Sunday, May 24, 2015

Artikel Ringkas "Bapa Misali (Ain Society 6 Jun 15)"


Kewajiban Orang Tua Terhadap Anak

Allah Ta’ala berfirman :

 

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(QS. At-Tahrim: 6)

Jika kita perhatikan dan kita hayati firman Allah swt ini dengan hati murni , kita akan sedari betapa besarnya amanah dan tanggong jawab kita sebagai seorang suami di dalam rumah tangga, Allah swt bukan hanya memerintahkan kita supaya beriman dan melaksanakan perintah-perintah Nya, tetapi Allah swt juga memerintahkan kita supaya menyelamatkan diri kita dan seluruh keluarga kita dari api neraka.

 Apabila wahyu Allah swt disampaikan oleh Nabi saw kepada para sahabat, Umar r.a bertanya kepada Nabi saw: “Kami telah pun berusaha untuk menyelamatkan diri kami dari api neraka, tetapi bagaimana kami dapat menyelamatkan anak isteri kami daripadanya”?, Nabi saw menjawab: “Kamu melarang mereka apa yang telah Allah swt larang terhadap kamu, dan kamu memerintah mereka apa yang telah Allah swt perintah kepada kamu”

Sebagai ketua rumah tangga kita perlu sering bertanya kepada diri kita, apakah kita telah berusaha melaksanakan amanah dan tanggong jawab kita dengan sempurna sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah swt dan RasulullahNya. Ini dikeranakan amanah dan tanggong jawab ini pasti akan dipersoalkan di Mahkamah Allah swt nanti. Oleh itu untuk memastikan kita dapat melaksanakan amanah kita dengan sempurna, perlulah kita perhatikan tiga perkara berikut, jika kita dapat melaksanakan ketiga-tiga perkara ini, maka pada dasarnya kita telah dapat melaksanakan tugas kita sebagai pemimpin dalam rumah tangga, iaitu:

(1). Pendidikan Jasmani (Tuboh Badan) : Tanggong jawab kita dalam hal ini adalah untuk berusaha memberi nafkah yang secukupnya kepada anak dan isteri kita, dan nafkah yang diberikan ini perlulah datang dari sumber yang halal lagi baik (halalan taiyiban), elakkan dari memberikan mereka rezki yang haram atau dari sumber yang haram, kerana daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka neraka lah tempat yang layak untuk tuboh badan tersebut.

(2). Pendidikan Akliyah (Akal) : Tanggong jawab Ibu Bapa dalam hal ini adalah untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pembelajaran atau ilmu yang terbaik dalam hidup mereka, khususnya pendidikan ukhrawi dan dunyawi (dunia dan akherat), jika kita tidak dapat memberikan ilmu pengetahuan itu secara langsung kepada mereka, maka hendak lah kita berusaha dan pastikan mereka mendapat pendidik ilmu pengetahuan yang sewajarnya di pusat-pusat institusi pengajian yang diikhtiraf.

(3). Pendidikan Akhlakiyah (Budi Pekerti): Dalam hal ini pula sebagai Ibu Bapa kita kena pastikan anak-anak diajar dan dididik dengan budi pekerti dan akhlak yang mulia, kerana tuboh badan yang sihat dan ilmu yang dipelajari oleh anak-anak kita tidak semestinya menjadikan anak-anak itu memiliki sifat dan akhlak yang mulia, ini dikeranakan akhlak yang mulia itu wujud pada diri anak-anak itu jika mereka mengamalkan dan melaksanakan segala ilmu pengetahuan yang telah dipelajarinya, kerana pepatah arab ada mengatakan:

Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah

 

Semoga Allah swt senantiasa memberikan kita pertunjuk taufik dan hidayahNya agar kita dapat melaksanakan amanah dan tanggong jawab kita dengan sempurna, amin.

 

Tanggong Jawab Anak Kepada Orang Tua

Sebagai seorang anak pula mereka juga mempunyai tanggong jawab ke atas kedua orang tua mereka, semoga ceramah ini bermanfaat hendaknya, amin.


Sekian
Ustaz Abdul Jalil Abdul Razak

No comments: