai contoh jika kezaliman itu dimiliki
oleh sesorang individu sudah pasti sifatnya itu akan mengakibatkan keburukan
kepada mereka yang berada disampingnya, suami misalnya jika mempunyai peri laku
dan tindak tanduk yang zalim, sudah pasti sifatnya ini akan ditimpakan ke atas
anak dan isterinya, sehingga tiada lagi sakinah dan perasaan muwaddah wa rahmah
dalam rumah tangga yang dibina, begitu juga sifat penguasa yang zalim, sudah
pasti menimbulkan kesengsaraan dan penderitaan ke atas rakyatnya, samalah juga
dengan seseorang yang kuat menzalimi dan menganiayai individu yang lemah atau
sebuah Negara yang kuat mencerobohi ke atas sebuah Negara yang lemah.
Jika hal ini dibiarkan
berlaku, maka akan hilang lah kedamaian dan kemakmuran hidup yang didambakan, timbullah
perbuatan zalim dibalas dengan kezaliman, penganiayaan dibalas dengan
penganiayaan yang serupa, hasad dan dengki akan bermaha rajalela, manusia akan kehilangan
arah dalam membina kemakmuran hidup, hilang kedamaian dan wujud pula budaya
zalim, sehingga sifat ini dibudaya dan terbina dengan sendirinya dalam diri
manusia, inilah yang sedang dihadapi oleh kebanyakan Negara, dimana terdapat
rakyatnya menjadi “Self Radicalism”[7] atau terpengaruh
dengan sendirinya idea-idea radikal tanpa perlu berguru, sifat ini bukan lah
suatu fenomena atau satu perkara yang luar biasa kejadiannya, perkara ini boleh
berlaku ke atas setiap individu, bangsa, agama ataupun Negara, disebabkan oleh
faktor-faktor yang telah dikemukakan sebelum ini[8], ia hanya
menjadi fenomena dengan ada alat teknologi yang semakin canggih.
Peranan teknologi
dan media massa yang semakin canggih inilah yang telah mencorak pola pemikiran
setiap individu dalam menilai sesuatu pergolakan dunia yang berlaku, berbagai maklumat
yang tersebar di lelaman cyber yang dapat diperolehi dengan klik jari jemari
(internet) dan maklumat berita secara lintas langsung dari seluruh dunia, ini
semua memberikan gambaran kepada penguna seolah-olah pergolakan sedang berlaku
didepan mata kepala mereka sendiri, sehingga memberikan
kesan mendalam dalam diri individu tersebut dalam menilai pespektif dan hal
ehwal dunia yang tanpa batasan.
Kecanggihan teknologi maklumat yang seumpama inilah yang
sedang mencorak pola pemikiran generasi-generasi muda sekarang ini, kesan ini
dapat dilihat dalam satu kajian yang dilakukan oleh: Crimes Against Children Research Center University
of New Hampshire 126 Horton Social Science Center Durham berhubung pengaruh
Internet terhadap golongan muda, iaitu dalam kajian yang bertajuk: “Survey
of Internet Mental Health Issues (SIMHI)” [9], menunjukkan kesan dan
pengaruh negatif dari internet ini telah dengan mudah membentuk pola pemikiran golongan
muda, sebagai contoh dalam kajian yang dilakukan mereka, dari 1504 kes yang
dikaji lebih dari 60% daripada jumlah tersebut (pengguna Internet) telah
menyalah gunakan maklumat yang ada, sehingga menpengaruhi pola pemikiran dan
kehidupan mereka.
Begitu juga dalam kajian yang dilakukan oleh Institusi Pew
Internet and American Life, kertas kerja yang berjudul “The Future of The
Internet”[10]
yang di susun oleh Susannah Fox, Associate Director, Janna Quitney Anderson,
Elon University dan Lee Raine, Director,
mereka mendapati dalam tempoh sepuloh tahun mendatang pengaruh internet akan
bertambah luas dan begitu penting sehingga merangkumi setiap aspek kehidupan
manusia.
Ini dapat dilihat dalam kajian yang dilakukan oleh
mahasiswa Nanyang Technological University (NTU) Singapura pada tahun 2000-2001
yang bertajuk: “Singapore Internet Project”[11] mendapati ketika itu saja
sudah terdapat hampir 90% dari kalangan para pelajar mengunakan teknologi ini
dan semakin ramai pula diantara mereka yang ketagihan[12] dengan penggunaan
internet, bayangkan kesan negatif jika pola pemikiran generasi muda ini
dipengaruhi oleh unsur-unsur radikal yang mencorak pemikiran mereka melalui
internet, sudah pasti kesannya akan lebih memudaratkan lagi.
Idealogi Zalim Dan Internet
Fahaman-fahaman
yang bersifat zalim dan tidak berperi kemanusiaan tidak akan berkembang tanpa
seorang guru yang mengajar dan mendidik idealogi tersebut kepada seseorang
individu, tetapi dengan wujudnya teknologi tanpa sempadan ini, manusia
seolah-olah tidak lagi memerlukan guru untuk mendidik dan mencorak pola pemikiran
mereka, tidak ada lagi pihak yang perlu membimbing dan menasihati mereka dalam
menentukan halal dan haram, kerana sudah terdapat alternatif lain yang dapat
mengambil tempat sebagai seorang pendidik untuk mewarnai kehidupan yang mereka
inginkan, bagi diri mereka persekolahan (berguru) hanya bersifat formaliti saja
yang tidak dapat memberikan kesan pendidikan yang mendalam bagi diri (rohani) mereka.
Tidak hairanlah
ada sebagian dari kalangan muda mudi[13] yang
terpengaruh dengan maklumat Internet yang didapatinya, hingga sanggup mengambil
tindakan yang begitu radikal tanpa sebarang bimbingan, ini dikeranakan
teknologi ini sudah dapat memainkan peranan sebagai guru dan pembimbing, dan alat
ini sudah cukup sempurna buat diri mereka untuk menjadi tempat sebagai guru,
yang dapat mereka jadikan panduan dalam segala tindakan yang ingin dilakukan, inilah
yang dinamakan “Self Radicalism” iaitu sifat terpengaruh dengan
fahaman-fahaman radikal dengan sendirinya melalui sumber maklumat yang mereka
perolehi dari Internet.
Kewujudan
teknologi Internet ini juga telah memudahkan sifat “Self Radicalism” dan
Idealogi zalim berkembang dengan begitu pesat dan mudah dikalangan masyarakat Islam
awam yang kurang ilmu pengetahuan agama, walaupun mereka mempunyai pendidikan akademik
yang baik[14],
khususnya di kalangan generasi muda yang ingin mencari kebenaran agama, yang menjadikan
teknologi internet sebagai sebagian dari budaya dan panduan hidup mereka dalam
menimba ilmu, tetapi dikeranakan mereka jahil tentang asas-asas ilmu
pengetahuan agama dalam membezakan yang hak dan yang bathil, maka mereka dengan
mudah terpengaruh dengan fahaman zalim ini, dan inilah yang telah dimanfaatkan
oleh golongan tertentu, untuk menyebarkan idealogi mereka kepada
golongan-golongan yang daif dalam mencari kebenaran, dan jahil dalam membezakan
hukum hakam yang digariskan oleh Allah swt, sehingga mereka mudah terpengaruh
dan mengambil tindakan yang sesat lagi menyesatkan.
Salah satu sebab
utama mengapa Idealogi zalim dan fahaman “Self Radicalism” ini
berkembang dengan mudah melalui sumber internet dikalangan masyarakat awam, adalah
disebabkan pendekatan psikologis[15] yang digunakan
oleh golongan tersebut untuk mewar-warkan fahaman dan idealogi mereka dengan
menengahkan gambar video perjuangan mereka di dalam internet, yang dapat
menimbulkan perasaan simpati ke atas perjuangan mereka, lalu masyarakat awam
yang daif ini terjebak dan cenderung dengan pendapat dan pandangan yang
membolehkan perbuatan-perbuatan yang bersifat zalim ini, Sifat simpati dan cendurang
dengan idealogi dan tindakan-tindakan melampau ini juga telah dilarang oleh
Allah swt sebagaimana firmanNya[16].
و
لا تركنوآ إلى الذين ظلموا فتمسكم النار و ما لكم من دون الله من أوليآء ثم لا
تنصرون
Yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang
menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai
seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi
pertolongan"
Cenderung kepada
orang-orang yang zalim maksudnya mengauli mereka serta meredai perbuatannya,
tetapi jika bergaul dengan mereka tanpa meredai perbuatannya dengan maksud agar
mereka kembali kepada kebenaran atau memelihara diri, maka dibolehkan[17], Dari
ayat ini juga dapat diambil kesimpulan bahwa dengan hanya meredai sesuatu
perbuatan yang zalim merupakan suatu kesalahan besar disisi agama Islam, maka lebih-lebih
lagi jika seseorang itu sampai melakukan perbuatan-perbuatan yang zalim, yang
bertentangan dengan ajaran dan syariat Islam, sudah pasti kesalahan dan dosanya
lebih besar disisi Allah swt.
Kombinasi diantara
fahaman zalim dan budaya internet inilah, yang sebenarnya telah menjadi fenomena
mengapa berlakunya tindakan-tindakan zalim diberbagai peringkat masyarakat dari
mancan Negara, dan kesan ini akan lebih menonjol jika terdapat sesebuah
masyarakat atau negara yang dizalimi, dimana pengaruh internet yang ditayangkan
mengambarkan dengan jelas penderitaan dan kekejaman yang dilakukan ke atas
masyarakat dan Negara tersebut, sehingga dengan mudah meyemarakkan lagi sifat
simpati kepada mereka yang tertindas dan meningkatkan lagi emosi dan perasaannya
untuk membantu dan menolong pihak yang tertindas dengan apajua cara yang
dimiliki, sifat bersimpati inilah yang telah mendorong mereka untuk mengambil
tindakan dengan alasan ingin menegakkan keadilan.
Menggengkang
Fahaman Zalim
Dalam kontek
kehidupan Negara Singapura yang berbilang bangsa, budaya dan agama, setiap
individu mempunyai tanggong jawab untuk memastikan kemakmuran dan kedamaian
negara senantiasa dipelihara, setiap individu mempunyai peranan untuk
melaksanakan tugas ini, tidak kira apa juga latar belakang agama dan budaya sesuatu
bangsa tersebut, mereka tetap berkewajipan menjaga keharmonian dan
kesejahteraan Negara mereka, umat Islam juga tidak terkecuali memainkan peranan
mereka[18] dalam
masalah ini, setiap individu Muslim mempunyai peranan bagi memastikan fahaman
atau idealogi zalim ini tidak berkembang dikalangan golongan belia Muslim di
Negara ini.
Pada hakikatnya masyarakat
belia Islam di Negara ini amat mudah terpengaruh dengan fahaman dan idealogi
ini, ini di keranakan majoriti dikalangan mereka tidak mendapat bimbingan dan
pendidikan Islam yang sempurna, kajian[19]
menunjukkan terdapat hanya 40% daripada 108,000 golongan belia yang berusia
dari 5 hingga 17 tahun yang mendapat pendidikan dasar agama, ini jelas
menunjukkan terdapat lebih dari 60,000 belia dalam usia yang masih dini, tidak berkesempatan
mendapat asas-asas pendidikan agama sebagai bekalan mereka dalam menghadapi
cabaran fahaman-fahaman radikal di dalam Internet dan media massa yang akan
membentuk pola pemikiran mereka.
Keprihatinan ini
telah disedari oleh para pemimpin setempat sehingga diadakan suatu konference
yang berjudul:’Progressive Islam And The State In Contemporary Muslim
Societies”[20]
pada 7th – 8th March 2006, dimana para cendikiawan Islam
dari bebagai Negara dijemput untuk membentangkan kertas kerja bagi membincangkan
bentuk-bentuk Islam yang progresif dan kedudukan ciri-ciri masyarakat Muslim
masakini di Negara yang majmuk ini, berbagai pemikiran, pandangan dan saranan
yang dibahaskan dalam seminar yang dihadirin oleh para pemimpin dunia dan tempatan
dari berbagai latar belakang dan agama.
Masalah ini telah lama
dirasai oleh pemimpin-pemimpin Islam dan para alim ulama’ setempat, semenjak dulu lagi, mereka telah
memberikan tekanan akan pri penting nilai-nilai Islam diterapkan ke atas
golongan belia semenjak kecil, sepertimana kata pepatah melayu : “Melentur
buloh biar dari rebungnya”, berbagai usaha gigih telah dijalankan oleh
badan-badan dan Institusi Islam[21] di
Negara ini, bagi memastikan setiap belia diberikan kesempatan untuk mengecapi
dasar-dasar pendidikan agama, tetapi hakikatnya masih banyak lagi yang perlu
dilakukan dalam menanggani masalah ini, cabaran yang perlu dihadapi bukan
sahaja untuk berusaha menyampaikan asas-asas agama kepada para belia ini,
tetapi juga untuk mencari kaedah, cara, metodologi dan pendekatan yang terbaik
bagi memastikan ciri dan identiti Islam yang ingin diterapkan kepada mereka bertepatan
dengan fahaman ummah yang bersifat wasathiyah[22]
(pertengahan) iaitu yang tidak terlalu konservetif atau terlalu bersifat
liberal[23].
Ini sebagaimana
yang di firmankan oleh Allah swt di surah Al Baqarah ayat 143 yang berbunyi:
و
كذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهدآء على الناس و يكون الرسل عليكم شهيدا
Yang bermaksud: “Dan
demikian (pula) Kami (Allah) telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil
dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul
(Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”
Umat Islam
digalakkan untuk menjadi umat yang bersifat adil dalam apajua bentuk dan
tindakan yang ingin diambilnya, sifat keadilan ini hanya dapat dicerna dan
diwujudkan dengan penerapan nilai-nilai Islam yang sesuai dan bertepatan dengan
kaedah pendidikan Islam yang murni, nilai ini hanya dapat diwujudkan dengan
kerjasama dan gandingan ulama’ dan umara’ dalam mencorak identiti masyarakat
Islam yang diimpikan, dengan gabungan ini pendidikan dan pola pemikiran masyarakat
akan dapat dibentuk dengan acuan yang bersesuai dengan situasi dan kondisi
sesebuah masyarakat tersebut berada.
Cabaran Penerapan
Nilai
Sebagai sebuah
masyarakat minoriti yang menghadapi bebagai sumber yang terbatas, bukan lah
suatu perkara mudah untuk menggengkang pengaruh idealogi zalim dikalangan
masyarakat belia setempat, begitu juga tiada jalan pintas yang boleh diambil
untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi ini, keprihatinan terpengaruhnya
fahaman Idealogi zalim dan radikal ini bukan hanya terbatas kepada golongan
belia sahaja, malahan golongan dewasa juga dapat terpengaruh dengan idealogi
ini, cuma kesannya lebih ketara terhadap golongan muda kerana kecendungan
mereka kepada perkembangan teknologi internet dan sikap mereka yang lebih berani
mengambil risiko dalam melakukan tindakan yang bersifat radikal.
Penerapan
nilai-nilai yang ingin diterapkan bukanlah suatu perkara yang boleh dilakukan
ibarat “cut and paste” iaitu seperti mencontohi sesebuah Negara atau
masyarakat tertentu dengan bentuk atau acuan yang diinginkan, lalu menerapkan
contoh tersebut kepada masyarakatnya, perkara ini tidaklah semudah itu dan jika
ini dilakukan sudah pasti akan mewujudkan masyarakat yang bersifat superfisial
yang kelihatan indah dipermukaan saja, tetapi tidak memcerminkan Islam yang
murni dalam penghayatannya, kerana apajua bentuk perubahan khususnya
perkara-perkara yang bersifat idealogi yang berkait rapat dengan keyakinan
diri, atau fahaman yang mencorak pola pemikiran manusia, perubahan ini hanya
dapat dilakukan dari dalam atau oleh masyarakat itu sendiri, sepertimana yang
ditegaskan oleh Allah swt dalam firmanNya di surah Ar Ra’d ayat 11 yang
berbunyi:
"إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم"
Yang bermaksud: “Sesunggunya
Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang
ada pada diri mereka sendiri”
[1] Shahih Bukhary : Bab Qishah atau Balasan Orang Zalim , hadis 2350
[2] Shahih Bukhary Bab melakukan Kezaliman hadis no. 2357
[3] Shahih Bukhary Bab
berhati-hati dan takut dari doanya orang yang dianiaya, hadis no. 2358
[4] Surah Ali Imran ayat 110
[5] Shahih Bukhary Bab memberi pertolongan kepada saudara yang zalim
dan yang dizalimi, hadis no.2353
[6] Shahih Bukhary, hadis no. 2354
[7] http://www.answers.com/topic/radicalism
[8] Idealogi Zalim: Faktor-faktor sifat kezaliman.
[9] http://www.unh.edu/ccrc/survey_internet_mental_health.html
[10] http://www.pewinternet.org/pdfs/PIP_Future_of_Internet.pdf
[11] http://www.ntu.edu.sg/sci/research/pdf/2000StudentDetailedFindings.pdf
[12] http://www.netaddiction.com/articles/personality_correlates.pdf
[13] http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,97990,00.html
: Abdul Basheer: Dari Radikal Sosial Ke radikal Agama, 12 Jun 2007
[14] http://www.pvtr.org/pdf/commentaries/RSIS0852007.pdf
: India
in the face of global Jihad
[15] http://id.wikipedia.org/wiki/Psikologi,
pengertian psikologi
[16] surah
Hud ayat 113
[17] Al Quran dan Terjemahnya surah Huud ayat 113, nomor pengertian 740.
[18] Fighting Terrorism compiled by Abdul Halim bin Kader : Men on a
mission, Battling JI belief, spreading truth, by Zakir Hussain, quoting : Love
For Nation
[19] http://www.todayonline.com/articles/207460print.asp
[20] http://www.ntu.edu.sg/rsis/publications/conference_reports/ProgressIslamConference06.pdf
[21] http://www.darulmakmur.org/articles,nota.pdf, http://www.perdaus.org.sg/mgosh/data/ET/Overview-Pergas-Perdaus_.pdf,
http://www.i-andalus.com/artikel/Kertas
Kerja Wacana.pdf, http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,102329,00.html
pelan pendidikan Muis.
[22] Al Baqarah ayat 143
[23] http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme,http://www.i-andalus.com/artikel/Kertas
Kerja Wacana.pdf
No comments:
Post a Comment