Thursday, April 23, 2015

Ideologi Zalim (6)


Yang bermaksud: “Katakanlah: Hai kaumku, berbuatlah sepenuh kemampuanmu, sesungguhnya akupun berbuat (pula), kelak kamu akan mengetahui, siapakah (di antara kita) yang akan memperoleh hasil yang baik dari dunia ini, Sesungguhnya, orang-orang yang zalim itu tidak akan mendapat keberuntungan

 

(6).       Allah swt Melaknati Dan Tidak Mengampuni Mereka Di Akherat

 

Firman Allah swt di surah Al Mu’min ayat 52 yang berbunyi:

يوم لا ينفع الظالمين معذرتهم و لهم اللعنة و لهم سوء الدار

Yang bermaksud: “(Yaitu) hari yang tidak berguna bagi orang-orang zalim permintaan maafnya dan bagi merekalah laknat dan bagi mereka tempat tinggal yang buruk”

 

Begitu juga dengan firman Allh swt di surah Al A’raaf ayat 44 yang berbunyi:

فأذن مؤذن بينهم أن لعنة الله على الظالمين

Yang bermaksud: “Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu: “Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim

 

(7).       Allah swt Tidak Memberi Pertunjuk Kepada Mereka

 

Firman Allah swt di surah Al An Aam ayat 144 berbunyi:

إن الله لا يهدى القوم الظالمين

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim

 

Ayat-ayat Allah swt di atas ini semuanya menunjukkan sikap Allah swt terhadap golongan-golongan yang melakukan kezaliman, mereka tidak mendapat tempat di sisi Allah swt baik di dunia mahupun di akherat nanti, Allah swt tidak reda dengan cara kehidupan mereka sehingga Allah swt bersikap keras dengan menunjukkan sifat benci, murka, laknat keatas mereka, dan bagi mereka ancaman dan azab yang pedih disediakan di akherat nanti di atas sifat dan tingkah laku zalim mereka sewaktu di dunia.

 

Walaupun pada hakikatnya Allah swt mempunyai sikap yang keras terhadap orang-orang yang zalim, tetapi itu tidak bermakna Allah swt tidak menerima taubat dan pengampunan mereka jika mereka benar-benar ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, kerana Allah swt Maha luas pengampunanNya, ini sebagaimana firman Allah swt di surah Ar Ra’d ayat 6 yang berbunyi :

و إن ربك لذو مغفرة للناس على ظلمهم و إن ربك لشديد العقاب

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai ampunan (yang luas) bagi manusia sekalipun mereka zalim, dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar sangat keras siksaNya

 

Di ayat ini Allah swt ingin menerangkan kepada hamba-hambaNya, walaupun jika seseorang itu mempunyai sifat zalim dan melakukan perbuatan-perbuatan yang zalim, tetapi jika mereka insaf dan bertaubat kepada Allah swt diatas segala perbuatan-perbuatan mereka itu, nescaya Allah swt akan tetap mengampuni dan menerima taubat mereka, kerana Allah swt Maha Luas PengampunanNya.

 

Sifat Zalim, Radikal Dan Ekstremis

 

Semenjak peristiwa 11 September  2001 (911)[1] banyak sekali pengunaan kalimah Radikal, Ekstremis, Terroris, Pelampau dan sebagainya dikaitkan keatas golongan-golongan yang tertentu, sehingga ada pihak yang menyelitkan ciri-ciri atau sifat-sifat radikal dan ekstremis yang mengandung unsur zalim ini sebagai sebagian dari fahaman dan ajaran Islam, iaitu pada hikmah mereka Islam memang mengajar penganutnya sifat-sifat seumpama ini di dalam ajarannya, tuduhan ini hanya menambahkan lagi salah faham yang sedia ada dan permasalahan yang sedang berlaku[2].

 

Sifat ini (radikal) jika dialih bahasa boleh membawa maksud radikal keseluruhan, pesalah besar yang tidak disangka atau kesalahan utama[3], dan jika dirujuk di http://en.wikipedia.org/wiki/Radicalism, pengertian radikal ini sebagaimana dari asal katanya (bahasa Inggeris) boleh di erti kepada berbagai pengertian yang berbeza, baik dari sudut mathematics (Ilmu Hisab), chemistry (Ilmu Kimia), linguistics (Ilmu Bahasa), politics (Siasah Politik), commerce (Perdagangan), slang(Bahasa basahan)[4].

