(10) Sifat Tamak dan Memakan Harta Secara
Bathil
Sebagaimana firman
Allah swt di surah An Nissa ayat 10 yang berbunyi:
إن
الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما إنما يأكلون فى بطونهم نارا و سيصلون سعيرا
Yang bermaksud: “Sesungguhnya
orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya
mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang
menyala-yala (nereka)”
Selain dari firman-firman Allah swt yang disebutkan diatas ini,
masih banyak lagi sifat-sifat, bentuk-bentuk perbuatan atau tingkah laku yang tergolong
dalam kategori sifat-sifat yang zalim, begitu juga terdapat berbagai nama dan gelaran
yang digunakan, yang boleh dikategorikan juga sebagai perbuatan dan tindakan
yang zalim.
Sikap Allah Terhadap Orang-orang Yang Zalim
Sebagaimana yang telah Allah swt gambarkan ciri-ciri yang terdapat
pada golongan orang-orang yang zalim dalam firmanNya sebelum ini, ciri-ciri
sifat ini semuanya bertentangan dengan ajaran Islam dan tiada kaitan langsung
dengan agama Islam, perkara ini dijelaskan lagi oleh Allah swt dengan menunjukkan
akan sikapNya pula dalam menghadapi golongan orang-orang yang zalim ini, iaitu peringatan
dan ancaman Allah swt terhadap golongan ini, sebagaimana dalam firman-firmanNya
yang berikut:
(1). Allah swt Benci Kepada Mereka
Firman Allah swt di surah Ali Imran ayat 57 yang berbunyi:
و
أما الذين ءامنوا و عملوا الصالحات فيوفيهم أجورهم و الله لا يحب الظالمين
Yang bermaksud: “Adapun
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang sholeh, maka Allah akan
memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka, dan Allah
tidak menyukai orang-orang yang zalim”
Dan firman Allah
swt lagi di surah As Syuura ayat 40 yang berbunyi:
و
جزؤا سيئة سيئة مثلها فمن عفا و أصلح فأجره على الله إنه لا يحب الظالمين
Yang bermaksud: “Dan
balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa
memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas (tanggungan) Allah,
Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim”
(2) Allah swt Akan Mengazab Mereka Dengan Azab
Yang Pedih
Firman Allah swt
di surah Asy Syuura ayat 42 yang berbunyi:
إنما
السبيل على الذين يظلمون الناس و يبغون فى الأرض بغير الحق أولئك لهم عذاب أليم
Yang bermaksud: “Sesungguhnya
dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui
batas di muka bumi tanpa hak, mereka itu mendapat azab yang pedih”
(3). Allah swt Menyediakan Buat Mereka Neraka
Jahanam
Firman Allah swt
di surah Al Kahfi ayat 29 yang berbunyi:
إنا
أعتدنا للظالمين نارا أحاط بهم سرادقها و إن يستغيثوا يغاثوا بمآء كالمهل يشوى
الوجوه بئس الشراب و سآءت مرتفقا
Yang bermaksud: “ Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi
orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka, dan jika
mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi
yang mendidih yang menghanguskan muka, itulah minuman yang paling buruk dan
tempat istirahat yang paling jelek”
(4). Allah swt Menyesatkan Mereka
Firman Allah swt
di surah Ibrahim ayat 27 yang berbunyi:
يثبت
الله الذين ء امنوا بالقول الثابت فى الحياة الدنيا و فى الأخرة و يضل الله
الظالمين و يفعل الله ما يشآء
Yang bermaksud: “Allah
meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam
kehidupan di dunia dan di akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang
zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki”
(5). Allah swt Tidak Memberi Keberuntungan
Kepada Mereka
Firman Allah swt di surah Al An’ Aam ayat 21 yang
berbunyi:
و
من أظلم ممن افترى على الله كذبا أو كذب بئاياته إنه لا يفلح الظالمون
Yang bermaksud: “Dan
siapakah yang lebih aniaya (zalim) daripada orang yang membuat-buat suatu
kedustaan terhadap Allah atau mendustakan ayat-ayatNya, Sesungguhnya
orang-orang yang aniaya (zalim) itu tidak mendapat keberuntungan”
Dan firmanNya lagi
disurah yang sama pada ayat yang ke 135 berbunyi:
قل يا قوم اعملوا على مكانتكم إنى عامل فسوف
تعلمون من تكون له عاقبة الدار إنه لا يفلح الظالمون
No comments:
Post a Comment