Tekanan Hidup (5 Rejab 1436-24 April 2015)
Saya terbaca di sebuah artikel baru baru ini, ia menyatakan bahwa
masyarakat Singapura hari ini menghadapi tekanan hidup dan kehidupan mereka semakin
stress, walaupun Negara ini termasuk dalam kategori negara-negara yang
berkembang maju, dengan segala macam bentuk kesenangan hidup, kemudahan,
teknologi dan gaya kehidupan yang semakin canggih, tetapi semua nya ini tidak
memberikan kedamaian dan ketenangan yang didambakan oleh penduduknya.
Apabila dikaji asbab berlakunya perkara ini, artikel tersebut menyatakan
ada empat perkara yang membuat keresahan dan stress dikalangan penduduk ini,
iaitu :
(1). Materialistik/Kebendaan
Kajian tersebut mendapati dengan bertambah majunya Negara ini, maka
penduduknya juga bertambah sibuk dan menyibukkan diri mereka dengan
perkara-perkara yang bersifat kebendaan, mereka terkejar-kejar ingin
mengumpulkan harta dan kekayaan mereka sebanyak mungkin, mereka berhempas pulas
siang dan malam untuk menambahkan harta benda yang sedia ada, dan mencari jalan
untuk memajukan lagi prestige, status dan kedudukan mereka, iaitu dengan
meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka dengan mendapatkan tempat tinggal yang
lebih baik, yang lebih sempurna, kenderaan yang lebih besar, gaya hidup yang
lebih mantap dan sempurna, dan kepada yang miskin pulak mereka terpaksa bekerja
keras untuk mencukupkan sangan pangan (basic need) sehari hari kerana kos
kehidupan yang semakin tinggi.
Tanpa mereka sedari dengan berhempas pulas mengejar kebendaan ini, maka
hati mereka disibukkan dengan segala macam perkara dan masalah yang perlu dihuraikan.
Mereka menjadikan kebendaan ini sebagai tujuan dan matlamat kehidupan mereka,
dan mereka menyangkakan kebendaan inilah yang akan memberikan mereka kebahgiaan,
kesenangan dan kedamaian, tetapi sayang seribu kali sayang kebendaan yang
mereka impikan ini sebenarnya hanya mendatangkan penyakit tekanan hidup yang
berpanjangan.
Huraiannya:
Islam tidak melarang umatnya untuk berusaha semaksimal mungkin untuk
bekerja dan berusaha menambahkan rezki dan harta nya, seperti pepatah yang menyatakan:
“Bekerjalah kamu untuk kepentingan duniamu seolah-olah kamu akan hidup
selama-lamanya, dan beribadatlah kamu untuk akheratmu seolah-olah kamu akan
mati pada esok harinya” atau kekata : “Dunia ini adalah jambatan untuk Akherat”
Dan dengan lebih jelas lagi Allah swt telah mengatakan dalam firmanNya
di surah A’laa ayat 16-17 yang bermaksud: “Tetapi kamu (orang-orang kafir)
memilih kehidupan duniawi, sedangkan kehidupan Akherat adalah lebih baik dan
lebih kekal”
Perkataan-perkataan dan firman Allah swt diatas ini memberikan kita
penerangan bahwa kehidupan akheratlah yang lebih utama bagi diri kita sebagai
orang-orang yang beriman, jadi tiada salahnya jika kita berusaha gigih mencari rezki dan harta, dengan
niat kita lakukan semuanya ini dengan cara yang halal dan kita gunakan dijalan
yang halal, kita manfaatkan harta yang kita miliki untuk beribadat, berzakat,
berinfaq, bersadaqoh, meningkatkan lagi syiar Islam di bumi yang kita pijak dan
gunakannya untuk mendekatkan diri kita kepada Allah swt dan mencari keredaanNya,
kerana tangan yang memberi itu adalah lebih baik dari tangan yang meminta dan
kemiskinan itu dapat mendekatkan diri seseorang itu kepada kekufuran.
Insyallah jika kita dapat membetulkan niat kita dalam mencari harta
iaitu semata-mata sebagai suatu ibadat dan kita manfaatkannya untuk beribadah,
jiwa kita akan bertambah tenang, hati kita akan bertambah tenteram kerana kita telah
menjadi hamba-hambaNya yang bersyukur, kita syukuri pemberian Allah swt ini
dengan memanfaatkan harta dan kebendaaan yang kita miliki dijalan Allah swt......bersambung.
No comments:
Post a Comment