Hukum
Melantik Hakim Wanita
Pendahuluan
Tujuan dan matlamat kertas kerja ini disiapkan adalah untuk
mengetahui dan mengumpulkan pendapat-pendapat di kalangan para alim ulama’
berhubung perlantikan wanita sebagai hakim atau melaksanakan tanggong jawab sebagai
seorang hakim, apakah hukumnya di kalangan para mazahib dalam masalah ini?,
apakah sebab atau punca permasalahannya, dan apakah hujjah-hujjah mereka dalam
perbezaan pendapat ini?.
Dalam pembahasan ini juga akan diterangkan segala pandangan setiap
pendapat ulama’ dengan berpandukan dalil dan hujjah-hujjah mereka, begitu juga segala
pendapat, dalil dan hujjah-hujjah mereka ini akan dibahaskan dengan pandangan
dan pendapat yang berbeza, ini bertujuan agar segala perbezaan pendapat ini
dapat dilihat dari segenap sudut dan dapat difahami sebab musabab perbezaan ini
terjadi.
Pandangan Ulama’:
Jumhur fuqaha dari kalangan Mazhab Malikiyah, Syafiiyah, Hambaliyah
dan kebanyakan Hanafiyah , Syiah Imamiyah dan Syiah Zaidiyah berpendapat tidak
di bolehkan wanita dilantik sebagai Qadhi (Hakim), tidak kira apakah
perlantikannya dalam urusan harta atau Qisas, hudud dan sebagainya. Jika wanita
tersebut dilantik juga maka orang yang melantik adalah berdosa, dan tidak diterima
hukuman yang ditetapkan olehnya walaupun bersesuaian dengan kebenaran, begitu
juga pada perkara-perkara yang dapat diterima kesaksiannya.
Perlu diperjelaskan disini, bahawa Mazhab Hanafiyah juga bersependapat
dengan jumhur ulama’ di dalam menentukan bahawa wanita tidak selayaknya
dilantik sebagai hakim, tetapi terdapat sebagian dari pengarang fiqh Islam yang
condong kepada Mazhab Hanafiyah, mereka berpendapat bahawa boleh dilantik
wanita menjadi hakim di dalam urusan yang membolehkan mereka memberikan
kesaksian di dalamnya, selain masalah hudud dan qisas.
Pada hakikatnya Mazhab Hanafiyah sependapat dengan pendapat jumhur
ulama’ yang tidak membenarkan perlantikan wanita sebagai hakim (qahdi), tetapi
mereka menambah dengan perkataan :
“Jika wanita dilantik menjadi hakim maka hukumnya adalah karahatul
Tahrimiyah (perbuatan yang dibenci hampir keperingkat haram kerana dalil
pengharamannya bersifat hadis ahad sepertimana hadis yang berbunyi : “Lan yaflaha
qaumu walluu amruhum amraat”*- yang bermaksud- “ tidak akan beruntung(berjaya)
sesuatu kaum yang melantik wanita untuk menghakimi urusan mereka”) atau qiyas
bukan Qathei), dan berdosa bagi mereka yang melantiknya, maka hukumnya sah pada
perkara-perkara yang dibenarkan mereka melakukan kesaksian, iaitu selain
masalah hudud dan penumpahan darah.Hukuman yang telah diputuskan dikira sah
kerana bersesuaian dengan nas Al Quran dan Sunah Nabi saw.” Ini merupakan
perkara yang telah disyarahkan oleh fuqaha Hanafiyah sendiri sebagaimana yang
telah dinyatakan oleh Al Ghazi di dalam Tanwirul Absar, beliau berkata: “Dan
wanita itu boleh menjadi hakim dalam perkara-perkara tertentu melainkan masalah
hudud dan qisas walaupun yang melantik telah melakukan perbuatan berdosa”
Begitu juga sebagaimana yang telah dikatakan oleh pengarang Majmuk
Anhar, beliau berkata:
“Dan diperbolehkan wanita menghakimi dalam perkara-perkara yang
membolehkan mereka termasuk dalam golongan yang boleh memberi kesaksian, tetapi
berdosa bagi mereka yang melantiknya sebagaimana hadis* di atas, dalam perkara
selain hukuman had dan hukuman yang berat, ketahuilah tidak berlaku pada
kedua-duanya (had dan hukuman yang berat) kesaksian dari mereka
(wanita-wanita)”
Dan sebagaimana juga yang telah dikatakan oleh Al Kamal ibnu Al
Himam di dalam penolakkannya daripada pendapat dan dalil-dalil yang telah diketengahkan
oleh Jumhur ulama’diatas penafian keputusan yang dibuat oleh hakim wanita
walaupun setelah dilantik, dengan berkata :
“Persoalannya kembali kepada tujuannya apakah manfaat larangan agar
tidak diterima perlantikan mereka dan tidak diperbolehkannya, dan apakah sebab
atau alasan jika dilantik, dan berdosakah bagi yang mengikutinya (melantik),
atau hakim wanita itu menghakimi dua pihak yang bermusuhan dan membuat keputusan
yang bersesuaian dengan hukum Allah, apakah diterima atau tidak keputusan tersebut?
Kerana tidak terdapat dalil yang dapat menolak keputusan yang telah dibuat jika
bersesuaian dengan hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt, kecuali jika
sabit hukum syara’ yang menolak keahliannya, dan tidak terdapat didalam syara’
yang membezakan kelebihan akal lelaki
dan wanita, dan sebagaimana yang dimaklumi perkara ini tidak sampai kepada
penolakan (dilantik sebagai hakim) secara keseluruhannya., sebagaimana yang
dimaklumi kaum wanita dibenarkan kesaksiannya, dan boleh menjadi saksi dalam upacara
perwakafan dan wasiat terhadap anak yatim, dan masalah ini merupakan perbezaan
dalam bentuk penisbahan dan sudut zahiriyah, kemudian ia dinisbahkan kepada
bentuk jenis , maka dalam hal ini dibolehkan kepada seseorang berbeza pendapat
dengannya., perlulah dilihat pandangan mereka yang membenarkan perkataan kami
ini : “Seorang lelaki lebih baik dari seorang wanita, dengan menerima bahawa
sebagian dari para wanita ada yang lebih baik dari sebagian lelaki, oleh sebab
itulah perbezaan yang besar ini telah dinisbahkan oleh Nabi saw kepada orang
yang melantik mereka (para wanita) akan kehilangan kemenangan, maka hadis ini bertentangan dengan perkara perlantikan
lelaki dan wanita sebagai hakim dan memang wanita mempunyai kekurangan dalm
hal-hal yang tertentu, ini adalah benar, tetapi perkataan yang menyatakan jika
dilantik juga dan membuat keputusan yang hak, mengapa perlu di batalkan hak
atau kebenaran itu?
Mudah-mudahan sebab di dalam kesilapan (perbezaan) yang berlaku di
kalangan para fuqaha mazhab Hanafi dari kalangan para penulis dan muhaddisin (ahli
hadis) adalah kerana rujukan sebahagian besar daripada nas-nas yang dahulu yang
bersumber dari kitab-kitab Hanafi itu sendiri dan kitab-kitab yang lain, jika
difahami dari zahir ibaratnya, bahawa
seorang wanita dibolehkan untuk dilantik sebagai hakim selain menghakimi
masalah hudud, penumpahan darah, sepertimana yang telah dikatakan oleh Al
Kaasaani salah seorang ulama’ besar Hanafi di dalam kitabnya yang masyhur : “Bidaa
ie’ Ash Shanaa ie’” Perkara-perkara baru yang dibuat-buat, beliau berkata :
“Dan adapun jantina itu bukanlah syarat yang membolehkan perlantikan
secara jumlah (keseluruhannya/umum), ini dikeranakan seorang wanita adalah dari
kalangan ahli yang boleh memberikan kesaksian secara keseluruhannya, kecuali
mereka tidak dapat menghukum di dalam hal hudud dan qisas, ini dikeranakan
mereka tidak tergolong dalam kesaksian di dalamnya, dan keahlian hakim
tergantung kepada keahlian syahadah (kesaksian)”
Dan mudah-mudahan maksud dari perkataan Al Kaasaani ini: “Dan
adapun jantina itu bukanlah syarat yang membolehkan perlantikan secara jumlah (keseluruhannya),”
bermaksud : Sesungguhnya jantina itu bukanlah syarat di dalam setiap perkara
yang berhubung dengan masalah keputusan hukum dari seorang wanita, ketahuilah
sesungguhnya kewanitaan itu tidak disyaratkan di dalam menentukan kebenaran
hukumannya di dalam perkara-perkara yang membolehkannya untuk menjadi saksi,
dan ini merupakan pendapat Hanafi dan Jumhur ulama’selain Qisas dan Hudud, maka
jika seorang wanita itu membuat hukum pada perkara yang membolehkannya untuk
bersyahadah, maka hukumannya dibenarkan oleh Mazhab Hanafi, dengan berdosa kepada
siapa yang melantik mereka.
Dilihat dari ibara’ (contoh/sebab) permasalahan ini dikalangan
pendapat-pendapat Ulama’, ia termasuk dalam ibara’ permasalahan secara umum,
sebagaimana yang telah dikatakan oleh para ulama’ di dalam menbincangkan
masalah perbuatan yang dilakukan oleh anak yang kecil (mumaiyiz) tetapi telah
dapat membezakan baik buruk perbuatan nya itu. Para
ulama’ telah berpendapat perbuatannya itu dibolehkan secara umum, yang dimaksudkan
adalah diperbolehkan dalam hal-hal atau waktu-waktu yang tertentu sahaja, oleh
kerana itu perbuatan anak kecil yang telah dapat membezakan baik dan buruk ini
dapat dibahagi kepada 3 bahagian:
Pertama: Bahawa perbuatannya itu
bermanfaat secara keseluruhannya (umumnya) bagi anak tersebut, perkara ini
dibolehkan walaupun jika bertentangan dengan pendapat bapanya seperti belajar
memburu, menerima hadiah, menerima wasiat, kerana semuanya ini bermanfaat
kepada anak itu secara keseluruhannya.
Kedua: Bahawa perbuatannya itu memudaratkan
dan mudaratnya tertimpa terhadap anak tersebut, dalam hal ini tidak dibenarkan
walaupun dizinkan oleh walinya, seperti Talak, atau dia memberikan hadiah wang
kepada seseorang, atau bersedekah atau meminjamkan sesuatu kepada seseorang,
atau mewakilkan orang yang berhutang kepada yang lain, maka perbuatan-perbuatan
ini dan contoh-contohnya tidak diperbolehkan walaupun ia dibenarkan oleh
walinya, kerana ini merupakan perbuatan
yang menyampaikan kemudaratan kepada anak itu.
Ketiga: Bahawa perbuatannya itu di
antara manfaat dan mudarat, yaitu setiap perbuatan yang membawa kepada
kemanfaatan kepada anak itu dan pada waktu yang sama membawa kepada kerugiannya,
maka perkara ini dibenarkan dengan syarat ia mendapat persetujuan dari walinya
ketika melakukan perbuatan tersebut, seperti jual beli, menyewa, berkahwin,
bercucuk tanam, dan memberi-beri air dan segala bentuk musyarakah dan
sepertinya.
Jika para ulama’ berpendapat perbuatan seorang budak kecil
dibenarkan pada suatu jumlah (perkara), maka sesungguhnya mereka bermaksud
kepada bahagian yang halal yang diperbolehkan, itulah yang diharapkan maksud
yang ingin dikatakan oleh Al Kasaani diawal tadi dan inilah pandangan kami.
Tetapi pandangan Al Kaasaani dalam bentuk ungkapannya memberikan
pengertian secara zahirnya bahawa seorang wanita dibolehkan untuk dilantik
sebagai qahdi (hakim) selain perkara yang berhubung dengan hudud dan penumpahan
darah, khusus sekali apabila Al Kaasaani berkata: “Maka jantina itu bukan
syarat diperbolehkan perlantikan”. Tetapi jikalau dia berkata: “Maka jantina
itu bukan syarat perlantikan seorang wanita sebagai hakim secara jumlah
(keseluruhan)”, maka akan lebih dekatlah pandangan ini kepada Mazhab
Hanafi, dan jika dikembalikan pembacaannya ini dalam kitab-kitab mazhab Hanafi,
kita akan dapati sebahagian daripada ibarat atau hujjah-hujjah mereka membawa
kepada pengertian secara zahirnya, iaitu diperbolehkan perlantikan seorang
wanita sebagai hakim dalam segala hal kecuali dalam perkara hudud dan qisas
Al Murghinaani pula telah berkata : “ Dan diterima keputusan
seorang wanita di dalam segala hal kecuali Hudud dan Qisas” , perkataan ini
membawa maksud seolah-olah Al Murghinaani berkata : “Dan diterima keputusan
seorang wanita….” Tetapi tidak menjelaskan maksud perkataannya, seperti
contoh : “Dan diterima perlantikan seorang wanita sebagai hakim, atau
dibolehkan perlantikan wanita sebagai hakim” ini dikernakan perkataannya seumpama
ini bersesuaian dengan keadaan semasa dan juga pandangan dari Mazhab Hanafi
yang tidak mengizinkan perlantikan wanita sebagai hakim tetapi jika dilantik
juga maka keputusan hukumnya itu diterima, iaitu hukuman yang telah
diputuskannya selain perkara qisas dan
hudud, dan berdosa bagi orang yang melantiknya, kami (penulis)
berpendapat: apa yang ingin diertikan
oleh Al Murghinaani dalam hal ini adalah pengertiannya secara zahir yang
memberikan pandangan bahawa Mazhab Hanafi membolehkan perlantikan wanita
sebagai hakim selain perkara hudud dan qisas, dan tidak dapat dinafikan sesuatu
pengertian dengan contoh yang tiada terkandung di dalamnya pendapat yang kurang
jelas adalah lebih baik daripada suatu pengertian dengan contoh pandangan yang
kurang jelas yang memerlukan keperincian dan penyelidikan kepada maksud
pendapat tersebut.
Telah berkata Kamal Ibnu Al Hamaam di dalam syarah Fathu Qadir:
“Dan jantina itu bukanlah satu syarat kecuali dalam menghukum
perkara dalam urusan Hudud dan Qisas, maka dibolehkan seorang wanita membuat
keputusan dalam setiap urusan kecuali dua perkara tersebut”.
Apa yang ingin dikatakan oleh Kamal Ibnu Al Hamaam dalam hal ini adalah bahawasanya kejantinaan itu
bukan lah satu syarat dalam mengesahkan keputusan hukum kecuali dalam ketetapan
hukum Hudud dan penumpahan darah, dan Ibnu Hamaam tidak bermaksud mengatakan bahawa
kejantinaan itu bukan satu syarat dalam perlantikan (seorang wanita) sebagai
hakim kecuali dalam hal Hudud dan penumpahan darah, dan beliau sendiri telah
mensyarahkan dalam hal ini semasa membincangkan pendapat dalil yang mengatakan
tidak diterima keputusan hakim wanita walaupun beliau telah dilantik, walaupun
keputusan hukum yang dibuat selain hukuman hudud dan qisas, sepertimana yang
telah dikatakannya disini dan sepertimana yang telah kami nukilkan sebelumnya: “Dan
jawapannya adalah tujuan dan maksud larangan perlantikannya dan sebab tidak
dibenarkannya, dan perkataan yang mengatakan jika dilantik juga maka berdosalah
orang yang melantiknya itu, begitu juga, atau wanita tersebut membuat keputusan
hukum diantara dua pihak yang bertelagah, lalu dia membuat keputusan yang mana
keputusan hukum yang dibuatnya bersesuaian dengan agama Allah, apakah diteriam
hukumannya atau tidak? Tiada terdapat dalil yang menidakkan jika keputusannya
itu bersesuaian dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah……(sehingga akhir
syarahnya dalam kitab fathul Qadir).
Tetapi pandangan Ibnu Hamaam tidak jelas, kerana Mazhab Hanafi
membenarkan perlantikan seorang hakim wanita selain perkara hudud dan qisas
sepertimana pandangan Al Murghinaani, walaupun pada hakikatnya Ibnu Hamaam
ingin mengertikannya dengan ketentuan hukum dan bukan perlantikan.
Jika kita berpindah kepada sandaran-sandaran yang lain selain sandaran Mazhab Hanafi, kita akan dapati
contoh yang lain seperti Marwaadi salah seorang ahli fiqh yang termasyhur dalam
Mazhab Syafie, berkata dalam kitabnya; Al Ahkamul Sultaaniyah : “Dan telah
berkata Abu Hanifa: Dibolehkan bagi seorang wanita membuat hukum dalam perkara
yang membolehkannya membuat syahadah, dan tidak dibolehkannya membuat hukum
dalam perkara yang tidak dibolehkannya bersyahadah”. Pandangan kami
(pengarang) dalam contoh yang dikatakan ini samalah dengan pandangan kami dalam
hal yang sebelumnya, iaitu pendapat yang telah diberikan oleh Al Murghinaani,
dan Kamal Ibnu Al Hamaam dan apa yang telah dikatakan oleh Marwaadi – dengan
pandangan yang kuat- kalimat ini “seorang wanita membuat hukum” (wanita
itu menghukumkan) membawa maksud kepada “Hukuman yang dibuat oleh wanita tersebut”
dan bukan “Perlantikan wanita itu sebagai hakim”.
Dan kami (Pengarang) mendapati juga Al Hafiz ibnu Hajar Al Asqalani
telah berkata di dalam bukunya yang luas “Fathul Baari” : “Para
ulama’ telah bersepakat bahawa jantina itu sebagai syarat perlantikan Hakim,
kecuali Mazhab Hanafi, dan mengecualikan hudud, dan menyamakannya juga Ibnu
Jarir”. Sepertimana pendapat kami yang sebelumnya boleh dilihat perkataan
Ibnu Jarir ini, dengan pertambahan bahawasanya Mazhab Hanafi tidak
mengecualikan hudud sahaja, tetapi juga mengecualikan hudud dan qisas, kecuali
jika memang ingin dimaksudkan hanya perkara hudud sahaja tanpa qisas dalam
bahagian yang dibenarkan.
Kami dapati Ibnu Rusyd yang jujur dalam kitabnya : Bidayatul
Mujtahid, telah berkata : “Dan begitu juga para ulama telah berselisih
pendapat dalam mensyaratkan jantina, maka telah berkata Jumhur ulama’: Ia
adalah syarat dalam mengesahkan hukum, dan telah berkata Abu Hanifa :
Dibenarkan wanita menjadi hakim dalam urusan harta”. Tidak diterima
pendapat Ibnu Rusyh ini sepertimana yang telah kami tegaskan bersama
pendapat-pendapat yang terdahulu kecuali jika maksud Ibu Rusyh ini adalah: “Dan
ia adalah syarat dalam mengesahi hukum”, ia adalah syarat dalam mengesahkan
apa yang telah wanita itu putuskan dan bukan bermaksud perlantikan wanita
sebagai hakim, tetapi mungkin boleh diambil pendapatnya Ibnu Rusyh ini dengan membawa maksud: “Ia adalah
syarat dalam mengesahkan hukum, iaitu dengan membawa maksud hukum
keputusan dan bukan perlantikan dirinya sebagai hakim, tetapi dengan
cara ini pendapatnya menjadi tidak jelas kerana Mazhab Hanafi membenarkan
perlantikan wanita dalam menbuat keputusan di dalam perkara berhubung harta.
Dan jika dilihat juga akan pendapat Ibnu Rusyh ini, bahawa ia telah
tersilap dalam menyampaikan pendapat dari Mazhab Hanafi dalam hal mengurangkan
kebenaran wanita membuat hukum hanya di dalam harta sahaja, padahal mereka
(Mazhab Hanafi) berkata dibenarkan keputusan hukumnya bersamaan dengan berdosa
orang yang melantiknya kecuali dalam perkara yang berhubung Hudud dan Qisas,
maka tidak disahkan keputusannya jika dilantik, bersamaan dengan berdosa yang
mengurangi dalam perkara harta..
Yang lebih jelas apa yang telah disyarahkan disini, bahawasanya Abu
Hanifah berpendapat boleh dilantik wanita sebagai hakim, perkataan Baajii
pengarang kitab Al Muntaqii, syarah kita Muwatha’ Imam Malik: “Dan telah
berkata Abu Hanifah dibolehkan wanita dilantik menjadi hakim dalam urusan harta
kecuali qisas"
Begitu juga Ash Shun’eani telah berkata di dalam kitabnya “Subulus
Salam” beliau berkata : “Dan telah berpendapat Abu Hanifa untuk
membolehkan perlantikan wanita sebagai hakim kecuali masalah hudud”, contoh
yang diberikan oleh Ash Shun’eani ini begitu jelas dan terang menyatakan bahawa
jantina itu bukanlah satu syarat bagi Mahzab Hanafi dalam perlantikan seorang
wanita sebagai hakim, dan pendapat ini adalah salah, ini dikernakan Maazhab
Hanafi tidak mengatakan sedemikian, iaitu dengan menbenarkan wanita dilantik
sebagai hakim, bukan dalam perkara hudud dan yang selainnya, dan Ibnu Hazmi
telah berkata di dalam kitabnya “Al Mahalli” beliau berkata : “Dan
dibolehkan perlantikan seorang wanita sebagai penegak hukum, ini adalah
perkataan Hanifah” ini juga adalah pendapat yang salah dari Ibnu Hazmi
dalam meriwayatkan pendapat Mazhab Abu Hanifa.
Maka pendapat-pendapat ini dan contoh-contohnya membawa kepada
kesimpulan bahawa Mazhab Hanafi berpendapat diperbolehkan seorang wanita
dilantik sebagai hakim dalam perkara-perkara yang dibenarkannya untuk mereka bersaksi
dalam perkara tersebut, tetapi kami mendapati Al Ghazi dan Kamal Ibnu Hamaami –
sepertimana yang telah kami terangkan- mereka telah menjelaskan pandangan Mazhab
Hanafi sama seperti pandangan kami.
Dan boleh juga dikatakan bahawa sebagian dari kalangan ulama Mazhab
Hanafi memberikan tumpuan pada sebagian perkara dalam menerangkan pendapat
Mazhab mereka, ini dkernakan mereka memberikan pandangan dan contoh (dalil)
dari kitab-kitab mereka dengan contoh-contoh yang jelas mengikut pandangan Mazhab
mereka, tiada kesamaran dalam maknanya tetapi ia mempunyai kesamaran bagi
Mazhab yang lain.
Begitu juga kemungkinan apa yang dikatakan oleh Al Ghazi dan Ibnu Al
Hamaam dan yang lain dari kalangan Mazhab Hanafi yang menerangkan bahawa tidak
dibenarkan perlantikan wanita sebagai Hakim itu bertentangan dengan pandangan
mazhab Hanafi sepertimana yang dikatakan oleh sebagian Ulama’ yang menperbolehkan
perlantikan seorang wanita sebagai hakim dalam perkara-perkara yang mana
dibolehkannya menjadi saksi, iaitu selain perkara Qisas dan Hudud, dengan ini
pendapat yang diketengahkan oleh Ibnu Hamaam dan Al Ghazi dan sahabat penulis
kitab Mujma’e An Har dan yang lain mempunyai pandangan yang khusus dari
kalangan Mazhab Fiqh dari kalangan Imam Mazhab atau Imam-imam besar dari
kalangan Mazhab dari generasi yang pertama, kami rasakan kemungkinan perkara
ini boleh berlaku tetapi menolaknya, kerana sepertimana yang diketahui jika
berlaku khilaf dikalangan ulama Mazhab Fiqh yang tertentu berhubung perkataan
Imam Mazhab nya, mereka akan menerangkan perkataan Iman nya dahulu, kemudian
menerangkan bahawa mereka mempunyai pandangan yang berbeza dengan pandangan
Imam mereka, maka jika tidak diterangkan dengan cara yang seumpama ini maka
sahibul Mujma’eu Anhar dan Al Kamal Ibnu Hamaam sahibu Syarhu Fathul
Qadir dan Al Ghazi sahibu Tanwir Al Absar telah melakukan kesilapan,
dan pandangan ini terkeluar dari pandangan Mazhab Fiqh dari ulama-ulama dahulu
dalam mazhab Hanafi, kami berpendapat mereka hanya menyangka bahawa pendapat
yang mereka gunakan benar-benar datang dari Mazhab Hanafi sahaja.
Qadar persamaan pandangan
Ulama’ Mazhab Hanafi dalam perlantikan seorang wanita sebagai hakim dan
pandangan mereka dalam akibat menolaknya
Larangan-larangan yang telah ditetapkan di dalam nas-nas hukum
syara’ dalam Kitab Al Quran, atau dari lisan Rasulullah saw menunjukkan di atas
pengharaman perbuatan tersebut sebagaimana pendapat Jumhur Ulama’, kecuali jika
terdapat qarinah (alasan/sebab) yang menunjukkan larangan dari perbuatan haram
itu hanya bersifat dibenci saja perbuatannya itu, dengan ini jika seseorang
melakukan perbuatan yang dilarang oleh syara’ maka dia berdosa, dan dia wajib
dihukum di akherat nanti.
Dan bukanlah kesan di akherat menjadi sebab larangan ini dan ia
bukan hanya satu-satunya penyebab sahaja, kerana terdapat banyak akibat
keduniaan juga dalam hal perbuatan yang dilarang darinya baik dalam hal ibadat
mahupun muamalat.
Maka apakah pendapat Mazhab Hanafi dalam hal ini? Dan apakah
pendapat mereka dalam akibat larangan ini dalam perbuatan yang dilarang darinya
bersamaan dengan pendapat perlantikan seorang wanita sebagai Hakim?
Kami berpendapat – sepertimana pendapat sebahagian pembahas yang
lain – bahawa pendapat Mazhab Hanafi dalam perlantikan seorang wanita sebagai
hakim tidak sama dengan kedudukan mereka dalam qaidah Usul dalam hal larangan
dan perlantikan.
Agar dapat memahami Mazhad Hanafi dalam masalah ini, adalah lebih
baik jika diterangkan bahawa para Ulama’ telah menbahagikan perbuatan yang
dilarang syara’ kepada dua bahagian:
Bahagian pertama : Perintah-perintah,
yang dimaksudkannya disini adalah: Apa yang telah diperintahkan oleh syara’
disebabkan hikmahnya, seperti Solat , puasa dan perniagaan.
Bahagian kedua: Larangan-larangan, iaitu
apa yang berlawanan dengannya (syariah), seperti perbuatan zina, dan membunuh,
dan meminum arak.
Adapun sifat larangan ini, Mazhab Hanafi dan Syafie mempunyai pendapat
yang sama iaitu jika larangan ini membawa natijahnya kepada kerosakan dan jika
larangannya tersebut adalah larangan yang secara mutlak, atau terdapat dalil
bahawa larangan itu membawa pada perbuatan yang dilarang, seperti perbuatan
zalim, maka jika seseorang melakukan kezaliman pada orang lain dengan kekuasaan
yang dimilikinya, maka tidak sabit baginya kekuasaan bagi perlantikan orang
yang zalim, atau terdapat dalil tehadap larangan tersebut yang bersifat
kebiasaan pada larangan tersebut, seperti perbuatan zina, maka sesungguhnya ia
tidak dapat mensabitkan baginya nasab. Dan jika dilihat dalam bahagian ini
pergertian rosak dan batal adalah sama. Berhubung dengan perintah pula maka
Mazhab Syafie seperti juga Mazhab mereka dalam perkara larangan, iaitu larangan
ini membawa maksud sesuatu kerosakan yang membawa kepada larangannya.
Bagi Mazhab Hanafi pula mereka mempunyai pendapat yang membezakan
diantara bathil dan rosak, sepertimana contoh di bawah ini:
Pertama: Jika terdapat dalil yang melarang
akan sesuatu perbuatan, maka akan hilanglah salah satu dari syarat-syarat atau
rukun-rukun nya, iaitu sesuatu larangan itu pada asalnya bersifat larangan terhadap zatnya dan
hakikatnya, ini dikernakan syara’ pada asalnya mengandungi syarat-syarat dan
rukun-rukun, maka larangan dalam hal ini membawa kepada pengertian bathil,
dengan maksud tiada ketertiban iaitu akibat dari perbuatan yang dilarang tersebut,
dan dalam hal ini dikatakan perbuatan yang dilarang itu tidak disyara’kan
keasliannya dan sifatnya, contoh dari perkara ini: Larangan terhadap solat
tanpa berwudu’, atau tanpa takbiratul Ihram, dan larangan menjual benih di
dalam kandungan disebabkan tidak terdapat di dalam rukun-rukun jual beli iaitu
barang yang ingin dibeli, kemungkinan pula perut yang kembung itu disebabkan
masuk angin, dan penjualan arak dan khinzir.
Kedua: Jika terdapat dalil yang
menunjukkan larangan sesuatu perbuatan itu disebabkan oleh sifat kebiasaan
terhadap larangan tersebut bukan kerana keasliannya, maka larangan seumpama ini
tidak tergolong dalam kategori bathil, yang membawa maksud tiada ketertiban
dari akibatnya, tetapi tersusun dalam kategori yang mempunyai akibatnya kerana
asalnya adalah sah, dan pengertian larangan disini membawa pengharaman secara
mutlak, dan membawa kepada kerosakkan, yang bererti pembatalan di dalam perkara
muamalah kerana rosaknya sifat, maka ia bermaksud ketika itu: Larangan syara’
dalam hal ini adalah larangan yang bersifat Aslinya bukan Sifatnya. Contoh dari
perkara ini seperti berpuasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa, seperti
pada dua hari raya dan hari-hari tasyriq yang tiga, maka larangan dari puasa
pada hari-hari itu bukanlah larangan pada zat puasa itu sendiri, ini dikernakan
puasa itu merupakan ibadat, maka tidak boleh ditetapkan suatu larangan pada zat
perkara tersebut, tetapi yang dilarang adalah berpuasa pada hari-hari tersebut,
ini dikernakan berpuasa pada hari-hari tersebut seolah-olah menolak Allah swt
sebagai tertamu. Setiap insan menyedari sepertimana yang telah dikatakan oleh
para alim ulama’- hari-hari tersebut adalah hari-hari tetamu bagi Allah swt,
maka tidak dibenarkan bagi mereka berpuasa. Maka ibadat tersebut diterima dengan
menanggong dosa dalam sesuatu perkara, dan juga melakukan perbuatan riba fadli,
seperti jual beli dinar dengan dinar, larangannya ini bukan kerana zat jual
beli tersebut, tetapi kerana terdapat pertambahan, dan pertambahan ini bukan
kerana aqad jual beli dan bukan sebagian darinya seperti sifatnya yang biasa, maka
ditetapkan pemiliknya dan dibatalkan jual beli tersebut.
Ketiga: Jika terdapat dalil yang
menunjukkan larangan terhadap perbuatan itu kerana terdapat sifat qarinahnya
(punca/sebab larangan tersebut), sehingga membuatnya tidak menjadi sebagai
kelaziman, maka larangan ini tidak membawa kepada bathil atau rosak, ini
dikernakan hakikat yang menjadikan perbuatan itu terlarang adalah disebabkan
oleh sesuatu perkara yang lain (perkara luaran), iaitu sifat qarinah yang
terdapat padanya, maka ini yang membawa perbuatan tersebut sebagai perbuatan
Karahatul Tahrim (perbuatan yang dibenci yang diharamkan ). Contoh dari perkara
ini seperti melarang solat di tanah yang dirampas, larangan disini adalah
tempat solat tersebut adalah milik orang lain yang digunakan tanpa kebenaran
(hak), maka perkara ini adalah suatu muqaranah (perbandingan) yang bukan suatu
perkara biasa., dan begitu juga dengan larangan daripada jual beli pada waktu
azan dikumandangkan pada hari jumaat, kerana Allah swt telah berfirman di surah
Jumaat ayat 9 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman jika
dikumandangkan azan untuk solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah engkau
untuk mengingati Allah swt dan tinggalkanlah jual beli”
Maka larangan daripada jualbeli pada waktu azan berkumandang untuk
solat jumaat tidak kembali kepada larangan zat (perbuatan) jual beli tersebut
dan tidak kepada sifat dari sifat-sifat jual beli, tetapi ia kembali kepada
perkara yang diluar perbuatan jual beli, iaitu menyibukkan diri dengan urusan
jualbeli daripada melaksanakan kewajipan yang sepatutnya iaitu solat jumaat.
Begitu juga larangan mendatangi isteri semasa datang bulan
sepertimana firman Allah swt surah Al Baqarah ayat 222 yang bermaksud: “Mereka
bertanya kepada kamu berkenaan dengan haid, katakanlah kepada mereka, ia adalah
penyakit maka hendaklah mereka tinggalkan isteri mereka sewaktu haid dan
janganlah kamu dekati mereka sehinggalah mereka suci”
Maka larangan disini bukanlah disebabkan hubungan jenis, kerana
hubungan jenis dengan isteri adalah halal, tetapi larangan disini disebabkan
oleh apa yang dapat menghampirkan dirinya dengan penyakit, maka jika berlaku
hubungan jenis dengan isterinya ketika haid maka dia telah berdosa, kerana dia
telah melakukan sesuatu perkara yang diharamkan, tetapi perkara ini tidak
melarang ketertiban hubungan jenis pada hukum-hukum hubungan jenis yang telah
disyara’kan., dari mensabitkan nasab, dan menghalalkan kepada suaminya yang
pertama yang telah menceraikannya dengan talak tiga, dan penyempurnaan mahar
kerana beliau (isteri) telah disatu olehnya, dan tetap pada pengharaman
keluarga (perkahwinan) dan iddah dan sebagainya.
Maka dengan ini teranglah pendapat Mazhab Hanafi dalam masalah
larangan dan perlantikan, persoalannya sekarang ini : Larangan daripada
perlantikan seorang wanita sebagai hakim dari sudut manakah diterimanya?
Yang jelas perlantikan sebagai hakim memang dituntut oleh syara’,
maka jika terdapat nas daripada syara’ yang melarang perlantikan seorang wanita
sebagai hakim sebagaimana hadis yang digunakan para alim ulama’ : “Sekali-kali
tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum
yang menjadikan seorang wanita dalam urusan mereka” – sepertimana
akan kami terangkan setelah ini – maka masalah ini termasok dalam bentuk
larangan yang secara perintah dan bukan larangan , oleh itu tidak sah
menyamakannya dengan hubungan jenis dengan isteri sewaktu datang bulan, kerana
larangan dalam perlantikan seorang wanita sebagai hakim dalam perkara ini adalah
disebabkan dari sifat wanita tersebut yang tidak dapat dipisahkan darinya,
seperti sifat kurangnya pemikiran dan agamanya dan yang seumpamanya, tetapi jika ia disebabkan
oleh perkara yang lain atau terdapat perkara yang bertentangan dengannya
seperti contoh sifat lemah lembut dan kasih sayang yang terdapat pada diri
seorang wanita atau kelemahan tubuh badannya dibandingkan dengan seorang lelaki
disebabkan oleh perkara yang berlaku terhadap diri wanita itu dalam hal perjalanan
bulan dan tahun menghadapi haid, kandungan, kelahiran, nifas dan penyusuan.
Perlantikan wanita sebagai seorang hakim adalah satu perjanjian,
maka dapatlah terlintas dalam pemikiran kita contoh seperti jual beli dengan
cara Riba Fadl seperti jual beli wang dengan wang dan seperempat, jual beli
seumpama ini jika telah berlaku, maka dikira diterima dengan mengharamkan
perbuatannya dan wajib bagi kedua belah pihak menbatalkan perjanjian tersebut,
maka inilah pendapat Mazhab Hanafi dengan perpandukan qaidah usuliyah mereka,
mereka berpendapat hukum ini (jual beli Riba Fadl) sama seperti perlantikan
seorang wanita sebagai hakim selain masalah Hudud dan Qisas, tetapi mereka
tidak pernah melakukan dan belum pernah mewajibkan pengasingan seorang wanita
jika dilantik sebagai hakim selain perkara Hudud dan Qisas, dan mereka
memendekkan perkataan perlantikan ini dengan menambah, berdosa bagi orang yang
melantiknya dan mengesahkan perlantikan tersebut. Maka dengan ini Mazhab Hanafi
bersependapat melarang perlantikan wanita sebagai Hakim dengan menerima
larangan sesuatu perkara itu disebabkan oleh sifat qarinah yang memisahkannya
dari sifatnya yang biasa(lazim), iaitu mereka berpendapat perkara tersebut
tidak menjadikan ia batal ataupun rosak, sepertimana yang telah dihuraikan
diawal tadi.
Masalah ini serupalah dengan perkara kehakiman, yang dikehendaki
adalah dosa ditimpakan keatas orang yang melantik seorang wanita sebagai hakim
yang menjadikan perbuatan itu Karahatul Tahrim (paling dibenci) dan bukan
pengharaman pada perbuatan tersebut.
Ahli-ahli pemikir sekarang ini berpendapat sebahagian dari para
ulama’ yang bukan dari mazhab Hanafi telah tersilap dalam memahami
hujjah-hujjah dari Mazhab hanafi, ini dikernakan jika Al Murghinaani berkata : “
Dan dibolehkan keputusan yang dibuat oleh seorang wanita dalam setiap perkara
kecuali dalam masalah Hudu dan Qisas, atau yang telah dikatakan oleh Al
Kamal Ibnu Hamaam: “Dan adapun Jantina itu maka ia bukanlah suatu syarat
kecuali dalam menentukan hukum Hudud dan Penumpahan darah, maka dibolehkan
seorang wanita membuat keputusan dalam setiap perkara kecuali dua perkara
tersebut”. Maka perkataan-perkataan ini bukan lah bermaksud perlantikan dan
kepimpinan, ini dikernakan perlantikan adalah perbuatan peminpin, dan menghukum
adalah perbuatan seorang hakim, perkataan mereka ini tidak menunjukkan maksud
diantara satu dengan yang lain kerana terdapat perbezaannya, begitu juga tidak
semestinya membenarkan seorang wanita membuat hukum dan menerima hukuman yang
dibuatnya membawa maksud membolehkan perlantikan seorang wanita kerana perlantikan
seorang wanita sebagai hakim memang tidak dibenarkan keatasnya maka dilihat
dari sudut ini maka perlantikannya dalam membuat keputusan hukum dibenarkan.
Inilah dasar usul Mazhab Hanafi dan kedudukan mereka di dalam
masalah larangan dan keputusan hukum, maka mereka berpendapat bahawa larangan
terhadap sesuatu perkara jika bukan disebabkan pada zatnya (benda yang
dilarang) tetapi disebabkan oleh sifat yang menghampiri (terlekat) padanya maka
ia menjadi perkara yang berfaedah yang di syariatkan dengan perbuatannya
menjadi Karahatul Tahrim, iaitu jika seorang Mukallaf (yang mempunyai tanggong
jawab) melakukan sesuatu perkara yang dilarang olehnya, maka perbuatannya itu
dianggap benar mengikut susunan hukum-hukum syara’ tetapi dia telah berdosa,
seperti contoh terdapat nas yang melarang seorang suami mengadakan hubungan
jenis dengan isterinya semasa haid, larangan disini bukanlah larangan hubungan
jenis, kerana hubungan jenis diantara suami dan isteri adalah halal, tetapi
yang dilarang disini adalah sebab yang membawanya(mendekatkannya) kepada
perkara yang berpenyakit, dari itu jika berlaku hubungan jenis dengan isterinya
yang sedang haid maka perbuatan suami itu adalah berdosa kerana dia telah
melakukan perbuatan yang diharamkan, tetapi ini tidak menghalang susunan
hubungan jenis ini dalam setiap hukum-hukum hubungan jenis yang telah
ditetapkan syara’ dari perkara nasab, menghalalkan nya bernikah dengan suaminya
yang pertama (jika dia telah bercerai dengan suami yang kedua) yang telah
menceraikannya dengan talak tiga, dan dalam hal menyempurnakan mahr, dan
ketetapan pengharaman yang ada pertalian perkahwinan, perkara iddah dan yang
sebagai dengannya.
Pembahas ini berpandangan bahawa nas larangan perlantikan seorang
wanita sebagai hakim diambil dari sabda nabi saw : “Sekali-kali tidak akan
mencapai kemenangan sesuatu kaum yang
menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka” bagaimanakah
hadis ini diterima, kerana larangan perlantikan seorang wanita dalam membuat
hukum bukanlah larangan kepada membuat hukuman tersebut, kerana membuat hukuman
memang disyariatkan dan dituntut, dan ia merupakan sifat luar yang menghampirinya
dan larangan ini bersifat sangkaan yang memutuskannya (memendekkan
jangkauannya) kepada hukum, disebabkan kekurangannya dalam hal tabie berbanding
lelaki, dan menyamakannya dengan sifat lemah lembut dan keadaannya yang tabie
(biasa) yang perlu dihadapinya setiap bulan dan tahun seperti haid, kelahiran,
penyusuan, semuanya ini memberikan kesan keatasnya dalam membuat keputusan
hukum dan mendapatkan kebenaran.
Maka jika disamakan kaedah yang diketengahkan ini dengan mazhab
Hanafi maka sesungguhnya ia bermaksud, kalau seorang hakim atau naibnya
melantik seorang wanita membuat hukum, maka berdosalah dia kerana melakukan
perbuatan yang tidak diperbolehkannya, tetapi keputusan hukumnya dibolehkan dan
dibenarkan pada semua perkara yang membolehkannya membuat kesaksian, iaitu
selain Hudud dan Qisas, kerana keputusan hukum yang dibuatnya bersesuaian
dengan kebenaran, oleh sebab itu tidak diperlukan pengesahan keputusan hukumnya
dan kebenaran untuk membolehkan dia dilantik dan perlantikannya ini berdiri
(diterima).
Ini merupakan pandangan daripada sebagian para pembahas (pemikir),
tetapi kami berpendapat ia tidak dapat diterima oleh sebab-sebab berikut,
iaitu:
Pertama : Jika kami mengambil contoh
yang dibawa oleh Al Murghinani iaitu : “Dan dibolehkan keputusan hukum
seorang wanita dalam segala hal kecuali perkara Hudud dan Qisas” dan contoh
yang dikatakan oleh Kamal Ibnu Al Hamaam, iaitu: “Dan adapun Jantina itu
maka ia bukanlah suatu syarat, kecuali dalam membuat keputusan hukum berhubung
masalah Hudud dan penumpahan darah, maka dibolehkan seorang wanita membuat
hukum kecuali dua perkara ini saja”, maka tidak dibolehkan mengunakan pendapat
dari Al Kasaani kerana beliau adalah salah seorang pembesar ulama’ fiqh Mazhab
Hanafi, pendapat beliau adalah: “Dan adapun sifat Jantina ini, maka bukanlah
suatu syarat yang membenarkan perlantikan secara keseluruhannya, ini dikernakan
seorang wanita adalah dari kalangan ahli syahadah pada keseluruhannya, kecuali
beliau tidak boleh membuat keputusan berhubung Hudud dan Qisas, kerana tiada
kesaksian baginya dalam perkara ini, keahlian membuat keputusan hukum
bergantung pada keahliannya dalam kesaksian”.
Pendapat Al Kaasaani ini tidak begitu mendalam, tetapi jika beliau
berkata: “ Adapun jantina itu maka ia bukanlah suatu syarat membuat hukum
secara keseluruhannya” maka besar kemungkinan ia boleh membawa maksud
kepada, sesungguhnya jantina itu bukanlah suatu syarat dalam menerima sesuatu
hukum, kerana wanita dalam Mazhab hanafi diterima hukuman yang diputuskannya
beserta berdosa orang yang melantiknya, jika beliau(wanita) menghukum sesuatu
perkara selain Qisas dan Hudud maka maksud “secara keseluruhannya” dalam
pendapat ini akan bertukar maksudnya kepada: “Dan adapun Jantina itu maka ia
bukanlah suatu syarat dalam membuat keputusan pada keseluruhannya” maka maksudnya membawa erti bahawa jantina itu
bukan suatu syarat bagi setiap bagian dari permasalahan ini, tetapi hanya
sebagiannya sahaja yang tidak disyaratkan iaitu jika beliau dilantik dan
berdosa bagi orang yang melantiknya dan jika beliau membuat keputusan dalam
menjatuhkan hukum, hukumannya itu dibenarkan jika beliau boleh membuat
kesaksian selain keputusan qisas dan hudud, adapun apa yang dikatakan oleh Al
Kaasaani : “Dan adapun jantina itu maka ia bukanlah suatu syarat yang
membolehkan perlantikan secara keseluruhannya” maka pendapat ini tidaklah
begitu mendalam(jelas) dari Mazhab Hanafi, kecuali jika pandangan Al Kaasaani
ini berselisih (bertentangan) dengan pandangan yang diterangkan oleh Al Kamal
Ibnu Hamaam dan yang lainnya, sebab Al Kamal Ibnu Hamaam dan yang lainya
menerangkan bahawa Mazhab Hanafi berpendapat jantina itu adalah satu syarat
bagi membenarkan perlantikan, maka mereka (Mazhab Hanafi) juga bersependapat
dengan Jumhur Ulama’ yang tidak membenarkan kepada Hakim atau mereka yang
mempunyai kuasa (Sultan) perlantikan untuk melantik seorang wanita sebagai
hakim, cuma mereka (Mazhab Hanafi) berselisih pendapat dengan Jumhur Ulama’
dalam hal jika mereka (wanita) dilantik dengan berdosa mereka yang melantiknya,
adakah diterima hukumannya jika dia (Wanita) menjatuhkan hukumannya atau tidak
diterima?, Jumhur Ulama’ mengatakan tidak diterima hukuman tetapi Mazhab Hanafi
berpendapat diterima selagi hukuman yang diputuskannya itu bersesuaian dengan
hukum-hukum syara’ dan yang membolehkan beliau (wanita) itu bersyahadah
(menjadi saksi) dengan perkara tersebut.
Atas alasan inilah yang membuat kami (pengarang) berpendapat bahawa
terdapat sebahagian Mazhab Hanafi berkemungkinan meringkaskan keterangan Mazhab
Hanafi dalam masalah ini dengan gambaran yang tidak memberikan pandangan yang
sebenarnya iaitu keterangan yang tidak jelas dan terang.
Kedua: Ketetapan larangan dalam perlantikan seorang wanita sebagai hakim
yang dibahaskan oleh sebahagian Ulama’ bersumber dari hadis: “ Lan yaflah
kaum wallu amruhum mar’at” yang bermaksud : “Sekali-kali tidak akan
mencapai kemenangan sesuatu kaum yang
menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka”. Dalam menerima
sesuatu larangan yang mana sifatnya berdekatan (berhampiran), seperti contoh
larangan mengadakan hubungan jenis dengan isteri yang sedang haid tidaklah
begitu jelas, sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini, keperincian ini
seperti yang telah diterangkan oleh sebagian pembahas sebelum ini hendaklah
penerimaan dalam sesuatu perkara yang dilarang disebabkan oleh sifatnya yang
lazim (kebiasaan) seperti contoh jual beli dengan cara riba fadl.
Dengan ini kami (pengarang) berpendapat bahawa Jumhur Ulama’
termasuk juga Mazhab Hanafi berpendapat tidak dibenarkan seorang wanita
dilantik sebagai hakim, dengan ini Jumhur Ulama’ telah berselisih pendapat
dengan Ibnu Qassim dari Mazhab Maliki dan Al Hassan Al Basri salah seorang
pembesar fuqaha dari kalangan at taabie’ dan Ibnu Hazmi dari kalangan
Zahiriyah, kerana mereka berpendapat tidak disyaratkan jantina dalam kehakiman,
maka Ibnu Hazmi telah menbolehkan perlantikan wanita sebagai hakim dan diterima
juga semua hukumannya termasuk hukuman Qisas dan Hudud, kerana kesaksian
seorang wanita diterima pada kedua-duanya, dan Ibnu Qassim juga membenarkan
perlantikan wanita sebagai hakim dan membenarkan hukum yang diputuskan olehnya
yang mana dia (wanita) dibenarkan membuat kesaksian padanya iaitu masalah Mal
(harta) dan perkara-perkara yang kebiasaannya tidak dikhususkan kepada lelaki
seperti kelahiran, memuji-muji kelahiran, keaiban wanita di dalam pakaiannya
(keaiban tubuh badannya), dan begitu juga apa yang telah dikatakan oleh Al
Hassan Al Basri yang menbenarkan perlantikan seorang wanita sebagai hakim
secara mutlak (Hasiyatul Dusuqii wa Nizamul Qadaa Fil islam).
Pendapat Ibnu Jarir At Thabari:
Kami (pengarang) mendapati sebahagian pendapat-pendapat yang digunakan
sebagai dalil masalah ini disandarkan kepada Ibnu Jarir Al Thabari, Al
Mu’rukhu Wa Musrifu, dan Fiqhiyatul Makzufu, yang mengatakan, : dibenarkan
wanita sebagai Hakim secara mutlak dalam segala hal dan tidak terdapat baginya
sebarang larangan yang menghadkannya untuk dilantik sebagai hakim, bahkan
beliau boleh dilantik sebagai hakim
dalam semua perkara berhubung hukum.
Telah berkata salah seorang pembahas yang mulia (pendapat salah
seorang ulama), bahawa pendapat ini datangnya dari Ibnu Jarir Al Thabari adalah
salah, baik dari sudut tarikh mahupun dari sudut kedudukannya.
Adapun dalam sudut tarikh, maka tidak terdapat rujukan ini
(perkataan ini) dari Ibnu Jarir At Thabari sepertimana yang telah disyarahkan
oleh Ibnu Arabi seorang ahli tafsir yang terkenal (Bidayatul Mujtahid).
Kembali kepada masalah ini, apa yang telah dikatakan oleh pembahas
yang mulia itu bahawa menyandarkan nas ini kepada Ibnu Jarir tidaklah benar,
kerana memang tidak terdapat di dalam kitab dari kitab-kitab beliau (Ibnu
Jarir) dan tidak juga terdapat sanadnya (riwayatnya) dari sanad-sanad yang ada
berhubung nas tersebut, maka inilah penyebab tiadanya rasa ketenteraman dalam
membenarkan nas ini dinisbahkannya kepada Ibnu jarir dari sudut tarikh.
Adapun dari sudut kedudukannya, maka sesungguhnya perkataannya ini
bertentangan dengan hadis Rasulullah saw :
“ Lan yaflah kaum wallu amruhum mar’at” yang bermaksud : “Sekali-kali
tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum
yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka”, begitu
juga bertentangan dengan pendapat Jumhur Ulama’ yang ramai yang terdahulu di
zaman Ibnu Jarir yang berpendapat tidak dibenarkan seorang wanita dilantik
sebagai hakim, dan tidaklah boleh bagi Ibnu Jarir mendahului para ulama ahli
fiqh dalam menbolehkan wanita dilantik sebagai hakim dalam hal ini, dan
pendapat ini jika bertentangan dengan ijmak ulama’ yang ramai sekarang ini maka
pendapat ini tertolak, ini dikernakan jika telah bersepakat para ulama’ pada
sesuatu hukum syara’ pada satu zaman (masa) dari zaman-zaman (masa-masa) yang
tertentu, maka tidaklah boleh bagi orang yang datang kemudian setelah zaman
tersebut berselisih pendapat berhubung hukum yang telah ditetapkan oleh ijmak
ulama’ terhadap hukum tersebut.
Maka dengan ini pendapat yang mengatakan dibolehkan perlantikan
wanita sebagai hakim datangnya dari Ibnu Jarir tidak dapat diterima dari sudut
riwayat mahupun dirayah. Maka inilah pendapat salah seorang pembahas yang
mulia. Maka kami telah menjawabnya sebagai berikut:
Pertama : Daripada sudut mengambil
perkataan ini tidak sabit kepada Ibnu Jarir dan tidak terdapat di dalam kitab
daripada kitab-kitab beliau (Ibnu Jarir), maka jawapannya adalah, kitab-kitab
Ibnu Jarir begitu banyak, dan di dalam kitab-kitabnya yang luas dan besar ini,
kalaulah dinisbahkan kepadanya maka samalah seperti tidak menisbahkannya, ini
dikernakan untuk merujuk kesemua kitab-kitabnya mengambil waktu yang begitu
lama, dan kemungkinan terdapat nas dalam sesuatu mauduk (topik) yang mana tidak
disangka terdapat masalah itu didalamnya, kerana sesuai dengan apa yang telah
diputuskan olehnya, sepertimana yang beliau bincangkan dalam banyak
masalah-masalah ilmiah dalam kitab-kitab yang lama, dan mencukupilah untuk
difahami bahawa para Ulama’ yang menyandarkan pendapat mereka kepada Ibnu Jarir
yang terdiri dari mereka yang berkedudukan tinggi seperti Al Maawardi, Ibnu
Rusyd dan Al Haafiz Ibnu Hajar Al Asqalaani, mereka semua tidak mensabitkan
pendapat ini dengan perkataan yang khusus, seperti contoh : Dan telah
diriwayatkan dari Ibnu Jarir, beliau telah berkata dibenarkan perlantikan
seorang wanita sebagai hakim, tetapi apa
yang kami (pengarang) dapati alim ulama’ ini menyandarkan pendapat Ibnu Jarir
dengan perkataan yang terputus, dan ini bukanlah cara mereka menerima pendapat
yang terkandung di dalamnya perkara yang meragukan.
Sepertimana terdapat kemungkinan bahawa Ibnu Jarir ada mengatakan
pendapatnya dalam kitab dari kitab-kitabnya yang banyak dan kitab ini pula
belum sampai ke pengetahuan kami (tidak kami miliki), ini mungkin disebabkan
juga banyak sekali kitab-kitab besar (turrasul Islamiyah) telah hilang
disebabkan oleh perbuatan yang bermacam-macam, maka barangsiapa yang
beranggapan pendapat ini datang dari At
Thabari mereka menyatakan terdapat dalam kitabnya yang telah hilang bersama
hilangnya kitab-kitab besar muslimin yang lain. Khusus sekali kami dapati Ibnu
Jarir At Thabari telah memilih mazhab fiqh nya sendiri dalam banyak perkara
yang beliau bincangkan, beliau telah memberikan pandangannya yang tersendiri
dan memberikan dalilnya yang tersendiri dalam masalah-masalah yang dibincangkan
sepertimana di dalam kitabnya “Lathiful Qauli Fi Ahkami Syaraaiet” –
(Lembutnya Perkataan Didalam Hukum Syariat) dan beliau telah menjadikan kitab
ini menjadi 83 bahagian kitab-kitab, tetapi kitab ini tidak terdapat pada kami
sekarang ini, kemungkinan ia telah hilang sebagaimana hilangnya kitab-kitab
besar yang lainnya dan kami mempunyai sangkaan yang kuat memang kitab ini sudah
tiada lagi, maka dengan hilangnya kitab tersebut maka merujukkan pendapat yang
penting ini kepada fiqh (pendapat) Imam At Thabari menjadi lebih sukar.
Terdapat juga berbagai pendapat dan hukum-hukum yang terlalu banyak yang tidak
dapat kami terima pendapat tersebut yang mengatakan pendapat itu datangnya dari
Ibnu Jarir kecuali jika ulama’-ulama itu menukilkan dari kitab-kitabnya
(kitab-kitab Ibnu Jarir), atau dengan jalan kehendaknya At Thabari sendiri di
dalam Tafsirnya Al Quran yang dinamakan “ Jaameul Bayan An Takweel Qur’an”
atau dari kitabnya “Tasheebul Aasari”. Maka dengan ini kami berpendapat
sesungguhnya Ibnu Jarir At Thabari tidak pernah menulis kitab-kitab ini, dan
pendapat ini juga begitu masyhur dikalangan ulama-ulama kita sekarang ini ,
tetapi apakah mencukupi disandarkan pendapat ini kepada beliau (Ibnu Jarir)
begitu saja? Atau diperlukan lagi pandangan dengan menolak pendapat Ibnu Jarir
At Thabari ini dengan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kitab
yang dapat disandarkan pendapatnya dalam hal ini? Sesungguhnya masalah-masalah
ini begitu banyak, lebih banyak lagi jika ingin dihitung ulama-ulama yang
meriwayatkan pendapat ini di dalam kitab-kitab mereka dan tidak terdapat
sebarang penolakkan dikalangan mereka dalam hal ini.
Jika disandarkan(diterima) pendapat ulama’-ulama’ ini, maka
mencukupilah kebenarannya yang disampaikan oleh mereka-mereka yang ramai ini
dalam menyandarkan pendapat mereka kepada Ibnu Jarir dan berbaik sangka
terhadap mereka, dengan ini sudah mencukupi membenarkan hikayat (pendapat) ini
datangnya dari Al Imam Ibnu Jarir At Thabari, begitu juga kesimpulan ini kami
ambil disebabkan tiada seorang ulama’yang menyandarkan pendapat mereka kepada
Ibnu Jarir dengan berkata : “tidak dibenarkan melantik seorang wanita sebagai
hakim”*, dan tidak juga didapati pendapat ini* di dalam kitab dari
kitab-kitabnya (Ibnu Jari) dan jika memang ada sudah pasti para ulama’ akan
menyandarkan pendapat ini* kepada beliau, diatas alasan inilah yang menunjukkan
qarinah (sebab) bahawa pendapat ini datangnya dari beliau.
Kedua :
Adapun pendapat yang menyatakan bahawa perkataan : “Dibolehkan
perlantikan wanita sebagai hakim” datangnya dari Ibnu Jarir adalah tidak
tepat dari sudut kedudukannya, dengan berhujah bahawa perkataan ini
bertentangan dengan hadis : “ Lan yaflah kaum wallu amruhum mar’at” yang
bermaksud : “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum yang menjadikan seorang wanita (peminpin)
dalam urusan mereka”, dan bertentangan dengan ijmak ulama’ yang ramai
(Jumhur), maka jawapannya adalah bahawa perkataan ini bukanlah pandangan yang bersifat
hikayat, tetapi pandangan ini adalah pandangan yang dapat diterima hikayatnya
selagi ia diriwayatkan dengan cara yang dapat dipercayai, dan ulama-ulama kami
(pengarang) yang menyandarkan perkataannya kepada Ibnu Jarir di dalam keputusan
hukum seorang wanita berada dalam kedudukan yang boleh dipercayai, dan jika Al
Mawardi menyandarkan pendapatnya kepada Ibnu Jarir dengan membenarkan wanita
membuat keputusan dalam setiap hukum dengan berkata : “ Dan tidak dapat
diterima sesuatu pendapat yang bertentangan dengan Ijmak (pendapat kebanyak
ulama’) dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah swt : “Lelaki itu adalah lebih baik dari wanita dengan
kelebihan yang telah Allah berikan di antara satu dengan yang lainnya” iaitu
dalam hal akal dan pendapat, maka tidak dibolehkan wanita itu berkuasa keatas
lelaki”,. Maka sesungguhnya perkataan Al Mawardi ini tidak boleh dibenarkan
untuk menisbahkan perkataan tersebut kepada orang yang berkata, dan ini
bukanlah satu sangkaan yang kuat berhubung perkataan yang dimaksudkan oleh Al
Mawardi, sepertimana yang jelas daripada ibarat (hujah-hujahnya) dan
kedudukannya menolak pendapat Ibnu Jarir dengan hujah Ijmak ulama dan aya Al
Quran yang bermaksud : “Lelaki itu
adalah lebih baik dari wanita” tidak terdapat di dalam pendapat-pendapat
ini masalah-masalah yang bertentangan diantara satu dengan yang lain, tetapi ia
merupakan perbezaan yang bersifat ilmiah dengan mengutarakan pendapat dan
pandangan yang berbagai-bagai.
Ketentuan Pendapat:
Dari apa yang telah dibincangkan bolehlah kita mengambil kesimpulan
bahawa para alim ulama’ berselisih pendapat apakah jantina itu merupakan satu syarat di dalam membuat
keputusan hukum ataupun tidak? Terdapat tiga pendapat dalam masalah ini:
Pendapat yang Pertama : Pendapat Jumhur
Ulama’, ini termasuklah jumhur Maliki, Hanabil, kebanyakan Hanafi, Syiah
Imamiyah : Bahawa wanita tidak dibenarkan untuk menjadi hakim, jika pihak
penguasa melantiknya maka berdosalah mereka (yang melantik), dan berdosa juga
wanita yang dilantik kerana beliau reda dengan perlantikan yang tidak
dibenarkan, walaupun beliau berhukum dalam apa jua bentuk keputusan, tidak kira
apakah hukuman yang beliau buat itu membenarkan beliau (kaum wanita) bersaksi
dengannya seperti perkara harta, atau penyusuan atau tidak, maka tidak diterima
keputusannya itu, ini dikeranakan Jumhur Ulama’ berpendapat jantina (lelaki)
adalah syarat untuk membolehkan dan mengesahkan perlantikan.
Pendapat Kedua : Pendapat sebahagian
kecil dari Mazhab Hanafi yang mengatakan tidak dibenarkan seorang wanita
dilantik sebagai hakim, tetapi jika beliau menyandang jawatan ini maka beliau
berdosa (kerana setuju dilantik) dan berdosa orang yang melantiknya dan jika
beliau membuat keputusan hukum maka hukumannya diterima jika hukuman tersebut
dalam perkara-perkara yang membolehkan beliau bersyahadah, iaitu selain
masalah-masalah hudud dan qisas. Pendapat Mazhab Hanafi sama seperti pendapat
Jumhur Ulama’ bahawa keputusan hukum yang dibuat oleh wanita dalam perkara
hudud dan qisas tidak diterima, walaupun keputusan yang dibuat itu bersesuai
dengan kebenaran, tetapi jika beliau (wanita) menghukum selain dari perkara
hudud dan qisas maka keputusan hukumnya diterima, maka bagi sebahagian kecil
Mazhab Hanafi ini syarat jantina (lelaki) adalah syarat membolehkan bukan
syarat pengesahan.
Dalil yang menunjukkan pendapat Mazhab Hanafi berpendapat tidak
dibenarkan wanita memegang jawatan sebagai hakim dengan contoh
pendapat-pendapat mereka yang kami sandarkan dari kitab-kitab mereka,
sesungguhnya dari dulu lagi perlantikan hakim dikalangan Mazhab Hanafi adalah
suatu jawatan yang amat penting disetiap Negara-negara Islam, kalaulah
perlantikan seorang wanita dibolehkan maka pasti tidak akan berdosa di dalam
Mazhab Hanafi dan akan berlaku perkara ini (perlantikan seorang wanita) dari
dulu lagi.
Pendapat Ketiga: Pendapat yang dikatakan
oleh Muhammad Ibnu Jarir At Thabari, begitu juga Al Hassan Al Basri salah
seorang ulama’ besar dikalangan Ta’bie, dan Ibnu Hazmi dari kalangan Zahiriyah,
dan Ibnu Qaasim dari Mazhab Maliki, mengatakan bahawa dibolehkan seseorang
wanita dilantik sebagai hakim, dan diterima keputusannya dalam setiap hal yang
membolehkannya bersaksi, tetapi mereka berselisih pendapat dalam
perkara-perkara yang membolehkan seorang
wanita bersaksi, maka Ibnu Jarir dan Ibnu Hazmi berpendapat bahawa wanita
dibolehkan bersaksi dalam setiap perkara, tetapi Ibnu Qassim berpendapat
kesaksian mereka tidak sah kecuali dalam keputusan harta dan perkara yang
kebiasaannya tidak dibenarkan lelaki untuk melakukannya, seperti kelahiran
anak, memuji-muji anak yang dilahirkan, melihat keaiban wanita di dalam
pakaiannya, seperti daging atau tulang yang tubuh pada kemaluan wanita itu
sehingga menghalang untuk berjimak.
Dan begitu juga apa yang telah disandarkan oleh Al Imam Al Baajii
salah seorang ulama’ fiqh yang besar dikalangan Mazhab Maliki pada qurun ke lima hijrah kepada
Muhammad Ibnu Al Hassan Assyaibani salah seorang anak murid Abi Hanifah beliau
berkata: Dibolehkan wanita menjadi hakim dalam segala hal,. Tetapi saya
(pengarang) tidak berjumpa pendapat ini yang dapat disandarkan kepada Muhammad
Ibnu Al Hassan di dalam kitab-kitab Mazhab Hanafi berhubung dengan masalah ini.
Hujjah Setiap Pendapat :
Dalil dari Pihak Jumhur Ulama’:
Jumhur Ulama’ berpendapat bahawa jantina (lelaki) adalah syarat
dalam membolehkan perlantikan sebagai hakim, dan juga untuk mengesahkan
perlantikan ini, pihak Jumhur Ulama’ telah berhujah dengan dalil-alil dari Al
Quran , Sunnah yang mulia, dan pengakuan Ijmak ulama’, dan mereka juga berhujah
dengan mengunakan dalil qias dan rational. Dalil-dalil mereka adalah seperti
berikut:
Dalil pertama : Al Quran Al Karim
Firman Allah swt di surah An Nissa ayat 34 yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah
telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita),
dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab
itu maka wanita yang saleh, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri
ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka).
Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan
pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika
mereka menta’atimu, maka janganlah kamu mencari cari jalan untuk
menyusahkannya, Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”
Pengertian Dalil :
Pengertian dalil dari ayat-ayat Al Quran ini menerangkan bahawa
kepimpinan adalah keatas lelaki, ini dikeranakan kepimpinan di dalam bahasa
arab membawa maksud kepada Al Mubtada’ Al Mukraf (kalimah dihadapan yang
dikenali) tanpa jenis dan ia memerlukan khabar (keterangan), seperti contoh : perkataan:,
Orang Mulia Yang Bertaqwa, Al Imam Dari Quraisy, Penyair Yang Di Rindu , dan sebagainya.
Maka penerangan ini adalah penerangan yang disadarkan, iaitu sandarannya kepada
wanita, maka maksudnya: Kepimpinan adalah untuk lelaki keatas wanita dan tidak
sebaliknya, maka ini juga menunjukkan bahawa tidak dibenarkan dan tidak sah
wanita dilantik sebagai hakim, jika dibolehkan wanita menjadi kepimpinan ke
atas lelaki maka ini akan bertentangan dengan apa yang telah dikatakan didalam
ayat Al Quran ini.
Membahas Dalil Ini :
Pembahasan dalil ini adalah seperti berikut:
Pertama: Ada pun makna “pimpinan”
di dalam ayat Al Quran ini bukanlah bermaksud kepimpinan secara umum yang
termasuk padanya kehakiman dan sebaginya, tetapi maksudnya di sini adalah
pimpinan yang khusus iaitu kepimpinan suami di dalam rumah tangganya,
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Nabi saw semasa bersabda : “ Dan
lelaki itu adalah ketua keluarga dan dia (suami) bertanggong jawab terhadap
keluarganya”.
Oleh itu ayat Al Quran ini bukanlah dalil yang sesuai dalam masalah
ini, terdapat tiga perkara yang menunjukkan
ayat ini hanya membawa maksud kepimpinan di dalam keluarga sahaja.
Perkara Pertama: Sebab turunnya ayat
ini, diriwayatkan bahawa telah nusyuz isteri Saad Ibnu Al Rabi’ae’ lalu beliau
menceraikannya, maka isterinya pun datang berjumpa Nabi dan mengadu, maka Nabi
saw bersabda kepadanya; “Kamu berdua hendaklah di Qisas”, maka turunlah
firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al
Quran sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah : “Ya
Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”. (Thaahaa ayat 114), maka
Nabi saw pun menahan sehingga turun ayat: “Kaum lelaki adalah peminpin bagi
kaum wanita”, maka Nabi saw pun bersabda: “Aku ingin perkara ini supaya
(begini), tetapi Allah swt menginginkan sebaliknya”, maka inilah dalil yang
menunjukakan bahawa maksud pemimpin di sini adalah peminpin suami terhadap
isteri dengan peraturannya (discipline).
Perkara Kedua: Susunan ayat dan
pengertiannya, ayat ini memberikan maksud kepada Mahr, nafaqah yang perlu
dipikul orang para suami, sebagaimana firman Allah swt di surah An Nissa ayat
34 : “…..dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian dari harta
mereka” dan ayat yang mengisyaratkan kewajipan seorang isteri kepada suaminya
dalam hal ketaatan dan amanah, sebagaiman firman Allah swt di surah yang sama
yang bermaksud: “Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang ta’at kepada
Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah
memelihara (mereka)” dan ayat yang menunjukkan hak dan kuasa yang dimiliki
oleh para suami terhadap isteri-isteri mereka di surah yang sama yang
bermaksud: “Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah
mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka.”
Dalil ini semua menunjukkan bahawa kalimah “pemimpin” di dalam ayat
surah An Nissa 34 ini membawa maksud kepimpinan para lelaki (suami) terhadap
isteri-isteri mereka, dan bukan bermaksud perlantikan mereka dalam wilayah
(perkara) umum, seperti menjadi pemimpin Negara, kehakiman dan sebagainya.
Perkara Ketiga: Membolehkan wanita di dalam
wilayah(kekuasaan/perkara) yang khusus, ayat di surah An Nissa 34 ini tidak
membawa pengertiannya secara umum maka
ini menunjukkan bahawa wanita dibenarkan dalam wilayah yang bersifat khusus,
seperti dibolehkan baginya berwasiat ke atas anak-anak yatim, dan dibolehkan
melihat upacara harta yang di wakafkan, kerana dalam hal seumpama ini mereka
berkuasa untuk melaksanakan perkara yang dikhususkan kepada mereka, maka dengan
ini mereka juga dibolehkan untuk melaksanakan perkara yang umum selagi ia bersesuai
dengan hukum iaitu kemampuan yang sebenarnya, dan hukum yang dibolehkan dan
sesuai untuk dirinya, dan tidak ada implikasi dalam hal wilayah yang umum atau
wilayah yang khusus setelah dipastikan kemampuan seorang wanita dalam
mengendalikan kedudukannya, jika tidak
pastilah Ijmak Ulama’ akan memutuskan tidak dibenarkan perlantikan seorang
wanita sebagai ketua Negara dan apa yang sesuai kepada mereka, seperti menteri perwakilan
dan pemerintahan di Negara jajahan, dan terdapat nas berhubung kepimpinan ketua
Negara yang melarang wanita dilantik kecuali perkara tersebut, maka dibenarkan
juga perlantikan wanita dalam perkara-perkara yang bersifat umum juga dengan
tidak membezakan di antara wilayah umum atau wilayah khusus.
Kedua : Jikalau kita menerima bahawa
kalimah wilayah di sini bermaksud umum, maka dalil-dalilnya menjadi tidak
sempurna, kerana dakwaan tidak dibenarkan wanita dilantik menjadi hakim adalah
mutlak (muktamat), dan tidak mengesahkan perlantikannya juga adalah muktamat,
samalah sepertimana perlantikannya ini ke atas kaum lelaki atau wanita atau ia
menjadi perkara baru, atau kesemua mereka, maka dalil-dalil ayat ini membawa
dakwaan kepada kesulitan yang pertama saja, iaitu hak perlantikan ini hanya
untuk lelaki tidak kepada wanita dan yang baru (perkara baru), maka ulama-ulama
sekarang ini berpendapat bahawa adalah lebih baik mengasingkan wanita dalam hal
kehakiman jika ia boleh mengakibatkan permusuhan di antara mereka.
Jawapan Daripada Pembahas Ini:
Pertama: Adapun pembahasan dengan
mengkhususkan perkara yang umum di dalam ayat ini dengan sebab nuzulnya (sebab
turunnya ayat ini), maka kami menjawab kepadanya bahawa mengkhususkannya dengan
sebab nuzul ayat ini tidak dapat diterima dengan pendapat yang lemah di dalam
kaedah usulul Fiqh, dengan pendapat yang kuat iaitu; “Sesungguhnya pengibaratan
(contoh) itu adalah dengan sifat umumnya perkataan bukan pengkhususan sebab”,
sepertimana masalah ini sudah menjadi muktamat dikalangan para ahli usul, sepertimana
penghapusan itu bergantung kepada kekuatan
pengizinan secara umumnya.
Kedua: Adapun pembahasan dengan
mengkhususkan umum di dalam ayat ini sepertimana yang diriwayatkan bergantung
hanya pada hukum hakam yang berhubung hanya diantara suami dan isterinya
sahaja, maka jawapan kami padanya adalah di dalam bab mengasingkan sesuatu
perkara daripada perkara-perkara yang umum maka tidaklah ia dapat dikhususkan
kepada yang umum, makna mengasingkan sesuatu perkara daripada perkara-perkara
ialah mengkhususkan yang umum dengan menyebutnya, atau dengan kata lain Nas ke
atas sesuatu yang terkandung di dalamnya hukum sesuatu yang digunakan untuk
menghukum kepada yang umum maka ia tidak dapat dijadikan pengkhususan kepada
yang umum ini adalah pendapat Jumhur Ulama’, contoh darinya, sabda Rasul saw
dalam kambing yang telah mati milik Maimunah : “Apakah kamu tidak mahu
memanfaatkan kulitnya, jika kamu menyamaknya maka sucilah ia”.
Dan dalil bahawa sesuatu bagian itu adalah perkara-perkara yang
bersifat umum, iaitu mengkhususkan sebahagian pendapat tidak menjadikan ia
bersifat umum, kerana sesungguhnya sesuatu bagian hukum keatas sesuatu perkara
tidak menafikan hukum keatas setiap sesuatu (seluruhnya), kerana ia tidak
mendatangkan manfaat di antara sesuatu bahagian dan yang seluruhnya, kerana
yang keseluruhannya membuntukan bahagiannya yang lain, dan jika tidak dapat
diambil manfaatnya maka tidaklah dapat mengambil manfaat yang khusus
(sebagian), kerana pengkhususan pasti memberikan manfaat kepada yang umum.
Ketiga:
Ada pun pembahasan ketiga yang diketengahkan, yang membahaskan
bertentangannya dalil di antara qisas wilayah umum ke atas wilayah khusus, maka
qisas seumpama ini adalah bathil (tidak dapat diterima), ini dikeranakan
wilayah khusus sepertimana berurusan dalam kawasan yang diwakafkan, atau berbelanja
dengan mengunakan wang anak yatim dan menguruskan keperluan mereka, maka
mencukupilah pengurusan ini dengan kadar yang tertentu, adapun wilayah umum ia
memerlukan kadar yang lebih tinggi bersesuaian dengan banyaknya persediaan ,
bahagian-bahagiannya dalam wilayah tersebut
dan begitu juga keluasan wilayah ini, yang pasti tidak semua yang mampu untuk
berurusan dengan amalan yang khusus dapat melaksanakan urusan yang lebih luas,
seperti Jabatan kementerian, kehakiman dan sebagainya. Dari itu sebab sesuatu
hukum di dalam wilayah yang khusus adalah kadar yang tertentu yang tidak
terdapat dalam wilayah umum yang membuntukan kadar yang lebih tinggi(luas) dan
bukan kadar yang tertentu.
Perkara ini jika kita terima sebab hukum di dalam perlantikan adalah
dikeranakan kemampuan (kadar).
Ini jika kita menerima sebab perlantikan adalah disebabkan oleh
kadar atau kemampuan, tetapi kami tidak menerima sebab ini, kerana kemampuan
adalah sifat yang tidak tetap, kerana ia tidak mempunyai persamaan atau
timbangan yang tertentu, sebagaimana yang dimaklumi di dalam syara’ sebab
sesuatu hukum itu hendaklah bersifat yang jelas dan tertentu, jika dilihat
dalam hadis yang bermaksud: : “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan
sesuatu kaum yang menjadikan seorang
wanita (peminpin) dalam urusan mereka” kita akan melihat sifat hukumnya
yang zahir dalam hadis ini adalah tiadanya kemenangan barangsiapa yang melantik
wanita dalam sesuatu kedudukan, sebab hukumnya di dalam hadis ini adalah sifat kewanitaan
tersebut, kerana kewanitaan ini adalah tempat kekurangan atau tiadanya
kesempurnaan di dalam melaksanakan urusan-urusan wilayah (kekuasaan).
Oleh kerana itu jika terdapat kewanitaan ini maka akan terdapatlah
larangan dalam perlantikan kedudukan secara umumnya, dan salah satu darinya
adalah perlantikan hakim, jika tidak sudah pasti ijmak ulama’ akan membenarkan
perlantikan wanita dalam kedudukan yang khusus, mencukupi dengan kadar yang
terdapat padanya., kami juga berpandangan dengan tidak diboleh disandarkan
kedudukan wilayah yang khusus ini kepada wanita, tetapi ijmak ulama’
berpendapat in dibolehkan.
Keempat : Adapun pembahasan bahawa
pendekatan itu tidak sempurna, kerana dalil ini lebih mendatangkan (memerlukan)
pengkhususan daripada pendakwaan, ini dikernakan ia mendatangkan natijah tidak
dibolehkan seorang wanita dilantik menjadi hakim kerana ia dikhususkan kepada
lelaki tidak kepada wanita, dan perkara-perkara baru (yang tidak baik) maka
tidaklah dapat diterima, kerana dalilnya itu membawa kepada penyamaan dakwaan
iaitu persamaan di antara lelaki , perempuan dan perkara yang baru dalam
kehakiman, kerana tidak terdapat perbezaan diantara lelaki dan selain mereka
dalam hal permusuhan dan kehakiman dan menjadikan mereka sebagai hakim dalam
perkara-perkara yang berlaku diantara mereka.
Maka dengan memasukan wanita dan kanak-kanak dalam golongan lelaki
merupakan perbuatan qias dalam maksudnya yang asal, atau sepertimana dikatakan
oleh sebahagian ulama’ : Qias Jibiliyun (Qias secara Tabie), dari itu maka
dalil ini membawa kepada persamaan dakwaan maka jadilah ia pendekatan yang
sempurna.
Dalil Kedua : As Sunnah
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abi Bakra r.a bahawa beliau telah
berkata pada hari-hari Jamal : “Allah
telah memanfaatkan diri ku dengan sepotong kalimah yang telah aku dengar dari Rasulullah
saw, setelah hampir dekat dengan kebenaran dikalangan para sahabat maka aku pun
berperang bersama mereka”,beliau berkata: “Maka takala Rasulullah saw
mendapat berita bahawa Ahli Farsi di kuasai oleh anak perempuan Kasri,
beliau pun bersabda : yang bermaksud “Sekali-kali tidak akan mencapai
kemenangan sesuatu kaum yang menjadikan
seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka” dan At Tirmizi menambah :
maka takala Aisyah r.h sampai di basra, beliau pun menyebutkan ucapan Nabi saw
ini, semoga Allah swt memelihara diriku dari perkara ini.
Gambaran dalil dari sabda Nabi saw yang bermaksud: “Sekali-kali
tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum
yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka”
membawa maksud bahawa Nabi saw ingin menerangkan kepada kita semua bahawa tidak
akan mencapai kemenangan barangsiapa yang melantik wanita sebagai pemimpin
mereka, dan tidak dapat dinafikan bahawa tidak dapat mencapai kemenangan adalah
sesuatu yang memudaratkan (bahaya), dan kemudaratan ini perlulah dijauhi
sepertimana sabda Nabi saw yang bermaksud : “ Tidak boleh memudaratkan dan
juga melakukan mudarat”, maka wajiblah menjauhi sesutu perkara yang dapat
mengakibatkannya, iaitu melantik seorang wanita, kerana apajua yang tidak dapat
menyempurnakan sesuatu yang wajib kecuali dengannya maka ia juga adalah wajib.
Ini samalah jika kami mengatakan : Sesungguhnya khabar yang
disabdakan oleh Rasulullah saw ini membawa maksud larangan, maka jumlah khabar
nya di sini adalah lafaz yang bersamaan maknanya.
Jika kami menerima dalil ini dalam sudut qias dalam bentuknya yang
pertama kami akan menyatakan: Perlantikan seorang wanita dalam waliyah umum
akan mengakibatkan tiadanya kemenangan, dan tiadanya kemenangan adalah sesuatu
yang memudaratkan, maka natijahnya adalah melantik seorang wanita pada wilayah
yang umum adalah memudaratkan, dan sesuatu yang memudaratkan adalah dilarang
oleh syara’, dan tidak dapat dinafikan kehakiman itu termasuklah dalam kategori
wilayah yang umum.
Dan samalah juga jika khabar yang disampaikan itu adalah jelas dan
terang, yang mana maksud Sabda Nabi saw adalah untuk mengabarkan kepada kita
semua bahawa tiada dapat mencapai kemenangan jika yang memimpin kita adalah
seorang wanita, maka pada ketika itu menjadi kewajiban keatas kita semua untuk
mejauhkan diri dari perkara-perkara yang dapat mencengah kita dari mencapai
kemenangan, ataupun khabar yang lafaznya bersifat keterangan, iaitu kalimah ini
dari sudut lafaznya ia bermaksud khabar (berita), tetapi dari sudut maknanya
iaitu melarang diri kita dari perkara-perkara yang dapat mencengah diri kita
dari mencapai kemenangan iaitu melantik seorang wanita dalam urusan kita yang
umum, kerana larangan ini bersifat umum yang merangkumi setiap wilayah, sebab
kalimah “Amru Hum” – “Urusan Mereka” adalah satu lafaz dari lafaz-lafaz
yang umum, kerana lafaz ini bersifat mufrad (Satu) kalimah dihadapan (mudaffu
ma’ruuf) yang dikenali, maka ia merangkumi semua perkara-perkara yang
diperlukan oleh orang yang ingin melaksanakan kedudukan tersebut, ini termasuklah
bidang kehakiman dan semua kedudukan-kedudukan yang lain, tidak kira apakah ia
perkara-perkara yang bersifat umum ataupun khusus, Ijmak ulama’ telah
berpendapat untuk mengecualikan perkara-perkara khusus maka dibenarkan untuk
golongan wanita melaksanakannya dan menetapkan larangan keatas wanita dalam
urusan-urusan yang umum.
Rahsia melarang wanita untuk memegang kedudukan yang bersifat umum
adalah disebabkan kurangnya ilmu dan agamanya, iaitu sebab nas yang sahih dalam
sunnah Nabi saw ( Qulna Yaa Rasulullah, wa ma Nuqshun diinana wa aqlana?
Qaala: A’ laisa tamkusu ehdaakunna layaali laa tashumuu wa laa tusalli, wa
syahadatu ehdaa kunna a’laa nisfi syahadah Al Rajul – yang bermaksud : Kami
(para wanita) berkata, wahai Rasulullah, apakah yang dikatakan kekurangan pada
agama dan akal kami? Sabda Nabi saw:
Setiap dari kamu (para wanita) kadang-kadang terpaksa menunggu pada
sesuatu waktu dengan tidak dapat berpuasa dan bersolat, dan syahadah
(kesaksian) salah seorang dari kamu hanyalah setengah kesaksian seorang lelaki),
ini merupakan kelaziman seorang wanita yang tidak dapat dielakkan kerana ia
merupakan satu fitrah. Maka natijah dari dalil ini adalah, bahawa telah
ditetapkan di dalam sunnah Nabi saw perlarangan daripada melantik seorang
wanita dalam perkara-perkara yang umum, iaitu larangan dalam sifat atau
bentuknya yang lazim, dan para alim ulama’ usuliyah mengatakan bahawa larangan
ini membawa maksud pembatalan, oleh sebab itu tidak dibolehkan dan tidak sah
perlantikan seorang wanita sebagai hakim.
Pembahasan Dalil ini:
Kami berpendapat dalil yang nyatakan ini tidaklah tepat, iaitu bukan
pada masalah yang diperselisihkan, kerana hadis ini meriwayatkan pemimpin
sebuah Negara, maka larangan ini bermaksud hanya pada kedudukan yang besar
(tinggi) dan tidak termasuk dalam kehakiman, dan hadis ini juga menunjukkan
bahawa kedudukan yang besar ini terbahagi kepada dua:
Pertama: Disebabkan riwayat hadis, iaitu
nas hadis (sebab hadis ini diriwayatkan)
adalah disebabkan perlantikan “Nurrain” anak perempuan Kasri yang
dilantik sebagai Penguasa dalam kerajaan Parsi setelah kematian bapanya.
Kami menjawab pembahasan ini iaitu, Dalil secara umum dari sesuatu
lafaz itu tidak dikhususkan kepada sesuatu sebab, sepertimana jika dikembalikan
dengan qaidah ilmu usulul fiqh.
Kedua: Bahawa kalimah “Urusan Mereka”
sebagaimana yang diriwayat di dalam hadis ini, bermaksud setiap urusan yang
sifatnya secara umum, maka sesuatu perintah yang bersifat secara umumnya ini
termasuklah kepimpinan dalam sebuah Negara, kerana ia termasuk di dalamnya
setiap wilayah-wilayah (kedudukan), maka larangan disini termasuklah kepimpinan
dal sebuah Negara.
Kami menjawab pembahasa ini, bahawa kalimah “Urusan Mereka” adalah
kalimah yang mufrad (yang tunggal/satu) Mudaff (kalimah yang pertama) yang memerlukan
penerangan, dan kalimah mufrad yang mudaff memerlukan keterangan-keterangan
yang bersifat umum, sepertimana yang telah diterima qaidah ini oleh ulama’ulama
usul yang merupakan golongan terbesar dari para alim ulama’, oleh itu maka
hadis ini seolah-oleh berkata: “Tidak sekali-kali sesuatu kaum itu mencapai
kemenangan jikalau pemimpin mereka adalah seorang wanita”, atau “Tidak
sekali-kali sesuatu kaum itu mencapai kemenangan jika menteri mereka seorang
wanita” , atau “Tidak sekali-kali sesuatu kaum itu mencapai kemenangan jika
yang menguruskan kehakiman mereka seorang wanita”, dan begitulah juga seluruh
wilayah-wilayah (kedudukan) yang bersifat umum, seperti ketua Negara, ketua
ketenteraan dan sebagainya.
Dalil Yang Ketiga : Al Ijmak
Golongan ini (Jumhur Ulama’) berpendapat dalil ketiga yang melarang
wanita dilantik sebagai hakim adalah dalil Ijmak, mereka berkata: Sebelum
diketahui punca khilaf (Perselisihan) permasalahan perlantikan seorang wanita, perlulah
diketahui sesungguhnya Ijmak ulama’ telah bersepandapat dengan tidak
membenarkan wanita dilantik dalam kedudukan ini dan tidak kira barang siapa yang berselisih dengan mereka
setelah pendapat mereka ini., sebagaimana Firman Allah swt di surah An Nissa ayat 115
yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas
kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min,
Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu, dan Kami
masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali”
Pembahasan Dalil Ini:
Kami membahas hadis ini seperti berikut:
Pertama: Sesungguhnya Ijmak Ulama’ itu
tidak mungkin dapat dipastikan, dan menjadi kewajipan bahawa ia mungkin boleh
dapat dipastikan, maka dengan ini tidak mungkin kami dapat pastikan
kedudukannya, ini dikeranakan kemungkinan terdapat perselisihan berhubung
masalah ini yang kami sendiri belum mengetahuinya, dan bagaimana pula kami dapat mengetahui apakah Ibnu Jarir At
Thabari, dan Ibnu Al Qaasim, dan Ibnu Hazmi dan Mazhab Hanafi bukanlah yang terdahulu
yang membicarakan masalah ini?
Jawapan kami Dalam Pembahasan Ini:
Jawapan kami dalam pembahasan ini adalah, bahawa ulama-ulama usul
telah menetapkan bahawa Ijmak Ulama’ boleh dipastikan, dan ia juga boleh
dibuktikan, kaedah ini telah di ditetapkan di dalam ilmu usulul Fiqh.
Setelah berusaha sedaya upaya dalam kajian pembahasan dan penghuraian
daripada masalah perselisihan ini dari kalangan pendapat Jumhur Ulama’, kami
belum dapat pastikan kecuali yang kami ketahui bahawa pendapat yang mengatakan
diperbolehkan perlantikan ini dinisbahkan kepada Ibnu Jarir At Thabari, dan
telah disabitkan bahawa tidak dibenarkan menukilkan pendapat ini kepada Ibnu
Jarir.
Pernolakkan Jawapan Ini:
Mungkin kami boleh menolak jawapan ini dengan menukilkan pendapat
Ibnu As Salam dari kalangan ulama’ Mazhab Malikiyah , bahawa Al Hassan Al Basri
berkata dibolehkan wanita memengang kedudukan Hakim secara mutlak, dan telah
disabitkan juga dari kalangan ulama-ulama yang dapat diyakini (dipercayai
kejujuran mereka) menisbahkan pendapat ini yang membolehkan wanita dilantik
sebagai Hakim kepada Ibnu Jarir, dan tidak dapat dijangkakan bahawa Al Hassan
dan Ibnu Jarir berselisih sesuatu perkara yang telah dipersetujui bersama
secara ijmak, dan telah sabit juga bahawa Ibnu Al Qassim dan Ibnu Hazmi bahawa
keduanya berkata dengan mengunakan pendapat Ibnu Jarir At Thabari dan Al Hassan
Al Basri, kerana Ibnu Jarir At Thabari lebih dahulu daripada Ibnu Al Qassim,
dan Ibnu Hazmi lebih dahulu daripada Al Hassan Al Basri yang mana telah
dinisbahkan oleh Ibnu Abdus Salam dari kalangan Mazhab Malikiyah yang
berpendapat dibolehkan wanita dilantik sebagai hakim.
Sepertimana telah disabit pernukilan ini datangnya daripada Ibnu
Jarir bahawa beliau telah berkata diperbolehkan perlantikan wanita
sebagai hakim, pernukilan ini (perkataan) yang dinisbahkan kepada Ibnu Jarir
tidak dapat disabitkan tetapi yang dapat disabitkan adalah menisbahkan pendapat
ini kepada Ibnu Jarir.
Kedua: Kami bahaskan hujjah kami dengan
mengunakan dalil-dalil Ijmak kerana ia merupakan dalil yang dapat diterima, ini
dikernakan Ijmak Ulama’ adalah hujjah syariat, dan ia juga dapat dipastikan
(kebenarannya), maka adapun pendapat bahawa dalil ijmak ini tidak sah dijadikan
dalil, iaitu tidak sabit ijmak ulama’ dalam hal tidak membenarkan wanita
dilantik dalam kedudukan-kedudukan (Wilayah-wilayah) yang umum, kerana
sesungguhnya Syaidatina Aishah rah pernah menjadi ketua angkatan tentera dalam
pembalahan dengan kelompok Ali Ibnu Abi Thalib, dan bersamanya (Siti Aishah)
terdapat para sahabat (Rasulullah saw) seperti Al Zubair Ibnu Awwam dan Ibnu
Abdullah, Thalhah ibnu Abidillah dan mereka semua tidak memungkiri (menolak)
perlantikannya.
Maka ini merupakan dalil yang menunjukkan tidak sah dakwaan Ijmak
(yang melarang wanita dilantik dalam kedudukan-kedudukan yang bersifat umum),
dan dalam waktu yang sama ayat ini menunjukkan dibenarkannya wanita dilantik
sebagai hakim, ini dikernakan perlantikan wanita sebagai hakim adalah
sekecil-kecilnya kemudaratan dan serendah-rendahnya tanggong jawab yang
dipegang oleh seorang wanita daripada menjadi ketua angkatan perang.
Menjawab Pembahasan Ini:
Saya menjawab pembahas ini,
dengan mengatakan bahawa sebenarnya Syadatina Aishah rah tidak pernah keluar
memimpin bala tentera dalam peperangan, ini dikeranakan tidak terdapat satupun
dari ahli sejarah yang menukilkan terdapat perselisihan di antara puak Aishah
rah dan Ali ra dalam khilafah. Begitu juga beliau (Sita Aishah rah) tidak
pernah menjadi ketua angkatan peperangan, kerana telah sabit di dalam
kitab-kitab tarikh bahawa beliau telah keluar bersama para jamaah yang diketuai
oleh Talhah dan Al Zubair, mereka semua ingin mencari kata sepakat dikalangan
mereka, maka ada diantara mereka yang berselisih dalam masalah pembunuhan Syaidina
Osman ra, lalu mereka menyangka dengan adanya Syaidina Aishah rah bersama
mereka, dan beliau adalah Umum Mukminin, isteri kepada Rasulullah saw, mungkin
ini yang membuat masyarakat memberikan keyakinan kepada mereka (kelompok
Thalhah dan Zubair), lalu mereka menjadikan kehadiran beliau (Siti Aishah rah)
adalah sebagai islah (mendamaikan) dan dengan sebab ini juga beliau keluar
bersama mereka. Telah berkata Ibnu Al Arabi salah seorang Ahli tafsir yang
dikenali di dalam kitabnya Ahkamul Quran: “Adapun keluarnya beliau (Siti
Aishah rah) di dalam peperangan Jamal bukanlah bertujuan untuk berperang,
tetapi kerana manusia semuanya bergantung kepadanya (memerlukan beliau) , dan
mereka semua mengadu kepada beliau berhubung fitnah yang besar yang sedang
berlaku dan keadaan manusia yang sedang kacau bilau, lalu mereka mengharapkan
keberkahan beliau untuk memulihkan keadaan dan juga agar beliau tidak malu-malu
memohon pertolongan dari Allah swt, dikeranakan sangkaan beliau juga sama, maka
beliau pun keluar dengan berpandukan firman Allah swt di surah An Nisaa ayat
yang ke 114 yang bermaksud: “ Tidak ada kebaikan pada kebanyakan
bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh
(manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di
antara manusia” dan firman Allah swt lagi di surah Al Hujuraat ayat 9 yang
bermaksud: “ Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mu’min berperang maka
damaikanlah antara keduanya”, maka hampir tercapai kedamaian di antara dua puak
yang bertelagah ini, tetapi disebabkan masalah-masalah yang berlaku yang tidak
dapat dielakkan disebabkan dakwaan fitnah pembunuhan Osman ra, maka orang-orang
yang terlibat (membunuh) merasa takut mereka akan di dakwa jika kedamaian telah
pulih di antara dua golongan yang bertelagah.
Keluarnya Siti Aishah rah adalah Ijtihadnya sendiri, dan telah sabit
bahawa beliau menarik kembali Ijtihadnya itu.
Dalil yang menunjukan keluarnya Syaidatina Aishah rah adalah
ijtihahnya sendiri, adalah beliau telah menarik kembali ijtihadnya itu dan
mengaku kesilapannya, maka tidaklah boleh dijadikan hujjah perbuatannya itu
sehingga menjadikan perselisihan bahawa beliau telah dilantik sebagai ketua
angkatan tentera, telah diriwayatkan oleh At Thabari dengan sanad yang shahih
dari Abi Zaidi Al Madiini, belaiu berkata: Telah berkata Amaar ibnu Yaasir
kepada Aishah setelah selesai peperangan Jamal: Alangkah jauhnya perjalanan
(peperangan ini) daripada ketetapan yang telah ditetapkan kepada kamu – lalu
disebutkan firman Allah swt yang bermaksud: “ Dan hendaklah kamu tetap di rumah
mu” surah Ahzab ayat 33, beliau (Aishah) pun berkata: apakah ini Abu Al Yuqzan?
Beliau menjawab: benar, lalu beliau (Aishah) berkata: Demi Allah sesungguhnya
perkataan kamu ini adalah benar, beliau berkata: “Segala puji bagi Allah yang
telah memberikan ketentuan kepada ku melalui perkataan kamu”.
Dalil Yang Keempat: Al Qias :
Ijmak ulama’ telah bersependapat mengatakan tidak dibenarnya wanita
dilantik sebagai ketua Negara dengan berpandukan hadis, yang bermaksud: “Sekali-kali
tidak akan mencapai kemenangan sesuatu kaum
yang menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka”,
tabiat semulajadi seorang wanita membawa kepada masalah ini, iaitu ketentuan
sifat mereka yang lemah lembut, sifat sensitive, mudah mengalah (tidak tegas)
dan ketentuan-ketentuan yang lain yang khusus terdapat pada kaum perempuan
seperti datang haid, mengandong, melahirkan anak yang mana perkara ini berlaku
setiap bulan atau tahun, begitu juga sulit bagi mereka mendapatkan ketentuan
yang lebih tepat yang memerlukan ijtihad dengan mengunakan fikiran dan
pandangan yang bertentangan dengan pendapatnya, dan perlu juga dihadapi
masalah-masalah yang berbagai-bagai yang mendatang dan hati yang senantiasa
bersedia, maka diqiaskan perhakiman keatas pemimpin Negara kerana keduanya
termasuk dalam wilayah-wilayah umum, maka dengan itu dilarang perlantikan
wanita sebagai hakim, sepertimana beliau juga dilarang menjadi pemimpin Negara.
Pembahasan Dalil Ini:
Kami bahaskan dalil ini, bahawa sifat kewanitaan itu boleh disahkan
sebagai sebab perlarangan wanita untuk dilantik sebagai ketua Negara, ini dikernakan
kedudukan ini menbuatnya sibuk dengan pengurusan dan kemahuan yang
berbagai-bagai, berani kehadapan menghadapi isu-isu yang berat, ini semua
merupakan perkara-perkara yang kebanyakkan kaum wanita tidak dapat memikulnya,
kami juga dapati sebahagian pemimpin dari kalangan kaum lelaki memperlihatkan
urat-urat putih mereka apabila menghadapi masalah yang sulit berhubung masalah
kenegaraan dan kementerian, maka bagaimana pula jika masalah ini dihadapi oleh
kaum wanita.
Tetapi kewanitaan itu di sudut kehakiman tidak dapat diterima
sebagai sebab untuk melarang wanita dari memegang kedudukan ini, bahkan
kewanitaan itu adalah sifat yang tidak dapat diterima sebagai sebab perlarangan
ini, sebagaimana yang telah diterangkan telah sabit secara ijmak ulama’ – tidak
kurang mereka-mereka yang bersetuju dengan permasalahan ini – bahawa kewanitaan
itu tidak memberikan kesan kepadanya dalam urusan-urusan yang khusus, seperti
wasiat ke atas anak yatim, atau urusan ke atas perwakafan begitu juga dengan
kehakiman, ini dikernakan kedudukan itu dibolehkan ke atasnya disebabkan oleh
kemampuan ke atas kedudukan atau tugas tersebut dan tidak dilihat pada
kedudukan umum ataupun khusus sesuatu kedudukan itu.
Jawapan Kami Pada Pembahasan ini:
Jawapan kami pada pembahasan ini dibahagi kepada dua perkara
Perkara Pertama: Sesungguhnya kewanitaan
itu adalah tempat yang kurang sempurna, atau seorang wanita itu tidak dapat
melaksanakan tugas-tugas ini dengan sempurna, kewanitaan itu terdapat pada
sesuatu urusan dari urusan-urusan yang umum seperti contoh kehakiman – maka
dari itu tidak dibolehkan perlantikan seorang wanita dalam sesuatu urusan dari
urusan-urusan tersebut, jika tidak pasti Ijmak Ulama’ akan berpendapat untuk
mengecualikan sebahagian urusan dan membolehkan agar wanita itu dilantik dalam
urusan-urusan yang telah di Ijmakkan oleh ulama’ dalam membenarkannya
disebabkan kemampuannya itu, maka kami juga berpendapat bahawa tidak dibenarkan
ke atas wanita untuk memegang sesuatu kedudukan dari kedudukan-kedudukan yang
ada, sebab ini dikhususkan kepada dalil dikalangan ulama’ ahli usul.
Perkara Kedua : Adapun dikatakan terdapat perbezaan di antara
kedudukan kehakiman dan ketua Negara disebabkan oleh kemampuan dalam urusan
kehakiman dan tidak pada pemimpin Negara – walaupun keduanya termasok di dalam
wilayah yang bersifat umum- hukum ini adalah jelas, dan juga persamaan di
antara kehakiman dan wasiat ke atas anak yatim adalah dua masalah yang berbeza
yang ketentuannya tidak berdasarkan kepada dalil, maka pendapat seumpama ini
tidak diterima dalam pembahasan ilmiah.
Dalil Yang Kelima :
Kemungkinan keadaan wanita itu yang teramat chantek sehingga boleh
mendatangkan fitnah, begitu juga percakapannya boleh menimbulkan fitnah maka
syara’ melarangnya, kerana apa saja yang membawa kepada larangan adalah
dilarang.
Dalil Yang Keenam:
Kehakiman itu lebih besar kedudukannya daripada menjadi imam di
dalam solat, tidaklah dibolehkan sesorang wanita untuk mengimamkan kaum lelaki
di dalam solat, dengan dibolehkan mengimami orang-orang yang fasiq, maka
melarangnya daripada menjadi hakim yang tidak disahkan bagi orang fasiq adalah
lebih utama.
Dalil Yang Ketujoh:
Hakim biasanya harus menghadiri perhimpunan-perhimpunan yang
terdapat di dalamnya permusuhan di antara pihak-pihak yang bertelagah dan kaum
lelaki, maka dalam hal ini jika beliau memegang kedudukan ini beliau perlu
bergaul sesama mereka sedangkan kaum wanita diperintahkan agar tidak menghadirkan
diri dalam himpunan yang ada kaum lelaki.
Dalil Yang Kelapan:
Kehakiman itu memerlukan pendapat yang sempurna, begitu juga
kesempurnaan akal dan kebijaksanaan, sedangkan perkara ini (pendapat dan
fikiran) kurang bagi kaum wanita, dan Allah swt juga telah mengingatkan
kelemahan (pelupa) kaum wanita dengan
firman berhubung kedudukan kesaksian di surah Al Baqarah ayat 282 yang
bermaksud:
“Jika tidak ada dua
orang saksi lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari
saksi-saksi yang kamu redai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi
mengingatkannya”
Maka kaum wanita pada umumnya walaupun sebahagian mereka mungkin begitu
bijak dan lebih baik dari kebanyakkan kaum lelaki, mereka biasanya lebih mudah
terlupa, ini dikernakan kesulitan mereka untuk menguasai pemikiran dan akal
mereka secara keseluruhannya disebabkan oleh keadaan yang perlu mereka alami
seperti keuzuran setiap bulan, mengandong, melahirkan anak dan apajua yang
serupa dengannya yang membuat kepada beban yang berat dan kesakitan, begitu
juga tanggong jawab dalam hal mendidik dan menjaga anak-anak yang masih kecil
baik siang mahupun malam, dan juga perasaan belas ikhsan seorang wanita yang
begitu mendalam mungkin akan memberikan kesan yang negetif kepada kemampuannya
berfikir apabila beliau terpaksa berhadapan dengan permasalahan dan tekanan
yang berbagai, kepayahan dalam membuat keputusan hukum, maka sifat belas ikhsan
dan emosi yang begitu kuat juga dapat menganggu pemikiran dalam membuat apajua
keputusan yang baik walaupun dia seorang yang bijak pandai.
Dalil Yang Kesembilan:
Kalaulah wanita itu dibenarkan menjadi hakim sudah pasti perlantikan
ini akan berlaku di zaman Rasulullah saw, atau di zaman para khulafa Ar
Raashidiin, tetapi tidak pernah dinukilkan bahawa Nabi saw ada melantik mereka
menduduki jawatan ini, atau sebagai ketua sebuah Negara, dan tidak juga mereka
dilantik dikalangan khulafa Ar Raashidiin, dan tidak juga setelah zaman mereka,
kalaulah dibolehkan sudah pasti terdapat mereka-mereka yang dilantik pada
zaman-zaman tersebut.
Dalil Pendapat Mazhab Hanafi:
Adapun Mazhab Hanafi mereka berpendapat tidak dibolehkan seorang
wanita dilantik sebagai hakim, tetapi jika beliau dilantik dan menjatuhkan
hukum dalam perkara hukum-hukum yang tertentu, maka berdosalah orang yang
melantiknya, dan keputusan hukumnya tidak diterima kecuali dalam
perkara-perkara yang dibolehkan bagi dirinya menjadi saksi, seperti
masalah-masalah penyusuan, kelahiran, harta dan yang serupa dengannya, iaitu
selain daripada masalah hudud dan qisas, Mazhaf Hanafi telah berhujjah dengan
dalil-dalil yang sama sebagaimana yang telah disampaikan oleh Jumhur Ulama’
dalam hal tidak dibenarkannya wanita dilantik sebagai hakim, kecuali mereka
berhujjah dengan mengesahkan keputusan hukum yang dibuat olehnya selain masalah
hudud dan qisas, iaitu diterima hukumannya dengan berdosa orang yang
melantiknya, ini dikernakan kehakiman berhubung kait dengan kesaksian di dalam
bab wilayah, dan wanita dibenarkan untuk bersaksi selain perkara hudud dan
qisas, maka dengan itu dibenarkan mereka menduduki jawatan hakim dalam
perkara-perkara tertentu selain masalah hudud dan qisas.
Pembahasan Dalil Mazhab Hanafi:
Menjawab dalil-dalil yang diketengahkan ini dengan dua perkara:
Pertama: Wilayah (kedudukan atau kekuasaan)
di dalam syahadah (kesaksian) berbeza dengan wilayah di dalam kehakiman, ini
merupakan satu perkara yang biasa dimana keahlian di dalam kesaksian berbeza
dengan keahlian di dalam kehakiman. Walaupun kehakiman dan kesaksian itu
termasuk dalam masalah wilayah, tetapi kekuasaan di dalam kehakiman adalah
bersifat umum dan sempurna, dan kekuasaan di dalam kesaksian tidak terdapat di
dalamnya sifat umum dan sempurna tetapi bersifat khusus dan terhad, dan tidak
semestinya orang yang dibenarkan menguruskan perkara-perkara yang bersifat
khusus dibolehkan mengurusi perkara-perkara yang bersifat umum.
Begitu juga kekuasaan di dalam kehakiman ini melaksanakan yang hak
tanpa melalui apa-apa halangan, tetapi kekuasaan di dalam syahadah tidak dapat
dilaksanakan kecuali hanya dengan perintah hakim, dengan ini terdapat perbezaan
di antara kedua wilayah ini, maka jika tedapat perbezaan yang nyata maka
tidaklah sah menyamakannya dengan yang lain.
Kedua:
Dalil yang diketengahkan oleh Jumhur Ulama’ membawa maksud tidak dibenarkan
wanita dilantik sebagai hakim, ini samalah dengan tidak mengesahkan
perlantikannya, jika Mazhab Hanafi ini benar-benar berpendapat sama dengan
pendapat Jumhur Ulama’ iaitu tidak dibenarkannya perlantikan wanita sebagai
hakim, maka dengan ini samalah juga berpendapat bahawa keputusan hukum yang
dibuatnya tidak dapat diterima.
Menolak Pembahasan Ini:
Menjawab pembahasan yang kedua di atas ini dengan dalil yang telah
diketengahkan oleh Jumhur Ulama’ yang tidak mengizinkan perlantikan wanita
sebagai hakim dan pendapat yang menyatakan jika dilantik maka berdosalah orang
yang melantiknya, atau jika beliau menghakimi di antara dua puak yang
bertelagah dan membuat keputusan yang bersesuai dengan hukum-hukum syara’
apakah hukumannya itu diterima atau tidak? Maka tidak terdapat sebarang dalil
yang mengatakan tidak diterima hukuman yang telah dijatuhkan olehnya jika bersesuaian dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah swt di dalam hukum syara’, kecuali jika sudah sabit sumber dari
syara’ yang menengah keahliannya, tetapi hal ini tidak terdapat di dalam hukum
syara’, sumber larangan keahliannya itu bukan lah datangnya dari hukum syara’
kecuali disebabkan oleh kekurangan pemikirannya (akalnya), dan sebagaimana yang
telah dimaklumi perkara ini tidak sampai keperingkat larangan (penengahan)
terhadap wilayahnya (kekuasaan/kemampuan) secara keseluruhannya, ini
dikeranakan beliau dibenarkan untuk bersaksi, dan menghadiri upacara perwakafan
dan wasiat kepada anak yatim, dan kekurangan kemampuannya itu hanyalah dari sudut
kelupaan dan sifat semulajadinya saja, kemudian jika ia dinisbahkan kepada
jenis perempuan, maka dibolehkan bagi seseorang berbeza dengan perbezaan ini,
ini dikernakan para ulama’ telah bersetuju dengan pendapat yang mengatakan
bahawa: Lelaki itu lebih baik dari wanita dengan menerima juga bahawa
sebahagian wanita ada yang lebih baik dari sebagian lelaki, maka kekurangan
yang semulajadi yang telah dinisbahkan oleh Nabi saw dalam hadis berhubung
mereka yang melantiknya tidak akan mencapai kemenangan bertentangan dengan hal
perlantikan, ini dikeranakan kekurangan yang terdapat pada diri mereka (wanita)
adalah kekurangan yang semulajadi, ini sudah tidak dapat dinafikan tetapi
pendapat yang mengatakan jika dilantik juga dan beliau (wanita) menjatuhkan hukuman
sesuai dengan kebenaran mengapa perlu dibatalkan kebenaran itu?.
Dalil Bagi Golongan Yang Mengatakan Wanita Boleh Dilantik Sebagai
Hakim:
Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut:
Dalil Yang Pertama: Asal (asas), iaitu
setiap seseorang yang berkemampuan mengadili manusia, maka hukumnya adalah
dibenarkan, inilah yang dimaksudkan dengan asal yang umum, iaitu kaedah kuliyah
(kaedah umum), ini dikeranakan ijmak ulama telah mengkhususkan kaedah Asal yang
Umum ini, maka ijmak ulama’ telah berpendapat tidak dibolehkan wanita dilantik
sebagai ketua Negara kerana terdapat hadis yang menghukum berhubung hal ini,
maka dengan ini apa saja yang dikhususkan oleh Ijmak ulama’ menjadi terkecuali
dari kaedah Asal yang Umum ini dan tinggallah selain dari hukum asal ini, oleh
itu dibolehkan seorang wanita dilantik dalam jawatan kehakiman dan kejantinaan
itu tidaklah menjadi penghalang dalam hal ini kerana ia tidak memberikan kesan
dalam penyampaian hujjah dan kedudukannya dalam kehakiman.
Pembahasan Dalil Ini:
Pertama: Wanita itu tidak berkemampuan
untuk melaksanakan tugas dalam kehakiman dalam bentuk yang menyeluruh
disebabkan oleh kekurangan semulajadi wanita tersebut, dan dikeranakan juga
mereka mempunyai urusan yang banyak dengan sifat semulajadi mereka, oleh itu jika
mereka memegang jawatan ini maka akan bercanggahlah ia dengan sifat semulajadi
mereka yang telah dikhususkan buat mereka, iaitu dalam hal haid, kehamilan dan
kelahiran, penyusuan, ini semua dapat menjejas kemampuan mereka dalam
melaksanakan tugas dalam kehakiman dan dalam membuat keputusan hukum yang lebih
sempurna, dan keadaan mereka yang semulajadi inilah yang akan membuat mereka
lupa, seperti membuatnya kehilangan atau tidak memerhatikan sesuatu dalil atau
hujjah di dalam melaksanakan hukum.
Kedua: Pendapat ini telah dibatalkan dengan pendapat dalil dalam hal
perlantikan pemimpin Negara, ini dikerenakan seorang wanita mungkin
berkemampuan dalam melaksanakan tugas yang berbagai dalam kedudukan ini, tetapi
para alim ulama’ telah bersependapat agar tidak membenarkan mereka menyandang
kedudukan ini.
Dan mungkin juga pendapat yang menbolehkan itu dengan pengecualian
pemimpin Negara dikerenakan terdapat Ijmak ulama’ yang melarang perlantikannya,
berdasarkan kepada hadis : “Sekali-kali tidak akan mencapai kemenangan
sesuatu kaum yang menjadikan seorang
wanita (peminpin) dalam urusan mereka” perkara ini jika dikembalikan kepada
pengecualiannya dalam firman Allah swt di surah yang bermaksud: “ Dan orang-orang yang
menuduh wanita-wanita yang baik melakukan penzinahan dan mereka tidak dapat
mendatangkan empat orang sebagai saksi, maka hendaklah mereka itu disebat
sebanyak 80 kali sebatan dan jangan lah diterima segala kesaksian mereka buat
selama-lamanya, mereka inilah orang-orang yang fasiq, kecuali jika mereka
kembali bertaubat dan berbuat baik setelah itu, sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Pengasih”
Sesungguhnya Jumhur Ulama’ yang berpendapat pengecualian itu harus
dikembalikan kepada jumlah secara keseluruhan sebelum ini juga dalam waktu yang
sama berpendapat tidak boleh digugurkan hukuman had (sebat) kerana hukuman had
dalam masalah ini (menuduh orang berzina tanpa bukti) tidak boleh digugurkan
dengan pendapat secara Ijmak, begitu jugalah perkara ini boleh ditolak dengan
alasan pemimpin Negara adalah terkecuali dalam kaedah ini secara ijmak,
berdasarkan kepada Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Sekali-kali tidak akan
mencapai kemenangan sesuatu kaum yang
menjadikan seorang wanita (peminpin) dalam urusan mereka”
Dalil Kedua :
Seorang wanita itu dibolehkan menjadi mufti, ini jika di qiaskan
jawatan kehakiman dan jawatan mufti, kerana kedua jawatan ini menerangkan hukum
syara’ maka dibolehkannya lah seorang wanita itu menjadi hakim.
Membahas Dalil Ini:
Dalil ini yang mengunakan kaedah qias dengan perbezaan , kaedah qias
dengan adanya perbezaan seumpama ini adalah tidak sah, perbezaan yang
dimaksudkan disini datangnya dari dua sudut:
Sudut Pertama : Bahawa bidang kehakiman
adalah suatu wilayah (yang mempunyai kekuasaan), sedangkan bidang fatwa tidak
sedemikian, ini dikeranakan bidang fatwa tidak ada ikatan (kewajipan untuk
dituruti) berbeza dengan bidang kehakiman ia mempunyai ikatan dan kewajipan
keatas dua pihak yang bertelagah.
Sudut Kedua: Orang yang meminta fatwa
hukum tersebut adalah untuk dirinya saja berbeza dengan hukum kehakiman ia
adalah suatu hukum yang diwajibkan.
Menjawab Pembahasan Ini:
Menjawab pembahasan diatas ini, bahawa fatwa juga boleh mengikat
(wajib dituruti) hukumnya, ini berlaku jika tiada jalan lain kecuali dengan
fatwa untuk memperbaiki keadaan, dan tidak dikecualikan masalah-masalah
seumpama ini jika yang membuat fatwa itu adalah seorang wanita jika beliau
mempunyai kedudukan dalam melaksanakannya, maka bidang fatwa adalah suatu
bidang kekuasaan secara keseluruhannya, iaitu kekuasaaan dalam sebahagian
masalah yang dibincangkan ini.
Menolak Jawapan Ini:
Sebahagian ulama’ menolak jawapan pembahasan ini kerana fatwa yang
mengikat adalah disebabkan oleh suatu kemudaratan (darurat), ini sebagaimana
yang dimaklumi darurat itu mempunyai hukum-hukum yang khusus yang berbeza
dengan hukum-hukum dalam keadaan membuat pilihan, dan masalah khilaf di sini
adalah memastikan keadaan membuat pilihan, oleh sebab itu jika terdapat sesuatu
hal yang darurat yang dihukumkan oleh seorang wanita, yang telah dilantik oleh
Sultan yang mempunyai kuasa, maka keputusan hukumnya itu boleh diterima, jika
tidak sebagaimana yang dikatakan oleh para ulama’akan bertambahlah permasalahan
yang dihadapi oleh manusia, maka dengan ini teranglah bahawa keadaan darurat
dalam hal kehakiman seorang wanita adalah dalam keadaan hal yang dikecualikan.
Dalil Yang Ketiga:
Mengiaskan pegawai penghakiman (pegawai hukum) dengan pegawai
keamanan (pegawai menjaga keadilan), ini sebagaimana yang telah diriwayatkan
oleh Umar Ibnu Khattab r.a bahawa beliau telah melantik seorang wanita yang
bernama Ummu Syafaah sebagai penguasaan menjaga keamanan dan ketertiban di
pasar, maka ini menunjukkan wanita boleh dilantik sebagai hakim qias kepada
pegawai keamanan kerana kedua-duanya termasuk dalam wilayah yang umum, ini
dikeranakan asal qiasan masalah ini adalah pegawai keamanan, dan furu’ (cabang)
masalahnya pula adalah pegawai kehakiman, dan sebab persamaan kedua-duanya
adalah mereka termasuk dalam katogari wilayah yang umum, dan hukumnya adalah
jika dibolehkan seorang wanita dilantik sebagai pegawai keamanan maka
dibolehkan juga wanita dilantik sebagai pegawai kehakiman. Ibnu Hazmi juga
telah berhujjah dengan pendapat serupa ini, tetapi perlu diterangkan disini
bahawa perbezaannya adalah Ibnu Hazmi tidak menyandarkan qiasnya kepada
perbuatan Umar r.a sebagaimana di atas ini, tetapi Ibnu Hazmi dan Mazhab
Fiqhnya dan Usuliyah yang lain berpendapat bahawa sesuatu qias itu tidak boleh
disandarkan dengan sandaran-sandaran syara’, inilah pandangan mazhab zahiriyah
yang dipegang oleh Ibnu Hazmi, beliau berkata: “Dan tidak dibolehkan sesuatu
hukum itu dibuat secara Qias, dan tidak juga dengan pendapat(pandangan), dan
tidak juga dengan cara keikhsanan, dan tidak juga dari perkataan seseorang selain
Nabi saw, yang tidak bersesuaian dengan Al Quran dan Sunnah yang shahih, kerana
semuanya ini adalah hukum yang sampai ketahap sangkaan saja, sebagaimana firman
Allah swt di surah An Najm ayat 28 yang bermaksud :
“Sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap
kebenaran”
dan firmanNya lagi di surah yang sama ayat 23 yang bermaksud:
“Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa
yang diingini oleh hawa nafsu mereka, dan sesungguhnya telah datang petunjuk
kepada mereka dari Tuhan mereka”.
Dan Nabi saw telah bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu
semua menjauhkan diri dari bersifat sangkaan, kerana sesungguhnya sangkaan itu
adalah seburuk-buruk percakapan (pembohongan)”
Oleh itu Ibnu Hazmi tidak menyandarkan qiasnya dengan mengunakan
qias perlantikan hakim dengan perlantikan pemerhati, ini dikeranakan jika tidak
akan terdapat kesalahan mengunakan qias di dalam hukum, kerana bagi Mazhab
Zahiri qias tidak dapat dijadikan sandaran kepada hukum, oleh sebab itu Ibnu
Hazmi telah mengunakan pendapat dalam kitabnya Al Mahalli : “Dan dibolehkan
melantik seorang wanita sebagai pegawai hukum dan ini adalah pendapat Abi
Hanafiyah (Mazhab Hanafi), dan sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Umar
Ibnu Khattab, bahawa beliau telah melantik As Syafaah seorang wanita dari
kaumnya dalam urusan di pasar”
Kemungkinan apa yang berlaku di sini adalah Ibnu Hazmi berpendapat
bahawa wanita yang dilantik oleh Umar Bin Khattab sebagai penguasa di pasar itu
bertindak sebagai hakim dalam mengadili permasalahan-permasalahan yang berlaku
diantara mereka di pasar. Dan Ibnu Hazmi tidak pula menyentuh sebab ini untuk
diqiaskan kepada jawatan kehakiman yang dilaksanakan oleh wanita tersebut,
sebagaimana yang telah di riwayatkan dari Umar yang melantiknya sebagai
penguasa di pasar. Kemungkinan beliau (Ibnu Hazmi) berpendapat amalan ini adalah
sebahagian dari jawatan kehakiman.
Membahas Dalil Ini:
Menjawab dalil ini sepertimana berikut:
Pertama : Perbuatan yang dilakukan oleh
Umar bukanlah suatu hujjah, ini dikernakan tidak diterima perkataan atau
perbuatan seseorang itu selain dari Nabi saw, sepertimana yang diterima dari
kalangan ulama-ulama Usuliyah, dan tidak terdapat seseorang pun dikalangan
ulama’ yang mengatakan bahawa perbuatan beliau (Umar ra) itu bertentangan
dengan hukum, sehingga terdapat ijmak ulama yang mensabitkan dakwaan tersebut.
Terdapat sebahagian pembahas (Doktor Abdul A’li Atwah-Muhadarat Fi
Ilmi Qadha)) yang mengunakan dalil Ibnu Hazmi berhubung riwayat dari Umar,
beliau berkata: Yang amat menajubkan adalah dalil yang digunakan oleh Ibnu
Hazmi ini dengan mengunakan perbuatan (tindakan) Umar dapat diterima sebagai
hujjah kerana ia adalah pendapat sahabat, tetapi apa yang menghairankan adalah
ia bertentangan dengan adat kebiasaan dengan mengunakan kaedah ini, kerana ia
tidak menerangkan sanadnya, atau kedudukannya, dan yang lebih menghairankan
lagi adalah menyandarkan pendapat ini kepada Abi Hanifah yang tidak tepat sama
sekali baik dalam sudut kesesuaiannya mahupun ketetapannya.
Dan yang amat menghairankan adalah beliau berpendapat bahawa seorang
wanita tidak boleh menikahi dirinya sendiri atau orang lain, tetapi dalam waktu
yang sama berpendapat perlantikannya sebagai hakim membolehkannya menikahkan
orang lain dengan berpandukan kekuasaan kehakiman.
Kemungkinan perlantikan seorang wali (wali hakim) keatas perempuan yang
tidak mempunyai wali dari kalangan lelaki dalam hal ini, bermaksud bahawa tidak
lah boleh wanita itu dilantik walaupun dia sebagai seorang hakim, kerana tiada
masalah dalam hal seumpama ini.
Kedua : Boleh diterima perbuatan Umar
sebagai hujjah, tetapi dalil perbuatan ini tidaklah sabit kepadanya (Umar),
sebab itu Ibnu Arabi telah berkata : “Dan apa yang di riwayatkan bahawa Umar
telah melantik seorang wanita sebagai penguasa di dalam pasar, maka pendapat
ini tidaklah benar, maka janganlah mengambilnya (sebagai hujjah), kerana ia
merupakan tipu daya orang-orang pembuat bid’ah di dalam hadis-hadis” (Ahkamul
Quran Lil Ibnu Arabi)
Kesimpulan.....
No comments:
Post a Comment