 

Dalam banyak hal gelaran radikal atau ekstremis[5] (pelampau) diberikan oleh satu pihak keatas golongan yang tertentu, khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan idealogi atau siasah politik, yang mana pihak yang melebelkan gelaran ini tidak dapat menerima fahaman, pendapat atau perbuatan perbuatan golongan tertentu yang bertentangan dengan fahaman atau pendapat mereka, atau kedua belah pihak mempunyai idealogi atau fahaman yang jauh berbeza diantara satu sama lain, sehingga timbul tuduhan di antara mereka dengan memberikan gelaran seumpama ini, dan ini juga tidak bermakna pihak yang menuduh atau memberi gelaran sesuatu kelompok dengan gelaran radikal, ektremis, terroris atau pelampau terkecuali dari sifat seumpama ini.

 

Perkataan radikal, ekstremis, terroris atau pelampau yang digunakan untuk mengelarkan sesuatu kumpulan merupakan perkataan sinonim[6], bagi mengambarkan sikap dan perbuatan ganas yang lakukan oleh kumpulan tersebut, dan ia banyak bersangkut paut dengan masalah hal ehwal siasah politik atau idealogi yang mengalakkan keganasan dan kemusnahan, yang mana jika dilihat dan dikaji akan sifat dan perbuatan ini tiada bezanya dengan sifat-sifat kezaliman yang diharamkan oleh Allah swt di dalam firman-firmanNya sebelum ini.

 

Pada hakikatnya apajua bentuk kezaliman yang dilakukan, apakah ia berupa kemusnahan, kerosakan, penganiayaan, kekerasan, kekejaman dan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia, baik terhadap sesama manusia, terhadap mahkluk Allah, yang berupa haiwan, tumbuh-tumbuhan atau apa jua yang terdapat di alam semesta ini merupakan perbuatan yang diharamkan oleh Allah swt keatas hamba dan makhlukNya.

 

Begitu juga dengan sifat atau sikap manusia yang engkar untuk mentaati dan menyakini kewujudan Allah swt yang Esa, merupakan suatu bentuk perbuatan yang zalim, sebagaimana firman Allah swt disurah Luqman ayat 13 yang berbunyi:

و إذ قال لقمان لإبنه و هو يعظه يا بني لا تشرك بالله إن الشرك لظلم عظيم

Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar

 

Jika diteliti dari firman Allah swt diatas ini, ayat ini dengan jelas menunjukkan bahwa segala bentuk keengkaran terhadap Zat Allah swt dan ayat-ayat suciNya merupakan suatu bentuk kezaliman seorang manusia terhadap Penciptanya, tiada bentuk kezaliman yang lebih besar yang telah dilakukan seseorang melainkan terhadap Khaliknya.

 

Sifat zalim yang telah difirmankan oleh Allah swt dari ayat-ayat di atas ini, membawa maksud dan pengertian yang lebih luas dari sifat radikal, ektremis atau terroris, bahkan ia juga merangkumi bukan saja sifat-sifat yang berbentuk idealogi, siasah politik atau perbuatan yang berbentuk kerosakan, kemusnahan, kekejaman dan sebagainya, tetapi merangkumi setiap aspek kehidupan manusia dalam muamalat mereka sesama manusia, makhluk atau alam semesta ini dan juga kepada sang Pencipta iaitu Khaliqnya.

 
Pengertian radikal, ekstremis atau pelampau yang digunakan oleh sebagian pihak dalam mengategorikan golongan-golongan tertentu ini merupakan sebagian dari sifat-sifat kezaliman yang telah dilarang oleh Allah swt keatas hamba-hambaNya yang


[1] Peristiwa 911: Pada 11th Sep 2001, dua buah kapal terbang merempuh bangunan WTC di New York, Amerika Syarikat.
[3] Kamus Terjemahan, Inggeris- Melayu. Susunan Ainon Mohd dan Abdullah Hassan
[4] Rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Radicalism
[5] Kamus Lengkap: ekstremis: pelampau, orang yang menuntut pendapat-pendapat yang terlalu sangat.
[6] Sinonim: Kata-kata seerti

No comments: