Duhai Anak-anak Ku
Abi inginkan kamu semua hidup bahgia dan sejahtera,
hidup yang mempunyai tujuan dan matlamat yang murni, hidup yang penuh dengan
keberkatan dan keredaan Allah swt baik di dunia mahupun di akherat, hidup yang
penuh dengan kesyukuran, hidup yang bererti dan dapat memberikan ketenteraman
hati, hidup yang memberikan kedamaian dan ketenteraman kepada manusia
disekelilingmu, hidup yang memberikan manfaat kepada setiap mahkluk yang
bernyawa, hidup menjadi seorang hamba yang berbakti kepada orang tuanya dan
mengabdi kepada Allah swt, hidup sebagai seorang insan yang tahu tujuan dan
matlamat hidup yang sebenar.
Abi ingin berpesan kepada anak-anak semua, dan
ambillah pesanan Abi ini sebagai bekalan hidup mu semasa kamu melayari hidup mu
dialam yang fana ini. Perjalanan kamu semua masih jauh dan berliku-liku, kamu
mesti terus berhati-hati merendah ranjau dan duri menuju destinasi, ingatlah
setiap langkah mu itu akan menentukan kedudukan diri mu, apakah kamu bertambah
dekat denganNya atau sebaliknya.
Pastikan kamu tahu arah dan tujuan mu, jika tidak kamu
akan tersesat atau disesatkan, ingatlah jalan yang berliku-liku ini amat
berbahaya, jika kamu tersalah langkah kamu akan terjerumus kedalam nya,
sehingga kamu hanyut dan lalai dengan permainan dunia. Banyak anak-anak Adam
telah terperangkap dengan tipu daya nafsu dan syaithan, mereka menjadi lalai
dengan kenikmatan yang sementara, sehingga mereka lupa tujuan dan matlamat
hidup mereka yang sebenar, mereka hanya mengejar kebahgiaan yang bersifat fatamogana,
berhati-hati lah dan peliharalah maruah mu.
Kepada Anak Abi Yang Tertua, (M.U.H.A.M.M.E.D A.S.H
S.H.I.D.D.I.Q.U.E) ingatlah pesanan ini:
Mohonlah kepada Allah swt selalu, agar kamu diberikan kekuatan, kesabaran
dan ketabahan dalam menuntut ilmu, Insyallah , Allah swt akan membalas ganjaran
yang setimpal diatas pengorbanan mu ini.
Ucapkan lah doa sepanjang masa, agar ilmu yang kamu pelajaran ini penuh
keberkahan dan bermanfaat buat diri mu dan segenap insan yang bermuamalat
dengan mu.
Harungilah hidup ini dengan tabah dan sabar melawan hawa nafsu mu,
didiklah nafsu mu itu agar tunduk dengan keberkahan ilmu yang engkau pelajari.
Amalkanlah ilmu pengetahuan yang telah engkau pelajari, kerana ilmu tanpa
amal ibarat pohon yang tidak berbuah.
Mohonlah doa kepada Allah swt dalam setiap solat mu, agar kau menjadi
anak yang sholeh, yang dapat berbakti kepada kedua orang tua mu dengan penuh
keikhlasan, mengabdikan diri kepada Allah swt dengan penuh ketaqwaan dan
menjadi hamba Allah yang mengajak manusia ke jalan yang diredai Allah swt.
Muliakanlah mereka-mereka yang telah engkau berguru dengannya, khususnya
para alim ulama’ yang telah menaburkan bakti dan ilmunya kepada mu, dan
mereka-mereka yang lebih tua dari diri mu, hormatilah mereka dengan penuh kasih
sayang.
Elakkan diri mu dari tutur kata dan perbuatan yang tercela, dan jangan
engkau ikutkan kehendak hawa nafsu dan tipu daya dunia, imbangilah kehidupan
dunia dan akherat mu dengan neraca iman dan taqwa.
Damaikan lah jiwa dan hati mu dengan menperbanyakkan tilawah, berzikir,
bermuhasabah dan melaksanakan amal ibadat demi mencari redaNya.
Amalkan segala ilmu pengetahuan yang telah kau pelajari sehingga ianya
menghiasi segenap ruang hati mu, dan tergambar pada setiap tutur kata dan
ahklak mu, ingatlah tidaklah Nabi saw diutuskan kecuali untuk meyempurnakan
Ahklak manusia.
Sering-seringlah menziarahi guru-guru mu dan mereka-mereka yang telah
banyak berjasa dengan mu, agar mereka dapat memberikan mu nasihat yang berguna
untuk dunia dan akherat mu.
Hargailah segala pengorbanan dan jasa bakti mereka-mereka yang telah
mendidik dan membesarkan dirimu sehingga menjadi insan yang mulia, sayangi lah
mereka, muliakan lah mereka dan hormatilah mereka dengan segenap jiwa dan raga
mu.
Sinarilah hidup mu dengan sinaran Al Quran dan hiasilah hidupmu dengan
sunnah Nabi saw, berpegang teguhlah dengan kedua-duanya dengan jiwa dan raga
mu.
Hayatilah setiap langkah mu itu, agar ia
dapat memberikan manfaat dan syiar keislaman untuk semua, pastikan jalan
yang kamu tempuh itu merupakan jalan yang paling selamat di antara berbagai
jalan-jalan yang ada, perhatikan dengan teliti segala ranjau dan duri agar ia
tidak menjadi penghalang laluan mu itu.
Ingatlah jalan lurus yang sedang engkau tempuhi ini banyak ranjau dan
duri nya, bersabarlah dengan kesabaran dan ketabahan yang murni, pupuklah hati
mu dengan rangsangan yang menghiburkan, bahwa engkau sedang meniti titian
Nubuwah.
Didiklah hati m u agar tunduk dan patuh dengan ajaran Nabi mu, jangan lah
kau biarkan hati mu lalai dengan tipu daya dunia atau dikuasai oleh nafsu yang
durjana.
Dunia akan senantiasa mengejar mu walaupun kau akan cuba melarikan diri
darinya, maka jadikan dunia ini sebagai jambatan untuk akherat mu, manfaatkan
pemberian dunia ini untuk kamu menabur bakti untuk akherat mu.
Ingatlah akan kematian, kerana dengan ini kamu akan senantiasa berusaha
melakukan kebaikan untuk bekalan mu diakherat, dan agar kau sedar dunia ini
hanya untuk sementara saja dan akheratlah yang lebih kekal dan abadi.
Quwwah dan amanah adalah dua teras yang terpenting sebagai seorang
pemimpin, maka hayatilah kedua-dua sifat ini di dalam setiap sudut kehidupan
mu, peliharai lah keduanya nescaya Allah swt akan memeliharai hidup mu.
Utamakan lah aulawiyah dalam beramal dan beribadat, berilah keutamaan
kepada perkara-perkara yang perlu diberikan keutamaan, nescaya hidup mu akan
lebih terarah dan sempurna.
Elokkan lah tutur kata dan tilawah mu dalam mengumandangkan Wahyu Allah,
semoga dengan alhlak tutur kata yang baik dan bacaan mu yang indah dapat
membuka pintu hati mereka-mereka yang mencari redaNya, amin.
Nasihat di atas ini Abi tujukan pada Muhammed Ash
Shiddique, kerana Abi sedar amanah dan tanggong jawab yang berat yang perlu
dipikul terhadap keluarga dan adik-adik perempuan kamu. Semoga Allah swt
senantiasa memberikan kamu kekuatan iman dan taqwa, pertunjuk, taufik dan
hidayah dalam memikul dan melaksanakan amanah ini....besambung.
No comments:
Post a Comment