beriman.Apa jua
bentuk gelaran, lebel atau nama yang diberikan, jika ia mengandungi unsur-unsur
kezaliman yang ditegah oleh Islam, maka sifat tersebut dilarang oleh Islam dan
menjadi tanggong jawab penganutnya untuk mencegah, menghindari dan menjauhkan
diri dari perbuatan-perbuatan tersebut.
Larangan Bertindak
Zalim Dan Kewajipan Mencegahnya
Telah jelas dari firman-firman
Allah swt dan sabda Nabi saw sebelumnya, yang melarang umat Islam dari
melakukan apajua bentuk kezaliman di muka bumi ini, tetapi sayangnya terdapat
sebagian umat Islam yang bertindak melakukan perbuatan-perbuatan yang bersifat
zalim atas alasan agama Islam membenarkan perbuatan tersebut, atau disebabkan
mereka dizalimi atau telah dianiayai lebih dahulu oleh golongan-golongan yang
tertentu.
Disebabkan mereka
dizalimi, mereka pun melakukan tindakan yang serupa mengikuti cara
golongan-golongan yang telah menzalimi diri mereka, jika mereka diperlakukan
dengan kekerasan maka mereka pun akan bertindak melakukan kekerasan yang
serupa, atau apabila mereka diperlakukan dengan kekejaman, kerosakan dan
kemusnahan, maka mereka juga akan melakukan tindakan yang serupa malah lebih
kejam lagi dari apa yang telah mereka rasai, demi untuk membalas dendam dan melepaskan
kebencian mereka terhadap golongan yang menzalimi diri mereka.
Alasan membenarkan
perbuatan-perbuatan yang bersifat zalim ini menjadi semakin rumit, apabila ada
pihak tertentu menjustifikasikan tindakan mereka dengan menyandarkan hujah-hujah
mereka dengan mengunakan dalil-dalil yang mereka datangkan dari Al Quran dan
Sunnah, dengan dalil-dalil ini mereka membenarkan perbuatan mereka di sisi
agama, sehingga timbul lah pandangan-pandangan yang berbeza, dimana disatu
sudut terdapat dikalangan mereka yang memperbolehkan tindakan tersebut,
sepertimana pengeboman bali[1] dan di
sudut yang lain para alim ulama’[2] yang
mengharamkan perbuatan-perbuatan mereka.
Islam melarang
perbuatan zalim dibalas dengan kezaliman yang serupa, tetapi ini tidak bermakna
agama Islam melarang seseorang yang dizalimi itu daripada mempertahankan
hak-hak yang diizinkan di dalam syariat Islam[3], atau
bertindak mengikuti lunas-lunas hukum[4] yang
telah ditetapkan untuk membela dirinya[5], begitu
juga dalam situasi dimana seseorang itu telah dizalimi atau di aniayai oleh
satu pihak yang tertentu, ini tidak bermakna dia boleh bertindak dengan niat
melakukan kezaliman serupa terhadap orang yang menzalimi dirinya atau terhadap
masyarakat awam yang tidak berdosa..
Islam memberikan
hak untuk seseorang mempertahankan dirinya (nyawa), agama, akal, maruah atau
hartanya apabila merasakan salah satu dari lima perkara tersebut terancam,
tetapi tindakannya hanya lah untuk mempertahankan haknya daripada dicerobohi
oleh penzalim tersebut, tetapi dia tidak boleh melakukan tindak balas lebih
daripada batas-batas yang telah ditetapkan, iaitu dengan melakukan perbuatan
zalim keatas orang awam yang ditujukan kepada mereka yang menzaliminya, inilah
keindahan agama Islam iaitu kezaliman tidak dibalas dengan kezaliman.
Ketegasan dan
larangan ini dapat dilihat di dalam firman Allah swt di surah Al Baqarah ayat
190 yang berbunyi:
"و قاتلوا فى سبيل الله الذين يقاتلونكم و لا تعتدوا إن الله
لا يحب المعتدين"
"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu,
(tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang melampaui batas”
Ayat di atas ini menegaskan bahawa perintah berjihad atau berperang
diizinkan oleh Allah swt kepada hambaNya apabila musuh telah terlebih dahulu
memulakan peperangan atau yang lebih dahulu melakukan penganiayaan, perintah
berperang terhadap musuh hanya lah tindakan untuk mempertahankan diri daripada
dizalimi atau dianiayai dan Allah swt melarang hamba-hambaNya dari bertindak
melampaui batas. Ini juga tidak bererti umat Islam hanya membuat persiapan
untuk berjihad pada saat-saat terakhir apabila musuh telah menyerang mereka,
persiapan untuk bersiap siaga senantiasa dituntut ke atas umat Islam,
sebagaiman firman Allah swt di surah Al Anfal ayat 60 yang berbunyi:
"و أعدوا لهم مااستطعتم من قوة و من رباط الخيل ترهبون به عدو
الله و عدوكم و ءاخرين من دونهم لا تعلمونهم الله يعلمهم و ما تنفقوا من شيء فى
سبيل الله يوف إليكم و أنتم لا تظلمون"
Yang bermaksud: “Dan
siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan
dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu
menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak
mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya, apa saja yang kamu nafkahkan pada
jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan
dianiaya (dirugikan)”
Begitu juga di
dalam hadis qudsi yang telah di sabdakan oleh junjungan Nabi Muhammad saw, yang
melarang umat Islam daripada melakukan sebarang bentuk kezaliman di antara manusia
sebagaimana sabdanya:
وعن
أبي ذر الغفاري -رضي الله عنه- قال عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فيما يرويه
عن ربه -عز وجل-: يا عبادي، إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته
بينكم محرما فلا تظالموا
Yang
bermaksud: “Wahai hambaKu, sungguhnya
Aku (Allah) telah mengharamkan sifat zalim (aniaya) keatas diri Ku (zat Allah)
dan Aku (Allah) juga telah mengharamkan sifat
[1] Aku melawan teroris!, Abdul Aziz alias Imam Samudra alias Qudama,
Beliau mendatangkan hujah membenarkan perbuatan-perbuatan zalim.
[2] Unlicensed To Kill: Countering Imam Samudera’s Justification For
The Bali Bombing".Ustaz Haniff Hassan,
dan kandungannya fatwa para ulama’
seluruh dunia mengharamkan perbuatan zalim
[3] Maqaasid Syariah: Tujuan Syariah adalah untuk memelihara 5 perkara
iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta.
[4] Asy Syuura ayat 39 : “Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka
diperlakukan dengan zalim mereka membela diri”
[5] Asy Syuura ayat 41 : “Dan sesungguhnya orang-orang yang membela
diri sesudah teraniaya (dizalimi), tidak ada suatu dosapun atas mereka”
No comments:
Post a Comment