Thursday, April 23, 2015

Ideologi Zalim (8)


ini di antara kamu sekalian, maka janganlah sekali-kali kamu berlaku zalim diantara satu sama lainnya….”[1]

 

Islam mengalakkan sifat Ihsan dalam apajua tindak tanduk atau perbuatan yang berkait rapat dalam hubungan muamalat sesama manusia, iaitu dengan menzahirkan sifat hormat menghormati, sifat belas dan kasih sayang sesama makluk Allah swt, dan jika sesuatu tindakan tegas perlu diambil, ia hanya dilakukan atas dasar-dasar yang diizinkan syara’ dan berlandaskan hukum-hukum Islam yang murni, bukan berdasarkan hawa nafsu atau tindak balas dengan sebab dendam dan kebencian, inilah perbezaan dasar yang menjadi ukur tara di antara perbuatan yang diizinkan dan perbuatan yang dilarang di dalam Islam.

 

Islam melarang penganutnya dari melakukan apajua bentuk kezaliman dan mengalakkan sifat ma’ruf dan ihsan, Ini bersesuai dengan firman Allah swt di surah Ali Imran ayat 110 yang di khususkan kepada hamba-hambaNya yang berbunyi:

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله  

Yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah”

Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad saw yang di riwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri yang berbunyi:

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده. فإن لم يستطع فبلسانه. فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

Yang bermaksud: Dari Abu Sa'id al-Khudri, ia berkata, "Saya mendengar Rasulullah bersabda, 'Barang siapa di antara kalian melihat yang mungkar (yang dilarang agama) hendaklah ia merubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak mampu, maka (hendaklah dia merubahnya) dengan lisannya. Jika ia tidak mampu, maka (hendaklah dia merubahnya dengan hatinya, dan itulah selemah-lemahnya iman." HR. Muslim.

 

Firman Allah dan hadis di atas ini dengan jelas menunjukkan bahawa agama Islam melarang umatnya daripada melakukan tindakan-tindakan yang berunsur kezaliman, kerana sifat ini bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan agama dan ajaran Islam, sebaliknya Islam memerintah kepada penganutnya agar mencegah perbuatan ini dengan apajua kekuatan yang ia miliki dan seterusnya mengalakkan perbuatan-perbuatan ma’ruf sesama manusia..

 

Faktor-Faktor Sifat Kezaliman

 

Terdapat bebagai sebab mengapa seseorang itu boleh terpengaruh dan terjebak dengan perbuatan-perbuatan yang bersifat zalim, banyak faktor boleh menpengaruhi seseorang untuk melakukan tindakan yang radikal atau ektremis yang membuahkan perbuatan zalim, walaupun pada awalnya mungkin seseorang itu merupakan seorang rakyat yang baik, taat kepada Negara dan undang-undangnya, tetapi boleh berubah sifat dan sikapnya secara aggresif dengan tiba-tiba, sehingga melakukan perbuatan yang bercanggah dengan sifat dan tabiat asalnya. Ini semua boleh berlaku disebabkan faktor-faktor berikuti:

 

            (1).       Pengaruh Media Massa dan Teknologi Internet

            (2).       Terpengaruh dengan fahaman-fahaman dan idealogi pemikiran tertentu, sehingga merasakan tindakannya itu adalah sah mengikut hukum.

(3).       Sifat simpati ke atas golongan yang dizalimi, sehingga bertindak dengan cara yang bertentangan dengan syara’.

            (4).       Kemarahan dan kebencian yang wujud keatas golongan yang bermaha rajalela melakukan bentuk-bentuk kezaliman.

(5).       Keraguan dan perasaan sangsi mereka terhadap pihak-pihak yang mempunyai agenda yang tertentu, yang bertindak berat sebelah dan tidak berlaku adil dalam tindakan mereka.

(6).       Kerana dalam situasi yang tertekan dan terpaksa, maka mereka bertindak mengikut arahan dan keadaan yang tertentu. 

(7).       Terdapat tindakan-tindakan provokasi atau konfrontasi yang dilakukan untuk menimbulkan kemarahan sesuatu pihak.

(8).       Didorong oleh sifat emosi, disebab ketidak adilan yang berlaku pada pandangannya.

(9).       Kurang ilmu pengetahuan dalam bertindak, walaupun mempunyai niat yang baik.

(10).     Terpengaruh dengan keadaan yang berlaku ditempat atau negara yang tertentu dimana beliau berada ketika itu, sehingga merasakan tindakan tersebut boleh dilakukan ditempat beliau bermastuatin sekarang.

(11). Terpengaruh atau diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk melakukan perbuatan zalim.

(12). Difitnah atau dihukum sebelum menjalani sesuatu perbicaraan untuk membuktikan kesalahannya, atau divonis (dijatuhkan hukum) di atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

(13).     Di dorong oleh perasaan untuk membalas dendam, marah atau kebencian yang wujud disebabkan oleh tindakan zalim yang telah dilakukan ke atas dirinya atau ke atas orang yang ada kaitan dalam hidupnya.

(14).     Disebabkan oleh siasah politik atau idealogi yang menyimpang.

(15).     Saling melakukan tuduhan di antara satu dengan lain, bahwa pihak yang satu lagi yang melakukan kezaliman.

 

Faktor-faktor diatas ini merupakan sebagian daripada sebab musabbab mengapa terdapat sebagian masyarakat Islam bertindak melakukan tindakan-tindakan yang zalim dan menjustifikasikannya dengan ajaran Islam, mereka merasakan berhak mengambil tindakan tersebut, perkara ini berlaku apabila terdapat kekaburan dan kesamaran dalam menentukan sesuatu hukum atau tindakan yang ingin diambil, apakah tindakan yang ingin diambil bersesuai dengan hukum dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, khususnya dalam menghadapi sesuatu isu yang berlaku.

 



[1] abid

No comments: