Dalam banyak hal,
faktor-faktor di atas memainkan peranan penting dalam menpengaruhi tindak
tanduk seseorang yang melakukan perbuatan-perbuatan yang berunsurkan kezaliman,
baik dalam keadaan sedar atau tidak, atau disebabkan oleh agenda-agenda
tertentu, sehingga tindakan yang dilakukan mereka lebih banyak mendatangkan
kemudaratan daripada kebaikan, walaupun sesuatu tindakan itu dilakukan dengan
berpandukan akal fikiran, tetapi kadang kala ia bertentangan dengan nilai-nilai
murni kehidupan seorang insan kerana terdapat dorongan hawa nafsu dalam
tindakan tersebut. Ini bersesuaian dengan peringatan yang difirmankan oleh
Allah swt kepada manusia di surah Ar Rum ayat 41 yang berbunyi:
ظَهَرَ الْفَسَادُ
فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ
الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Yang bermaksud: “Telah
nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan
manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka, sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.
Jika dikaji dan diamati
kerosakan yang berlaku di laut dan di darat, hatta di angkasa bumi[1], banyak sekali
sebab musabab belakunya kerosakan dan kemusnahan ini berpunca dari perbuatan-perbuatan
manusia itu sendiri[2],
iaitu berpunca dari tindak tanduk manusia yang hanya berlandaskan akal fikiran
atau hawa nafsu tanpa berpandukan wahyu, sehingga mengakibatkan lebih banyak
keburukan daripada kebaikan untuk diri mereka.
Firman Allah swt
ini juga adalah sebagai amaran dan iktibar buat manusia, supaya mereka sedar
dan insaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah mereka lakukan
selama ini.Agar mereka kembali ke pangkal jalan dan bertaubat dari
kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan, dan seterusnya kembali memakmurkan
bumi Allah swt dengan berpandukan nasihat dan ajaran Allah swt yang murni.
Menghukum
Perbuatan Zalim
Setelah kejadian 911[3], sering pula
terdengar gelaran teroris, radikal, pelampau, fundementalis atau dengan
berbagai nama dan gelaran[4] yang
dikaitkan dengan Islam, segala fitnah dan sifat-sifat berunsur kezaliman
dilemparkan ke atas umat Islam atau golongan-golongan tertentu yang dituduh
terlibat melakukan tindakan tersebut, atau lebel ini diberikan keatas golongan
yang ingin memperjuangkan Islam atau mempertahankan hak-hak mereka dikeranakan
mereka teraniaya atau tertindas, atau apajua tindakan yang mungkin dilakukan,
ini semua tidak bermakna agama Islam membenarkan sebarang tindakan yang
bersifat zalim, hakikatnya tiada ulama’ Islam yang mengatakan peristiwa yang
berlaku (911) adalah wajar disisi agama Islam, malahan ramai ulama[5] dan
pemimpin Islam yang kehadapan untuk mengutuk perbuatan tersebut, Islam tidak
pernah meredai sesuatu perbuatan zalim walaupun sebesar zarrah[6] .
Terdengar pula kalimah “Crusade”[7] sebagai slogan yang
dilaungkan[8] dalam memerang golongan yang
dikatakan terroris, yang secara tidak langsung memalitkan semua umat Islam di
dalam permasalahan yang sedang berlaku, kalimah ini menimbulkan banyak salah tanggap
dikalangan pemimpin-pemimpin dunia sehingga slogan ini ditukar kepada “War
on Terrorism”[9](Perang
Melawan Terroris) atau “War on Terror”[10]. Dan begitu juga kalimah 'You are either with us or against us'[11] yang membawa
maksud: “(Apakah) kamu bersama kami atau menentang kami”, kalimah seumpama ini
membuat masyarakat dunia berbelah bagi dalam menanggani unsur-unsur kezaliman
yang berlaku[12].
Bukanlah suatu
perkara yang mudah untuk menuduh seseorang itu telah melakukan suatu kezaliman
atau memberikan gelaran yang serupa[13] keatas
sesuatu golongan, jika perbuatan (yang bersifat zalim) itu tidak nampak siapa
perlakunya, melainkan jika perlaku tersebut yang membuat pengakuan di atas
perbuatannya itu, atau pihak yang dituduh telah dihadapkan ke muka pengadilan dan
telah sabit segala kesalahannya.
Jika ada pihak
yang menuduh mengambil tindakan serupa atas alasan mereka telah dizalimi, iaitu
melakukan tindakan zalim terhadap golongan tertentu atau ke atas sebuah Negara
yang berdaulat, sehingga mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda, kematian
dan kehilangan jiwa, kesengsaraan hidup dan keadaan huru hara, maka perbuatan
seumpama inilah yang dilarang dan dibenci oleh Allah swt, sebagaimana firmanNya
di surah Ali Imran ayat 57 yang berbunyi:
و
أما الذين ء امنوا و عملوا الصالحات فيوفيهم أجورهم و الله لا يحب الظالمين
Yang bermaksud: “Adapun
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang sholeh, maka Allah akan
memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka, dan
Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim”
Begitu juga sebagaimana
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
وجعلته بينكم محرما
فلا تظالموا
Yang bermaksud: “Dan
Aku (Allah) telah menjadikan sifat zalim (aniaya) ini haram buat diri kamu dan janganlah
kami saling zalim menzalimi (diantara satu dengan lain)”.[14]
Islam melarang
bertindak dan menjatuhkan hukum mengikut pendapat pribadi sahaja, mengikut
emosi atau bertindak sebagai hakim dalam menentukan sesuatu kesalahan dan
hukuman ke atas sesuatu pihak, peringatan ini disabdakan oleh Nabi saw
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah yang bermaksud:
“Di akhirat kelak
hakim-hakim akan dibahagikan dalam tiga bahagian, yang pertama akan dimasukkan
ke syurga dan yang dua lagi dimasukkan ke dalam neraka, Hakim yang masuk syurga
itu mengetahui akan kebenaran dan menjatuhkan hukuman dengan adil, Bagi hakim
yang mengerti kebenaran tetapi zalim maka ia akan dimasukkan ke neraka.
Demikian juga hakim yang menjatuhkan ke atas manusia berdasarkan kejahilannya
(ignorance) berada di dalam neraka”[15]
Jika seorang hakim
yang bertauliah dan diamanahkan memikul tugas ini telah diberikan peringatan
oleh Nabi saw dengan begitu keras sekali, bayangkan jika seseorang yang tidak
berkelayakkan ingin bertindak sebagai seorang hakim lalu membuat keputusan dan
menjatuhkan hukuman mengikut pendapat dan pandangan pribadinya, sudah pasti
ancaman dan balasan di sisi Allah swt lebih berat lagi ke atas dirinya. Peringatan
ini yang telah difirmankan oleh Allah swt kepada RasulNya di surah An Nisa’
ayat 105 yang berbunyi:
إناأنزلنا
إليك الكتاب بالحق لتحكم بين الناس بمآأراك الله و لا تكن للخائنين خصيما
Yang bermaksud: “Sesungguhnya
Kami (Allah) menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Al Quran dengan membawa
kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah
telah tunjukkan kepadamu melalui wahyuNya, dan janganlah engkau menjadi pembela
bagi orang-orang yang khianat”
Larangan mengambil
tindakan atau menjatuhkan sesuatu hukum tanpa berdasarkan perundangan yang adil
bukan hanya suatu kesalahan disisi perundangan Islam, tetapi juga di dalam
setiap agama dan perundangan hukum di dunia ini, sehingga terdapat satu
perkataan yang masyhur dalam hukum perundangan yang mengatakan: “Seseorang itu di anggap tidak bersalah
kecuali setelah sabit kesalahannya” atau di dalam bahasa Inggeris berbunyi:
“innocent until proved guilty”[16], dapat dibayangkan jika tuduhan ini (melakukan perbuatan zalim)
ditujukan bukan hanya kepada sesuatu puak atau golongan tertentu saja, tetapi
terhadap sebuah agama, sudah pasti kesan dan implikasinya tidak ada
penghujungnya.
Tiada pihak berhak
menjatuhkan hukuman dan melaksanakan hukuman tersebut tanpa melalui proses
perundangan yang adil, jika proses keadilan diabaikan dan tidak dilaksanakan
sebagaimana yang telah ditetapkan, sudah pasti akan mengakibatkan keadaan yang
lebih huru hara, manusia akan bertindak berpandukan hukum rimba, dimana
kekuasaan hanya berdasarkan kekuatan, tiada lagi slogan keadilan, hilang pula
perasaan ihsan dan keamanan dalam kehidupan manusia. Timbul pula perasaan
sangsi, permusuhan, kebencian dan saling jatuh menjatuhkan diantara satu dengan
lain, sifat ini wujud demi untuk mendapatkan kekuasaan dan pengaruh, ia
bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai-nilai murni fitrah manusia, kerana
di dalam Islam tiada jalan pintas untuk manusia mencapai kemakmuran hidup
kerana matlamat tidak pernah menghalalkan cara.
Dalam abad dan
tamadun dunia sekarang ini, setiap Negara sudah mempunyai undang-undang tersendiri
dalam melaksanakan keadilan dan perundangannya, sudah dibentuk Mahkamah
Keadilan Antarabangsa[17] atau
ICJ ( International Court
of Justice ), dan sudah wujud PBB
atau Badan Bangsa-bangsa Bersatu[18] (United
Nation) yang mana tujuan dan matlamat Pertubuhan ini adalah untuk menjaga
keamanan dan kesejahteraan Dunia[19], dan
memastikan tiada Negara atau individu terkecuali daripada mendapat keadilan,
charter ini telah berkuat kuasa semenjak 24th Oktober 1945[20] ke atas
setiap Negara yang berdaulat.
Setiap Negara
perlu akur dengan ketentuan dasar-dasar ini, jika tujuan dan matlamat dasar terdirinya
Badan ini atau dasar sesuatu hukum tidak dilaksanakan dengan adil dan saksama, maka
tidak hairanlah jika sifat dan fahaman ini (sifat kezaliman) akan terus berkembang
dan tumbuh subur dengan tertanamnya bibit-bibit fahaman zalim, bukan hanya
dalam diri individu, golongan, bangsa, agama malahan juga dalam sesebuah Negara,
sehingga mengakibatkan keadaan bertambah huru hara, manusia akan senantiasa hidup
dalam ketakutan dan punah segala kedamaian dan kemakmuran yang diimpikan.
Ancaman Dan
Balasan Allah Keatas Orang Yang Zalim
Bebagai ancaman
telah Allah swt nyatakan di dalam Al Quran terhadap mereka-mereka yang
melakukan kezaliman, sebagian daripada ancaman ini terdapat di dalam firman
Allah swt di surah Ibrahim ayat 42 hingga 47 yang berbunyi :
"و لا تحسبن الله غافلا عما يعمل الظالمون إنما يؤخرهم ليوم
تشخص فيه الأبصار مهطعين مقنعى رؤسهم لا يرتد إليهم طرفهم و أفئدتهم هواء و أنذر
الناس يوم يأتيهم العذاب فيقول الذين ظلموا ربنا أخرنا إلى أجل قريب نجب دعوتك و
نتبع الرسل أو لم تكونوا أقسمتم من قبل مالكم من زوال و سكنتم فى مساكن الذين
ظلموا أنفسهم و تبين لكم كيف فعلنا بهم و ضربنا لكم الأمثال و قد مكروا مكرهم و
عند الله مكرهم و إن كان مكرهم لتزول منه الجبال فلا تحسبن الله مخلف وعده رسله إن
الله عزيز ذوا نتقام"
Yang
bermaksud: “Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai
dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah
memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka)
[1] http://www.worldclimatereport.com/,http://www.ipcc.ch/SPM6avr07.pdf,
http://www.ipcc.ch/SPM040507.pdf
[2] http://news.bbc.co.uk/2/hi/in_depth/7010522.stm
: Man causing climate change - poll
[3] abid
[5] http://www.islamonline.net/English/News/2001-09/12/article25.shtml
: Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Condemns Attacks Against Civilians: Forbidden in
Islam dan fatwa-fatwa yang dikumpulkan oleh Ust Haniff dalam bukunya Unlicensed
to kill.
[6] surah An Nisaa ayat 40
[7] Crusade : perang salib, mengambil bahagian dalam perang salib :
kamus Terjemahan Inggeris-Melayu
[8] http://www.csmonitor.com/2001/0919/p12s2-woeu.html
: Europe cringes at Bush 'crusade' against terrorists, http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/1547561.stm
[9] http://en.wikipedia.org/wiki/War_on_Terrorism
[10] http://en.wikipedia.org/wiki/War_on_Terror
[11] http://archives.cnn.com/2001/US/11/06/gen.attack.on.terror/
[12] http://www.thenation.com/doc/20021111/bennis,
The UN, the US
and Iraq ,
http://www.globalpolicy.org/security/issues/iraq/attackindex.htm
: War Against Iraq
[13] Gelaran radikal, ektremis, pelampau, terrorism, fundementalis dan
sebagainya
[14] abid
[15] Sunan Abu Daud dan Ibn Majah rujukan buku Etika Hakim dan Peguam :
Penyunting Abdul Monir Yaacob
http://en.wikipedia.org/wiki/Innocent_until_proven_guilty
[17] http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Keadilan_Antarabangsa
[18] http://www.un.org/aboutun/charter/index.html
[19] http://www.un.org/aboutun/charter/index.html
, Purposes and Principles , Article 1 and 2
[20] Rujuk, Charter of the United Nation Introductory Note
No comments:
Post a Comment