Idealogi[1]
Zalim
(Ustaz Abdul Jalil Abdul Razak)
Allah swt mempunyai bebagai nama dan sifat-sifatNya yang Agong, bagi
orang yang beriman menyebut dan mengucapkanNya berulang-ulang kali, akan
menjadi suatu zikir dan ibadat disisi Allah swt, galakkan ini dapat dilihat di
dalam firman Allah swt di surah Al A’raf ayat 180 yang berbunyi:
و
لله الأسماء الحسنى فادعوه بها
Yang bermaksud: “Bagi
Allah adalah nama-nama yang baik, maka serulah dengan menggunakan nama-nama
itu”
Begitu juga
sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi saw hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a bahwasanya Rasulullah saw bersabda:
إن
لله تسعة و تسعين اسما، من حفظها دخل الجنة، و إن الله وتر يحب الوتر
Yang bermaksud: “Allah
itu mempunyai sembilan puluh sembilan nama, barangsiapa menghafalnya[2]
, ia masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu Maha Ganjil (tidak genap) dan cinta
sekali pada hal yang ganjil (tidak genap)” Riwayat Ibnu Majah
Daripada bebagai
nama-nama dan sifat-sifat Allah swt yang Mulia lagi Agong ini, ada satu nama
yang Allah swt tidak mahu dikaitkan sama sekali nama tersebut terhadap zatNya
yang Mulia, malahan Allah swt mengharamkan sifat ini menjadi salah satu dari
sifat-sifat Allah swt, begitu juga Allah swt tidak mahu sifat ini terpalit
denganNya walaupun sebesar zarrah, sifat ini juga telah Allah swt haramkan
terhadap sekalian manusia dan melarang mereka dari memiliknya, sifat yang
dimaksudkan di sini adalah sifat zalim.
Kekata Zalim merupakan kalimah bahasa arab yang boleh diertikan juga
sebagai sifat kejam, bengis, tidak berperikemanusiaan, suka melihat orang dalam
kesakitan dan kesengsaraan[3],
melakukan kemungkaran, penganiayaan, kemusnahan harta benda, ketidak adilan dan banyak lagi pengertian yang dapat kita
ambil dari sifat zalim ini, yang mana pada dasarnya sifat ini merupakan sifat
yang keji lagi hina dan bertentangan dengan ahklak dan fitrah manusia yang
mulia[4],
yang sepatutnya mengunakan akal yang dianugerahkan kepadanya untuk melakukan
kebaikan dan memakmurkan bumi ini.
Fahaman atau Idealogi zalim adalah suatu bentuk pemikiran, baik
secara tersusun (terorganisir) atau tidak, yang mencernakan perbuatan atau
tindakan yang bersifat zalim, dan ia boleh wujud dalam diri setiap manusia
tidak kira apajua latar belakang bangsa, budaya dan agama mereka, dan ia juga boleh
wujud dalam setiap individu, kumpulan atau dalam sesebuah pemerintahan negara,
ini dapat dilihat dari lembaran sejarah[5]
manusia yang penuh dengan sifat-sifat kekejaman. Perkara ini telah dinyatakan
oleh para Malaikat kepada Allah swt di dalam firmanNya di surah Al Baqarah ayat
30 yang bermaksud:
"قالوآ أتجعل فيها من يفسد فيها و يسفك الدمآء و نحن نسبح
بحمدك و نقدس لك"
“Mereka
berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang
akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa
bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”
Jika diamati pengertian sifat-sifat
zalim ini, semuanya bercanggah dengan ajaran agama suci Islam, kerana Islam tidak
pernah mengajar umatnya supaya melakukan apajua bentuk kezaliman, dan melarang
keras fahaman atau perbuatan-perbuatan tersebut, pengharaman ini bukan hanya
dikhususkan keatas diri setiap individu[6],
tetapi juga keatas sesama manusia, haiwan dan mahkluk-mahkluk Allah swt yang
lain. Larangan ini jelas termaktub di dalam firman-firman Allah swt di bawah ini:
Di surah Ali Imran ayat 182:
" و أن الله ليس بظلام للعبيد"
Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah tidak
sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.”
Di surah An Nisaa
ayat 40:
"إن الله لا يظلم مثقال ذرة , و إن تك حسنة يضاعفها و يؤت من
لدنه أجرا عظيما"
Yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada
kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan
dari sisi Nya pahala yang besar”
Di surah Yunus Ayat 44 firman Allah
swt:
إن
الله لا يظلم الناس شيئا و لكن الناس أنفسهم يظلمون
Yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah
yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri”
Larangan perbuatan
zalim ini juga telah Allah swt nyatakan kepada junjungan Nya Nabi Muhammad swt
di dalam sebuah Hadis Qudsi yang berbunyi:
وعن أبي ذر الغفاري -رضي الله عنه- قال عن رسول
الله -صلى الله عليه وسلم- فيما يرويه عن ربه -عز وجل-: يا
عبادي، إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرما فلا تظالموا، يا عبادي، كلكم
ضال إلا من هديته فاستهدوني أهدكم، يا عبادي، كلكم جائع إلا من أطعمته
[1] Kamus Lengkap, Penyunting Drs Awang Sudjai Hairul dan Yusoff Khan:
Ideologi, cara berfikir dan buah fikiran yang terdapat pada seseorang, kumpulan
dll terutamanya untuk menjadi dasar system ekonomi atau system politik.
[2] Menghafal nama-nama yang baik-baik itu maksudnya ialah
mengingatNya, menghadirkan makna dan ertinya dalam qalbu (hati) serta merasakan
bekasnya dalam jiwa : Akidah Islam : Sayid Sabiq
[3] Kamus Lengkap : pengertian
zalim muka surat
1238
[4] Surah Israa’ ayat 70 : Dan sesungguhnya Kami muliakan anak-anak
Adam,
[5] http://historynewsnetwork.org/articles/article.html?id=289;Is
Terrorism New?
http://www.esuhistoryprof.com/history.htm
[6] Surah Al Baqarah ayat 195 : Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu
sendiri ke dalam kebinasaan
No comments:
Post a Comment