Thursday, April 23, 2015

Ideologi Zalim (2)


فاستطعموني أطعمكم، يا عبادي، كلكم عار إلا من كسوته فاستكسوني أكسكم، يا عبادي، إنكم تخطئون بالليل والنهار وأنا أغفر الذنوب جميعا فاستغفروني أغفر لكم، يا عبادي، إنكم لن تبلغوا ضري فتضروني، ولن تبلغوا نفعي فتنفعوني[1].

 

Yang bermaksud:  Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata: "Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku telah mengharamkan sifat zalim (penganiayaan) atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu zalim menzalimi aniaya-menganiayai,

Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu

Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.

Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.

Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa, Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.

Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.

Wahai hamba-hambaku! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. "

 

Firman Allah swt dan hadis qudsi di atas ini menegaskan bahwa Allah swt tidak pernah berlaku zalim keatas mahklukNya, dan Allah swt juga melarang setiap hamba-hambaNya daripada melakukan perbuatan yang zalim di antara sesama mahkluk, sehingga Allah swt mengharamkan sifat ini menjadi salah satu dari sifat-sifatNya yang mulia. Allah swt tidak akan melakukan kezaliman terhadap manusia, tidak kira apajua latar belakang manusia tersebut, apakah mereka beriman atau tidak kepadaNya, apakah mereka kufur atau syirik kepadaNya, hatta manusia yang bersifat zalim sekalipun tidak akan Allah swt balas dengan kezaliman keatas mereka, kerana sifat ini bertentangan dengan zat Allah swt yang Maha Agong.

 

Jika Allah swt melarang manusia dari memiliki sifat zalim, sudah pasti Allah swt menginginkan agar manusia memiliki sifat yang berlawanan dengan sifat tersebut, sifat yang dimaksudkan ini adalah sifat ihsan, penyantun, penyayang, rahmat, mencintai, berkasih sayang, saling menghormati, berlaku adil, berbuat baik dan sebagainya, inilah sifat yang diajarkan oleh agama Islam dan inilah yang perlu disemai dan dipupuk oleh mereka yang beriman kepada Allah swt dan yang mengharapkan keredaanNya di akherat nanti.

 

Pengertian dan Sifat Kezaliman

 

Ajaran Islam juga menekankan  bahwa perbuatan zalim ini bukan hanya di kategorikan kepada perbuatan-perbuatan yang berbentuk zahiriah atau bersifat fisikal sahaja, sebagai contoh pembunuhan ke atas orang-orang awam yang tidak bersalah, melakukan kemusnahan dan kerosakan harta benda awam, melakukan tindakan kekerasan, kekejaman, paksaan, pengaiayaan ke atas seseorang, tetapi sifat zalim ini juga boleh berlaku jika seseorang mempunyai fahaman atau pemikiran ini didalam dirinya (hatinya), umpamanya fahaman-fahaman yang merosakkan, sifat hasad, dengki, khianat, sombong, takabbur, syirik dan sebagainya, ini semua termasuk dalam kategori zalim yang ditegah oleh agama Islam. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi saw yang berbunyi:

ألا وإن في الجسد مضغة: إذا صلحت صلح الجسد كله، وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب

Yang Bermaksud: "Ketahuilah, sesungguhnya di dalam diri ada segumpal daging, sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh, dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah segumpal daging itu adalah hati."[2]

 

Jika kita rujuk asal kata kalimah zalim di dalam bahasa Arab, kalimah ini berasal dari kata kerja[3] :

ظلم : يظلم : ظلما = ظلمه

Yang membawa erti: Dia yang melakukan aniaya atau dia yang melakukan perbuatan zalim.

 

Dari asal perkataan sifat zalim ini dapat juga diambil kesimpulan bahwa sifat zalim ini boleh berlaku dengan dua cara, yang pertama ia boleh berlaku ke atas diri seseorang itu sendiri, iaitu dia sendiri yang menzalimi dirinya dan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri, dan yang kedua pula dia melakukan sesuatu perbuatan yang bersifat zalim yang mana kemudaratan dan kemusnahannya ditimpakan keatas pihak lain, yang terpaksa menanggung segala akibat yang dilakukan oleh penzalim tersebut.

 

Ciri-ciri Kezaliman

 

Allah swt telah memberikan berbagai contoh dan perumpamaan yang dapat digolongkan dalam kategori sifat zalim, sifat ini secara tidak langsung mengambarkan pemikiran atau fahaman golongan tersebut, sebagian dari contoh dan perumpamaan ini dapat dilihat di dalam firman Allah swt di surah-surah berikut:

 

(1). Sifat Fasik dan Mungkar:

 

 Sebagaimana firman Allah swt disurah Al Baqarah ayat 59 yang berbunyi:

" فبدت الذين ظلموا قولا غير الذي قيل لهم فأنزلنا على الذين ظلموا رجزا من السمآء بما كانوا يفسقون"

Yang bermaksud: “Lalu orang-orang yang zalim menggantikan perintah dengan (menunaikan) yang tidak diperintahkan kepada mereka, sebab itu Kami timpakan atas orang-orang zalim itu siksa dari langit, kerana mereka berbuat fasik

 

Di ayat ini, Allah swt mengolongkan orang-orang yang melakukan kefasikan, iaitu perbuatan-perbuatan mungkar, kerosakan, kemusnahan atau perbuatan-perbuatan dosa yang bertentangan dengan suruhan dan perintah-perintah Allah swt sebagai orang-orang yang zalim

(2). Sifat Berdusta dan Melarang Dari Kebenaran



[1] Hadis Empat Puloh, Imam Nawawi : Hadis ke Dua puloh Empat
[2] Hadis Empat Puloh, Imam Nawawi : Hadis keenam
[3] Kamus Idris Al Marbawi,  Arab Melayu

No comments: