Friday, December 4, 2015

Panduan Ibu Bapa Membantu Anak-anak Dalam Proses Penceraian


Panduan Ibu Bapa
Membantu Anak-anak Dalam Proses Penceraian
(disusun oleh: Abdul Jalil Abdul Razak. B.A Al Azhar, M.A Monash Universiti)

Pengenalan

Setiap anak yang lahir di dunia ini adalah pewaris bagi kedua orang tuanya, anak bukan hanya mewarisi harta pusaka, tetapi juga berhak menikmati dan mendapatkan segala kasih sayang, kebahgian, perhatian, bimbingan, dan perlindungan yang terbaik dari kedua orang tua mereka, begitu juga sebaliknya, anak-anak boleh menjadi mangsa akibat dari tindak tanduk orang tua mereka, ini boleh berlaku akibat dari keputusan dan pilihan yang dibuat oleh kedua mereka, inilah dua gabungan (pewaris dan mangsa) yang senantiasa dialami anak-anak dari kedua orang tua mereka, gabungan diantara: kekuatan atau kelemahan, kebahagian atau penderitaan, kepandaian atau kebodohan, bertimbang rasa atau mementingkan diri sendiri dan sebagainya. Natijahnya pembentukan anak-anak banyak bergantung dan bersebab dari tindakan dan cara keputusan yang dibuat oleh kedua orang tua mereka. 

Dalam perkara yang bersangkut paut dengan penceraian, anak-anak akan lebih menjadi pemangsa daripada pewaris. Ini dikeranakan anak-anak terpaksa memilih perjalanan hidup yang tidak menentu, yang berliku-liku sehingga mengubah corak kehidupan dan masadepan mereka buat selama-lamanya, anak-anak ini juga terpaksa mencari berbagai jawapan yang menghantui benak pemikiran mereka, semua ini hasil dari keputusan yang dibuat oleh orang tua mereka untuk berpisah, dalam benak mereka akan tertanya-tanya:

·        Bagaimana orang tua yang sudah berikrar untuk mendirikan rumah tangga memilih jalan untuk meruntuhkan rumah tangga yang telah dibina?.
·        Jika sesuatu ikrar atau janji mendirikan rumah tangga boleh diruntuhkan, apakah akan ada lagi ikrar atau janji yang dapat dipercayai?
·        Jika orang tua dapat menghilangkan perasaan cinta dan kasih sayang diantara mereka berdua, apakah mereka juga dapat menghilangkan perasaan cinta dan kasih sayang terhadap anak-anak mereka?
·        Jika salah seorang dari mereka dapat meninggalkan keluarga, apakah yang satu lagi juga turut begitu?
·        Jika kasih sayang itu tidak bersifat selama-lamanya, berapa lamakah ukuran kasih sayang?

Penceraian pastinya mengakibatkan satu perubahan besar dalam hidup seseorang, ia juga boleh menghancurkan segala kepercayaan dasar seorang anak berhubung dua perjanjian penting yang telah dimenterai oleh kedua ibu bapa mereka yang diyakini oleh anak tersebut, iaitu : 

(1) Kedua orang tua akan senantiasa bersama membina rumah tangga mereka.

(2).Mereka akan tetap bersama demi menjaga rumah tangga yang telah mereka bina.

Bagi diri anak-anak, penceraian itu sudah pastinya mengakibatkan banyak kehilangan dalam hidup mereka, kehilangan kasih sayang dari kedua orang tua, keyakinan diri dalam mengharungi hidup, dan kepercayaan terhadap orang tua mereka yang mementingkan diri sendiri dari tanggong jawab mereka terhadap keluarga dan anak-anak.

