من
أجل ذلك كتبنا على بنى إسرائيل أنه من قتل نفسا بغير نفس أو فساد فى الأرض فكأنما
قتل الناس جميعا و من أحياها فكأنما أحيا الناس جميعا و لقد جآءتهم رسلنا بالبينات
ثم إن كثيرا منهم بعد ذلك فى الأرض لمسرفون
Yang bermaksud: “
Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa: barang
siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana orang itu (membunuh) orang
lain (dengan cara yang hak-qishash), atau bukan kerana membuat kerusakan di
muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan barang
siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah
memelihara kehidupan manusia semuanya, Dan sesungguhnya telah datang kepada
mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas,
kemudian banyak di antara mereka sesudah itu, sungguh-sungguh melampaui batas
dalam berbuat kerusakan di muka bumi”
Di ayat ini Allah
swt ingin memberikan gambaran betapa besarnya dosa seseorang yang membunuh
tanpa hak, diibaratkan oleh Allah swt seperti membunuh seluruh manusia yang ada
di muka bumi ini, dan bagi mereka yang berusaha memelihara nyawa seseorang
manusia diibaratkan telah memelihara manusia seluruhannya.
(6). Sifat Orang yang Suka Menghina dan Tidak
Mahu Bertaubat
Firman Allah SWT di surah Al Hujurat ayat 11 yang berbunyi:
يأيها الذين ءامنوا
لا يسخر قوم من قوم عسى أن يكونوا خيرا منهم و لا نسآء من نسآء عسى أن يكن خيرا
منهن, و لا تلمزوآ أنفسكم و لا تنابزوا بالألقاب، بئس الاسم الفسوق بعد الايمان، و
من لم يتب فأولئك هم الظالمون
"Hai
orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain
(karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang
mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita -wanita (mengolok-olokkan)
wanita-wanita yang lain (karena) boleh Jadi wanita (yang diperolok-olokkan) lebih
baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu
sendiri dan kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk, seburuk-buruk
pangggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang
tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
Firman Allah swt ini pula menunjukkan bahwa, sikap suka
mengolok-olokkan atau suka menghina dan menjatuhkan maruah orang lain atau
mengunakan kata-kata yang keji baik dengan bentuk percakapan, tulisan atau
gambaran (lukisan)[1],
semuanya ini merupakan perbuatan-perbuatan yang bersifat zalim yang ditegah
oleh Allah swt, dan Allah swt memerintahkan kepada orang-orang seumpama ini
supaya bertaubat dari segala perbuatannya itu, jika tidak mereka akan tergolong
dalam golongan orang-orang yang zalim.
(7). Sifat Mengabaikan
Amanah
Ini sebagaimana yang difirmankan Allah swt di surah Al Ahzab ayat 72
yang berbunyi:
إنا
عرضنا الأمانة على السماوات و الأرض و الجبال فأبين أن يحملنها و أشفقن منها و
حملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا
Yang bermaksud: “Sesungguhnya
Kami (Allah) telah mengemukakan amanah[2]
kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul
amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu
oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”
Ayat ini
memberikan peringatan kepada manusia agar melaksanakan amanah dan janji mereka
kepada Allah swt dan jangan mengkhianatinya, agar mereka melaksanakan segala
perintah Allah swt yang telah diwajibkan ke atas diri mereka dan meninggalkan
segala larangan-laranganNya, jika tidak maka mereka akan tergolong dalam
golongan orang-orang yang zalim.
(8). Sifat Tidak Mahu Melaksanakan Hukum Allah
Sebagaimana firman
Allh swt di surah Al Maidah ayat 45 yang berbunyi:
وَمَنْ
لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Yang bermaksud: “Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa
yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”
Firman Allah swt ini menegaskan orang-orang yang engkar dan tidak
mahu mentaati dan melaksanakan hukum-hukum Allah swt sedangkan mereka mampu
melaksanakannya, maka mereka juga termasuk dalam golongan orang-orang yang
zalim kepada Allah swt .
(9). Sifat Suka Melanggar
Hukum-hukum Allah swt
Firman Allah swt di surah Al Baqarah ayat 229 yang berbunyi:
" و من يتعد حدود الله فأولئك هم الظالمون"
Yang bermaksud: “Barangsiapa
yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim”
Di ayat ini Allah
swt memberikan peringatan kepada hamba-hambaNya agar tidak melanggar
hukum-hukum Allah swt yang telah ditetapkan, iaitu mengabaikan perkara-perkara
yang berhubung halal dan haram yang telah ditentukan oleh Allah swt,
barangsiapa tetap melanggar ketentuan-ketentuan tesebut, maka mereka tergolong
dalam golongan orang-orang yang zalim.
No comments:
Post a Comment