Panduan Ibu
Bapa
Membantu Anak-anak
Dalam Proses Penceraian
(disusun
oleh: Abdul Jalil Abdul Razak. B.A Al Azhar, M.A Monash Universiti)
Pengenalan
Setiap
anak yang lahir di dunia ini adalah pewaris bagi kedua orang tuanya, anak bukan
hanya mewarisi harta pusaka, tetapi juga berhak menikmati dan mendapatkan segala
kasih sayang, kebahgian, perhatian, bimbingan, dan perlindungan yang terbaik
dari kedua orang tua mereka, begitu juga sebaliknya, anak-anak boleh menjadi mangsa
akibat dari tindak tanduk orang tua mereka, ini boleh berlaku akibat dari keputusan
dan pilihan yang dibuat oleh kedua mereka, inilah dua gabungan (pewaris dan
mangsa) yang senantiasa dialami anak-anak dari kedua orang tua mereka, gabungan
diantara: kekuatan atau kelemahan, kebahagian atau penderitaan, kepandaian atau
kebodohan, bertimbang rasa atau mementingkan diri sendiri dan sebagainya.
Natijahnya pembentukan anak-anak banyak bergantung dan bersebab dari tindakan
dan cara keputusan yang dibuat oleh kedua orang tua mereka.
Dalam
perkara yang bersangkut paut dengan penceraian, anak-anak akan lebih menjadi pemangsa
daripada pewaris. Ini dikeranakan anak-anak terpaksa memilih perjalanan hidup yang
tidak menentu, yang berliku-liku sehingga mengubah corak kehidupan dan
masadepan mereka buat selama-lamanya, anak-anak ini juga terpaksa mencari
berbagai jawapan yang menghantui benak pemikiran mereka, semua ini hasil dari
keputusan yang dibuat oleh orang tua mereka untuk berpisah, dalam benak mereka
akan tertanya-tanya:
·
Bagaimana
orang tua yang sudah berikrar untuk mendirikan rumah tangga memilih jalan untuk
meruntuhkan rumah tangga yang telah dibina?.
·
Jika sesuatu
ikrar atau janji mendirikan rumah tangga boleh diruntuhkan, apakah akan ada
lagi ikrar atau janji yang dapat dipercayai?
·
Jika orang
tua dapat menghilangkan perasaan cinta dan kasih sayang diantara mereka berdua,
apakah mereka juga dapat menghilangkan perasaan cinta dan kasih sayang terhadap
anak-anak mereka?
·
Jika salah
seorang dari mereka dapat meninggalkan keluarga, apakah yang satu lagi juga
turut begitu?
·
Jika kasih
sayang itu tidak bersifat selama-lamanya, berapa lamakah ukuran kasih sayang?
Penceraian
pastinya mengakibatkan satu perubahan besar dalam hidup seseorang, ia juga boleh
menghancurkan segala kepercayaan dasar seorang anak berhubung dua perjanjian
penting yang telah dimenterai oleh kedua ibu bapa mereka yang diyakini oleh
anak tersebut, iaitu :
(1) Kedua
orang tua akan senantiasa bersama membina rumah tangga mereka.
(2).Mereka
akan tetap bersama demi menjaga rumah tangga yang telah mereka bina.
Bagi diri
anak-anak, penceraian itu sudah pastinya mengakibatkan banyak kehilangan dalam
hidup mereka, kehilangan kasih sayang dari kedua orang tua, keyakinan diri
dalam mengharungi hidup, dan kepercayaan terhadap orang tua mereka yang
mementingkan diri sendiri dari tanggong jawab mereka terhadap keluarga dan
anak-anak.
Walaupun
pasangan merasakan keputusan untuk berpisah adalah keputusan pribadi, iaitu diantara
mereka berdua saja tanpa melibatkan anak-anak, tetapi pada hakikatnya anak-anak
juga akan turut terpisah. Begitu juga perpisahan mungkin dirasakan perlu dan
yang terbaik bagi kedua pasangan, tetapi tidak untuk anak-anak, keputusan yang
dibuat akan mengakibatkan anak-anak merasa lebih tertekan, terluka, hampa,
kecewa, diabaikan, dikhianati atau disingkirkan. Mungkin bagi pasangan yang
berpisah mereka akan merasakan masadepan yang lebih cerah dengan kehidupan yang
baru, tetapi tidak bagi diri anak-anak, mereka hanya akan merasakan perjanjian
yang musnah, keluarga yang terpisah, masadepan yang tidak menentu dan tekanan
emosi yang mendalam.
Bagi mereka
yang beranggapan perceraian itu adalah satu perkara yang lumrah kerana ia sudah
menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat, maka tanggapan seumpama itu adalah
salah dan tidak bertanggong jawab, walaupun terdapat banyak pasangan yang
mendirikan rumah tangga dan mengakhirinya dengan perpisahan, ini tidak bermakna
penceraian itu adalah satu perkara yang boleh diambil ringgan, ini dikeranakan keputusan
untuk berpisah adalah keputusan individu dan dibuat atas dasar kepentingan
individu atau pasangan, melebihi kepentingan dan kebahgiaan hidup anak-anak
mereka.
Ini tidak
bermakna pasangan yang berpisah mempunyai niat untuk melukai jiwa atau perasaan
anak-anak mereka, tetapi hakikatnya pasangan tidak akan dapat berpisah tanpa
melukai jiwa dan perasaan anak-anak tersebut. Ini juga tidak bererti pasangan
tidak boleh berpisah disebabkan oleh rumah tangga mereka yang bermasalah, dan
seterusnya mencari kebahgian dengan pasangan baru, mereka berhak mendapatkan
kebahagian, tetapi itu tidak bererti anak-anak perlu menanggong penderitaan
demi kebahgian orang tua mereka, begitu juga pasangan yang tidak bahagia dalam
rumah tangga tetapi tetap kekal bersama, tidak semestinya boleh menanamkan
sifat tidak bahagia mereka di dalam kehidupan anak-anak mereka.
Penceraian
juga boleh diibaratkan sebagai suatu proses pembedahan terhadap anggota tuboh
badan dalam sesebuah rumah tangga, kerana proses ini akan mengasingkan setiap anggota-anggota
tersebut sehingga mereka semua menjadi anggota-anggota yang terpisah. Anak-anak
sudah pasti akan merasakan perpisahan yang berkekalan, ini kerana mereka tidak
akan lagi dapat merasakan suasana untuk tinggal bersama kedua orang tua mereka
dibawah satu bumbung. Hati kecil mereka akan berkata : “Jika aku bersama
ibu, aku akan merindui ayah, aku tidak akan dapat memiliki kedua-duanya lagi”,
dan bagi kedua pasangan pula, mereka sudah pasti akan merasa kesunyian, menjadi
ibu/bapa tunggal bermakna mereka tidak lagi memiliki pasangan yang dapat
berkongsi-sama dalam hal membesarkan anak-anak, saling memahami perasaan dan
kebuntuhan, pekerjaan dan tanggung jawab, di dalam hati kecil mereka juga pasti
akan berkata : “Sekarang aku sudah bersendiri, aku perlu terus berdikari”.
Buku panduan
kecil ini bertujuan untuk membantu pasangan dalam menghadapi tekanan emosi dan cara
mengimbangi tuntutan-tuntutan sebagai ibu/bapa tunggal dan seterusnya membantu
anak-anak dalam mengharungi detik-detik perpisahan.
·
Memberikan
contoh dan gambaran berhubung tekanan emosi yang akan dilalui oleh setiap
pasangan dan cara membantu dan mengimbangi kehendak dan kebuntuhan anak-anak
apabila orang tua mereka berpisah.
·
Memberikan
panduan umum berhubung peranan dan tanggung jawab sebagai salah seorang
ibu/bapa tunggal.
·
Memberikan
juga panduan proses peralihan yang akan dilalui oleh anak-anak dalam mengharungi
suasana hidup bersama ibu/bapa tunggal kepada peralihan suasana ibu/bapa yang
baru.
Walaupun
anak-anak akan melalui suasana yang traumatik apabila orang tua mereka berpisah,
ini tidak bermakna masadepan dan kehidupan seorang anak itu akan sama sekali musnah,
setiap perpisahan itu sudah pasti meninggalkan kesan luka yang mendalam bagi
diri anak-anak, tetapi setiap luka pasti akan sembuh dan tidak akan berkekalan.
Pengalaman ini sudah pasti menjadi satu kesan sejarah dalam diri anak-anak,
tetapi ia juga bukan satu-satunya kesan sejarah dalam hidup mereka.
Ada banyak
lagi peristiwa atau kesan-kesan yang lebih dahsyat yang dilalui oleh sebagian anak-anak
dalam kehidupan mereka, umpamanya keganasan, pengabaian yang berterusan,
kejadian atau peristiwa yang mengerikan, kematian orang tua dan sebagainya, ini
semua dapat mengakibatkan kesan-kesan negatif yang lebih mendalam pada diri
anak-anak. Hakikatnya setiap anak-anak itu mempunyai daya ketahanan yang kuat
dalam menghadapi dan mengharungi suasana perpisahan, dan akan dapat meneruskan
kehidupan mereka seperti anak-anak yang lain.
Maka sudah menjadi
tanggung jawab pasangan yang berpisah untuk berusaha memastikan anak-anak
mereka dapat diberikan bimbingan dan bantuan yang terbaik dalam mengharungi
perpisahan tersebut, apajua keputusan yang mereka buat perlulah mengambil kira “paramount
interest” atau kepentingan utama bagi kebajikan dan masadepan anak-anak
tersebut, kedua-dua pihak perlu memberi tumpuan berhubung keutamaan anak-anak
mereka dari kepentingan diri mereka sendiri, jika ini dapat dilakukan maka pada
dasarnya mereka telah melakukan keadilan terhadap diri anak-anak itu, tetapi
jika berlaku sebaliknya, maka sesungguhnya mereka telah mengkhianati amanah
mereka sebagai orang tua.