Walaupun pasangan merasakan keputusan untuk berpisah adalah keputusan pribadi, iaitu diantara mereka berdua saja tanpa melibatkan anak-anak, tetapi pada hakikatnya anak-anak juga akan turut terpisah. Begitu juga perpisahan mungkin dirasakan perlu dan yang terbaik bagi kedua pasangan, tetapi tidak untuk anak-anak, keputusan yang dibuat akan mengakibatkan anak-anak merasa lebih tertekan, terluka, hampa, kecewa, diabaikan, dikhianati atau disingkirkan. Mungkin bagi pasangan yang berpisah mereka akan merasakan masadepan yang lebih cerah dengan kehidupan yang baru, tetapi tidak bagi diri anak-anak, mereka hanya akan merasakan perjanjian yang musnah, keluarga yang terpisah, masadepan yang tidak menentu dan tekanan emosi yang mendalam.

Bagi mereka yang beranggapan perceraian itu adalah satu perkara yang lumrah kerana ia sudah menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat, maka tanggapan seumpama itu adalah salah dan tidak bertanggong jawab, walaupun terdapat banyak pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mengakhirinya dengan perpisahan, ini tidak bermakna penceraian itu adalah satu perkara yang boleh diambil ringgan, ini dikeranakan keputusan untuk berpisah adalah keputusan individu dan dibuat atas dasar kepentingan individu atau pasangan, melebihi kepentingan dan kebahgiaan hidup anak-anak mereka. 

Ini tidak bermakna pasangan yang berpisah mempunyai niat untuk melukai jiwa atau perasaan anak-anak mereka, tetapi hakikatnya pasangan tidak akan dapat berpisah tanpa melukai jiwa dan perasaan anak-anak tersebut. Ini juga tidak bererti pasangan tidak boleh berpisah disebabkan oleh rumah tangga mereka yang bermasalah, dan seterusnya mencari kebahgian dengan pasangan baru, mereka berhak mendapatkan kebahagian, tetapi itu tidak bererti anak-anak perlu menanggong penderitaan demi kebahgian orang tua mereka, begitu juga pasangan yang tidak bahagia dalam rumah tangga tetapi tetap kekal bersama, tidak semestinya boleh menanamkan sifat tidak bahagia mereka di dalam kehidupan anak-anak mereka.

Penceraian juga boleh diibaratkan sebagai suatu proses pembedahan terhadap anggota tuboh badan dalam sesebuah rumah tangga, kerana proses ini akan mengasingkan setiap anggota-anggota tersebut sehingga mereka semua menjadi anggota-anggota yang terpisah. Anak-anak sudah pasti akan merasakan perpisahan yang berkekalan, ini kerana mereka tidak akan lagi dapat merasakan suasana untuk tinggal bersama kedua orang tua mereka dibawah satu bumbung. Hati kecil mereka akan berkata : “Jika aku bersama ibu, aku akan merindui ayah, aku tidak akan dapat memiliki kedua-duanya lagi”, dan bagi kedua pasangan pula, mereka sudah pasti akan merasa kesunyian, menjadi ibu/bapa tunggal bermakna mereka tidak lagi memiliki pasangan yang dapat berkongsi-sama dalam hal membesarkan anak-anak, saling memahami perasaan dan kebuntuhan, pekerjaan dan tanggung jawab, di dalam hati kecil mereka juga pasti akan berkata : “Sekarang aku sudah bersendiri, aku perlu terus berdikari”

Buku panduan kecil ini bertujuan untuk membantu pasangan dalam menghadapi tekanan emosi dan cara mengimbangi tuntutan-tuntutan sebagai ibu/bapa tunggal dan seterusnya membantu anak-anak dalam mengharungi detik-detik perpisahan. 

·        Memberikan contoh dan gambaran berhubung tekanan emosi yang akan dilalui oleh setiap pasangan dan cara membantu dan mengimbangi kehendak dan kebuntuhan anak-anak apabila orang tua mereka berpisah.

·        Memberikan panduan umum berhubung peranan dan tanggung jawab sebagai salah seorang ibu/bapa tunggal.

·        Memberikan juga panduan proses peralihan yang akan dilalui oleh anak-anak dalam mengharungi suasana hidup bersama ibu/bapa tunggal kepada peralihan suasana ibu/bapa yang baru.

Walaupun anak-anak akan melalui suasana yang traumatik apabila orang tua mereka berpisah, ini tidak bermakna masadepan dan kehidupan seorang anak itu akan sama sekali musnah, setiap perpisahan itu sudah pasti meninggalkan kesan luka yang mendalam bagi diri anak-anak, tetapi setiap luka pasti akan sembuh dan tidak akan berkekalan. Pengalaman ini sudah pasti menjadi satu kesan sejarah dalam diri anak-anak, tetapi ia juga bukan satu-satunya kesan sejarah dalam hidup mereka. 

Ada banyak lagi peristiwa atau kesan-kesan yang lebih dahsyat yang dilalui oleh sebagian anak-anak dalam kehidupan mereka, umpamanya keganasan, pengabaian yang berterusan, kejadian atau peristiwa yang mengerikan, kematian orang tua dan sebagainya, ini semua dapat mengakibatkan kesan-kesan negatif yang lebih mendalam pada diri anak-anak. Hakikatnya setiap anak-anak itu mempunyai daya ketahanan yang kuat dalam menghadapi dan mengharungi suasana perpisahan, dan akan dapat meneruskan kehidupan mereka seperti anak-anak yang lain. 

Maka sudah menjadi tanggung jawab pasangan yang berpisah untuk berusaha memastikan anak-anak mereka dapat diberikan bimbingan dan bantuan yang terbaik dalam mengharungi perpisahan tersebut, apajua keputusan yang mereka buat perlulah mengambil kira “paramount interest” atau kepentingan utama bagi kebajikan dan masadepan anak-anak tersebut, kedua-dua pihak perlu memberi tumpuan berhubung keutamaan anak-anak mereka dari kepentingan diri mereka sendiri, jika ini dapat dilakukan maka pada dasarnya mereka telah melakukan keadilan terhadap diri anak-anak itu, tetapi jika berlaku sebaliknya, maka sesungguhnya mereka telah mengkhianati amanah mereka sebagai orang tua.

Apabila Sebuah Rumah Tangga Berakhir, Ia Sebenarnya Adalah Titik Permulaan Penceraian

Rumah tangga yang didirikan adalah suatu ibadah yang berterusan bagi setiap pasangan yang bernikah, ibadah yang hanya boleh dilakukan oleh dua orang insan yang bergelar suami dan isteri, ia akan tetap menjadi sebuah ibadah jika kedua belah pihak tahu dan memahami akan hak dan tanggong jawab yang perlu dipenuhi, akan tetapi jika kedua-duanya atau salah satu daripada mereka tidak dapat melaksanakan ibadah mereka dengan sempurna, maka akan bermulalah titik permulaan perpisahan mereka berdua, dan bagaimana sebenarnya sesuatu ibadat itu boleh berakhir, perkara ini banyak bertanggung kepada kedua pasangan tersebut dalam mereka menjaga dan memelihara ibadah (rumah tangga) mereka.

Setiap pasangan mempunyai keunikan tersendiri dalam melayari bahtera rumah tangga, mereka sudah pasti mempunyai hasrat dan keinginan, harapan dan impian dalam membentuk dan mengharungi mahligai yang bahgia, mereka juga mempunyai pengertian yang tersendiri dalam menilai sesuatu kebahgiaan, sudah pasti tidak akan ada dua rumah tangga yang mempunyai hasrat dan cara kehidupan yang sama, walaupun kadang kala ada kesamaan diantara pasangan dalam membina sesebuah rumah tangga, tetapi mereka pasti mempunyai cara yang tersendiri bagaimana mereka ingin melayari kehidupan rumah tangga mereka. 

Begitu juga bagi pasangan yang ingin mengakhiri bahtera rumah tangga mereka, mereka juga mempunyai sebab dan alasan tersendiri, mengapa mereka perlu membuat keputusan untuk berpisah dan mengakhiri rumah tangga yang telah mereka bina selama ini, terdapat berbagai alasan, sebab musabab mengapa mereka ingin mengakhiri kehidupan berumah tangga. 

Sebagai contoh ada pasangan yang bernikah dengan tujuan untuk berpisah, pelik tapi benar, pasangan seumpama ini sebenarnya tiada niat untuk bernikah, mereka sedar usia mereka terlalu muda, mereka belum bersedia dan mereka belum membuat sebarang persiapan untuk mendirikan rumah tangga, mereka tidak mempunyai pekerjaan dan belum matang untuk menjadi seorang ibu atau bapa. Mereka terpaksa bernikah sebab pasangan perempuannya sudah berbadan dua, keluarga memaksa mereka bernikah kerana ingin menutup malu, dan setelah anak dilahirkan, mereka pun bercerai.

Atau pasangan yang telah bernikah untuk beberapa tahun dan mempunyai anak, tetapi setelah itu merasakan mereka tidak serasi dan banyak perbezaan antara mereka berdua, tidak mahu berusaha memperbaiki perbezaan-perbezaan yang ada, lalu membuat keputusan untuk berpisah dan mengikuti haluan masing-masing. Atau pasangan yang bernikah hanya berdasarkan cinta dan kasih sayang saja, tetapi tidak mengerti dan memahami akan hak dan tanggung jawab yang perlu mereka laksanakan, mereka berusaha mempertahankan rumah tangga mereka berdasarkan cinta dan kasih sayang semata-mata, tetapi setelah beberapa tahun berlalu mereka dapati agak sulit untuk meneruskan rumah tangga yang dibina, disebabkan kekurangan sara hidup, nafkah yang tidak pernah mencukupi dan tekanan kehidupan yang berpanjangan, akhirnya cinta dan kasih sayang mereka menjadi pudar dan tidak dapat bertahan lama. Atau rumah tangga yang dibina dengan penuh penganiayaan, pasangannya senantiasa tertekan, diancam baik dengan perkataan yang kesat atau sering didera dengan pukulan-pukulan yang mencederakan, sehingga pasangan yang sering dizalimi itu membuat keputusan untuk berpisah, dan berbagai lagi sebab musabab mengapa sesebuah rumah tangga itu boleh berakhir.

Pada hakikatnya pasangan biasanya melalui proses perpisahan sebelum mereka melalui proses penceraian. Yang dimaksudkan disini adalah sebelum berlakunya penceraian, biasanya pasangan akan melalui proses perpisahan, iaitu proses hubungan yang semakin hambar, tiada lagi kemesraan, hilang sudah kasih sayang dan tiada lagi persefahaman diantara keduanya, sehingga mereka mengambil haluan masing-masing untuk bercerai. Ada yang melalui proses ini dalam waktu yang singkat ada pula perlu mengharungi proses ini bertahun-tahun lamanya sebelum mereka mengambil keputusan untuk bercerai.  

Disinilah pri pentingnya pasangan memahami dan menyedari setiap proses atau peringkat-peringkat yang mengakibatkan perpisahan. Jika ini dapat difahami oleh kedua pasangan tersebut, maka sudah pasti mereka akan berusaha menjauhkan diri dari perangkap-perangkap yang merbahaya ini, mereka tidak mahu terjerumus di dalam lembah ini dan akan berusaha bersungguh-sungguh mengelak dan menghindarkan diri mereka dari terperangkap di dalam proses-proses yang tidak diingini ini.

Peringkat-peringkat Perpisahan

Setiap mahligai yang dibina tidak akan roboh tanpa ada sebab musabbab yang tertentu, ibarat kata pepatah melayu: “Tanpa angin pohon tidak akan bergoyang”, begitu jugalah dengan penceraian yang terjadi, ianya berlaku disebabkan oleh rentetan permasalahan yang menghambat hubungan pasangan dalam rumah tangga mereka. Disebabkan permasalahan demi permasalahan yang dihadapi mereka, maka hilanglah perasaan kasih sayang yang telah mereka semai selama ini, sehingga mengakibatkan kedua pasangan atau salah satu pasangan tersebut membuat keputusan untuk berpisah.

Biasanya apabila berlaku sesuatu masalah dalam rumah tangga, pasangan sebenarnya sedang melalui beberapa proses atau peringkat keretakan yang menghambat kerukunan dan kebahgian mereka berdua, lebih dalam peringkat yang mereka lalui, maka akan lebih mendalam lagi proses keretakan hubungan mereka berdua,  permasalahan ini jika tidak diatasi dengan penuh bijaksana dan berhikmah, sudah pasti akan mengakibatkan keretakan mencari belah. 

Bagi memastikan pasangan memahami peringkat-peringkat keretakan ini dengan jelas, dan seterusnya berusaha mengelakkan diri mereka dari terjebak dalam peringkat-peringkat perpisahan, kedua-dua mereka perlulah bermuhasabah diri akan tujuan dan matlamat rumah tangga yang didirikan. Jika ini dapat mereka fahami dan seterusnya menghayati dengan saksama, Insyallah mereka akan terhindar daripada terjebak dalam peringkat-peringkat yang merbahaya ini.

Sudah menjadi lumrah setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pastinya mendambakan kebahgiaan yang berkekalan di dalam hubungan mereka, dan pastinya juga kebahgiaan itu tidak akan dapat mereka perolehi kecuali dengan usaha dan kerjasama yang berterusan daripada kedua belah pihak, dan setiap usaha yang mereka laksanakan untuk mencapai kebahgiaan, sudah pasti mempunyai risikonya yang tersendiri, kerana tiada kebahgiaan tanpa usaha dan tidak akan ada usaha yang tanpa ada risikonya.

Inilah 3 perkara paling utama yang perlu mereka imbangi, iaitu :

(1). Kebahgiaan
(2). Usaha dan
(3). Risiko

Amat penting bagi setiap pasangan memahami dengan jelas tiga faktor penting ini dalam rumah tangga mereka, dan bagaimana mereka perlu mengimbangi tiga perkara ini dengan penuh hikmah dan bijaksana, sejauhmana pasangan dapat mengekalkan rumah tangga mereka dengan kerukunan dan kebahgiaan ini banyak bergantung kepada cara dan bagaimana mereka mengimbangi ketiga-tiga faktor ini di dalam rumah tangga mereka.

Berbagai pengertian yang dapat disimpulkan oleh pasangan dalam mengertikan kebahgiaan dalam rumah tangga mereka, sebagai contoh, ada pasangan mengertikan kebahgiaan itu apabila kedua pihak saling berpengertian, sehati sejiwa, saling memahami, sayang menyayangi, saling bersefahaman, saling bantu membantu, saling cinta-mencintai, saling bertanggung jawab, melaksanakan amanah dan berbagai-bagai lagi pengertian dan kesimpulan yang boleh menjadi kayu ukur dalam mengertikan kebahgiaan. 

Kebahgiaan yang diertikan ini pastinya tidak akan datang secara bergolek, kedua-dua pasangan perlu berusaha menyemai dan memupuk kebahgiaan yang didambakan, ini sudah pasti membuntukan usaha dan kerjasama. Ibarat isi dengan kuku, keduanya tidak dapat dipisahkan, begitu juga dengan “kebahgiaan” dan “usaha”, ia tidak dapat dipisah-pisahkan, keduanya saling terpaut antara satu dengan lainnya. Pasangan yang ingin bahagia perlu ada usaha, dengan berusaha barulah datang kebahgiaan, dan dalam berusaha sudah pasti ada risiko yang perlu dihadapi oleh kedua mereka.

Disinilah pentingnya pasangan memahami nilai “kebahgiaan”, “usaha” untuk mencapainya dan “risiko” yang perlu mereka hadapi. Jika pasangan dapat mengimbangi ketiga-tika faktor ini dengan penuh hikmah dan bijaksana sudah pasti apajua yang mereka dambakan dalam rumah tangga mereka akan mereka kecapi bersama. Kepada pasangan yang bijak, sudah pasti mereka akan menginginkan nilai “kebahgiaan” yang tinggi di dalam rumah tangga mereka dengan “usaha” yang minimum dan “risiko” yang paling sedikit, inilah pilihan yang paling bijak, akan tetapi ada pula pasangan yang memilih untuk memiliki nilai “kebahgiaan” yang sedikit dengan segala “usaha” yang banyak dan menghadapi “risiko” yang tinggi.

Bagi pasangan yang bijak mengimbangi ketiga faktor ini, sudah pasti mereka akan mementingkan “kebahgiaan” dalam rumah tangga mereka lebih dari segala-galanya, mereka akan “berusaha” sedaya upaya mereka untuk mencapai keinginan mereka dengan menghindari segala bentuk risiko yang menghambat “kebahgiaan” mereka, sebagai contoh jika pasangan tersebut mengertikan kebahgiaan mereka berdua adalah sifat “saling bersefahaman” dan melaksanakan “tanggong jawab” bersama dengan sempurna, maka kedua pasangan tersebut perlu berusaha meningkatkan kesefahaman mereka dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghindari segala perkara yang dapat menimbulkan salah faham diantara mereka berdua, walaupun jika perkara tersebut dirasakan remeh atau kecil, tetapi jika dia sedar perkara yang remeh dan kecil ini dapat menghambat kebahgiaan mereka berdua, maka hendaklah mereka berusaha sedaya upaya menghindari perkara yang kecil dan remeh ini. 

Begitu juga jika nilai kebahgiaan mereka berdua adalah tanggung jawab, maka pasangan tersebut perlu berusaha memastikan yang dirinya telah berusaha sedaya upaya melaksanakan segala tanggung jawab mereka dengan sempurna, dan senantiasa juga bersifat peka dengan perkara-perkara yang dapat mengabaikan atau melalaikan mereka dalam melaksanakan tanggung jawab tersebut, ini kerana jika tidak mereka pasti akan menghadapi “risiko” dimana akan berlaku ketegangan dan salah faham, sehingga mengakibatkan keretakan dan mengakis kebahgiaan dalam hubungan mereka berdua. 

Kepada pasangan yang tidak bijak mengimbangi ketiga –tiga faktor ini, sudah pasti mereka akan menghadapi kesulitan memelihara kebahgiaan dalam rumah tangga mereka, sebagai contoh jika suami bertanggung jawab memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya sebanyak $500/- dollar sebulan, tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini suami telah mengabaikan tanggung jawabnya dan tidak memberikan nafkah kepada keluarganya dengan tetap dan sempurna, digunakan wang tersebut untuk kepentingan pribadi atau kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah,  sehingga menjejas tanggung jawab yang perlu dilaksanakan, maka sebenarnya suami ini telah mengambil “risiko” dalam memelihara hubungan dan kebahgiaan rumah tangga, walaupun pada dasarnya suami tersebut mungkin tidak pernah berniat atau terlintas untuk menghancurkan rumah tangga yang telah dibina sekian lama, tetapi sikap dan tindak tanduknya telah menjerumuskan dirinya keambang perpisahan. 

Bagi memastikan rumah tangga yang dibina terus berkekalan, penuh dengan kasih sayang dan kebahgian, maka setiap pasangan perlu dapat mengimbangi ketiga-tiga faktor ini, dan pengimbangan yang paling afdal adalah dengan mengurangkan “risiko” sebanyak mungkin, dan memantapkan “usaha” yang dilakukan, dan seterusnya menyemai “kebahgiaan” yang berkekalan.

Tamat bab pertama
Sekian
Abdul Jalil Abdul Razak

No comments: