(4). Elite
Sifat yang keempat ini adalah sifat segolongan manusia yang merasakan
dan menganggap diri mereka sebagai kaum yang elitism dalam sesebuah masyarakat,
mereka merasakan diri mereka lah yang terbaik, yang berdarjat tinggi dan harus
dipandang mulia, the best among the best. Golongan manusia elitism ini biasanya
datang dari latar belakang kelompok manusia yang mempunyai pembelajaran dan
pendidikan yang tinggi, mempunyai pengkhususan ilmu pengetahuan dan kemahiran
duniawiyah yang berbagaian, mereka ingin digelar sebagai golongan profesional.
Apabila seseorang itu merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan
kemahiran yang tertentu, dan ditambah pula mempunyai teman dan rekan-rekan yang
sealiran dengannya, maka akan bertambah hebat lah perasaan elitism mereka,
sehingga mereka merasakan tidak ada kelompok lain yang lebih hebat, yang lebih
baik dan lebih mulia dari mereka, kehebatan mereka tidak dapat ditandingi, mereka
berpendapat apa juga yang mereka fikirkan, yang mereka cadangkan dan yang
mereka lakukan adalah yang terbaik dan tiada yang lebih baik dari itu, dan
tiada pihak yang dapat menandingi mereka dalam segala urusan yang telah mereka
lakukan, dan jika ada pihak yang cuba memberikan pandangan dan respon yang berbeza, mereka tidak akan menerimanya
dan tidak akan teragak-agak menolak segala pandangan dan komen tersebut. Golongan
ini juga menganggap fahaman-fahaman yang bersifat konservatif dan yang mengunakan
kaedah cara berfikiran lama atau kaedah ulama’-ulama’ dahulu adalah fahaman yang kolot yang
ketinggalan zaman dan perlu dirombak dengan kefahaman baru mereka.
Sifat seumpama inilah yang mewujudkan perasaan dan jiwa yang tidak
menentu, walaupun pada zahirnya mereka kelihatan gembira dan bahgia, tetapi hati
dan perasaan mereka senantiasa resah dan gelisah, jiwa mereka tidak tenang dan
hilang pula sifat kedamaian, hidup mereka senantiasa dalam kekhawatiran
memikirkan kedudukan dan pengaruh mereka, hati mereka senantiasa bersalut
dengan perasaan curiga terhadap mereka-mereka yang tidak sependapat dengan
fikrah mereka, mereka akan senantiasa berusaha memastikan sesiapa saja yang
tidak sehaluan dengan kefahaman dan kehendak mereka akan disingkirkan dan
diketepikan. Segala ilmu dan kemahiran yang mereka miliki tidak dapat
memberikan mereka kebahgian yang hakiki, segala pangkat, harta, wang ringgit
dan kesenangan yang mereka perolehi tidak dapat memberikan mereka kedamaian dan
ketenangan jiwa, hidup mereka senantiasa resah dan gelisah, mereka menjadi
manusia yang berpura-pura dalam hidup, kerana mereka keliru dalam memahami erti
kemuliaan yang sebenar.
Huraiannya
Sering kali kita melihat manusia menjadi lalai dan alfa, mereka menyangka
bahwa setiap sesuatu yang dimilikinya itu merupakan hak mutlak bagi diri mereka,
mereka lupa bahwa segala yang mereka miliki itu sebenarnya adalah hak Allah swt
untuk dipertanggong jawabkan, harta yang mereka miliki, ilmu pengetahuan,
kemahiran, pangkat, derajat kedudukan, kemewahan hidup, kesehatan dan
sebagainya, ini semua merupakan pemberian Allah swt kepada seluruh
hamba-hambaNya, baik yang beriman atau yang tidak beriman, pemberian ini
sebenarnya tidaklah membuat seseorang itu menjadi mulia di sisi Allah swt,
kerana Allah swt tidak memandang status kemuliaan itu pada perkara-perkara
tersebut. Ini dikeranakan Allah swt telah berfirman di surah Al Hujurat ayar 13
yang bermaksud:
“...Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah swt, adalah
orang yang paling bertaqwa”
Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita sekalian, kemuliaan dalam
pandangan Islam adalah mereka-mereka yang benar-benar bertaqwa kepada Allah
swt, Allah swt menilai kemuliaan itu pada hati dan jiwa seseorang hamba,
sejauhmanakah hambaNya itu benar-benar beriman dan bertaqwa kepadaNya,
sejauhmana pula keyakinan hamba tersebut dalam beribadat kepadaNya dapat
meningkatkan lagi ketauhidan dan keesaannya kepada Allah swt, kerana Allah swt
tidak menilai seseorang itu dari wajah-wajahnya atau dari sifat zahir dan warna
kulitnya, tetapi Allah swt itu menilai hamba-hambaNya pada hati dan niatnya.
Jika seseorang itu menginsafi bahwa dirinya hanyalah seorang insan biasa
dan kelebihan yang dimiliki nya ini baik ia berupa ilmu pengetahuan, harta, kedudukan
dan pangkat adalah pemberian dan amanah Allah swt, maka sudah pasti dia akan
menyedari bahwa tidak ada ertinya sifat mengagong-agongkan diri atau merasakan
dirinya hebat dan bersifat elistism, kerana sifat seumpama ini hanya akan
menimbulkan kesombongan diri sepertimana sifat syaithan terhadap Nabi Adam a.s,
sehingga timbul sifat iri hati, hasad dan dengki sesama manusia, sifat yang
hanya mewujudkan permusuhan dan gila kekuasaan dan kedudukan, sifat yang membawa
manusia untuk saling berusaha untuk maju dalam espek kebendaan tetapi rendah
dalam espek kerohanian dan kemanusian, kemajuan bagi mereka hanya dinilai dari
kebendaan yang dapat diukur dan dilihat sahaja.
Islam tidak melarang umatnya berusaha untuk memajukan diri dan
mengolongkan diri mereka dalam golongan golongan yang melakukan kebaikan,
tetapi agama Islam juga menekankan apajua kebaikan yang dilakukannya itu
hendaklah berpandukan dengan ajaran yang telah digariskan oleh Allah swt dan
RasulNya, panduan yang dapat meningkatkan ketaqwaan dan keimanan seseorang
kepada Allah swt. Setiap amal yang dilakukannya ini mencerminkan pengabdiannya yang
ikhlas sehingga memurnikan jiwa dan hatinya dari sifat-sifat yang mazmumah
(sifat-sifat yang keji: sombong, hasad dengki, iri hati dll), lebih tinggi
kedudukan dan pangkat yang disandangnya tidak membuatnya merasa sombong
sehingga menghilangkan perasaan empati dan rasa kemanusian kepada mereka yang
dibawahnya, tiada beza baginya kedudukan, pangkat, bangsa dan warna kulit,
kerana dia sedar Allah swt menilai hamba-hambaNya atas dasar taqwallah.
Ini lah keindahan Islam, kepada mereka yang sedar dan benar-benar
menghayati agama ini, apa jua kedudukan mereka di alam yang fana tidak akan
membuat mereka hina atau merasa mulia, kerana mereka sedar kemuliaan bagi
seseorang yang beriman itu adalah apabila dia benar-benar dapat mengesakan dan menagongkan
Allah swt, mengikhlaskan ubudiyahnya, melaksanakan segala perintahNya,
meninggalkan larangNya dan seterusnya meningkatkan lagi ketaqwaan nya disisi
Allah swt. Jika ini semua dapat dihayatinya, Insyallah jiwa dan hatinya akan
merasa damai dan tenteram dalam mengharungi kehidupan di alam yang fana ini.
Sekian
No comments:
Post a Comment