Sebagaimana firman Allah swt di surah Hud ayat 18 yang berbunyi:
و من أظلم ممن افترى
على الله كذبا, أولئك يعرضون على ربهم و يقول الأشهد هؤلآء الذين كذبوا على ربهم
ألا لعنة الله على الظالمين , الذين يصدون عن سبيل الله و يبغونها عوجا و هم
بالأخرة هم كافرون
Yang bermaksud: “Dan
siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah?
Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka dan para saksi (termasuk anggota
tubuh badan mereka) akan berkata: “Orang-orang inilah yang telah berdusta
terhadap Tuhan mereka”. Ingatlah, kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang
yang zalim”, (iaitu) orang-orang yang menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan
menghendaki (supaya) jalan itu bengkok, dan mereka itulah orang-orang yang
tidak percaya akan adanya hari akhirat”
Di ayat ini Allah swt
menerangkan salah satu sifat orang-orang yang zalim adalah mereka-mereka yang
mendustakan ayat-ayat Allah swt, menginkari akan adanya akherat dan seterusnya
menghalangi manusia dari mengikuti jalan yang lurus, mereka benci kepada ajaran
Islam dan mereka berusaha sudaya upaya untuk menyesatkan manusia dari mengikuti
jalan ini.
(3). Sifat Engkar Terhadap
Kebenaran
Firman Allah swt di surah Al
Kahfi ayat 57 yang berbunyi:
و
من أظلم ممن ذكر بئايات ربه فأعرض عنها و نسى ما قدمت يداه إنا جعلنا على قلوبهم
أكنة أن يفقهوه و فى ءاذانهم وقرا و إن تدعهم إلى الهدى فلن بهتدوا إذا أبدا
Yang bermaksud: “Dan
siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan
ayat-ayat dari Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa
yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan
tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami
letakkan pula) sumbatan di telinga mereka, dan kendatipun kamu menyeru mereka
kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya”
Dan firman Allah swt di surah
Ash Shaaf ayat 7 yang berbunyi:
و
من أظلم ممن افترى على الله الكذب و هو يدعى إلى الإسلام و الله لا يهدى القوم
الظالمين
Yang bermaksud: “Dan
siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengadakan dusta terhadap
Allah sedang dia diajak kepada (melaksanakan) agama Islam, dan Allah tiada
memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”
Keterangan dari
dua ayat Allah swt di atas ini dapat diambil ikhtibar bahwa orang-orang yang
mengengkari atau melekeh-lekehkan ajaran dan perintah-perintah Allah swt
setelah dia mengetahui kebenaran tersebut, maka mereka-mereka ini juga termasuk
dalam golongan orang-orang yang zalim terhadap kebenaran, disebabkan sifat
mereka yang meremehkan ajaran-ajaran Islam, Allah swt telah menutupi hati-hati
mereka daripada kebenaran.
(4). Sifat Reda
Terhadap Perbuatan Zalim
Firman Allah swt
di surah Hud ayat 113 yang berbunyi:
و
لا تركنوآ إلى الذين ظلموا فتمسكم النار و ما لكم من دون الله من أوليآء ثم لا
تنصرون
Yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang
menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai
seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi
pertolongan"
Di ayat ini
Allah swt menjelaskan agar hambaNya tidak meredai segala perbuatan orang-orang
yang melakukan kezaliman, kerana sifat reda akan membuat seseorang itu turut
serta dan berpartisipasi dengan perbuatan-perbuatan zalim, sehingga dia juga
termasuk dalam golongan tersebut dan disentuh api neraka (dimasukkan dalam
neraka).
(5). Sifat Membunuh
Tanpa Hak
Firman Allah swt
di surah Al Maidah ayat 28 dan 29:
لئن
بسطت إلي يدك لتقتلنى مآ أنا بباسط يدى إليك لأقتلك إني أخاف الله رب العالمين,
إني أريد أن تبوأ بإثمى و إثمك فتكون من أصحاب النار و ذلك جزاؤا الظالمين
Yang bermaksud: “
Sungguh kalau kamu mengerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku
sekali-kali tidak akan mengerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu,
Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam, Sesungguhnya aku
ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) ku dan dosamu sendiri,
maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan
bagi orang-orang yang zalim”
Firman Allah swt di
atas ini pula dengan jelas melarang manusia dari melakukan pembunuhan tanpa
hak, kerana perbuatan ini merupakan satu kezaliman dan bertentangan dengan
ajaran Islam, dan perbuatan ini merupakan salah satu dosa yang terbesar disisi
Allah swt, perkara ini ditekankan lagi oleh Allah swt di dalam firmanNya di
surah Al Maidah ayat 32 yang berbunyi:
No comments:
Post a Comment